You are on page 1of 2

REFLEKSI AJK PERALATAN

NAMA: 1. MOHD. NASZRIEN ISMAIL (K) 2. ABDUL KALID BIN MOHAMAD 3. MIXWILLEY MASRIN

Pada 8 Julai 2013 bersamaan pada hari Isnin, kami telah melaksanakan Projek Keceriaan Tanaman Pokok Limau yang telah dirasmikan oleh Datuk Mary Teresa Kinajil di perkarangan halaman Bilik Kelawat. Kekuatan yang ada pada AJK kami adalah komitmen yang ditunjukkan oleh setiap ahlinya. Saya selaku ketua dalam AJK ini dapat melaksanakan tugas dengan lancar dengan bantuan dari ahli - ahli yang lain. Kami juga telah meminjam alatan dua minggu dari tarikh projek bagi mengelakkan sebarang masalah. Selepas seminggu, kami telah mendapat kelulusan pinjaman dan semua barang sedia untuk dipinjam antaranya seperti cangkul, penyodok dan penggembur. Kelemahan yang dapat saya rasakan adalah kami tidak dapat meminjam kereta sorong untuk digunakan dalam proses pemindahan tanah ke tapak projek disebabkan kereta sorong yang ada telah rosak dan tidak dapat digunakan. Namun masalah ini dapat diatasi setelah kami menggunakan kereta dari pelatih lain untuk memindahkan pasu pasu yang telah diisi tanah ke tapak projek. Harapan saya semoga segala proses peminjaman dapat dilaksanakan dengan lebih lancar supaya sebarang kekurangan yang timbul dapat diatasi dengan segera bagi mengelakkan kecacatan kepada sesuatu projek. Selain itu, AJK Peralatan juga bertanggungjawab dalam menyediakan tanah bagi diisikan dalam setiap pasu. Sehubungan dengan itu, kami mendapatkan tanah berhampiran dengan nursery IPG Kent. Kekuatan yang kami dapati semasa melaksanakan tugas ini ialah tanah tersebut adalah tanah yang sememangnya sesuai untuk penanaman pokok limau.

Selain itu, tiada sebarang kos perlu dikeluarkan kerana segalanya percuma. Kelemahan yang kami dapati pula ialah kami kekurangan tenaga kerja semasa mendapatkan tanah. Pasu juga semakin berat apabila diisi dengan tanah. Hal ini mengakibatkan kami menghadapi sedikit masalah apabila hendak memindahkan pasu ke kelas semula. Walaubagaimanapun, itu bukan penghalang kerana kami telah mendapatkan jalan penyelesaian iaitu dengan meminta rakan kami yang mempunyai kenderaan besar untuk memindahkan pasu-pasu tersebut. Bagi cadangan penambahbaikan, kami mencadangkan supaya bilangan AJK Peralatan ditambahkan agar tenaga kerja boleh dikatakan mencukupi. Sepanjang menjalankan tugas sebagai AJK Peralatan, kami telah mendapat satu pengalaman yang berguna dalam melaksanakan sesuatu projek. Kami mengetahui kerjasama amat baik amat diperlukan dalam menjalankan sebarang bidang tugas. Oleh yang demikian, kami telah memberikan kerjasama yang baik bukan setakat dalam kalangan kami sebagai AJK Peralatan tetapi juga dengan AJK yang lain dan para pensyarah. Di samping itu, kekuatan lain yang ada ialah persediaan awal yang baik. Kami telah membuat persediaan seperti meminjam peralatan dengan lebih awal dengan pihak stor dan unit kemahiran hidup. Persediaan yang mantap membolehkan projek kami berjalan dengan baik. Secara konklusinya, sepanjang projek ini, kami telah mencuba sedaya upaya kami agar semua perkara berkaitan lancar. peralatan berjalan

You might also like