You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

JURNAL

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

: Ke-6 : Keenam : 2 hingga 6 September 2013 : Bahan Bantu Mengajar (BBM)

1. Masalah / Peristiwa Sepanjang saya menjalani latihan praktikum di SK Tasek Dermawan ini, saya menghadapi masalah dalam penggunaan bahan bantu mengajar. Terutamanya dalam subjek Bahasa Melayu untuk muridmurid kelas 4 Zamrud. Agak terhad bagi saya untuk menggunakan bahan bantu mengajar ketika proses P&P. Keadaan ini membuatkan, murid-murid mudah bosan dan kurang memberi tumpuan di dalam kelas. Secara tidak langsung proses P&P agak terganggu. 2. Analisis Masalah Pada permulaan sesi P&P, tidak dinafikan bahawa saya kurang menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) kepada murid kelas saya. Saya lebih banyak menerangkan kepada murid tentang topik pada hari tersebut. Pada pandangan saya, aktiviti penerangan tersebut, akan membuatkan murid saya ini akan mudah faham. Pada hakikatnya, murid-murid ini akan mudah bosan dan hilang tumpuan. Saya juga kurang menggunakan ICT di dalam aktiviti P&P. Seperti yang kita tahu kanak-kanak tidak boleh memberikan tumpuan dalam masa yang lama. Mereka hanya dapat memberi tumpuan sekitar 20 minit awal interaksi sahaja. Mereka akan mudah bosan dan akan membuat bising di dalam kelas. Apabila keadaan ini terjadi secara tidak langsung akan mengganggu perjalanan proses P&P. mereka lebih suka sesuatu aktiviti yang seronok, seperti menyanyi, permainan, dan sebagainya. Kelemahan ini, sedikit sebanyak mengganggu proses P&P saya dan hasil pembelajaran yang dirancang ada kalanya tidak tercapai sepenuhnya. Keadaan ini terjadi adalah berkemungkinan, kerana saya kurang kreatif dalam pembinaan dan penggunaan bahan bantu mengajar. Selain itu, saya juga tidak yakin dengan penggunaan bahan bantu mengajar seperti permainan kepada murid.

3. Cadangan Tindakan Susulan Keadaan ini adalah tidak sepatutnya terjadi. Hal ini kerana, bahan bantu mengajar merupakan satu media pengajaran yang boleh membantu guru dan membolehkan murid lebih memahami ilmu yang diajar. Pemilihan bahan bantu mengajar yang betul dan sesuai adalah amat penting untuk menjadikan proses P&P lebih berjalan dengan lebih berkesan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH


Pemilihan bahan. Pemilihan bahan bantu mengajar haruslah selaras dengan objektif pembelajaran murid pada hari tersebut. Bahan bantu mengajar yang sesuai dapat membantu murid lebih memahami pengajaran yang diajar pada hari tersebut. Bahan haruslah mengandungi unsur-unsur yang berkaitan dengan falsafah pendidikan. Bahan bantu mengajar yang di pilih haruslah yang boleh membantu pelajar untuk memperkembangkan lagi potensi mereka. Bahan-bahan yang digunakan mesti mempunyai unsur intelek (pengetahuan) dan juga mewujudkan nilai-nilai murni. Kelebihan Menggunakan ICT Selaras dengan zaman yang serba berteknologi, teknik pengajaran juga mula berubah. Selain daripada bahan bantu mengajar yang sedia ada seperti buku teks dan buku latihan, latihan interaktif menggunakan komputer juga boleh digunakan. Dengan grafik yang menarik, dapat menarik minat murid untuk terus belajar. Murid di sekolah rendah gemar untuk mencuba sesuatu yang baru, contohnya seperti penggunaan laptop guru yang saya gunakan setiap hari. Selain daripada latihanlatihan, guru juga boleh menggunakan ICT ketika proses pengajaran seperti slideshow gambargambar dan juga huruf-huruf. Penggunaan ICT ini akan lebih membantu guru untuk mengajar dan mengawal tingkah laku kanak-kanak pendidikan khas ini supaya mereka boleh memberi tumpuan ketika proses P&P, dan juga membantu pelajar lebih memahami topik yang diajar. 4. Tempoh Masa Daripada 2 September 2013 sehingga saya tamat praktikum di SK Tasek Dermawan 5. Tindakan Susulan Sebagai tindakan susulan, saya akan sentiasa berbincang dengan guru pembimbing saya tentang penggunaan bahan bantu mengajar. Perbincangan yang dibuat dapat menambahbaikkan penggunaan bahan bantu mengajar saya, agar ianya lebih sesuai dan berkesan. Secara tidak langsung hasil pembelajaran yang dirancang dapat dicapai dengan penuh warna warni dan menggembirakan semua pihak. Kesimpulan Secara kesimpulannya, masalah BBM ini adalah masalah yang amat minimum dan ianya boleh diatasi dengan segera. Murid-murid adalah generasi yang bakal menaungi kesejahteraan bangsa dan negara pada masa akan datang. Pembelajaran yang efektif adalah kunci kejayaan pendidikan bagi generasi baru akan datang mempunyai daya kreativiti yang kukuh. Guru sebagai tulang belakang modal insan negara, perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam pelaksaan sesuatu usaha pemantapan startergi pengajaran dan pembelajarannya setiap hari.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :.............................................. Nama :.............................................. Tarikh :..............................................

Tandatangan :.............................................. Nama :.............................................. Tarikh :..............................................

You might also like