You are on page 1of 1

PENGHARGAAN TUGASAN BERTULIS GERKO

Assalamualaikum W.B.T

Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat menyiapkan kerja kursus jangka pendek yang telah ditugaskan oleh Encik Amir Bin Yaacob untuk melaksanakan satu tugasan bertulis GERKO ping pong. Jutaan terima kasih kepada En.Amir kerana sanggup menghabiskan masa yang terluang untuk membimbing kami sepanjang semester ini. Tugasan ini perlu diselesaikan secara individu dan memerlukan kami mengkaji tentang sejarah, teknik permainan yang betul dan pelbagai ilmu tentang permainan ping pong. Dalam melaksanakan tugasan ini, banyak ilmu tentang permainan ping pong yang saya perolehi seperti teknik menservis bola yang betul, undangundang dan syarat permainan, strategi untuk melakukan serangan. Tugasan ini memerlukan kami melakukan banyak rujukan dari pelbagai sumber seperti internet. Pada pendapat saya, tugasan seperti ini amat berguna kepada para guru pelatih kerana ia dapat menambahkan ilmu tentang permainan ping pong sebelum berkhidmat dalam kerajaan. Ini penting untuk meningkatkan lagi prestasi dan kemajuan sukan dalam negara ini. Kesimpulannya, setelah selesai melaksanakan tugasan ini, saya mendapati sukan ini sememangnya menarik dan tidak boleh dipandang ringan kerana banyak lagi yang perlu diperbaiki untuk meningkatkan mutu dalam permainan ping pong. Sekian, terima kasih.

You might also like