You are on page 1of 2

JAWATANKUASA BERTINDAK LEBUHRAYA LEKAS

(2)

Seperti yang dimaklumkan kehadiran peguam kami amat penting kerana kami telah dapat
mengesan pihak tuan telah berlaku kianat dengan menghilangkan banyak agenda yang di
perbincangkan dalam 2 mesyuarat yang lepas.

Oleh itu suka untuk kami mengingatkan bahawa di dalam mesyuarat yang lepas kami telah
memaklumkan bahawa kami belum memberikan persetujuan terhadap jajaran ini.Kami juga
ingin mengingatkan penegasan yang dibuat oleh Dato’ YDP MPS bahawa pihak tuan tidak
boleh meneruskan kerja-kerja pembinaan selagi tiada persetujuan dari penduduk dan untuk itu
pihak tuan diwajib membekalkan semua dokumen kecuali yang termaktub di bawah OSA.
Setakat ini kami dimaklumkan hanya 2 dokumen sahaja yang di terima oleh pihak peguam dan
jurutera lantikan kami.

Kami juga menafikan sekeras-kerasnya kandungan surat tuan kepada Dato’ SUK bahawa pihak
tuan telah memenuhi segala tuntutan penduduk sedang selama ini tiada sebarang tindakan yang
diambil oleh pihak tuan sehingga kami membuat aduan kepada BPR.

Sukacita juga kami ingatkan di mesyuarat yang lepas, Dato’ YDP MPS juga telah meminta agar
mesyuarat dibuat pada waktu malam dan beliau juga bersetuju untuk memenuhi permintaan
penduduk agar beliau mempengerusikan mesyuarat akan datang.

Oleh itu kami berharap pihak tuan dapat memaklumkan kepada Dato’ YDP MPS bagi tarikh
baru dengan jemputan bersama peguam kami diwaktu malam di Seremban.

Sekian semoga kita bersama dapat menyelesaikan permasalahan di atas serta secara bersama
dapat menetapkan tarikh mesyuarat di masa lain yang bersesuaian

Terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

.....................................................................
(Zakaria bin Sheikh Othman)
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak
Pembinaan Lebuhraya LEKAS.

s.k.

1) Dato’ Pengerusi KRT Taman Bukit Margosa MAKLUMAN

MEMBUDAYAKAN PERPADUAN MERAIKAN KEPELBAGAIAN


JAWATANKUASA BERTINDAK LEBUHRAYA LEKAS

……/3

(3)

2) MS ZJ Newaz and Co. MAKLUMAN DAN TINDAKAN

3) Semua AJK MAKLUMAN

4) Dato YDP MPS MAKLUMAN

5) Dato’ Pengarah JKR NS MAKLUMAN

6) Pengarah BPR NS MAKLUMAN


7) Pengarah UPEN NS MAKLUMAN

8) Pengerusi MAKLUMAN
Taman Ampangan Fasa 3

MEMBUDAYAKAN PERPADUAN MERAIKAN KEPELBAGAIAN

You might also like