You are on page 1of 5

SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN SERI INDERA, 01000 KANGAR, PERLIS.

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH KALI KE-2 TAHUN 2013 TARIKH : 8 MAC 2013 (JUMAAT) MASA : 3.00 Petang KEHADIRAN : 46 / 62 AGENDA :

1. Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan memulakan majlis dengan bacaan umul kitab al-Fatihah dan mengajak bersama-sama menyedekahkan alFatihah kepada perwira negara yang telah terkorban di Lahad Datu. 1.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah meluangkan masa untuk hadir pada mesyuarat kali ini. 1.3 Beliau juga menerangkan akan membentang mengenai wang PCG serta bajet SBT. Untuk bajet SBT hanya yang terlibat sahaja akan meneruskan mesyuarat. 1.4 Beliau juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua guru dan murid di atas kejayaan yang diraih dalam penglibatan dan aktiviti dari peringkat PKP Kangar, kawasan dan negeri. Antara penglibatan dan aktiviti tersebut termasuklah menjadi pengelola bagi Kejohanan Tenis MSSPs dan penyertaan dalam acara bola Sepak, kejohanan bola jaring, kejohanan balapan dan padang, Majlis Tilawah al-Quran dan kejohanan bola tampar serta memanah. Tindakan: Makluman 2. Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu. Cadangan : En. Salim bin Hassan Sokongan : Cik Sabizah binti Bidin 3. Perkara Berbangkit 3.1 ( Per. 3.1) Tuan Guru Besar menerangkan autonomi pemilihan murid tahun 1 akan dilaksanakan pada tahun 2014. 3.2 ( Per. 3.2 ) En. Salim meminta En. Ahmad Shapri (PK 1) untuk menerangkan spesifikasi dalam autonomi pemilihan murid ini untuk diberitahu dan dimaklum kepada ibu bapa serta masyarakat setempat. En. Ahmad Shapri menerangkan:3.2.1 Pemilihan murid ini akan dijalankan pada bulan Julai ke atas murid Pra-sekolah SRKSI seramai 50 orang dan murid yang telah didaftarkan di SRKSI sehingga kini seramai 70 orang untuk kemasukan tahun 1/ 2014. Pendaftaran ke tahun 1 masih lagi dibuka. 1

Proses ini akan dijelaskan kepada ibu bapa untuk pengetahuan dan kefahaman mereka. 3.2.3 Untuk kemasukan murid pada tahun 1/ 2014, sekolah akan menghadkan seramai 30 orang murid sahaja sekelas. 3.2.4 Murid tersebut akan menjalani ujian saringan bagi menentukan kecerdasan mereka 3.2.5 Setelah keputusan dibuat, hanya 120 orang (30 x 4 kelas) sahaja akan meneruskan pembelajaran di SRKSI manakala bagi yang tidak berjaya akan ditempatkan ke sekolah lain yang berdekatan. 3.2.6 Seramai 12 orang dari jumlah tersebut (120 orang) akan dikhaskan kepada anak-anak guru dan kes-kes rayuan. Tindakan: Pn. Aminah 4. Pencapaian Nilam, Pusat Sumber Sekolah dan SSQS. 4.1 Guru Besar memaklumkan telah menghadiri majlis penganugerahan keceriaan PSS dan SSQS serta pencapaian nilam di BTPN. Anugerah tersebut telah disediakan oleh pihak BTP sendiri yang melibatkan 101 buah sekolah rendah dan menengah di Perlis. 4.2 Beliau mengumumkan keputusan penggredan tersebut meletakkan SRKSI dalam kumpulan 4 Bintang dengan peratusan 73% ditempat ke-79. 4.3 Beliau juga menyatakan 39 buah sekolah telah mencapai 5 Bintang dengan kelayakkan peratusan 85% keatas. 4.4 Guru Besar berharap usaha ke arah mencapai ke tahap yang lebih baik dapat ditingkatkan lagi dengan memaksimumkan penggunaan kemudahan yang ada. 4.5 Penyelenggaraan ke atas komputer dan alatan yang berkaitan akan dilakukan bagi membolehkan murid menggunakan ICT dengan lancar, sekali gus dapat meningkatkan lagi tahap penggunaan ICT peringkat sekolah. 4.6 Bagi pencapain Nilam pula, SRKSI berada di tempat ke-66 dengan purata pembacaan 6 buah buku/ murid. 4.7 Beliau berharap peningkatan terhadap pembacaan murid dapat ditingkatkan lagi dengan usaha serta aktivti yang dijalankan oleh guru Tindakan: En. Ahmad Shakri 5. Peperiksaan Bulan Mac 5.1 Guru Besar mengingatkan peperiksaan bulan Mac akan bermula pada minggu hadapan bermula pada 12 Mac 2013 (Selasa) hingga 14 Mac 2013 (Khamis). 5.2 Beliau juga mengingatkan agar guru dapat membuat pengawasan yang baik agar murid dapat memberi tumpuan semasa peperiksaan dijalankan. 5.3 Beliau memutuskan agar semua murid pulang lebih awal iaitu pada jam 12.30 tengah hari. 5.4 Murid tahun 1,2 dan 3 juga turut menjalani latihan peningkatan akademik seiring dengan peperiksaan yang dijalankan. Tindakan: Semua Guru 6. Program Permuafakatan Kelas 6.1 Guru Besar meminta penyelaras tahun untuk berbincang dengan guru-guru kelas bagi menentukan tarikh dan masa untuk mengadakan program tersebut. Tindakan: Penyelaras tahun 2

3.2.2

6.2 Beliau juga mengingatkan perancangan untuk mengadakan program tersebut hendaklah tidak melepasi pertengahan bulan April. 6.3 Guru Besar juga mencadangkan pengisian yang boleh diperbincangkan dalam perjumpaan yang pertama antaranya ialah memperkenalkan guruguru matapelajaran, membincangkan keperluan kelas untuk lebih cantik dan ceria, merancang aktiviti untuk mengecat dan menghias kelas. 6.4 Pada perjumpaan yang ke dua, beliau juga mencadangkan beberapa aktiviti seperti membincangkan hal akademik murid, merancang aktiviti kelas seperti sambutan hari lahir, merancang lawatan, menjemput tokoh-tokoh tertentu dikalangan ibu bapa untuk memberi motivasi. 6.5 Beliau juga berharap kerjasama antara ibu bapa dan guru seiring dalam memberi sumbangan yang berkesan terhadap murid selaras dengan perlaksanaan sarana ibu bapa dan sarana sekolah. Tindakan: Guru Kelas 7. Gotong- Royong My Beautiful School 7.1 Guru Besar memaklumkan akan mengadakan gotong-royong ini seperti yang diarahkan oleh JPN pada 9Mac 2013 (Sabtu) yang melibatkan ibubapa dan masyarakat setempat. 7.2 Beliau juga menerangkan program tersebut akan bermula pada jam 8.00 pagi dengan taklimat iaitu penerangan tentang perlaksanaan yang akan dijalankan. Kemudiaan diikuti aktiviti gotong-royong dan akan berhenti untuk jamuan pada jam 10.30 pagi seterusnya bersurai. 7.3 Beliau menjelaskan ia tidak melibatkan semua waris dan ibu bapa murid SRKSI. Hanya ibu bapa murid pra-sekolah, tahun 1,5 dan 6 sahaja yang terlibat. 7.4 Surat jemputan kepada ibu bapa murid pra-sekolah, tahun 1, 5 dan 6 telah dikeluarkan untuk bersama-sama memeriahkan gotong-royong pada hari tersebut. 7.5 Antara jemputan lain termasuklah JKKK Taman Indera dan AJK PIBG SRKSI. Tindakan: Makluman 7.6 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada Pn. Azlina yang telah menguruskan surat menyurat serta pohon sumbangan bagi menyempurnakan program gotong- royong ini. 7.7 Aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut antaranya termasuklah mengecat pra-sekolah, membersihkan kawasan padang, menanam pokok Mempelam dan Kelapa Pandan, mengecat Balai Minda PIBG, menanam pokok bunga di tepi dan luar pagar serta membersihkan kawasan sekolah secara keseluruhan. Tindakan: Semua Guru 8. Hal-Hal Lain 8.1 Baju korporat 8.1.1 Guru Besar meminta pada guru yang belum membuat pengukuran baju korporat agar berbuat demikian kerana pihak pengurusan pengukuran baju korporat akan datang pada jam 5.00 petang ini. 3

8.1.2

8.1.3

Beliau juga menyatakan pemilihan warna telah dipersetujui oleh pihak pentadbiran dan beliau berharap semua guru dapat menerima pemilihan warna tersebut. Tindakan: Makluman Guru Besar menjelaskan kos baju korporat bagi lelaki RM 70, manakala perempuan RM 80. Beliau meminta semua guru membayar hanya RM 30 sahaja manakala bakinya akan diusahakan sumbangan oleh pihak sekolah. Pembayaran boleh mula dibuat kepada PK HEM Pn. Aminah. Tindakan: Pn. Aminah

8.2 Guru Besar memaklumkan mengenai pembelian air zam-zam melalui Pos Malaysia yang bernilai RM120.00 / 10 liter. Pada guru yang berminat boleh berkongsi untuk membeli secara pukal. 8.3 Cik Sabizah memaklumkan tentang perancangan ibadah korban Aidil Adha dengan peruntukan 2 ekor lembu yang bernilai RM 500 setompok. Sehingga kini 10 orang guru telah membuat pendaftaran dan masih lagi dibuka untuk 4 tompok lagi kepada sesiapa yang berminat. Tindakan: Makluman 8.4 Tn. Syed Taareg mengingatkan dan membentangkan tentang perlaksanaan program Perkhemahan Badan Beruniform 2013 yang akan dilaksanakan di Pusat Kokurikulum IPGM Kampus Perlis pada 15-17 Mac 2013. Tindakan: Semua Guru 8.5 Notebook 1M:8.5.1 Guru Besar memaklumkan tentang kemudahan notebook 1M sebanyak 41 unit dari SKMM telah diterima. Beliau juga mencadangkan agar direkodkan penggunaan dan disimpan di Makmal Komputer. 8.5.2 En. Mohd. Farhey menerangkan simpanan notebook di Makmal Komputer agak tidak menjamin keselamatan. Beliau mencadangkan diberi terus kepada guru. 8.5.3 PK 1 En. Ahmad Shapri memutuskan supaya pihak pentadbiran akan membuat perbincangan terlebih dahulu dan keputusan akan diberitahu kemudian. Tindakan: Guru Besar 8.6 En. Mohd Farhey menjelaskan penggunaan Bilik Akses tidak dapat berjalan sejak tahun 2010 akibat banjir menyebabkan kerosakan komputer. Beliau dijelaskan dalam taklimat yang telah dihadiri menyatakan SRKSI perlu membuat penyelenggaraan sendiri 8.7 Pn. Salimah mencadangkan agar minta sumbangan dari murid/ ibu bapa sebanyak RM 10 untuk kos penyelenggaraan. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.35 petang. Disediakan oleh: --------------------------------------(HAIRULNIZA BINTI MOHAMUD) Setiausaha, Mesyuarat Pengurusan Sekolah, SRK Seri Indera. Disemak dan disahkan oleh: --------------------------------------(GHAZALI BIN KASSIM) Guru Besar SRK Seri Indera.

You might also like