You are on page 1of 1

HIKMAT-HIKMAT PUASA Puasa mempunyai hikmat-hikmat dan faedah-faedah yang banyak, antaranya: Menandakan kesyukuran kepada Allah kerana

nikmat-nikmat yang banyak kepada hamba-hambanya. Melatih jiwa supaya mempunyai rasa belas kasihan terhadap orang-orang yang susah dan menderita. Melatih jiwa supaya bersih daripada sifat-sifat tamak, sombong dan hasad dengki. Melatih diri supaya bersifat sabar dan tabah menempuh ujian-ujian dalam perjuangan hidup. Menanamkan semangat perpaduan kerana sama-sama menunaikan kewajipan yang sama itu dapat menimbulkan perpaduan. Menanamkan semangat sama rata dan menjauhkan sifat membeza-bezakan di antara kaya miskin, hina mulia,raja dan rakyat kerana sama-sama menjunjung peritah Allah. Melatih diri supaya mempunyai peraturan-peaturan dan menghargai masa kerana puasa mempunyai batas-batas waktu yang tertentu. Membersihkan anggota-anggota di dalam tubuh badan dari daki-daki dan lemaklemak makanan yang bekerja sepanjang tahun. Memberi kerehatan kepada alat-alat di dalam tubuh badan - terutamanya alat pengisar makanan yang bekerja sepanjang tahun. Memberi peluang untuk memperbanyakkan amal ibadah kerana Bulan Ramadhan mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada bulan-bulan lain seperti LailatulQadar dan Sembahyang Tarawih.

You might also like