You are on page 1of 1

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, pengajaran yang berkesan merupakan suatu tugasan atau aktiviti yang dirancang secara sistematik dan teliti dengan menggunakan kaedah atau teknik mengajar untuk membimbing, mengelak, memotivasi murid supaya berinisiatif belajar, menguasai pengetahuan serta kemahiran baru yang boleh juga disebut sebagai perubahan.

Selain itu, pengajaran juga adalah suatu cara, sistem mengajar, aktiviti atau proses yang dituju kepada murid-murid dengan cara menyampaikan ilmu pengetahuan, mendidik, melatih serta memberikan tunjuk ajar kepada orang lain. Di samping itu, seseorang guru juga harus tahu dan peka terhadap perubahan yang dikehendaki, jenis kemahiran yang ingin dibentuk serta perubahan sikap yang hendak dicapai dalam mengajar matematik.

Proses pembelajaran yang bermakna dapat berlaku sekiranya guru melaksanakan proses pengajarannya dengan berkesan. Murid-murid akan bertindak aktif dalam proses pembelajaran mereka sekiranya guru dapat menyalurkan pengetahuan konsep terhadap sesuatu yang ingin dipelajari oleh mereka dengan baik dan bermakna. Proses pembelajaran harus berlaku dalam komunikasi dua hala agar murid-murid dapat membina pengetahuan mereka dengan baik dan mengembangkan tahap kognitif mereka secara maksimum.

You might also like