You are on page 1of 8

2.

0 KEPENTINGAN 5 TONGGAK DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK (SR)

Matematik merupakan satu rutin dalam kehidupan manusia, ia diaplikasikan secara sedar dan tidak sedar. Pengajaran matematik di sekolah sememangnya bergantung kepada 5 tonggak yang telah dibentuk, berikut merupakan peranan dan kepentinga tonggak tersebut :

PENYELESAIAN MASALAH DALAM MATEMATIK APLIKASI TMK

5 TONGGAK MATEMATIK
KOMUNIKASI DALAM MATEMATIK PERKAITAN MATEMATIK PENAKULAN MATEMATIK

2.1 Penyelesaian Masalah dalam Matematik Matematik merupakan satu masalah yang harus diselesaikan dengan pelbagai kaedah yang disediakan, setiap masalah yang muncul dalam matematik akan dapat diselesaikan dengan cara yang betul. Jika kita lihat analogi yang berlaku dalam kehidupan manusia, sememangnya manusia dan masalah tidak dapat dipisahkan, yang membezakan antara satu manusia dengan manusia yang lain adalah cara menyelesaikan masalah yang dihadapi. Didalam matematik, terdapat beberapa cara untuk menyelesaikan masalah.

Tetapi sebelum sesuatu masalah itu dapat diselesaikan, justifikasi dan penilaian khusus terhadap masalah tersebut akan mengurangkan lagi kesukaran untuk menyelesaikan masalah tersebut. Penilaian yang dimaksudkan dapat diperincikan melalui kaedah yang digelar model polya, kaedah model polya ini merupakan satu langkah dalam menuju penyelesaian masalah, berikut adalah langkah-langkah yang diamalkan didalam model polya :

i. ii. iii. iv.

Memahami masalah Merangka strategi Melaksanakan strategi Menyemak semula

Model Polya menunjukkan penyelesaian masalah sebagai proses langkah demi langkah. Ia kelihatan mencadangkan bahawa penyelesaian masalah matematik boleh dilaksanakan secara terpisah-pisah pada suatu hirarki. Gambaran ini telah mempengaruhi amalan p&p dalam bilik darjah. Analisis Newmann (1996) tentang jenis kesilapan bagi masalah bercerita menunjukkan pandangan yang sedemikian. Rumusan ini diperkukuhkan lagi dengan terdapatnya model-model yang berbeza daripada Model Polya hanya pada bilangan langkah pada proses penyelesaian masalah. Antara model tersebut ialah Model Lester (1989) dan Model Mayer (1992).

Memahami Masalah

Merancang Penyelesaian

Pelaksanaan Perancangan

Menyemak jawapan

Selain itu, penggunaan Model Polya secara meluas bagi tempoh setengah abad bagi masalah bercerita juga menggambarkan penyelesaian masalah sebagai suatu pendekatan penyelesaian sesuatu masalah sematamata. Amalan ini menyebabkan penggunaan penyelesaian masalah sebagai suatu kaedah p&p semakin diabaikan. Oleh itu, penyelesaian masalah sebagai tonggak pertama p&p matematik perlu menggalakkan penyelesaian masalah sebagai suatu kaedah p&p matematik.

Melalui pematuhan terhadap kaedah tersebut, maka untuk pemilihan strategi menyelesaikan masalah, berikut pula merupakan beberapa jenis strategi yang boleh digunakan :

1. Mencuba kes lebih mudah 2. Cuba jaya 3. Melukis gambar rajah 4. Mengenal pasti pola 5. Membuat jadual bersistem 6. Membuat lakonan

7. Membuat analogy 8. Bekerja ke belakang

Kepentingan penyelesaian masalah ini didalam kehidupan amatlah besar, hidup mana yang tidak bermasalah, walaupun strategi dan penyelesaian ini dilihat sebagai satu perkara yang hanya wujud dalam sector pendidikan, ia sebenarnya merupakan satu azimat dalam melaksanakan kelangsungan hidup manusia jika ia diaplikasi dalam bentuk yang lebih realistik.

2.2 Komunikasi dalam Matematik Stacey (1993) mencadangkan supaya komunikasi matematik dijadikan sebagai peringkat terakhir pada pendekatan induktif bagi p&p matematik asas. Kebolehan mereka berkomunikasi tentang idea serta pemikiran matematik adalah suatu bukti emphirikal tentang penguasaan pengetahuan matematik murid. Cadangan Stacey ini menunjukkan kepentingan berkomunikasi tentang idea matematik bagi peningkatan penguasaan terhadap pengetahuan dan kemahiran matemtik.

mencari suatu pola nombor pada beberapa contoh spesifik membuat konjektur matematik tentang pola nombor yang dicerap membuat suatu generalisasi tentang pola nombor yang dicerap komunikasi matematik

Tonggak yang seterusnya ialah Komunikasi dalam Matematik. Komunikasi ini boleh diwujudkan dalam pelbagai persekitaran yang mana murid boleh menghubungkait media yang berbeza iaitu antara bahan-bahan fizikal, gambargambar dan rajah, bagi menjelaskan idea matematik. Komunikasi merupakan salah satu cara untuk menjelaskan konsep Matematik. Apabila komunikasi yang berkesan dicapai, murid-murid dapat memperkukuhkan kefahaman dan

pengetahuan matematik mereka dengan lebih mendalam. Murid-murid juga akan menjadi lebih mahir dalam aktiviti penyelesaian masalah. Seterusnya, murid boleh menerangkan konsep dan kemahiran serta kaedah penyelesaiannya kepada rakan atau guru mereka.

Dalam kelas Matematik, komunikasi dapat dipupuk melalui proses mendengar. Murid-murid mampu bertindak balas terhadap apa yang didengar menerusi penerangan guru. Seterusnya murid akan berfikir menggunakan pengetahuan Matematik mereka untuk membuat keputusan. Selain itu, komunikasi dalam Matematik dapat dipupuk melalui proses membaca. Hal ini berlaku apabila murid-murid berjaya mengumpul maklumat, menyusun dan membuat hubungkait antara idea dan konsep melalui bahan bacaan mereka. Komunikasi dalam Matematik juga boleh dipupuk melalui aktiviti komunikasi verbal. Ini adalah melalui aktiviti perbincangan dalam kumpulan dan soal jawab semasa sesi penerangan guru. Selain itu, komunikasi dalam Matematik juga mampu dipupuk melalui aktiviti penulisan. Komunikasi ini berlaku apabila muridmurid membuat latihan pada lembaran kerja, buku aktiviti mahupun di papan tulis.

Kepada penelitian dan justifikasi mengenai komunikasi dalam matematik, sewajarnya sebagai seorang pendidik harus sedar bahawa pengajaran dan penerimaan ilmu mengenai matematik ini tidak akan berlaku tanpa ada komunikasi yang baik daripada guru kepada murid. Komunikasi ini juga dalam masa yang sama dapat memberikan kefahaman lanjut mengenai pembelajaran

murid tersebut. Komunikasi yang kurang baik akan menyebabkan murid melihat komunikasi itu hanya sebagai satu keperluan peperiksaan sedangkan matematik ini adalah ilmu yang akan dibawa sampai bila-bila.

2.3 Penaakulan Matematik Tonggak yang seterusnya ialah penaakulan Matematik. Penaakulan

merupakan suatu proses membuat penekaan dalam menentukan sesuatu penyelesaian bagi sesuatu masalah. Ini merupakan asa dalam membuat dan memahami Matematik. Penaakulan penting kepada murid-murid untuk supaya mereka dapat mengembangkan bukan sahaja kapasiti pemikiran logikal malah turut meningkatkan kapasiti pemikiran kritis yang merupakan asas kepada

pemahaman matematik secara mendalam dan bermakna.

Melalui penaakulan matematik, murid tidak hanya melihat matematik itu sebagai satu cabang ilmu yang harus dikuasai semata-mata untuk eperiksaan, tetapi dengan adanya penaakulan yang baik, murid akan dapat melihat matematik ini dari pelbagai dimensi yang berbeza mengikut konteks keperluan semasa pada ketika itu. Didalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sendiri ada ditekankan mengenai kepentingan aspek penaakulan ini, kerana melalui penaakulan lah murid melihat sesuatu itu dari aras yang lebih tinggi, bukan sahaja kritis malah kreatif untuk membina konsepsi sendir berdasarkan penaakulan yang telah dilakukan.

2.4 Perkaitan Matematik Tonggak seterusnya ialah perkaitan Matematik. Dalam kurikulum matematik, peluang untuk membuat kaitan perlu diwujudkan supaya murid-murid dapat mengaitkan topik-topik dalam matematik khususnya dan bidang lain secara amnya dalam kahidupan seharian mereka. Kurikulum Matematik umumnya terdiri daripada beberapa bidang diskrit seperti penghitungan, geometri, algebra, pengukuran dan penyelesaian masalah. Tanpa membuat perkaitan antara

bidang-bidang ini, murid akan belajar dan mengingati terlalu banyak konsep dan kemahiran secara berasingan.

Apabila murid-murid mampu mengaitkan konsep Matematik dengan rutin kehidupan, mereka telah berjaya memahami tentang kepentingan Matematik. Maka inilah yang disebut sebagai kepentingan mempelajari matematik ebrasaskan kepada 5 tonggak dalam pendidikan matematik, perkaitan yang telah dibuat oleh murid akan memudahkan lagi tugasnya bukan sahaja menyelesaikan masalah kehidupan yang berkaitan denga pengiraan seperti berjual beli, malah melalui perkaitan matematik ini juga, murid mampu mengaplikasi ilmu yang dieprolehinya seperti membuat penganggaran dan lain-lain lagi ilmu hisab yang ada disekelilingnya setiap hari.

2.5 Aplikasi TMK Tonggak yang terakhir ialah aplikasi TMK. Dunia kita sekarang menuju ke arah kemodenan. Guru-guru harus mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam pengajaran mereka. Ini dapat mebantu murid-murid untuk memahami konsepkonsep matematik secara mendalam, bermakna dan tepat serta membolehkan murid meneroka idea-idea matematik. Sebagai contoh, penggunaan kalkulator, computer, perisian pendidikan, serta laman-laman web dalam internet boleh meningkatkan dan mempelbagaikan pedagogi dalam pengajaran dan

pembelajaran matematik.

Dengan bantuan alat teknologi yang bersesuaian, murid-murid mampu membuat penerokaan atas usaha mereka sendiri. Oleh itu guru seharusnya memanfaatkan sumber yang telah tersedia dalam bidang ini untuk membantu murid menguasai konsep dan menigkatkan kemahiran matematik mereka secara berterusan dan lebih berkesan.

Matematik wujud diaman-mana dalam kehidupan seharian manusia, sejak dari lahir sehingga hari mekatian, sejak terjaga hingga lena semula, matematik terus hidup dan bergerak bersama manusia sehinggalah ahri terakhir kematiannya, aplikasi matematik ini wujud dalam pelbagai cara, guru seharusnya menekankan kepentingan aplikasi matematik ini bukan hanay sekadar satu alat untuk lulus peperiksaan dunia, tetapi sebaiknya ia ditekankan agar murid kita tidak leka mengarungi kehidupan dunia dan sentiasa mengaplikasikan ilmu matematik ini untuk terus lulus peperiksaan dunia dan juga peperiksaan akhirat.

You might also like