You are seeing our new document Reader view. Click here to revert. Feel free to leave us feedback on this feature .
×
  • Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU
Tarikh :
18 Mei 2009
Tempat :
SK Bukit Bertam
Masa :
7.45a.m – 12.30 p.m.Sambutan Hari Guru SK Bukit Bertam pada tahun ini berlangsung dalam keadaanyang serba ceria dengan tema Hari Guru iaitu “Guru Pembina Negara Bangsa”. Acarasambutan dimulakan seawal 7.45 pagi dengan perhimpunan pelajar dan diikuti dengannyanyian lagu kebangsaan serta lagu Negeri Perak. Acara diteruskan dengan bacaan doaselamat oleh Ustaz Ahmad Fadhil B. Che Ros sebelum pelajar diarah untuk berpindah kepekarangan kantin sekolah bagi meneruskan aturcara sambutan. Sambutan diteruskandengan bacaan perutusan Yang Berhormat Dato’ Muhyuddin Bin Yasin Menteri PendidikanMalaysia oleh Ustaz Mat Husin Bin Ali dan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysiaoleh Cik Puteri Nelly Izwa Bt Sawiji.Sejurus selepas bacaan perutusan tersebut, upacara diteruskan lagi Nyanyian Lagu“Guru Malaysia” dan bacaan Ikrar oleh guru-guru SK Bukit Bertam. Upacara Diteruskan lagidengan ucapan wakil pelajar dan persembahan murid darjah 6 dan nyanyian lagu “RakanSelawat” oleh pelajar-pelajar Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Bukit Bertam.Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah berhenti rehat pada jam 10.15 pagi sebelumditeruskan dengan acara sukaneka pada jam 10.45 pagi. Pada Tahun ini acara sukanekayang diadakan bagi sambutan Hari Guru ini antaranya ialah Sepak Raga Ratus, PertandinganBola Tampar, Pertandingan Bowling buah kelapa, serta mencari gula dalam tepung.Penyelaras bagi acara sukaneka pada tahun ini antaranya ialah Cik Puteri Nelly Izwa BTSawiji, Cik Norfariza Bt Abdul Razak, Cik Hilda ‘Ain Bt Hassan dan beberapa lagi guru wanitasekolah SK Bukit Bertam. Upacara sukaneka pada tahun ini dimeriahkan dengan penglibatanwakil dari Persatuan Ibu Bapa Dan Guru bagi memberi kerjasama disamping memeriahkanacara sambutan tersebut. Upacara Sambutan pada tahun ini diakhiri pada jam 12.30tengahari dengan acara penyampaian hadiah bagi pemenang serta acara pertukaran hadiahantara guru.Bacaan Perutusan Oleh Cikgu Puteri Nelly Persembahan Nasyid Oleh Murid Pendidikan KhasSK Bukit Bertam
    of 00

    Leave a Comment

    You must be to leave a comment.
    Submit
    Characters: ...
    You must be to leave a comment.
    Submit
    Characters: ...