• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
 Kompilasi Kisah Saudara Baru Islam
Klik Pada Kisah Pilihan Anda
Feel free to visit :
 
Josh Hassan, yahudi peluk Islam
Susunan
SITI AINIZA KAMSARI 
(Utusan Malaysia)Jika saya tidak memeluk Islam, mungkin saya seorang penganut Hindu atau seorang Kristian.Tetapi mengapa saya hendak menyembah seorang Nabi (Nabi Isa a.s) sedangkan bagindasendiri tidak pernah mengaku dirinya mempunyai ciri-ciri ketuhanan untuk disembah olehmanusia.Demikian pengakuan Josh Hassan, yang dilahirkan sebagai Yahudi. Menjelang usia 10 tahun,kedua-dua orang tua saya memasukkan saya ke Conservative Syanagogogue. Ia terletak diBrookline, Massachussetts yang majoriti penduduknya terdiri dari bangsa Yahudi. Sayadihantar ke situ semata-mata bagi mempelajari bahasa Hebrew dan mendalami agama Yahudiitu sendiri.Kebanyakan tenaga pengajar terdiri daripada Yahudi dari Israel yang berjaya membuatkan saya percaya kepada kebenaran agama itu. Di usia semuda itu, saya seorang yang percaya kepadawujudnya tuhan. Juga begitu berminat untuk membaca kisah-kisah dari Kitab Taurat dan KitabPerjanjian Lama yang kesemua ini menjadikan saya menjadi seorang kuat berpe- gang kepadaYahudi melebihi dari ibu bapa saya sendiri dan rakan-rakan saya yang lain.Begitu pun ketika dalam pengajian mengenai Yahudi dan Israel di Rumah Ibadat Yahudi itusaya ditemukan dengan satu agama yang agak baru kepada saya, iaitu Islam. Namun yanglebih mengejutkan apabila Islam juga mempercayai Tuhan yang Satu 'sebagaimana' ajaranutama Yahudi. Saya begitu tertarik dengan kepercayaan umat Islam terhadap Allah, kitab sucimereka al-Quran serta menunaikan haji ke Mekah. Namun, oleh kerana pengajian di situ mempunyai agenda tersembunyi iaitu tarikan kuatterhadap Israel, fikiran saya telah kuat dipengaruhi bahwa Islam terdiri daripada pengganas- pengganas yang sentiasa bertindak kejam dengan menjadikan orang Yahudi sebagai sasaranserangan letupan dinamit.Saya perlu berpegang teguh bahawa orang Yahudi, merupakan umat terpilih dan orang Arabitu, terdiri daripada mereka yang kesemuanya jahat belaka. Sejak itu saya tidak lagi mendengar mengenai Islam sehinggalah pada tahun 1999.Dalam tempoh itu, terutamanya dari tahun 1994 hingga 1995 keluarga saya telah menukar daripada ajaran Yahudi yang ortodoks kepada yang lebih liberal yang kami panggil YahudiBaru (Reform Jews). Melaluinya Rabbi kami bukan lagi kosher. Namun di suatu saat sayamula meragui kemampuan Rabbi, iaitu seorang pemimpin suci sebagai lelaki yang memimpinkesemua penganut Yahudi supaya mendekati Tuhan.Kekecewaan terhadap agama Yahudi yang semakin tumbuh dalam diri menyebabkan tanpaada pilihan lain, minat saya kembali semua kepada agama Kristian.
 
Saya berasa agak kagum ketika itu melihatkan agama Nasrani ini kerana sepertinya agama itumempunyai kekuatan yang tersendiri setelah sedikit demi sedikit saya mendapati Yahudimerupakan agama yang korup.Lalu saya melangkahkan kaki buat pertama kali dalam upacara sembahyang di sebuah gerejadan cuba bercakap dengan para paderi ketika itu. Tetapi saya menghadapi saat yang palingsukar yang pernah saya lalui untuk mempercayai Nabi Isa a.s sebagai dewa atau tuhan yanglayak untuk disembah. Tetapi saya terpaksa memaksa diri saya untuk menyembah kepada'Anak Tuhan' itu dengan sedaya upaya tetapi saya masih tidak menemui jawapan.Oleh kerana saya masih keliru, saya terus mempelajari Catechism (Soal Jawab Kristian) danmengikut upacara sembahyang tanpa saya melakukan upacara baptis terlebih dahulu. Tambah-an pula, saya belum boleh diterima dalam mazhab Katholik kerana seseorang yang hendak memeluk Katholik perlu mempelajari terlebih dahulu selama sembilan bulan.Tetapi andai kata saya meninggal dunia sebelum sempat sembilan bulan, adakah para paderitersebut akan bertanggungjawab terhadap status agama saya. Sedangkan mereka tahu sayamempunyai niat memeluk Kristian.Saya akhirnya tidak mampu untuk menerima Kristian kerana seperti yang saya dengar sebe-lum ini dan seperti yang saya pelajari, agama itu dipenuhi doktrin-doktrin yang tidak benar.Pada 26 Januari 1999 saya terus berhenti menghadiri kelas-kelas mengenai ajaran Kristian.Tindakan itu begitu menggembirakan orang tua saya.Tetapi saya masih percaya mengenai wujudnya Tuhan Yang Satu dan sehinggalah pada suatuhari ketika berada di sebuah perpustakaan dan melalui rujukan saya melalui EnsiklopediaBritannica saya menjumpai kisah Nabi Muhammad SAW. Namun saya amat sedih apabila diceritakan mengenai baginda dikatakan telah menyembelihkesemua orang Yahudi yang berasal daripada pelbagai kabilah terutama semasa baginda berhijrah ke Madinah.Saya berasa sungguh marah dan keliru dalam masa yang sama, saya telah diajar sedari dulumengenai tindakan Rasulullah yang membunuh dan menyembelih orang Yahudi menyebab-kan kini saya seolah-olah telah kehabisan pilihan. Namun saya tahu bahawa ensiklopedia itu juga korup dan saya bercadang untuk mengenalirumah ibadat dalam islam iaitu masjid seperti yang disebut dalam ensiklopedia itu.Sehinggalah pada 28 Februari 1999 saya ternampak sebuah masjid di Jalan Prospect di Bostondan tanpa membuang masa saya mengunjungi masjid tersebut.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...