You are on page 1of 7

1.0 REFLEKSI Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Berdasarkan tugasan projek Teknologi Dalam Pendidikan (EDU 3105) ini, ia menghuraikan kepentingan dan peranan Teknologi Dalam Pendidikan, serta menghuraikan konsep, teori amalan dan perkembangan teknologi pendidikan. Saya berasa berpuas hati dalam menyiapkan tugasan yang berkaitan Teknologi Dalam Pendidikan ini. Antara isu-isu yang timbul dalam menyiapkan kerja kursus ini adalah saya kurang faham dengan kehendak oleh soalan dan perkara ini telah membuatkan saya mengalami kekeliruan berkenaan dengan soalan. Namun, setelah berbincang dengan rakan-rakan yang lain, akhirnya saya memperoleh maklumat dengan lebih mendalam. Alhamdulillah, saya berjaya memahami cara untuk membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) menggunakan model ASSURE. Rupa-rupanya tidak sukar untuk membuatnya, namun hanya memerlukan sedikit pemahaman dan penelitian yang agak mendalam. Model ini membahagikan RPH kita kepada beberapa unsur yang tertentu. Seseorang guru yang bakal mengajar di sekolah perlulah menguasai pelbagai bidang ilmu termasuklah bidang teknologi. Hal ini membolehkan sesuatu pelajaran itu berlaku dengan lebih menarik lagi. Teknologi atau ICT amat penting dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti pengajaran dalam bilik darjah. Apabila diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, secara tidak langsung, murid-murid akan lebih tertarik dan seronok untuk mempelajari sesuatu pelajaran. Selain itu, banyak perkara menarik yang timbul dalam proses menyiapkan tugasan ini. Berdasarkan pengalaman saya, untuk memperoleh sesuatu maklumat bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Misalnya apabila kita ingin mencari idea-idea dan maklumat, ia perlu diambil serta dirujuk daripada buku-buku ilmiah yang agak sukar didapati di dalam perpustakaan IPG. Hal ini tidak melemahkan semangat saya untuk mendapatkan maklumat tersebut, tetapi saya jadikan ia sebagai satu cabaran yang meningkatkan lagi motivasi untuk terus berusaha. Tambahan lagi, kawankawan sekelas menjadi perangsang untuk saya terus berusaha tanpa perlu ada rasa putus asa dalam melakukan sesuatu perkara.

Di samping itu, saya dapati juga bahawa bukan mudah untuk menjadi seorang pendidik yang bakal mendidik anak bangsa pada satu hari nanti. Cabaran dan halangan yang datang perlulah diatasi dengan bijak dan berkesan. Ia akan menjadikan seorang guru itu lebih berusaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pendidikan. Syukur kepada Ilahi atas kesempatan yang diberikan ini. Allah masih mengizinkan saya untuk melaksanakan tugasan yang diberikan ini dan ia benarbenar memberi kesan yang mendalam kepada saya dalam usaha melatih diri menjadi seorang bakal guru pada masa hadapan. Sebagai kesimpulan, saya berasa bertuah kerana dapat menimba pelbagai ilmu melalui tugasan projek ini. Jika saya diberi kesempatan untuk melakukan semula tugasan ini, saya akan mencari maklumat yang lebih lanjut mengenai Teknologi Dalam Pendidikan ini dan akan berkongsi maklumat bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain. Akhir kata, terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menyiapkan tugasan projek pada kali ini, khususnya kepada pensyarah saya, En Yusoff Bin Osman atas bimbingan dan nasihat yang diberikan. Tidak lupa juga kepada ibu bapa dan rakanrakan yang sanggup meluangkan masa serta sentiasa memberi dorongan dan katakata semangat agar tugasan projek kali ini dapat disiapkan dengan sempurna. Sekian.

2.0 Sejauh mana perkongsian maklumat (bahan yang disediakan) melalui media interaktif (web 2.0) dapat membantu guru meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Pada zaman serba moden ini, penggunaan alat elektronik secara meluas bukanlah sesuatu yang asing lagi bagi setiap insan yang hidup di muka bumi ini melainkan golongan yang berada jauh dari proses kemajuan. Semuanya di hujung jari. Internet merupakan salah satu hasil daripada percambahan pesat dari sudut teknologi maklumat. Internet merupakan satu medium yang digunakan bagi memberi sambungan kepada laman-laman sesawang yang terdapat di seluruh dunia. Internet dapat diaplikasikan dalam pendidikan melalui aktiviti-aktiviti samada dalam tugasan harian atau yang melibatkan proses P&P. Teknologi internet adalah merupakan kombinasi antara teknologi komputer dan komunikasi. Teknologi ini telah berkembang dengan pesat dan memberi impak kepada pendidikan dalam pelbagai aspek. Kemudahan yang disediakan khususnya World Wide Web, mel elektronik, forum perbincangan dalam talian semakin rancak digunakan kini sebagai medium perkongsian, penyebaran maklumat serta saluran komunikasi utama. Teknologi multimedia interaktif menerusi web pula adalah fenomena baru yang semakin mendapat perhatian ramai. Pengintegrasian antara kedua-dua teknologi membawa perubahan dalam penggunaan teknologi dan khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan media adalah bermaksud penggunaan alat dan bahan yang membawa mesej atau maklumat isi pelajaran yang direkabentuk untuk pengajaran pelajar. Contoh media pengajaran adalah nota, OHP, video imager, disket, CD-ROM, cakera padat, internet, komputer, VCD, papan putih, DVD, mikrofon dan realia. Internet adalah punca kepada ICT ini.

Kajian (Rafie, 1994) mendapati bahawa ransangan media bercetak dan gabungan media dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam penulisan karangan.

Kajian Toh dan Abd. Rahim (1994) mendapati pelajar yang didedahkan dengan empat mod pengajaran mempunyai motivasi yang tinggi berbanding dengan pelajar yang hanya didedahkan kepada satu mod pengajaran sahaja. Perry (1993) dalam kajiannya mendapati media pengajaran ini berfaedah kerana ia meningkatkan minat dan perhatian pelajar, menggalakkan maklumbalas bagi pelajar dan pengajar, dan kepimpinan dalam teknologi pendidikan dapat diwujudkan. Menurut Jonassen (1999), kemudahan hiperteks dan hipermedia yang terdapat dalam internet dapat menyediakan suasana pembelajaran yang bercirikan konstruktif. Pembelajaran menerusi multimedia mempunyai banyak kelebihan dan antara yang utama menurut Alessi dan Trollip (2001) dalam buku mereka bertajuk Multimedia For Learning adalah : Pelajar boleh mencapai bahan pembelajaran pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada. Bahan sokongan pembelajaran boleh dirangkaikan daripada sumber

tambahan yang terdapat di seluruh dunia. Pengurusan dan mengemaskini bahan pembelajaran menjadi semakin mudah dan pantas. Pelbagai bentuk saluran komunikasi boleh disediakan bagi kegunaan pelajar dan pendidik.

Kepelbagaian penggunaan media pengajaran yang merangkumi ICT ini dapat menghasilkan perubahan dan P&P seperti pelajar memperoleh pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan oleh tajuk yang berkenaan; pelajar memperoleh pengalaman yang bermakna dan menarik minat mereka untuk meneruskan pembelajaran; dan pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam situasi yang perlu. McGloughlin (1997) dalam bukunya bertajuk Multimedia On Web menyatakan terdapat pelbagai faktor mengapa perlunya teknologi multimedia diintegrasi bersama-sama teknologi web atau internet antaranya adalah: Meningkatkan minat para pengguna

Penggunaan multimedia dapat menjadikan proses pencarian maklumat sesuatu yang menyeronokkan dan menghiburkan. Interaktiviti dalam sistem multimedia membolehkan sesuatu proses latihan atau pengajaran dijalankan mengikut kesesuaian, keperluan dan cita rasa pelajar. Penggunaan elemen-elemen multimedia dalam proses P&P di dapati mampu menarik minat pelajar supaya mereka tidak berasa bosan dan dapat memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (Thomas,1996). Keistimewaan sistem multimedia adalah ia dapat menerima tindak balas berbentuk teks yang ditaip ataupun suara yang dimasukkan melalui mikrofon oleh para pelajar. Kaedah ini dapat menyediakan suasana saling tindak antara pelajar dan komputer.

Mengurangkan masa bagi menguasai aplikasi.

Menggunakan multimedia membolehkan sesebuah aplikasi digunakan dengan mudah dan seterusnya menjimatkan masa bagi tujuan penguasaan. Penggunaan media seperti video dan animasi apabila mempersembahkan proses ujikaji atau eksperimen membolehkan seseorang pelajar memahami dan seterusnya menguasai konsep yang diajar dengan mudah. Terdapat pelbagai jenis aplikasi yang memanfaatkan teknik simulasi yang dapat digunakan dalam pendidikan; contohnya simulasi penerbangan. Quinn (1993) dan Palincsar (1995) misalnya telah mendapati bahawa penggunaan simulasi berkomputer di dalam proses pembelajaran mampu meningkatkan kemahiran pelajar untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang diberikan dengan lebih berkesan. Ini turut disokong oleh kajian Farrimond dan rakanrakan (1997) yang telah memanfaatkan teknologi multimedia terkini untuk memindahkan kaedah pembelajaran secara kajian kes tradisi kepada simulasi komputer. Penggunaan multimedia yang membekalkan pelbagai jenis maklumat dalam pelbagai bentuk media dan pendekatan dapat membantu dalam pembentukan corak ingatan yang lebih kompleks dan seterusnya memudahkan proses capaian maklumat tersebut dilakukan pada masa hadapan.

Meningkatkan kebolehan capaian

Dengan menggunakan pelbagai media, kebolehan capaian terhadap sesuatu isi kandungan dapat dipelbagaikan. Sumber rujukan elektronik seperti ensiklopedia, tutorial interaktif, buku elektronik dan sebagainya yang merupakan sumber elektronik dalam proses P&P membantu seseorang pelajar meningkatkan kebolehcapaian dalam internet. Ini adalah kerana multimedia berupaya menyediakan persekitaran pembelajaran yang berbentuk pelbagai pancaindera dan ia sesuai untuk manusia yang mempunyai pelbagai gaya pembelajaran dan tahap kognitif.

Meningkatkan pemahaman dan pengekalan informasi dalam ingatan.

Penggunaan pelbagai media yang dinamik membolehkan seseorang memahami sesuatu isi kandungan dengan lebih pantas dan seterusnya menyimpan informasi yang diterima ke ingatan jangka panjang. Kajian saintifik membuktikan proses ingatan yang berlaku dalam otak manusia mudah dilaksanakan apabila manusia menerima pelbagai pengukuhan dengan menggunakan pelbagai jenis media seperti teks, audio, grafik dan animasi. Manusia lebih mudah memahami dan seterusnya mengingati sesuatu maklumat apabila ia mempunyai perkaitan atau pertalian dengan maklumat yang lain. Di samping berupaya menarik perhatian, elemen-elemen multimedia yang ditawarkan juga mampu membantu seseorang pelajar melakukan proses visualisasi. Ini secara tidak langsung membentuk kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep, proses, idea dan sebagainya dengan lebih pantas dan jelas. Sifat semula jadi media tersebut menyokong proses interaksi dan membentuk persekitaran pembelajaran serta menjadikan pelajar lebih aktif dalam kelas.

Kesimpulannya, pembelajaran berasaskan peralatan teknologi komunikasi (ICT) khususnya web 2.0 dianggap penting untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian

seseorang pelajar di dalam pelajarannya. Kajian menunjukkan stail pembelajaran pelajar banyak mempengaruhi hasil pembelajaran. Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aplikasi seperti internet dapat membantu pengurusan dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan pendidik, pelajar, ibu bapa dan ahli masyarakat yang prihatin. Penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia nyata serta membolehkan pelajar-pelajar sendiri mencari maklumat dan bahan asal; memudahkan kolaboratif dan perbandingan global; dan membolehkan bahan-bahan multimedia dicipta dan disebarkan dengan mudah.

You might also like