You are on page 1of 2

[WAN NOR AMALINA BINTI WAN OTHMAN] 900917-02-5124

Jurnal reflektif Minggu keempat


( 22 APRIL 26 APRIL 2013)

Masalah :Gangguan dari sesetengah murid iaitu gangguan secara lisan. Murid mengganggu rakan yang lain seperti menghasut rakan yang lain supaya tidak melakukan kerja yang diberikan.

Analisis :Saya merasakan masalah ini timbul adalah disebabkan oleh:o Murid murid ingin mendapat perhatian daripada guru. o Murid-murid berasa mereka berkuasa di dalam kelas dan dapat mengendahkan arahan guru. o Murid kurang hormat terhadapat guru praktikal. o Guru tidak bersikap tegas terhadap murid serta lemah terhadap pujuk rayu murid.

Cadangan:Bagi mengelakkan masalah ini berlarutan, saya mempunyai beberapa cadangan dan langkah yang boleh diaplikasikan iaitu:-o Memastikan setiap tugasan berjalan dengan lancar. o Menggunakan suara lantang supaya murid mendengar dengan jelas dan tidak bergerak ke mana-mana. o Perlu bersikap tegas dan menggunakan kuasa sebagai guru dengan profesional. o Menerapkan nilai-nilai murni tentang pentingnya menghormati orang yang lebih tua. o Memberi aktiviti yang lain kepada murid yang suka mengganggu rakan yang lain. Tempoh masa

[WAN NOR AMALINA BINTI WAN OTHMAN] 900917-02-5124 Saya akan melihat perubahan yang berlaku semasa sesi pengajaran serta semasa murid melakukan aktiviti .

Tindakan susulan Sebagai guru, saya akan sentiasa menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-murid tidak mengira bangsa. Mereka perlu diberi ruang supaya dapat berkongsi luahan hati bersama guru. Menyuruh rakan yang lain mengawal tingkah laku murid yang suka mengganggu. Guru perlu bersikap tegas serta memberi peluang kepada murid supaya belajar menghormati guru dan rakan-rakan yang lain semasa sesi p&p.

Penilaian kejayaan. Penilaian akan dilihat semasa akhir pengajaran dan pembelajaran samada murid tersebut dapat menjawab soalan ataupun tidak.

You might also like