• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUNTINGKATAN TIGAPENILAIAN MENENGAH RENDAH 2009
BAHASA MELAYUKertas 2Dua jamJANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1.
 Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian:
Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C
dan
Bahagian D.
2.
Bahagian A
terdiri daripada dua bahagian:
Bahagian A(i)
dan
Bahagian Aii).
 Andadikehendaki supaya menjawab
kedua-dua bahagian
tersebut.
Bahagian B
dan
BahagianD
 juga mesti dijawab. Manakala
Bahagian C mempunyai
lima pilihan soalan dan andadiminta supaya menjawab
satu
 soalan sahaja.
3.
 Anda dinasihati supaya mengambil masa 40 minit untuk menjawab
Bahagian A,
25 minit untuk 
Bahagian B,
45 minit untuk 
Bahagian C
dan 10 minit untuk 
Bahagian D.
4.
 Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan. Sekiranya ruang  jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan.
02/2
©
2009 Hak Cipta PPD Johor Bahru
[ Lihat sebelahSULIT
 
SULIT02/2BahasaMelayuKertas 2Mei2009
2
 jam
PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU02/2
 
SULIT 02/2
Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak 
Bahagian A(i) - Ringkasan
[20
markah
]
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasantentang
langkah-langkah untuk memupuk semangat patriotik dalam kalanganremaja.
Panjang ringkasan anda hendaklah
tidak melebihi 80 patah perkataan
. Andadigalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.Kini, remaja semakin kurang patriotik, malah mereka sering dikaitkan dengankebejatan sosial dan budaya hedonisme yang begitu cepat merebak umpama virusepidemik. Oleh itu, inisiatif yang bersifat praktikal perlulah diambil bagi memastikan apisemangat patriotik dalam kalangan remaja tidak padam dan lenyap begitu sahaja sebelumnasi menjadi bubur.Strategi yang dapat dilakukan bagi menyuburkan semangat patriotik adalahdengan menyertai program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Program yang telahdilaksanakan sejak tiga tahun yang lalu sememangnya mempunyai pelbagai faedah yangamat berguna. Hal ini demikian kerana program tersebut dipenuhi aktiviti yang dapatmemupuk semangat patriotik, antaranya latihan kawad kaki, kursus menembak dan aktiviti berkumpulan. Menerusi aktiviti ini, dapatlah pelatih yang terdiri daripada pelajar lepasanSijil Pelajaran Malaysia mempelajari nilai murni seperti bertanggungjawab, bekerjasamadan hormat- menghormati.Mereka juga dapat bercampur gaul
 
dengan para
 
 pelatih daripadaetnik yang berbeza. Suasana ini secara tidak langsung dapat memupuk perpaduan yangmerupakan elemen penting dalam semangat patriotik.Selain itu, golongan remaja seharusnya mengambil bahagian dalam aktiviti bulan kemerdekaan. Aktiviti ini dapat menjadi medium yang sangat berkesan untuk menyemai rasa cinta akan negara dalam sanubari para remaja. Remaja dapat mengimbaskembali kenangan lampau sewaktu negara dijajah
melalui nukilan
puisi, sketsa dan novelkemerdekaan sehingga terbit di hati mereka semangat biar putih tulang jangan putih mata.Remaja juga perlu bersyukur kerana kita telah dapat menikmati dan mengecapi kemajuannegara. Sewajarnya, mereka haruslah membaca artikel-artikel yang berkaitan sejarahkemerdekaan tanah air agar semangat patriotik dapat diterapkan dalam jiwa.Di samping itu, remaja perlu mengenali tokoh yang berjasa seperti TunkuAbdul Rahman, Tuk Janggut dan Mat Kilau . Remaja bukan sahaja perlu mengenali tetapimereka juga harus menghargai tokoh tersebut agar dapat menjadi inspirasi dan idola dalamhidup mereka. Semangat mereka berjuang bermati-matian demi mempertahankan tanahtumpah darah mereka perlu wujud dalam diri para remaja agar tidak menjadi lipatansejarah semata-mata . Sering kali dalam bulan kemerdekaan, media massa terutamanyatelevisyen menyiarkan program atau dokumentari peristiwa dan tokoh-tokoh bersejarah.Remaja perlulah mengambil peluang ini untuk menonton filem tersebut supaya dapatmenghayati perjuangan mereka.Konklusinya, remaja merupakan tonggak negara yang bakal menerajui pucuk  pimpinan negara pada masa hadapan.2
 
SULIT 02/2
( Dipetik dan diubahsuaikan daripada 
 Patriotik dalam Kalangan Generasi Muda
,Arifah Husna Muhamad, Dewan Siswa, Januari 2008)Bahagian A (ii)- Pemahaman[10
markah
]
 Berdasarkan petikan
 
Bahagian A (i),
 
 jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakanayat anda sendiri.
1.Berikan maksud
melalui nukilan
dalam petikan.[ 2
markah
]2. Menurut pengarang, apakah faedah remaja menyertai Program Latihan Khidmatnegara? [ 4
markah
]3. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya ibu bapa dapat menyemai semangat patriotik dalam diri anak-anak mereka? [ 4
markah
]
 3
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...