You are on page 1of 34

Setiap masyarakat mempunyai cara tersendiri dalam menjalankan tradisi dan adat budaya masing-masing.

Begitu juga di dalam upacara perkahwinan. Di kalangan orang Melayu, perkahwinan merupakan satu perkara terpenting dalam kehidupan mereka. Ia adalah satu tahap sejarah dalam hidup seseorang. Perkahwinan di dalam masyarakat Melayu sama ada di bandar mahupun di kampung-kampung adalah satu peristiwa yang mesti dilakukan mengikut adat istiadat tertentu. Pada dasarnya, perkahwinan merupakan satu proses hidup yang mesti dilalui oleh semua orang, baik lelaki mahupun perempuan tanpa mengira darjat atau taraf. Dalam adat istiadat perkahwinan, upacaraupacara yang dilakukan juga mempunyai kaitan yang rapat dengan tumbuhtumbuhan di mana tumbuh-tumbuhan tertentu turut digunakan di dalam upacara-upacara tertentu. Antara upacara-upacara yang melibatkan penggunaan tumbuhan ialah adat mandi bunga, meminang atau bertunang, berinai, berandam, dan sebagainya. Lazimnya, tumbuh-tumbuhan yang kerap digunakan ialah daun sirih, buah pinang, pelbagai jenis bunga-bungaan, daun pandan dan lain-lain lagi. Penggunaan tumbuh-tumbuhan ini sebenarnya mempunyai maksud yang tersendiri dan tujuan-tujuan tertentu. Untuk melihat kepentingan dan perkaitan antara tumbuhan dan adat istiadat perkahwinan Oleh sebab itulah, perkahwinan perlu dirancang supaya segala upacara dapat dijalankan sebaiknya-baiknya. Namun dalam konteks tradisi perkahwinan masyarakat Melayu, idea dan amalan dapat dikenalpasti adalah menurut pengertian budaya dan kepercayaan yang dijunjungi. Seperkara yang tidak dapat diketepikan, tradisi perkahwinan Melayu jelas sekali mempunyai perkaitan yang begitu rapat dengan tumbuhan semulajadi. Malah

masyarakat Melayu amat berpegang kepada pepatah yang berbunyi "Biar mati anak jangan mati adat". Biarpun tidak banyak yang memahami falsafah dan mempelajari logik adat tersebut secara mendalam, namun sekurang-kurangnya masyarakat buat masa ini masih memerlukannya. Untuk tujuan meneliti idea dan amalan tersebut serta perkaitannya dengan tumbuh-tumbuhan. Fokus perbincangan merangkumi empat peringkat tersebut: Merisik dan meminang Pertunangan Persiapan sebelum bersanding seperti berandam dan sebagainya Bersanding dan berinai

Istiadat bersanding merupakan upacara kemuncak dalam adat istiadat perkahwinan. Ia merupakan detik paling sejarah dalam hidup seseorang terutamanya kaum wanita. Pada hari inilah para jemputan datang berkunjung untuk meraikan pengantin. Mengikut adat resam bangsa Melayu, majlis perkahwinan sepatutnya diambil berat sepenuhnya. Kepada bangsa Melayu, majlis perkahwinan adalah peristiwa yang amat penting dan istimewa bukan sahaja kepada pasangan pengantin tetapi kepada ibu bapa dan ahli-ahli keluarga serta sahabat handai yang rapatAdat yang berkaitan dengan perkahwinan termasuk aspek-aspek merisik, meminang, bertunang, penghantaran belanja, majllis bersanding seharusnya yang paling hebat peristiwanya. Mengikut adat silam, dari segi persediaan untuk perkahwinan terdapat adat-adat berkaitan dengan berandam, berasah gigi dan berinai. Kemuncak dalam adat resam perkahwinan keseluruhannya adalah majlis bersanding. Di masa silam, bersanding adalah satu aspek perjalanan hidup yang dijalankan oleh ibu bapa. Merekalah yang memilih teman hidup bagi anak masing-masing.

ADAT MANDI BUNGA Adat mandi bunga ini dilakukan oleh si gadis yang hendak mencari jodoh. Upacara ini akan dijalankan oleh seorang bomoh dan sebelum berlangsungnya upacara ini, Tok Bomoh akan meminta gadis tersebut menyediakan bahan-bahan yang akan dicampurkan di dalam air untuk disiram ke atas tubuh gadis tadi. Lazimnya, bahan-bahan tadi kebanyakannya adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti pelbagai jenis bunga-bungaan yang berbau wangi, daun kelapa, daun sirih, buah pinang, buah limau purut dan akar sintok di samping bahan-bahan lain seperti ibu lilin, segulung benang mentah, kapur, bedak sejuk dan lain-lain lagi. Upacara ini akan dimulakan oleh Tok Bomoh dengan menganyam empat helai daun kelapa menjadi satu bentuk, mencairkan ibu lilin dan meletakkan benang mentah sebagai sumbunya. Kemudian Tok Bomoh akan mencampurkan empat biji limau purut yang telah dipotong dua, beberapa helai daun limau purut, tujuh jenis bunga, akar sintok, empat helai daun sirih yang dipalit sedikit kapur dan sedikit pinang masak. Kesemua bahan-bahan tersebut akan diramas-ramas dan dimasukkan di dalam sebuah bekas khas yang berisi air. Tok Bomoh akan menjampi bahan-bahan tersebut sambil menabur beras kunyit di sekeliling gadis tersebut. Setelah selesai menjampi , Tok Bomoh akan memandikan gadis tersebut dengan air campuran bahan-bahan tadi. Tujuan melakukan mandi bunga yang menggunakan tumbuh-tumbuhan sebagai bahan utama adalah untuk menolak bala atau membuang sial. Ini kerana sial yang ada di dalam tubuh si

gadis dipercayai menjadi penyebab gadis tersebut sukar untuk mendapat jodoh. ADAT PERTUNANGAN Istiadat bermula dengan menghantar wakil dari pihak lelaki ke rumah gadis yang hendak dipinang. Istiadat ini dinamakan sebagai merisik dan melamar. Tujuan diadakan merisik ini adalah untuk mengetahui sama ada gadis tersebut telah berpunya atau belum. Selesai sahaja risik-merisik dan setelah pihak perempuan menerima lamaran tersebut, istiadat pertunangan akan menyusul pada satu tarikh yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Apabila waktu pertunangan telah tiba, pihak lelaki akan membawa sebentuk cincin dan barang-barang lain seperti barang persalinan, kuih muih dan sebagainya. Antara barang yang terpenting ialah tepak sirih. Tepak sirih ini mengandungi daun sirih sebanyak dua puluh hingga empat puluh helai, sekurang-kurangnya dua biji pinang masak yang telah dikacip, sedikit tembakau, bunga cengkih, sedikit gambir dan kapur. Di celah-celah cembul diisikan dengan bunga rampai iaitu beberapa daun pandan yang telah dihirishiris halus dan dicampur dengan pelbagai jenis bunga-bungaan yang berbau harum. Daun sirih yang terpilih akan diletakkan di tengah-tengah tepak sirih. Tepak sirih ini merupakan barang yang wajib dibawa oleh pihak lelaki kerana ia merupakan sirih meminang. Tepak sirih adalah satu bingkisan yang paling diutamakan dan ia sangat penting dari bingkisan-bingkisan yang lain. Ia juga berfungsi sebagai pembuka bicara kerana apabila pihak lelaki hendak memulakan perbualan yang berkisar tentang pertunangan , seorang wakil dari pihak lelaki akan menghulurkan tepak sirih ini ke tengah. Ia akan diterima oleh pihak perempuan dan ini bermakna pihak perempuan telah menerima pinangan tersebut.

Selain dari tepak sirih pihak lelaki turut membawa buah-buahan seperti pisang, epal, anggur dan sebagainya yang telah dibalut dengan cantik dan dua biji kelapa muda yang dihiasi dengan jambangan-jambangan bunga yang diperbuat daripada daun kelapa. Bahagian luar buah kelapa ini akan diukir dengan cantik. Sirih junjung juga dibawa bersama. Sirih junjung ini dinamakan sebagai Sirih Junjung Pinang Berketih iaitu satu junjungan sirih dengan pinang. Daun sirih terletak pada batang empulur pisang. Bunga-bungaan turut diselitkan di antara daun tersebut. Setelah perbincangan selesai dan setelah cincin disarungkan di jari manis si gadis oleh wakil dari pihak lelaki, maka sahlah gadis tersebut telah menjadi tunangan orang. ADAT MENGGANTUNG Setelah majlis pertunangan diadakan, maka upacara seterusnya ialah hari bersanding atau hari berlangsungnya perkahwinan. Apabila hampir hari berlangsungnya perkahwinan iaitu tiga atau empat hari sebelum berlangsung, istiadat menggantung akan diadakan. Pada kebiasaannya istiadat ini hanya diadakan di rumah pengantin perempuan sahaja. Menggantung ialah kerja membuat persediaan untuk keperluan masa perkahwinan yang sebenarnya. Dalam istiadat ini, ia turut melibatkan penggunaan beberapa jenis tumbuh-tumbuhan sebagai bahan utama. Istiadat bermula apabila Tok Lebai membacakan doa selamat dan setelah selesai Tok Bomoh akan melaksanakan tugasnya pula. Tok Bomoh akan menyediakan beberapa perkakas seperti bertih, beras kunyit, tempat membakar kemenyan atau perasap dan kemenyan yang diletakkan di dalam sebuah piring kecil. Turut disediakan juga satu alat yang penting iaitu tepung tawar. Tepung tawar ini mengandungi enam jenis daun yang diikat dengan benang pancawarna iaitu tiga helai benang yang berwarna kuning, hitam dan putih. Tok Bomoh akan menjampi bahan-bahan tersebut sambil memperasap sekeliling rumah pengantin. Bertih pula akan ditabur ke merata tempat dalam rumah tersebut.

Setelah itu, tepung tawar tadi akan diikat di tiang seri rumah tersebut,. Tujuan diadakan istiadat ini adalah supaya majlis perkahwinan nanti dapat berjalan dengan lancar dan tidak diganggu oleh makhluk-makhluk halus. ADAT BERINAI DAN PERNIKAHAN Bagi orang-orang Melayu Melaka mereka sangat mementingkan adat berinai. Adat berinai ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu: Berinai curi Ia dilakukan pada tiga malam sebelum hari berlangsung dan dihadiri oleh saudara mara yang sangat rapat sahaja. Berinai kecil Dilakukan pada dua malam sebelum hari berlangsung. Ia dihadiri oleh saudara mara, jiran-jiran dan sahabat handai. Berinai besar Dilakukan pada malam sebelum hari langsung dan majlis ini adalah untuk para jemputan khas dari pihak lelaki untuk si gadis. Pada majlis berinai ini , tumbuhan yang memainkan peranan paling penting ialah daun inai. Dalam istiadat berinai curi dan kecil misalnya, bahan-bahan yang diperlukan ialah beberapa helai daun inai yang telah ditumbuk halus bersama sedikit arang, gambir, dan perahan air limau kasturi. Inai ini akan dipakaikan di jari tangan dan kaki, tapak tangan dan sekeliling tapak kaki pengantin perempuan. Pemakaian inai ini akan meninggalkan kesan berwarna merah dan ini akan menambahkan lagi kecantikan dan keserian pengantin perempuan. Di samping itu, kesan inai ini juga menandakan bahawa seseorang itu baru sahaja melangsungkan perkahwinan.

Sebelum berlangsungnya istiadat berinai besar, upacara pernikahan akan diadakan terlebih dahulu. Dalam upacara ini, pihak lelaki akan membawa bersama barang-barang hantaran termasuklah sirih junjung dan bunga rampai yang diletakkan di dalam sebuah bekas khas yang cantik. Sirih junjung adalah penting kerana ia akan mengepalai hantaran-hantaran yang lain. Bunga rampai ini pula sebagai tanda kesukaan dan kegembiraan. Setelah selesainya upacara pernikahan, istiadat berinai besar pula menyusul. Dalam istiadat ini pihak lelaki turut serta memeriahkan majlis tersebut. Jika di negeri Perak, adat ini tidak dikenali sebagai berinai besar tetapi sebagai Titik Inai. Pada malam hari perkahwinan di rumah pengantin perempuan diadakan majlis titik inai. Pengantin perempuan dan lelaki akan mengenakan pakaian yang cantik dan dihiasi dengan indah dan kemudiannya didudukkan di atas pelamin. Tepung tawar akan disediakan oleh Mak Andam bersama sepiring daun inai yang telah ditumbuk halus. Mak Andam akan tampil ke hadapan dan menghiris beberapa biji buah limau nipis. Limau nipis ini diperah di dalam sebuah cawan yang telah diisikan dengan dua sudu minyak kelapa. Mak Andam akan merenjiskan tepung tawar dan menaburkan beras bertih di sekeliling pengantin. Mak Andam akan memulakan istiadat ini dengan mengambil sedikit inai di dalam piring dan meletakkannya di atas tapak tangan pengantin. Proses yang sama dilakukan oleh beberapa orang saudara mara pengantin. Tujuan menitik inai ini adalah untuk mengukur kebersihan kedua pengantin kerana inai itu sendiri dianggap mengandungi berkat iaitu sebagai satu cara penyucian dan perlindungan. Ini adalah kerana kedua-dua pengantin dianggap wangi dan berdarah manis. ADAT BERANDAM Sebelum upacara persandingan diadakan, pengantin perempuan akan diandam terlebih dahulu. Tugas mengandam ini dijalankan oleh Mak Andam. Lazimnya, tugas ini bermula sehari sebelum hari persandingan diadakan.

Keperluan yang diperlukan untuk mengandam pengantin turut melibatkan penggunaan tumbuh-tumbuhan seperti limau purut, bunga-bungaan, sirih, tepung tawar, disamping bahan-bahan lain seperti kain putih, gunting kecil, sikat, semangkuk air, bedak sejuk dan lain-lain lagi. Upacara ini diadakan di suatu tempat yang terasing dari lalu lalang orang ramai seperti di dalam bilik. Orang lain tidak dibenarkan masuk kecuali orang-orang tertentu sahaja. Upacara ini dimulakan apabila Mak Andam meletakkan kain putih di bahu pengantin dan menyelubungkannya ke seluruh badan. Sirih yang telah dijampi akan diberikan kepada pengantin untuk dikunyah. Pengantin juga akan diperasap dengan kemenyan sambil dijampi. Tujuh jenis bunga yang berbau harum dipusingkan di sekeliling pengantin dan disapukan ke muka dan badan. Penggunaan tumbuhan ini berserta dengan jampi yang dibaca kononnya dapat menaikkan seri pengantin. Di sesetengah tempat, terdapat juga Mak Andam yang akan melumurkan badan pengantin dengan kunyit yang dicampur dengan kulit pokok mempelam dan kulit pokok kekabu. Bahan-bahan tadi ditumbuk halus. Tujuan bahan-bahan tersebut digunakan adalah untuk menambahkan keserian dan keyakinan di wajah pengantin.. Dalam masa berandam, Mak Andam juga akan mencukur bulu-bulu roma di sekeliling muka dan mencukur kening supaya wajah pengantin nampak lebih kemas. Setelah tugas tersebut selesai pengantin akan dimandikan dengan air berlimau. Tujuannya adalah untuk membuang segala kekotoran dan sial-sial di badan serta menjauhkan bala yang menimpa di sepanjang berlangsungnya majlis tersebut.

Persiapan Sebelum Bersanding


Peringkat ini merupakan acara yang meliputi segala persiapan bagi menyambut upacara perkahwinan. Diantaranya istiadat meletak kerja, menghias pengantin, berhinai dan berhias. Pada waktu malam hari, iaitu sehari sebelum berlangsungnya majlis persandingan, upacara menepung tawar (berlulut) pengantin diadakan. Upacara berlulut ini juga adakalanya akan diikuti dengan upacara berpacar (berinai). Acara ini dimeriahkan lagi dengan acara pencak silat, gendang Melayu dan andai-andai atau tandak. Pengantin juga akan dimandikan oleh mak andam dalam acara mandi perantan yang diakhiri dengan berwudhu. Sebelum majlis persandingan dijalankan, pelamin akan disiapkan terlebih dahulu. Pelamin adalah berbentuk seperti suatu singgahsana yang dilengkapi dengan bangku atau kaus atau dua buah kerusi yang dipanggil peterakna sebagai tempat duduk kedua-dua pengantin tersebut semasa bersanding. Pelamin diperbuat daripada kayu dan kertas tebal yang dibalut dan dihiasi dengan kertas-kertas bunga dan kain-kain sutera yang berwarna-warni. Biasanya bagi masa dahulu, terdapat pelbagai pelita kecil yang bermacam warna diletakkan di sekeliling bagi menambah keindahannya. Besar atau kecil, mahal atau murah, dan elok atau buruknya pelamin itu adalah bergantung kepada kemampuan tuan rumah dan kepandaian tukang pelamin tersebut. Ketinggian pelamin biasanya adalah dua atau tiga tingkat, dan setiap satu tingkat hanyalah lebih kurang satu kaki sahaja tingginya. Peterakna atau kaus tempat duduk pengantin semasa bersanding akan

10

dibalut dengan kain sutera atau baldu berwarna-warni dan bertekat sulam yang indah. Peterakna itu diletakkan di tingkat yang atas sekali dan di hadapannya diletakkan satu pahar yang dipanggil oleh orang Melayu dengan nama astakona. Ia berisi nasi kunyit yang dihiasi dengan bunga-bunga telur bercelup merah dan di kemuncak gubahan nasi kunyit itu dicacakkan sejambak karangan bunga yang diperbuat daripada kertas perada dan manik jemeki yang berwarna-warni dan berkilauan.

Pelamin yang memainkan peranan yang penting dalam majlis persandingan orang melayu

i) Istiadat Menghias Pengantin/ Berandam Orang yang memainkan peranan penting dalam adat istiadat bersanding ialah mak andam. Tiada ketetapan tertentu untuk menempah mak andam jika seseorang itu memerlukannya. Pada umumnya tujuan utama mak andam dipanggil ialah untuk menghias pengantin iaitu pengantin perempuan, disamping mengendalikan agar majlis persandingan berjalan dengan baik. Sesetengah mak andam boleh mengubati atau memulihkan pengantin perempuan sekiranya jatuh sakit atau tidak sedarkan diri. Keadaan ini

11

mungkin disebabkan akibat terlalu penat, terkena buatan orang dan sebagainya. Kebiasaannya tugas mak andam bermula sehari sebelum hari persandingan diadakan. Keperluan yang disediakan termasuklah kain putih, limau purut (bilangannya tidak ditentukan, biasanya berangka ganjil), bertih, pisau cukur, gunting, sikat, setengah meter kain putih, sirih, air semangkuk, bedak, bunga tujuh jenis dan beberapa bahan keperluan lain. Upacara ini akan dilakukan ditempat yang terasing dari orang ramai seperti di bilik. Orang lain tidak dibenarkan masuk kecuali orang tertentu atas sebab-sebab khusus sahaja. Upacara dimulakan apabila mak andam, meletakkan kain putih dibahu pengantin perempuan yang diselubungkan diseluruh badan. Sirih yang telah dijampi diberikan kepada pengantin perempuan untuk dikunyah dan diasap dengan kemenyan bersama iringan jampi. Bunga yang tersedia diasapkan dan dijampi, kemudian dipusingkan dikeliling pengantin serta disapukan ke muka dan badan. Semua upacara ini dilakukan bertujuan untuk menaikkan seri muka pengantin. Setelah itu tepung tawar direnjiskan dikeliling pengantin diikuti menabur bertih dan beras kunyit ke atas pengantin untuk mengelakkan gangguan makhluk asing yang mungkin akan menganggunya. Peringkat kedua ialah istiadat bercukur. Sebelum memulakannya mak andam membaca jampi ataupun doa sambil mengurut dan memintal anak rambut dibahagian dahi dan memotongnya dengan gunting yang tersedia. Masa berandam dara yang masih dimiliki pengantin itu penting. Kesucian yang masih wujud akan menjadikan wajah berseri-seri terutamanya ketika bersanding nanti.

12

Tugas mak andam seterusnya mencukur anak rambut dan bulu roma dimuka dan bahagian lain seperti dileher dan ditangan sebelum dibentuk alis. Segala pekerjaan dilakukan dengan penuh hati-hati. Ia dimulai dengan doa dan jampi mantera yang menjadikan muka pengantin berseri-seri. Upacara berandam terakhir ialah istiadat berlangir, iaitu menyapukan bedak sejuk yang dibasuh dengan air ke bahagian badan dicukur. Kemudian diikuti istiadat mandi berlimau dan dicampur bunga tujuh jenis. Istiadat ini bertujuan sebagai upacara membuang sial pada badan dan menjauhkan segala bala yang akan menimpa sepanjang majlis perkahwinan yang akan dijalankan ii) Istiadat Berhinai Istiadat ini boleh dikategorikan kepada tiga iaitu berinai curi, berinai kecil dan berinai besar. Berinai curi dan berinai kecil dilakukan beberapa hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan. Ia dilakukan terhadap pengantin perempuan sahaja. Bahagian yang di inai ialah kedua tapak tangan, sepuluh jari tangan, bahagian kuku jari kaki dan disekeliling tapak kaki. Adat ini dilakukan tanpa bantuan mak andam kerana hanya dilakukan untuk bersuka-suka sahaja. Selain itu kesan dari inai tadi boleh dijadikan satu tanda bahawa seseorang baharu sahaja melangsungkan perkahwinan Sebelum majlis persandingan diadakan, pengantin perempuan akan didandan dan dihias oleh mak andam yang dipilih untuk kelihatan cantik dan berseri. Pengantin dilarang melihat cermin semasa sedang diandam kerana dikhuatiri akan hilang seri pengantin. Antara pakaian persandingan pengantin perempuan yang biasanya dipakai adalah kebaya songket, gaun pengantin yang diperbuat daripada kain sutera bertekat benang emas dan Gajah Holen iaitu pakaian tradisional Melayu Sarawak. Pengantin lelaki pula biasanya

13

akan mengenakan persalinan seperti seorang pahlawan atau pakaian haji (jubah putih atau hitam dan serban). Mengikut adat silam, dari segi persediaan untuk perkahwinan terdapat adat-adat berkaitan dengan berandam, berasah gigi dan berinai. Kemuncak dalam adat resam perkahwinan keseluruhannya adalah majlis bersanding.

Di masa silam, bersanding adalah satu aspek perjalanan hidup yang dijalankan oleh ibu bapa. Merekalah yang memilih teman hidup bagi anak masing-masing. Biasanya apabila ibu bapa merasai anak lelaki sudah sampai masa untuk berkahwin, mereka mula merisik untuk memilih gadis yang sesuai.

Pada umumnya, ibu bapa meminta saudara mara mengesan dan mencari gadis sesuai dikahwinkan dengan anak lelaki mereka.Adab Meminang. Dalam zaman mengejar kemajuan ini, adakalanya adat resam dikebelakangkan. Ini termasuklah dalam soal adat meminang. Adat meminang boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu Merisik dan Meminang.Apabila hati seorang teruna telah berkenan pada seorang dara, biasanya dia akan menghantar wakil untuk merisik bagi menentukan sama ada si dara telah berpunya atau belum.

Kadang kala semasa merisik, wakil teruna akan menyerahkan sebentuk cincin tanya. Jika pihak dara bersetuju, mereka akan menetapkan tarikh untuk masuk meminang dan seterusnya bertunang.Apabila hari yang ditetapkan tiba, wakil teruna akan masuk meminang secara rasmi.

Biasanya pihak teruna akan membawa bersama hadiah beberapa dulang hantaran termasuk sebentuk cincin atau sebagainya. Pada ketika ini, keduadua wakil akan menetapkan tarikh ijab kabul dan persandingan mengikut kesesuaian kedua belah pihak.Namun kini, hanya adat masuk meminang

14

sahaja yang masih diamalkan. Pada zaman teknologi maklumat ini, biasanya kedua-dua teruna dara telah berkenalan terlebih dahulu. Jadi adat merisik khabar dirasakan tidak perlu lagi. Tambahan pula ini dapat menjimatkan kos dan masa.

Namun bagi sesetengah pasangan yang inginkan cara yang lebih tertib dan menyeronokkan, mereka lebih gemar mengikut adat.Sesuatu yang perlu diingat apabila anda ingin mendirikan rumahtangga ialah jangan sesekali membelakangkan ibu bapa. Mintalah pendapat dan nasihat mereka kerana restu orang tua ada hikmatnya.

HantaranHantaran tidak wujud di dalam Islam. Lebih-lebih lagi barang yang digubah menjadi itik, angsa, burung dan pelbagai bentuk binatang. Ini unsurunsur syirik yang tidak sepatutnya diamalkan oleh umat Islam. Sekiranya ingin memberi barang dengan niat ikhlas kepada bakal isteri, seeloknya diserahkan lebih awal iaitu sebelum dijalankan akad nikah. Tidak dengan beradat dulang apatah lagi dulang emas atau perak yang dilarang Islam kerana bejana (barangan atau perhiasan rumah) emas dan perak, haram umat Islam menggunakannya.Tambahan pula budaya hantaran hanya akan mendatangkan kesan yang buruk jika berlaku perselisihan faham. Sekiranya hantaran diberi sebelum bernikah andai pihak gadis memutuskan perhubungan adat menetapkan pihak lelaki boleh menuntut ganti rugi dua kali ganda hantaran yang diberikan kepada bakal isteri. Ini hanya akan membebankan keluarga gadis itu.

Mencari isteri yang manis rupanya seperti dinyatakan Hadis Nabi di dalam Riwayat Ibnu Hibban menyatakan; Sebaik-baik wanita ialah yang cantik, manis rupanya dan murah pula mas kahwinnya.Untuk tidak melambatlambatkan pernikahan sekiranya kedua pasangan sudah suka antara satu

15

sama lain. Dinyatakan dalam Riwayat Al-Baihaqie; "Tiga perkara yang tidak dapat ditangguh-tangguhkan lagi ialah solat bila tiba waktunya, jenazah yang sudah tiba dan wanita bila diperolehi sekufu (sesuai) dinikahi.

Istiadat bersanding merupakan upacara kemuncak dalam adat istiadat perkahwinan. Ia merupakan detik paling sejarah dalam hidup seseorang terutamanya kaum wanita. Pada hari inilah para jemputan datang berkunjung untuk meraikan pengantin. Perkahwinan dalam adat istiadat Melayu suatu upacara panjang lebar yang penuh dengan adat istiadat. Walau sehari tidak ketemu disarakan bagai setahun, namun adat diketepi jangan. Untuk memiliki si jantung hati harus datang beradat. Setiap hasrat disampaikan dalam jalur kesopanan. Bunga yang kembang mekar hendaklah ditilik dirisik terlebih dahulu. Apabila sah belum disunting maka bertandangkan rombongan merisik."Datang kami datang berhajat ingin memetik bunga di taman." Maka disambut si tuan rumah," Kalau kena dengan cara suntingan, kecil tapak tangan nyiru kami ditadahkan." Setelah pinangan diterima menyusul adat hantar tanda. Ibarat pepatah orang tua-tua "kerbau ditambat dengan tali, janji diikat dengan tanda." Justeru wajarlah sebentuk cincin pengikat kata." Lantas dihulurkan sebutir cincin belah rotan atau bertatah intan atau berlian.Bagaimanapun sebelum itu dirundingkan segala hal-hal bersangkut-paut dengan hantaran; berapa mas kahwin yanng dikehendaki? Berapa belanja hangus. Apakah

16

barang-barang yang dikehendaki waris si dara? Adakah hantaran ini mahu dibawa pada hari pertunangan atau langsung atau sebahagian pada hari bertunang dan bakinya pada hari pernikahan? Semuanya harus diputuskan sebelum menjelang hari. Apabila sampai masa untuk kedua-dua pengantin itu disandingkan, maka perkara yang mula-mula sekali dilakukan ialah memakaikan pengantin perempuan, dan apabila pemakaian pengantin perempuan dimulakan, pihak mempelai akan diberi khabaran awal bagi memudahkan mereka bersiap untuk berangkat datang. Apabila pengantin perempuan sudah hampir siap atau sudah siap berpakaian, khabaran akhir akan dihantar kepada pihak mempelai dengan tujuan supaya mempelai itu boleh berangkat datang tepat pada masanya. Setelah lengkap pengantin perempuan itu dipakaikan dengan pakaian Melayu asli yang serba indah, maka beliau pun dipimpin oleh emak pengantin bersama-sama dengan seorang budak perempuan sebagai pengapit yang turut dihias indah berjalan perlahan-lahan naik ke pelamin dan didudukkan di atas peterakna pelamin di sebelah kiri. Pengapit akan berdiri di kiri pengantin dengan satu kipas bertekat di tangannya dan berperanan mengipas pengantin itu secara periahan-lahan. Jika mengikut adat, pengantin perempuan itu hendaklah sentiasa duduk sepanjang berada di atas pelamin dengan kedua-dua matanya memandang ke bawah dan menundukkan kepala sedikit sebagai tanda malu dan sopan yang memang sinonim dengan wanita Melayu. Biasanya, rombongan mempelai akan mula berarak keluar dari rumah menuju ke rumah pengantin perempuan betul-betul selepas pengantin perempuan dibawa duduk di atas pelamin. Namun begitu, sekiranya rumah mempelai terletak agak jauh maka mempelai itu akan dibawa keluar berarak sebelum pengantin perempuan itu diletakkan di atas pelamin supaya tidak menyakiti pengantin perempuan itu kerana terlalu lama duduk menunggu.

17

Perkataan menyakiti dalam konteks ayat ini bermaksud pengantin perempuan akan berasa kurang selesa sepanjang persandingannya kerana pakaian yang dipakaikan kepadanya adalah pakaian khas pengantin yang terlalu sarat dengan perhiasan yang berat-berat dan kainnya diperbuat daripada jenis yang tebal, terutamanya perhiasan di kepala. Pengantin lelaki yang juga sudah siap berpakaian selengkap pakaian cara Melayu asli iaitu bertengkolok, berbengkong dan berkeris, akan mula dibawa berarak dengan berjalan kaki. Pada zaman dahulu, di kampung-kampung terutamanya, bagi pengantin lelaki dari keluarga yang berpangkat atau yang berkemampuan, beliau akan diarak dengan didudukkan di atas usungan yang dipanggil tandu. Di antara adat dalam mengarak pengantin adalah seperti berikut: Setelah pengantin perempuan siap dihias dan bersedia untuk menjalani upacara persandingan, wakil pengantin perempuan akan menghantar bunga berdaun sirih kepada wakil pengantin lelaki yang bertandang tidak jauh dari rumah pengantin perempuan. Sebelum rombongan lelaki berarak ke rumah pengantin perempuan, pihak pengantin perempuan akan menghantar tikar mengkuang (tikar ngambik pengantin) yang dibalut dengan tudung keringkam yang disulam dengan benang emas ke rumah pengantin lelaki. Penghantaran tikar mengkuang ini menandakan bahawa pihak perempuan sudah bersedia menerima kedatangan rombongan dari pihak lelaki. Pengantin lelaki akan diarak dengan menggunakan kereta atau jong yang akan dimulai dengan membaca selawat sebanyak tiga kali dan diikuti dengan paluan hadrah . Setibanya di rumah pengantin perempuan, mereka akan disambut dengan acara pencak silat (silat kapak) sebagai pembuka pintu.

18

Pemergian pengantin lelaki dan rombongannya ke rumah pengantin perempuan, diringi dengan pukulan kompang dan arakan bunga manggar. Bunga manggar ialah dua jambak bunga yang diperbuat daripada kertas berwarna warni dan dililitkan pada lidi kelapa serta dicucuk pada dua biji buah betik atau nenas muda yang telah sedia dicacak kepada dua batang galah. Ketibaan mereka ini disambut dengan taburan bertih, beras kunyit dan air renjisan mawar. Upacara ini dilakukan oleh orang tertentu iaitu saudara yang rapat dengan pengantin perempuan bertujuan agar perkahwinan ini akan dirahmati. Setelah kedua-dua pengantin sempurna didudukkan di atas pelamin, upacara menepung tawar atau berinai besar dimulakan. Pukulan kompang yang menyambut kedatangan pengantin diteruskan sehingga kedua mempelai duduk di atas pelamin. Sebaik sahaja paluan kompang dihentikan, kanak-kanak berebut-rebut mencapai bunga manggar dari ganggangnya untuk dijadikan mainan. Ini menambahkan lagi kemeriahan majlis perkahwinan ini. Di hadapan sekali yang mengetuai rombongan tersebut adalah pasukan berebana, berkompang atau bermarhaban. Di belakang pasukan ini adalah orang yang membawa tepak sirih atau puan yang lengkap dengan isinya dan siap bertudungkan penudung yang diperbuat daripada perak atau tembaga putih berbentuk seperti kepala merak jantan. Pembawa tepak sirih itu akan diapit oleh dua orang yang membawa kaki dian yang sudah sedia terpasang dan di belakang ketiga-tiga pembawa hantaran itu adalah mempelai bersama pengapitnya. Sama seperti pengantin perempuan, pengapitnya akan turut disiapkan dalam pakaian yang indah dan biasanya terdiri dari kalangan pemuda yang belum berkahwin. Turut ada bersama ialah seorang lelaki yang berpangkat tua dalam keluarga di sisi mempelai. Di belakang pengantin mempelai adalah rombongan ahli keluarga dan sahabat handai bagi mewakili pihak lelaki. Pada masa dahulu, rombongan itu biasanya akan turut

19

membawa beberapa batang penyuluh api minyak tanah atau andang, sambil mereka beramai-ramai berzikir dan bermarhaban berselang-seli dengan paluan kompang serta pukulan rebana. Biasanya, sekumpulan wakil kaum perempuan dari pihak mempelai akan tiba terlebih dahulu dari rombongan pengantin. Mereka akan disambut dengan taburan beras kunyit dan akan duduk menunggu di hadapan pelamin yang biasanya dibina di ruang tamu rumah. Di hadapan halaman rumah pengantin pula adalah tempat untuk orangorang lelaki berhimpun untuk menyambut ketibaan mempelai. Mereka turut bersedia dengan paluan kompang dan rebana, seorang pembawa tepak sirih yang tudungnya berbentuk seperti kepala merak betina, dan diikuti dengan dua orang pembawa dian. Marhaban dan zikir turut dialunkan bagi memeriahkan suasana. Apabila rombongan mempelai telah tiba, mereka akan berhenti pada jarak lebih kurang sepuluh ela dari rumah pengantin. Si pembawa tepak sirih mempelai akan membuka silat mencabar pembawa tepak sirih pengantin perempuan. Kedua-duanya akan mempersembahkan silat pengantin yang gayanya seperti merak mengigal. Oleh yang demikian, biasanya pembawa tepak sirih akan dipilih dari kalangan lelaki yang mahir dalam silat Melayu dan pertunjukan ini biasanya sangat dinantikan oleh semua yang hadir. Pengantin lelaki akan dibawa masuk ke rumah dan didudukkan di samping pengantin perempuan yang sedia menanti di atas pelamin yang telah dihias indah. Semasa majlis persandingan, upacara berjembak dijalankan di mana pengantin lelaki akan menyentuh dahi pengantin perempuan dengan ibu jarinya dan jejambak (tuala kecil yang wangi dan dilipat berbentuk bunga) . Ianya bersamaan dengan adat membatalkan air

sembahyang. Doa selamat dan selawat dibacakan untuk kedua-dua mempelai . Tepung tawar dilakukan dengan diiringi oleh paluan hadrah.

20

Pengantin kemudiannya melakukan upacara turun naik tangga sebanyak tujuh kali. Pertunjukan silat akan dijalankan dalam masa beberapa minit. Sebagai penutup, mereka akan menemukan kedua-dua muncung merak yang menjadi tudung kepada kedua-dua tepak sirih itu dan akan disambut dengan soraksorai yang gemuruh daripada tetamu yang hadir. Mempelai kemudiannya akan dipimpin ke pintu rumah dan sebelum masuk, salah seorang wakilnya akan membacakan selawat sebanyak tiga kali dengan alunan yang sedap dan kuat sebagai tanda memberi selamat kepada mempelai sebelum masuk ke rumah. Pada tangga terbawah sekali di luar pintu masuk rumah akan dihamparkan dengan permaidani yang panjang sehingga ke tapak tingkat pelamin sebagai alas untuk mempelai berjalan. Biasanya pada zaman dahulu, sebelum mempelai dibawa masuk melalui pintu hadapan, beliau akan disekat oleh sekumpulan pemuda yang ditugaskan untuk mengutip bayaran tebus pintu mengikut seperti yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Jika terdapat dua pintu untuk dilalui, maka mempelai dimestikan membayar dua kali sebelum dibenarkan masuk. Lain pula cerita di pelamin. Sekumpulan pemudi akan bersedia di pelamin, menyekat mempelai untuk duduk bersanding di sisi pengantin perempuan selagi mereka belum menerima bayaran harga tebus pelamin. Setelah bayaran tebus diselesaikan maka mempelai akan dibawa naik sehingga ke hadapan peterakna untuk disandingkan di sebelah kanan pengantin perempuan. Akan tetapi sebelum itu, beliau sekali lagi terpaksa membayar bayaran tebus yang akhir, iaitu bayaran tebus kipas, yang pada masa itu sedang dipegang oleh emak pengantin bagi mendinding muka pengantin perempuan itu. Bayaran tebusan ini pun mesti disempurnakan, dan di antara ketiga-tiga bayaran tebus itu bayaran tebus kipas inilah yang termahal sekali. Setelah bayaran disempurnakan maka barulah emak

21

pengantin membuka muka pengantin perempuan itu dan menyambut mempelai untuk didudukkan di sebelah kanan pengantin perempuan dan pengapit mempelai itu berdiri di sebelah kanan mempelai itu. Kedua-dua pengantin akan duduk bersanding di hadapan kesemua tetamu dan keadaan inilah yang disinonimkan dengan istilah raja sehari. Hal ini kerana keadaan pengantin itu duduk di atas pelamin di hadapan kesemua tetamu adalah sama seperti situasi rakyat jelata yang sedang mengadap raja dan permaisurinya. Apa yang berbeza hanyalah mereka tidak dijunjung duli dan hanya menjadi tontonan. Semasa bersanding, emak pengantin akan menjalankan adat bersuapsuapan di antara kedua-dua pengantin. Emak pengantin akan menjemput sedikit nasi kunyit daripada pahar astakona dan diletakkannya ke tangan pengantin perempuan. Dengan memegang nasi itu menggunakan dua jari, tangan pengantin perempuan akan diangkat oleh emak pengantin lalu disuapkan ke mulut mempelai itu. Setelah itu, giliran pengantin lelaki pula. Setelah selesai adat bersuap-suapan, emak pengantin pun turun daripada pelamin dan sekelian sanak saudara dan sahabat handai pengantin lelaki yang belum naik melihat persandingan itu dijemput naik. Ini kerana adat persandingan adalah upacara terbesar dan paling disukai oleh masyarakat Melayu. Bunga telur yang dicucuk pada nasi kunyit di astakona tersebut akan dicabut dan dibahagikan kepada tetamu perempuan yang hadir dalam majlis itu seorang sebiji atau sekadar yang mencukupi. Setelah itu, kedua-dua pengantin dibawa oleh emak pengantin turun daripada pelamin berjalan perlahan-lahan dengan keadaan kedua-duanya berpimpin tangan dan jari kelengkeng mereka dikaitkan satu sama lain. Mereka dibawa terus masuk ke dalam bilik peraduan pengantin, yang sudah sedia disiapkan dan dihiasi dengan perhiasan yang cantik dan indah.

22

Di dalam bilik, kedua-dua pengantin akan duduk bersanding di atas tikar sila, yang bertekat dan bersulam dengan benang emas terletak di hadapan katil. Setelah kedua-duanya duduk, emak pengantin akan mengambil kedua belah tangan pengantin perempuan lalu dipersalamkannya dengan tangan mempelai itu sebagai tanda mula berkenalan di alam suami isteri. Inilah yang dikatakan orang Melayu zaman dahulu, adat berkahwin dahulu kemudian berkasih. Emak pengantin akan keluar dari bilik serta menutup pintunya dan meninggalkan kedua-dua pengantin suami isteri itu bersendirian kira-kira sejam dua bagi memberi peluang kepada mereka untuk berkenalan. Selepas sejam, emak pengantin itu akan masuk semula dan membawa pengantin perempuan keluar dari bilik, manakala mempelai itu akan ditinggalkan bersendirian. Pengantin perempuan itu tidak akan dibawa masuk semula ke dalam biliknya, melainkan jika persandingan itu selesai selepas maghrib. Pengantin perempuan hanya akan dibawa masuk ke bilik semula pada waktu makan malam untuk melayani suaminya makan atau makan bersama-samanya, dan selepas makan malam pengantin perempuan itu mengikut adat, masih tidak lagi dibenarkan duduk berdua dengan suaminya. Adat ini akan berlangsung selama dua hari dua malam selepas pengantin perempuan itu menjalani upacara bersanding di mana beliau akan disalinkan dengan pakaian yang indah-indah empat kali sehari iaitu pada makan pagi (futur), makan tengah hari, minum teh petang dan makan malam. Pada waktu melayan makan suaminya, pengantin perempuan digalakkan duduk lebih lama di dalam bilik bersama suaminya bagi memberikan mereka peluang bergurau senda dan bermesra. Dalam majlis ini , orang yang dijemput tampil ke hadapan akan menabur beras kunyit dan bertih kepada mempelai. Kemudian baharulah melakukan

23

istiadat menepung tawar iaitu mengambil secubit inai dan diletakkan ditapak tangan kanan dan kiri. Setiap kali selesai upacara menepung tawar dan menginai dilakukan, mak andam mengambil inai daripada tapak tangan pengantin dan meletakkannya ke dalam satu bekas lain. Kedua-dua pengantin menangkupkan kedua tapak tangan di dada seakan-akan mengangkat sembah sebagai tanda terima kasih kepada orang yang melakukan upacara ini. Setelah sempurna menjalankan upacara ini, orang yang berkenaan pun menundukkan kepalanya sedikit seperti ketika ia mula datang sebagai tanda hormat dan memohon diri pergi. Majlis ini berlangsung, dalam keadaan meriah dengan hilai tawa para hadirin, diselangi dengan sindir menyindir kepada pasangan pengantin. Setiap orang yang melakukan upacara ini diberi bunga telur yang terpacak di pulut kuning sebagai tanda hati kerana kesudian menepung tawar mempelai. Berakhirnya upacara ini bermakna sempurnalah adat istiadat perkahwinan masyarakat Melayu yang telah dijalankan. Istiadat seterusnya ialah upacara menyambut menantu yang dilakukan di rumah pengantin lelaki. Pada sebelah petang atau malam, makan nasi temuan diadakan. Ini bagi membiasakan pengantin dengan kehidupan berkeluarga dan sekaligus untuk menghilangkan rasa malu. Majlis makan nasi temuan ini dilakukan bersama ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Pada hari yang ketiga, atau ada juga pada hari yang keempat, tibalah masanya untuk pengantin suami isteri itu tidur bersama di waktu malam. Mengikut adat, selepas selesai makan malam bersama suaminya dan sebelum masuk tidur, pengantin perempuan akan dibawa keluar dari bilik pengantin oleh emak pengantin dan disalinkan dengan pakaian serba putih sama seperti cadar di katil pengantin yang sudah siap ditukar. Pada malam itu juga, akan diadakan persembahan bunyi-bunyian dan tarian seperti zapin

24

atau yang seumpamanya, bagi meraikan malam persatuan hayat kedua-dua pengantin suami isteri itu. Pada esok paginya, sebelum adat mandi-mandian atau berlimau dijalankan, emak pengantin akan bertemu dengan pengantin lelaki untuk memeriksa daripadanya tanda yang membuktikan isterinya itu masih lagi anak dara dan biasanya, suami atau mempelai itu akan menyerahkan sehelai sapu tangan putih yang mengandungi tanda yang dikehendaki itu kepada emak pengantin dan sapu tangan tersebut akan dibawa oleh emak pengantin lalu ditunjukkan kepada ibu bapa pengantin lelaki. Setelah selesai semuanya adat mandi-mandian atau berlimau akan diadakan.

Lampiran Hari Persandingan

25

Bangsa Sembilan Pikul


Apabila hari perkahwinan akan dilangsungkan mas kahwin diberikan. Terdapat dua bahagian yang penting iaitu penyekab dan berian. Penyekab terdiri daripada sembilan amas emas, sebilah pedang, sehelai persarakap betabor (sapu tangan berebang emas dengan corak tertentu) dan sebuah tumo' (bekas diperbuat daripada kayu dalam bentuk tertentu). Berian pula terdiri daripada barang-barang tembaga kuning sebanyak sembilan pikul (133 paun x 9) atau harta lain yang senilai dengan harga barangan tersebut. Keperluan-keperluan lain ialah Adat Menuga sebanyak satu pikul barangan tembaga kuning atau harta senilai sebagai syarat pengangkutan pengantin perempuan ke rumah lelaki pada hari perkahwinan. Adat Mebin adalah satu pikul barangan tembaga sebagai syarat untuk pengantin perempuan naik ke rumah pengantin lelaki apabila rombongan sudah sampai di rumah itu. Pakan

26

pula hanya berupa duit mengikut kehendak pihak perempuan. Semua barangan hantaran akan disampaikan kepada pihak perempuan sehari sebelum tarikh perkahwinan. Pada keesokkan paginya pengantin perempuan akan berangkat ke rumah pengantin lelaki. Pada masa yang sama rumah pengantin lelaki akan dihias dengan menarik dan kemudian pangkat pihak lelaki dipamerkan. Pada masa yang sama sembilan helai bendera akan dikibarkan, lima di hadapan rumah dan empat di sebelah jalan raya. Sebaik sahaja rombongan pengantin perempuan sampai, seorang wakil lelaki akan menghadiahkan sebuhuong pranakan siantan betabor (kain tenun berbenang emas dengan corak tertentu). Kemudian pengantin perempuan akan berdiri di atas batu asah yang disediakan sambil menyentuh kanan seni (tempayan). Wakil lelaki merenjis kedua-dua belah kakinya ke kiri. Setelah itu barulah wakil tersebut memberi hadiah kepada pengantin perempuan sebagai syarat Adat pahe'. Terdapat tiga bentuk adat pahe' yang perlu disediakan oleh wakil pengantin lelaki iaitu pahe' Mukad yang merangkumi satu amas emas, sepasang gelang perak (batuong) dan sembilan biji manik (kehet). Pahe' Atap pula adalah terdiri daripada lima biji manik pasin. Pahe' Id adalah lima biji manik tebalan dan Pahe' Keman adalah lima biji manik pingeh yuong. Selepas itu upacara persandingan akan dilakukan di rumah pengantin lelaki. Setelah beberapa lama pasangan pengantin akan pergi ke rumah pengantin perempuan untuk melangsungkan adat pedudui yang berkaitan dengan acara malam pertama sehingga hari ketiga. Antara barangan adat pedudui adalah seperti berikut:

Satu amas emas Tujuh biji manik kehet Lima manik tilak

27

Sepasang gelang perak Empat bilah lembing Dua belas belan Sehelai kain lugi Tiga ketul damar Bagou tulei (bekas damar yang diperbuat daripada tembaga) Bulang anyaman Sebilah lembing untuk mengikis damar Satu terusuong (seperti bentuk kon untuk ceduk air)

Barang-barang yang disediakan ini dimasukkan ke dalam bilik khas pengantin. Setelah itu pasangan pengantin akan masuk ke dalam bilik. Pengantin lelaki memberi cincin emas kepada pengantin perempuan. Kemudian pengantin lelaki memberi seutas gelang perak yang diikat dengan manik-manik dalam kain hitam kepada isterinya lagi. Mengikut tradisi masyarakat Melanau, pasangan pengantin yang baru berkahwin tidak dibolehkan keluar dari rumah selama sehari. Tempoh ini dinamakan sebagai adat pedudui yang mensyaratkan mereka tidak boleh mandi di sungai atau tidur pada waktu siang. Sungguhpun demikian pasangan tersebut bebas melawat rumah kedua-dua ibu bapa mereka.

Bangsa Tujuh Pikul


Perkahwinan untuk golongan berpangkat bawah dari Sembilan Pikul hampir sama. Cuma yang membezakan adalah dari segi jumlah mas kahwin sahaja. Penyekab terdiri daripada tujuh amas emas, sebilah keris, sehelai persarakab, sapu tangan berbenang emas dan sebuah tumo'. Berian pula terdiri daripada barangan tembaga kuning sebanyak tujuh pikul atau pelbagai jenis barangan lain yang senilai.

28

Adat Menuga' adalah sebanyak sepikul barangan tembaga kuning atau wang tunai. Pakan yang diberi dalam bentuk wang tunai mengikut jumlah yang ditetapkan oleh pihak perempuan. Semasa pengantin perempuan menaiki rumah lelaki, dia diberi sebuhuong pranakan bercura' (kain tenun berbenang emas dengan corak khas). Pahe' makad juga akan dihadiahkan kepada pengantin perempuan dengan mengandungi satu amas emas, tujuh biji manik kehet dan sepikul juga diberi bersama manik-manik dan diikat dalam kain hitam. Dalam adat petudui katil akan disediakan empat bilah lembing. Kemudian tiga ketul damar disediakan bersama perkakas seperti bagou tulei, kila, sebilah mata lembing dan terusung. Minyak kelapa akan dimasukkan ke dalam tembikar kecil. Selain itu pengantin lelaki juga akan menghadiahkan isterinya dengan beberapa bentuk hadiah sebanyak satu amas emas, lima biji manik tilak, sepasang gelang perak dan bibe' kuali.

Bangsa Tujuh Beritih


Bagi golongan Tujuh Beritih adat pemberian mas kahwin adalah seperti sebentuk cincin yang diletakkan dalam bekas anak selapak, segantang padi diletakkan di dalam segamut yang tidak bertutup dan sebiji kelapa yang diletakan di dalam bukor dan ditudung. Penyekab pula terdiri daripada lima amas emas, sebilah keris, sebuah sipir, pinggan tembaga bergigi di sisi dan sehelai kain perasa. Berian pula terdiri daripada barang-barang tembaga kuning sebanyak tiga pikul sembilan puluh kati atau harta yang lain senilai dengan tembaga tersebut. Adat Menuga pula adalah sebanyak sepikul barang tembaga kuning atau wang tunai yang sama nilai. Manakala pakan yang diberikan dalam bentuk wang tunai bergantung pada pihak perempuan. Semasa pengantin

29

perempuan menaiki rumah pengantin lelaki, wakil pengantin lelaki akan diberi kain sebuhuong tanjing sarek. Pahe' mukad yang mengandungi satu amas emas, lima biji manik tilak yang diikat bersama bibe' kuali dan sepikul barang tembaga kuning (menuga). Bagi adat petudui Tujuh Beritih, tiga ketul damar akan disediakan dengan bagou tulei, kila' (sebilah mata lembing) dan terusung. Barang-barang lain pula digunakan kecuali minyak kelapa yang diletakkan di dalam selepak sahaja. Adat lima beritih tidak wujud lagi di kalangan yang berkedudukan rendah.

Oleh kerana perkahwinan merupakan satu institusi yang penting, terdapat beberapa peraturan dalam kehidupan mereka yang perlu diikuti oleh kedua-dua pasangan pengantin sama ada lelaki atau perempuan. Antara peraturan yang perlu diikuti oleh mereka ialah:

Setelah menjadi pasangan suami isteri, suami tidak boleh menetak bumbung rumah dengan parang kerana cara ini boleh menyebabkan hubungan renggang antara suami dan isteri.

Suami tidak boleh memerah kelapa yang sudah diparut kerana boleh menyebabkan perut isteri sakit atau memulas.

Pakaian yang dipakai semasa upacara perkahwinan tidak boleh dijahit walaupun koyak kerana boleh menyebabkan penyakit di kalangan suami isteri.

30

Isteri dilarang keras memarut rumbia atau menyeberangi sungai kerana akan jatuh sakit sehingga boleh menyebabkan anak di dalam kandungan keguguran.

Istiadat Berinai adalah sebagai:


1. Beras kunyit ialah sebagai ganti emas yang pernah diamalkan oleh masyarakat zaman dahulu kepada mempelai pengantin sebagai tanda kegembiraan. 2. Beras basuh sebagai simbol doa restu mereka kepada mempelai dan pengantin supaya murah rezeki sehingga ke anak cucunya kelak. 3. Bertih ialah sebagai simbol supaya berkembang keturunan mereka hasil dari perkongsian hidup nanti. 4. Air tepung tawar sebagai penawar sewaktu mengalami sakit pening dan lain-lain penyakit semasa menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri.

31

5. Inai ialah sebagai simbol atau tanda bahawa kedua-dua mempelai masih mempunyai dara yang dikawal dengan kehormatan diri untuk menjadi satu kemegahan bagi kedua-dua keluarga mempelai.

Penggunaan tumbuh-tumbuhan dalam adat istiadat perkahwinan masyarakat Melayu tidak boleh dipertikaikan. Menyentuh tentang adat istiadat perkahwinan orang Melayu, segala bentuk upacara, pantang larang yang diamalkan dan jampi mantera dibacakan oleh mak andam serta penggunaan tumbuhan tertentu seperti beras kunyit, bertih, inai dan seumpamanya mempunyai signifikasi tersendiri. Di antaranya bertujuan untuk melindingi pasangan pengantin dari gangguan makhluk-makhluk halus. Manakala upacara lain seperti bersanding, adat berandam, berarak menggunakan bunga manggar dan sebagainya bertujuan untuk bersuka-suka di samping mengeratkan hubungan kedua-dua pengantin yang baru dinikahkan dengan saudara mara kedua-dua belah pihak yang baru berkenalan. Walaupun setiap negeri mempunyai istiadat yang agak berbeza, tetapi secara umumnya ianya adalah hampir-hampir sama serta mempunyai matlamat yang tertentu.

32

AB KT
M A

P ER G

UR

AN

Nama: Seow Shu Woon Kumpulan: PISMP BC 0011

AN S U LT

A B D U L

H A LIM

J S

33

No. K/P : 860228-08-5144 Angka Giliran : 04142 Nama pensyarah : Pn. Hjh. Esah Bt. Jali Tarikh Serahan : 20-03-2006

34

You might also like