• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
http://ms.wikipedia.org/wiki/Wau
Layang-layangDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.(Dilencongkan dari Wau)Untuk kegunaan lain, sila lihat: Layang-layang (nyahkekaburan).Permainan layang-layang, juga dikenali dengan nama wau merupakan satu aktivitimenerbangkan layang-layang tersebut di udara. Perkataan “wau” dikatakan berasal dariperkataan kerajaan Melayu Pattani (Thai) memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu,Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di pantai barat danselatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikanmenerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja. Selain itu kemunculan nama wau jugadikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara,daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi "wau" secara berirama.Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk pelbagai peringkat umur. Permainan wau jugadiadakan untuk pertandingan. Pertandingan yang melihat bentuk kecantikannya diukur dari segikeindahannya kepada bentuk, corak ciptaan, warna, keaslian ciptaan dan ukurannya.Isikandungan [sorok]1 Sejarah wau1.1 Di Malaysia1.2 Mitos permainan wau2 Jenis wau3 Cara bermain4 Menghasilkan wau5 Perincian wau5.1 Teknik pembuatan wau tradisional5.1.1 Petua dan pantang larang pemilihan buluh5.1.2 Penyimpanan buluh5.1.3 Meraut buluh5.1.4 Membuat bingkai5.1.5 Mengukur, melukis dan menyobek corak5.1.6 Memasang jambul atau rambu5.1.7 Memasang belalai5.1.8 Memasang busur 6 Pautan luar [sunting]Sejarah wau[sunting]Di MalaysiaKedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan. tarikh serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di Malaysiaberasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta ciri wau di Malaysia mempunyaipersamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China.Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusilayang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari negara China.
 
Kemungkinan juga perkataan wau datangnya daripada perkataan Cina Hokkien (Fujian). Katauntuk wau dalam dialek Hokkien ialah 'ao' di utara Malaysia.[sunting]Mitos permainan wauMengikut satu cerita, wau itu pada awalnya adalah permainan tanpa nama. Permainan yangdimainkan oleh kanak-kanak ini diperbuat dari daun tertentu yang diikat pada tulang belakangdaun tersebut dengan tali kelopak batang pisang atau urat-urat daun nenas. Wau dimainkan ditempat yang berangin. Satu waktu, permainan tanpa nama itu putus talinya, dan anak itu punmenangis “wa,wa,wa,wa…”, maka, menurut yang empunya cerita, lahirlah perkataan "Wau".Mengikut asal usul yang lain, yang lebih dekat dengan mitos, ia bermula apabila Dewi Dewa Danibersalinkan Dewa Muda. Bidan Ketujuh membuang tembuni Dewa Muda ke laut. Maka Mak siDewa Dewa yang sedang bertapa di kayangan merasa tidak selesa duduk di kayangan, lalu diaturun ke Medan Kulum Laman Yang Rata, dan dilihatnya tembuni Dewa Muda terapung-apung diSungai Nil. Tembuni itu dipulihkan menjadi seorang dewa yang dinamakan Awang si JambulLebat dan selaput tembuni Dewa Muda itulah dijadikan “rangka” Wau untuk Dewa Muda.Untuk menyiapkan Wau itu, Mak si Dewa Dewa mengambil panau Dewa Muda untuk dijadikanbunga Wau, tangan Dewa Muda untuk sayap Wau, laras kaki Dewa Muda dijadikan tangan danbadan wau serta rambut Dewa Muda dijadikan jambul Wau. Bila Wau ini dinaikkan, makabusurnya berbunyi dua belas bahasa dan dua belas ragam. Dari bunyi busur itulah wujudnyanama "Wau". Mengikut asal usul ini juga, wau yang tidak ada busur atau busurnya tidak berbunyidua belas bahasa dan dua belas ragam dipanggil "layang-layang".Mengikut asal usul yang lain pula, wau wujud dari semangat padi. Pada satu hari, seorang petanibersama isterinya yang tidak mempunyai anak terjumpa dengan seorang anak perempuan yangcantik, lalu dipelihara oleh mereka. Si suami tiap-tiap hari membawakan minuman dan makanankepada anak perempuan itu di tempat dia bermain di rumah padi, yang akhirnya menimbulkanperasaan cemburu di hati isteri. Anak perempuan itu dipukul oleh si isteri lantas melarikan diridari rumah petani tersebut menghala angina barat.Berikutan dengan kejadian itu, padi petani suami isteri tadi, tidak berbuah dan diserang penyakit.Mengikut nujum, anak perempuan yang dihalau tadi adalah semangat padi. Untuk memohonmaaf, petani itu harus membuat satu lembaga merupai Wau Bulan sekarang ini dan dinaikkansetelah menuai.Mengikut asal usul yang lain, Wau Bulan lahir sebagai lambang penyatuan kembali Empayar Srivijaya oleh Dewa Muda. Setelah kemangkatan pembina Empayar Srivijaya iaitu Sri MaharajaSri Jayanaga, maka empayar yang meliputi seluruh Asia Tenggara ini mulai berpecah diperintahsecara berasingan dari negara induk Srivijaya iaitu Medang Bhumi.Di awal abad ke-8 muncul seorang tokoh, iaitu cucu Sri Maharaja Sri Jayanaga yang bernamaJaya Sinha. Beliau mempunyai berbagai gelaran, antaranya Sabjaya atau Sanjaya Putera, InuDewa, Seri Panji, Mahisa Kelana Seri Panji, Raden Inu Kertapati atau Raden Asmarajaya danHyang Kamajaya, tetapi dia lebih terkenal dalam cerita-cerita tradisi sebagai Dewa Muda. DewaMuda telah mengadakan beberapa serangan untuk menyatukan kembali Empayar Srivijaya.Sebelum Dewa Muda mengadakan serangan, dia telah lama bertapa dan apabila selesai, diapulang dari gua tempatnya bertapa dengan membawa rangka atau ‘lembaga’ wau bulan yangbaginya merupakan peta penyerangan dan penaklukan kembali Empayar Srivijaya atau AsiaTenggara itu.Dewa Muda menakluk kembali empayar yang agung itu kira-kira pada tahun 713hingga 779 Masihi. Setelah mendapat kemenangan, Wau Bulan yang menjadi lambang Empayar Srivijaya dikenali sebagai ‘Sejagat Tanah Jawa’.
 
Kepala dan tengkuk wau bulan yang berbentuk garuda itu melambangkan raja segala burungyang sebenarnya seorang wali. Namanya ialah Riah, dalam Bahasa Arab disebut ‘Nabi MahlailAlaihissalam’ antara 313 rasul dan dalam Bible, beliau disebut dengan nama ‘Mahalelselt’. Dalamcerita-cerita tradisi dia digelar ‘Burung Petala Indera’. Jadi, kepala Wau Bulan ini melambangkanroh dan semangat Empayar Srivijaya, dan memberi erti asas kebudayaan dan asas peradabandalam empayar ini.Dikisahkan bahawa busur wau ini memiliki dua belas bahasa, dua belas ragam yangmelambangkan negeri atau daerah yang disatukan kembali dengan negara pusat Empayar Srivijaya. Dua belas negeri tersebut ialah Filipina, Vietnam, Segenting, Kemboja-Laos-ThailandTengah dan Utara, Burma, Burma Barat dan Benggala Timur menganjur ke Kepulauan Andaman,Pulau Irian dan Pulau Sulawesi. Sementara dua belas ragam bererti dua belas suku terdapat didua belas daerah/negeri tersebut tadi.Bulatan bulan pada Wau Bulan melambangkan negeri-negeri daratan yang dinamakanNusarantang-kawasan yang bersambung. Bintang yang terletak di antara bulatan bulan sabitpenuh dilambangkan sebagai ‘negara pusat’ atau ‘kawasan pusat pemerimtahan’ yangdinamakan ‘Nusa Kencana-Kawasan Emas dan bulan sabit penuh yang menjadi bahagian bawahwau ini dilambangkan dengan negeri-negeri kepulauan yang dinamakan Nusantara-Kawasanyang dirantai oleh laut-laut.Wau Bulan ini memiliki tiga teraju yang melambangkan tiga bahagian empayar Srivijaya dan tigateraju ini diikat oleh satu tali, yang melambangkan Empayar Srivijaya ini diperintah oleh satupentadbiran pusat.Dalam asal usul yang lain pula, wau dinyatakan berasal dari Kembayat Negara di zaman SitiZubaidah dan wau ini bernama Wau Lenggang Kembayat. Wau inilah yang dinaikkan olehPembina Empayar Srivijaya iaitu Dewa Muda. Bentuknya tidaklah seperti Wau Bulan seperti yangdinyatakan dalam asal usul di atas. Wau Lenggang Kembayat ini bentukya seperti Wau Ikan yangwujudnya sekarang ini.Banyak lagi terdapat asal usul wau, tetapi hampir semuanya menyerupai asal usul yang telahdicatat.[sunting]Jenis wau Wau bulan.Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Antaranya wau burung, wau pari, wau katak, waubayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau baratdan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan.[sunting]Cara bermainPada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau danseorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akanditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wautersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihiasberwarna-warni.Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat di kalangan masyarakat Melayu tetapilayang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...