You are on page 1of 9

1.0 KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH 1.1.

1 DEFINISI DAN KONSEP

Kaedah Penyelesaian Masalah


satu bentuk digunakan untuk pengajaran menyelesaikan berdasarkan pelbagai masalah kaedah yang berlaku dalam penyelesaian yang kehidupan harian saintifik memerlukan pelajar untuk mengaplikasi pengetahuan, kemahiran atau teori yang telah dikuasai

1.2 TUJUAN KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH

memberi peluang kepada pelajar mengaplikasi kemahiran yang telah dipelajari

Tujuan
pelajar dapat belajar membuat keputusan melatih kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis pelajar

1.3 LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN MASALAH

Mengenalpasti masalah

Mencari maklumat

Membuat hipotesis

Menguji hipotesis

Menilai dan membuat rumusan

2.0 TEORI OF CONSTRAINTS (TOC) 2.1 TEKNIK AWAN 2.1.1 Konsep

KEPERLUAN B

KEHENDAK D

A MATLAMAT BERSAMA

KEPERLUAN C

KEHENDAK D1

2.2 TEKNIK SEBAB DAN AKIBAT 2.2.1 Konsep

TINGKAH LAKU

Bermula dengan idea atau tingkah laku

Sebab berlakunya tingkah laku tersebut

LANGKAH PERTENGAHAN
Kesan daripada tingkah laku tersebut

KESAN LANGKAH PERTENGAHAN

PENERIMAAN AKIBAT YANG NEGATIF

Akibat negatif yang akan menimpa

2.3 TEKNIK MENCITA-CITAKAN KEJAYAAN 2.3.1 Konsep

Matlamat yang ingin dicapai (Goal)


Cabaran (Obstacles) Langkah-langkah (Steps) Keutamaan (Priority)

Langkah-langkah yang perlu dibuat

Keutamaan diberikan kepada masalah dan lagnkah yang perlu diambil tindakan terlebih dahulu

Cabaran yang dihadapi daripada sekeliling untuk mencapai matlamat tersebut

untuk memastikan matlamat yang diiingini tercapai

Langkah diambil berdasarkan masalah atau cabaran yang dihadapi semasa menuju ke arah matlamat yang dikehendaki Mulakan dengan yang penting terlebih dahulu, kemudian kepada yang kurang penting

Masalah atau isu yang timbul bagi mencapai matlamat tersebut

REFLEKSI Bagi tugasan ELM 3102 (Kurikulum dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral) ini, saya telah ditugaskan untuk mengaplikasikan kaedah penylesaian masalah dan Teori of Constraint (TOC). Dalam kehidupan ini, manusia sering kali melakukan kesilapan dalam membuat keputusan. Ini menyebabkan hala tuju dan matlamat hidup yang dicita-citakan tidak tercapai. Seiring dengan peredaran zaman yang semakin pesat, manusia menjadi semakin bijak dalam menilai baik dan buruk sesuatu perkara (Ainon, 2005). TOC Merupakan satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kemahiran berfikir dalam menyelesaikan masalah yang berasaskan pemikiran logik dan sistematik. Teknik dan proses TOC menggunakan teknik pemikiran kritis dan kreatif yang mudah dan konkrit. (Goldrat, 1990). Daripada cara mereka menganalisis masalah yang mereka sedang hadapi, dalam masa yang sama pemikiran kreatif mereka dapat digunakan dapat memikirkan penyelesaian yang paling sesuai atau alternative lain bagi membuat keputusan berdasarkan sesuatu situasi tersebut. Dalam erti kata yang lain, pelajar dapat membina kemahiran berfikir ke aras yang lebih tinggi dan cara berkomunikasi pemikiran yang lebih jelas dan teratur. Proses dan teknik TOC sebenarnya dapat membina kemahiran pelajar dalam menangani masalah dan membuat keputusan sendiri, malah mereka akan

bertanggungjawab dan atas keputusan yang mereka lakukan sendiri. Ini secara tidak langsung dapat memupuk sifat tanggungjawab ke atas diri sendiri dalam diri pelajar. Tidak dinafikan jika dilihat pada senario di sekolah pada zaman sekarang, kebanyakan remaja khususnya pelajar sudah dapat membuat pertimbangan sendiri dalam menentukan hala tuju diri di sekolah tanpa bimbingan daripada para guru. Mereka sudah mampu untuk memikirkan kesan dan akibat sekiranya mereka mengambil sesuatu keputusan. Selain itu, TOC ini banyak membantu dalam membuat keputusan secara berkesan. Ini disebabkan oleh daripada langkah-langkah yang dilakukan semasa membuat keputusan, kita dapat melihat baik dan buruknya sesuatu tindakan yang akan diambil bagi mencapai matlamat yang diingini. Yang paling penting, adakah matlamat yang dingini itu dapat dicapai atau tidak sekiranya sesuatu langkah itu diambil. Jika tidak, suatu penyelesaian alternatif perlu difikirkan bagi memastikan keputusan yang diambil benar-benar tepat dan terbaik. Dalam masa yang sama sebenarnya, cara pemikiran seseorang individu itu dapat diubah melalui penaakulan setiap tindakan yang diambil serta akibat yang akan ditanggung kemudian hari. Ini secara tidak langsung mematangkan pemikiran seseorang individu itu dalam mengharungi cabaran dalam kehidupan seharian.

TOC melatih untuk menetapkan misi secara jelas dan nyata. Di dalam kelas, guru dan murid dapat mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran pada masa tersebut. Dengan menggunakan siatuasi atau permasalahan harian ini, pelajar dapat belajar untuk membuat penatapan matlamat hidup. Ini sebenarnya sangat perlu kerana setiap manusia mempunyai tujuan hidup masing-masing, dan matlamat hidup yang ingin dicapai perlu jelas bagi memastikan jalan-jalan yang diambil semasa mengalami menuju ke arah matlamat itu berada pada landasan yang betul. Sebagai contoh, situasi yang diberikan adalah berkenaan hala tuju di IPG. Matlamat saya berada di IPG ini adalah untuk mendapat CGPA 3.8 ke atas dan terus posting tanpa melalui temu duga, maka jalan yang saya perlu ambil dalam mengatasi kekangan-kekangan sepanjang pembelajaran di kampus ini perlulah mengikut landasan yang betul supaya matlamat saya tercapai pada akhirnya. Dan sekiranya saya membuat suatu tingkah laku yang jelas melanggar akta, maka akibat yang negatif akan menanti dan saya perlu menangung kesilapan tersebut akibat daripada tindakan yang salah. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa situasi yang tidak dijangkakan yang mana menyebabkan kadang kala keputusan yang diambil itu salah. Dalam kes yang tertentu, terdapat beberap sebab musabab yang menyebabkan sesuatu tindakan itu diambil, berkemungkinan disebabkan oleh faktor persekitaran seperti faktor kewangan, faktor keluarga dan sekeliling. Jelaslah bahawa bukan semua keputusan yang dibuat adalah terbaik, kerana kesilapan pasti akan dilakukan sama ada secara sengaja mahupun tidak. Oleh sebab itu, adanya teknik sebab dan akibat yang akan membimbing untuk membuat sesuatu pertimbangan itu dengan memikirkan sebab dan akibat. Mungkin akan berlaku kesilapan, namun kesilapan tersebut dapat diminimumkan kerana akibat akhir sudah jelas dan dapat dielakkan sebaik mungkin. Ringkasnya, TOC ini banyak membantu dalam membuat keputusan dalam mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran. Dalam masa yang sama, ianya membantu dalam memperkembangkan potensi diri melalui pematangan pemikiran dan pemupukan sifat bertanggungjawab ke atas diri sendiri.

RUJUKAN

Eliyahu M. Goldrat (1990).What Is This Thing Called Theory of Constraints and How Should It Be Implemented?. Great Barrington : North River Press Johan Aziz (9 Julai 2013). Akibat Memandu Dalam Keadaan Mabuk, Tiga Rakan Nyaris Maut. Dicapai pada 7 September 2013 di http://www.theborneopost.com/2013/07/09/ akibat-memandu-dalam-keadaan-mabuk-tiga-rakan-nyaris-maut/#ixzz2f83ZVdls M Ainon, H. Abdullah (2005). Kuasa Berfikir Kreatif: Teknik Menyelesaikan Masalah Secara Kreatif. Batu Caves: PTS Litera Utama Norizan Abd Muhid (29 Oktober 2012). Pelaksanaan PBS Tidak Bebankan Guru. Dicapai pada 6 September 2013 di http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121029/ pe_01/Pelaksanaan-PBS-tidak-bebankan-guru#ixzz2f82Gv3F0 Ooi Siew Chin (2008). Pendidikan Sivik dan Kewarganeraan Tingkatan 1. Johor Bahru : Pelangi Publishing Group Bhd Sandy Pokras (1994). Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan Secara Sistematik. Johor Bahru : Pelangi Publishing Group Bhd Utusan (5 Januari 2009). Kafe Siber Tumpuan Pelajar Ponteng. Dicapai pada 6 September 2013 di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0105&pub=Utusan_ Malaysia&sec=Laporan_Khas&pg=lk_01.htm#ixzz2f7yuhXFd

PENGENALAN Dalam pengajaran Pendidikan Moral di sekolah, terdapat beberapa teknik yang dapat diaplikasikan di dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Antara yang sering digunakan adalah seperti tunjuk cara, lawatan, soal jawab, sumbang saran dan banyak lagi. Teknik-teknik sebegini digunakan oleh guru untuk membentuk pemahaman murid terhadap sesuatu perkara dengan lebih konkrit dan berkesan. Selain daripada teknik yang dinyatakan di atas, terdapat satu lagi teknik yang sering kali digunakan di dalam Pendidikan Moral, iaitu penyelesaian masalah. Teknik ini digunakan bagi menyediakan murid untuk mengaplikasikan segala kemahiran dan pengetahuan yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kehidupan seharian. Sedikit sebanyak, murid dapat memperkembangkan potensi diri mereka dalam membuat pertimbangan dalam sesuatu perkara sebelum membuat sebarang keputusan. Selain daripada teknik penyelesaian masalah, terdapat satu lagi teknik iaitu Teori of Constraint (TOC) di mana ianya membantu murid menyelesaikan sesuatu masalah atau isu berdasarkan pemikiran yang logic dan sistematik. Memandangkan teknik ini adalah berpusatkan murid, maka minat murid untuk mengetahui sesuatu perkara dan daya pemikiran mereka terhadap sesuatu perkara dapat dipertingkatkan. Menerusi TOC ini, murid dapat bertanggungjawab terhadap keputusan yang telah diambil. Ini secara tidak langsung, murid mampu berkomunikasi dengan lebih baik dan mampu meningkatkan daya kreativiti mereka ke aras yang lebih tinggi.

You might also like