You are on page 1of 4

DOKUMENTASI PROGRAM 1MALAYSIA PRASEKOLAH 2012

DOKUMENTASI PROGRAM 1 MALAYSIA PRASEKOLAH 2012


" SUDUT 1 MALAYSIA DAN GRAVITI AREA "
PUSAT KREATIF 1 MALAYSIA PRASEKOLAH
1.0 PENGENALAN Pusat Kreatif 1 Malaysia Prasekolah adalah satu pendekatan yang informal, menyeronokkan, bebas dan selamat. Murid-murid berinteraksi, menghasilkan idea dan kemahiran melalui penerokaan, penemuan dan penyelesaian masalah.Pewujudan Pusat Kreatif 1 Malaysia dapat merealisasikan amalan dan gaya hidup 1 Malaysia. Pusat ini juga mengandungi Grafity Area yang mana guru membimbing murid-murid membuat aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tema daripada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) di atas kain putih atau kertas mahjong bertemakan 1Malaysia (contoh : kolaj, jahitan, capan, lukisan, catan dan sebagainya bergantung kepada kreativiti masing-masing).

SUDUT 1 MALAYSIA DAN GRAVITI AREA

DOKUMENTASI PROGRAM 1MALAYSIA PRASEKOLAH 2012

2.0 MATLAMAT Memastikan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang dilaksanakan dapat membentuk kemenjadian murid prasekolah secara menyeluruh.Modul ini berfokus kepada matlamat perpaduan bangsa di bawah gagasan 1Malaysia. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Dapat mempamerkan hasil-hasil kerja murid mengenai 1Malaysia. 3.2 Menggalakkan murid-murid prasekolah mengamalkan amalan yang sihat berdasarkan amalan 1Malaysia. 3.3 Melahirkan murid-murid prasekolah yang memahami konsep 1Malaysia berdasarkan potensi mereka. 3.4 Memberi peluang kepada murid menerokai kepelbagaian budaya di Malaysia. 3.5 Memberi ruang kepada murid prasekolah menzahirkan rasa cintakan negara melalui aktiviti yang dirancang. 4.0 CADANGAN AKTIVITI 4.1 Membuat bendera menggunakan poster colour. 4.2 Membuat kolaj bunga raya. 4.3 Mendengar cerita / bercerita tentang cerita rakyat pelbagai kaum masyarakat Malaysia. 4.4 Menggantung bendera, tanglung, angpau, ketupat, kad ucapan dan lain-lain. 4.5 Mempamerkan hasil kerja murid. 4.6 Pertandingan mewarna bendera Malaysia dan gambar 1 Malaysia. 4.7 Persembahan murid-murid prasekolah ketika Majlis Konvokesyen 2012. 5.0 PENUTUP Pembinaan Sudut 1Malaysia dan Grafity Area di prasekolah dapat memberikan impak positif kepada semua warga prasekolah khasnya dan warga sekolah khususnya.Guru akan lebih kreatif dan semua hasil murid dapat dipamerkan. Peranan ibubapa dan agensi lain perlu digalakkan bagi menjayakan projek ini.Program ini dilaksanakan bagi memastikan haluan negara benar-benar dapat mencapai keunggulan dan kelangsungan masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang bagi memenuhi hasrat wawasan 2020. Ini selaras dengan hasrat Perdana Menteri Malaysia iaitu menjadikan Gagasan 1Malaysia sebagai teras pentadbiran bagi memupuk perpaduan nasional dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Semangat patriotik dalam kalangan generasi muda dapat dibentuk dari peringkat prasekolah lagi. Kefahaman yang tepat mengenai asal usul kemerdekaan dan pembentukan Malaysia dapat meningkatkan lagi rasa tanggungjawab dan kecintaan terhadap tanah air.
SUDUT 1 MALAYSIA DAN GRAVITI AREA

DOKUMENTASI PROGRAM 1MALAYSIA PRASEKOLAH 2012

6.0 LAMPIRAN

SUDUT 1 MALAYSIA DAN GRAVITI AREA

DOKUMENTASI PROGRAM 1MALAYSIA PRASEKOLAH 2012

SUDUT 1 MALAYSIA DAN GRAVITI AREA

You might also like