You are on page 1of 20

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS TAHUN 1, 2011 Mata pelajaran Kelas Bilangan Muird Tarikh Masa Tema Bidang

Standard Kandungan Standard Pembelajaran : Sains : Tahun 1 : 19 orang : 01.03.2011 (Selasa) : 8.00 9.00 pagi : Sains hayat : 3. Haiwan : 3.1 Menganalisis haiwan dan bahagian tubuh haiwan. : 3.1.1/ Mengenal pasti haiwan yang terdapat di sekeliling seperti kucing, ikan burung, ular, katak, lipas, siput, dan rama-rama. 3.1.2/ Mengenal pasti bahagian-bahagian tubuh haiwan iaitu mata, mulut, telinga, paruh, sayap, kaki, ekor, sirip, sisik, bulu, tanduk, sesungut, dan cengkerang. Pengetahuan sedia ada murid Objektif eksplisit : Murid mengetahui nama haiwan yang terdapat di rumahnya dan pernah memegang haiwan seperti kucing. : 1/ Murid-murid dapat menamakan haiwan yang terdapat di sekitar kawasan sekolah. 2/ Murid-murid dapat menyatakan bahagian-bahagian tubuh haiwan seperti mata, mulut, telinga, paruh, sayap, kaki, ekor, sirip, sisik, bulu, tanduk, sesungut, dan cengkerang. 3/ Murid-murid dapat menyenaraikan 5 bahagian yang terdapat pada tubuh haiwan yang diberikan.

Aktiviti

: 1. Menamakan haiwan-haiwan yang terdapat di persekitaran sekolah. 2. Memerhatikan gambar-gambar haiwan dan menamakan bahagian-bahagian tubuh haiwan tersebut. 3. Menulis bahagian-bahagian yang terdapat pada tubuh haiwan yang diberikan.

Strategi

:-

Soal jawab Penggabungjalinan Peneguhan

Pendekatan Kaedah Modul Kemahiran Proses Sains Kemahiran Manipulatif Kemahiran Berfikir

: - Konstruktivisme : - Perbincangan : 5 Fasa Needham (Orientation, Eliciting ideas, Restructuring ideas, Application of ideas, Reflection ) : Memerhati, Mengelas : Mengendalikan spesimen dengan cara yang betul. : Menciri, menjana idea

Langkah 1. Orientation (5 minit)

Kandungan mengenal namanama haiwan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran/ Prosedur/ Skrip Guru Murid - Guru menunjukkan kotak dan - Murid mengambil satu benda menyatakan bahawa ada sesuatu didalamnya. - Guru meminta beberapa orang murid mengambil satu benda yang ada dalam kotak itu. - Guru bertanya soalan kepada muridmurid; Contohnya: (a) Apakah nama gambar yang kamu pegang itu? Kemungkinan jawapan; (a) Gambar haiwan / gambar kucing, ikan, burung, harimau, katak, ketam, dan rama-rama, gajah, kuda, belalang (b) Pernahkan kamu memegang haiwan ini? (b) Pernah / tidak. dari dalam kotak dan cuba menjawab soalan guru.

Catatan KPS : - memerhati, - berkomunikasi ABM : - gambar haiwan

2.Eliciting ideas (10 minit)

Menamakan dan mengenal

- Guru menunjukkan gambar-gambar haiwan yang lain dan menyoal murid;

- Murid memberikan perhatian dan mencuba untuk menjawab soalan 3

bahagian tubuh haiwan

Contoh; 1. a).Apakah nama haiwan ini ? b).Namakan 2. bahagianbahagian tubuh haiwan ini. 3.

yang diberikan. Kemungkinan jawapan murid; 1. a).Rusa b).Tanduk, mata, mulut, hidung, telinga, kaki dan ekor. 2. a).Semut b).Mulut, kaki, mata dan sesungut. 3. a).Siput babi b).Cengkerang, sesungut, mata dan mulut. - Setiap kumpulan akan bergerak ke setiap stesen untuk membuat pemerhatian dan mencatat pada

3.Restructuring ideas (30 minit)

Menamakan dan mengenal bahagian tubuh haiwan

- Murid-murid dibahagi kepada 4 kumpulan.

KPS : - Memerhati - Berkomunikasi ABM: - 4 keping gambar

- Setiap kumpulan diberikan kad untuk kad yang diberikan. menulis nama haiwan dan menyenaraikan bahagian-bahagian tubuh haiwan tersebut. - Guru mengarahkan setiap kumpulan bergerak ke setiap stesen untuk - Seorang wakil kumpulan akan membacakan hasil daripada aktiviti yang telah dilakukan.

haiwan dan namanya. - 4 keping kad manila saiz A4

membuat pemerhatian dan catatan.


Kump: 1/2/3/4
Nama Haiwan Bahagian Tubuh Haiwan

- Murid-murid memberikan tumpuan kepada rakan yang membuat pembentangan.

Contoh:

Stesen 1 = Senaraikan bahagian tubuh yang ada pada ikan. Stesen 2 = Senaraikan bahagian tubuh yang ada pada siput babi. Stesen 3 = Senaraikan bahagian tubuh yang ada pada kambing. Stesen 4 = Senaraikan bahagian tubuh yang ada pada burung. - Guru mengarahkan setiap kumpulan membacakan hasil catatan pada kad yang diberikan. - Guru membimbing murid untuk membuat pembentangan dan memberikan penerangan atau pembetulan (sekiranya perlu) pada setiap pembentangan kumpulan.

4. Application of ideas

Mengenal haiwan dan

- Guru menyediakan lembaran kerja

- Murid-murid akan menerima sehelai lembaran kerja dan

KPS : Berkomunikasi

(10 minit)

bahagian tubuhnya.

- Guru membimbing murid-murid melakukan aktiviti.

menuliskan jawapan yang sesuai. ABB/M : - lembaran kerja Contoh;

Tuliskan bahagian tubuh badan haiwan dibawah dengan perkataan berikut; mata, telinga, hidung, kaki, mulut, ekor, sirip,

5. Reflection (5 minit)

Mengenal haiwan dan

- Guru mengadakan aktiviti kuiz kepada murid-murid.

- Murid-murid dalam kumpulan akan bersaing untuk menjawab

KPS : Berkomunikasi

bahagian tubuhnya.

- Soalan-soalan kuiz berpandukan kepada gambar-gambar haiwan dan juga bahagian-bahagian tubuh haiwan. - Kumpulan yang banyak menjawab dengan betul diberikan hadiah.

soalan kuiz. Contoh soalan kuiz: 1. Tunjukkan gambar; - Apakah nama haiwan ini? 2. Apakah nama bahagian tubuh haiwan ini?

Ulasan Kendiri :

_________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________

Mata Pelajaran Sains Teras untuk sekolah rendah dan sekolah menengah rendah direka bentuk dengan memberi penekanan kepada pengetahuan dan kefahaman tentang sains kepada murid supaya celik sains dan menyediakan mereka untuk mempelajari sains di peringkat yang lebih tinggi. Mata pelajaran Sains Teras bagi peringkat sekolah menengah atas adalah untuk menghasilkan murid yang celik sains, inovatif dan menyediakanmurid untuk menceburi bidang sains yang lebih umum. Mata pelajaran Sains Elektif menawarkan pilihan kepada murid mengikut kecenderungan, minat dan keupayaan dalam bidang sains bagi menceburi kerjaya dalam bidang sains dan teknologi yang khusus. Golongan murid ini bakal menjadi sumber tenaga manusia dalam bidang sains dan teknologi yang akan menyumbang kepada penerusan dalam pembangunan negara. Matlamat kurikulum Sains Sekolah Rendah ini adalah untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta sikap saintifik dan nilai murni. Standard Kurikulum Sains Sekolah Rendah Tahap 1 bertujuan: 1. Merangsang sifat ingin tahu murid dan mengembangkan minat tentang dunia di sekeliling mereka. 2. Menyediakan peluang untuk murid menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. 3. Meningkatkan daya kreativiti murid. 4. Memberi kefahaman tentang fakta dan konsep sains. 5. Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara krtitis, kreatif dan analitis bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. 6. Menyemai sikap saintifik dan nilai murni dan seterusnya membolehkan murid mengamalkannya. 7. Menyedari keperluan menjaga alam sekitar. Saya memilih kurikulum sains tahun 1 iaitu tajuk ketiga Haiwan sebagai rancangan mengajar yang disediakan. Ini kerana tajuk ini amat digemari oleh murid dan 8

seronok untuk dipelajari. Memandangkan keadaan sekolah saya yang terletak di dalam ladang menyebabkan pendedahan murid terhadap beberapa jenis haiwan agak terhad. Malah ada sebilangan tidak mengenali haiwan yang saya tunjukkan. Justeru itu saya memilih tajuk ini dalam proses menambah baik pengajaran sebelum ini dengan harapan dapat meningkatkan tahap kefahaman murid sebelum ini. Kemahiran yang dipilih ialah menganalisis haiwan dan bahagian tubuh haiwan. Dalam kemahiran ini murid didedahkan dengan beberapa jenis haiwan yang terdapat di persekitaran sekolah dan segelintirnya yang tidak pernah dilihat oleh murid-murid. Murid-murid kemudiannya diminta menyenaraikan beberapa anggota badan yang terdapat pada haiwan yang ditunjukkan. Akhirnya murid-murid tersebut diminta untuk mengelompokkan haiwan tersebut kepada kumpulannya. Saya memilih teori konstruktivisme dengan menggunakan model 5

Needham.Model pengajaran dan pembelajaran ini adalah dicadangkan dalam `Children's Learning in Science Project' (Needham, 1987). Dalam model ini, murid digalakkan bertukar-tukar fikiran melalui fasa pencetusan idea. Fasa ini juga dapat merangsang murid meninjau semula idea asal mereka. Dalam fasa penstrukturan semula idea, guru digalakkan merancang aktiviti yang sesuai untuk membantu murid mengubah idea asal mereka. Murid diberi peluang untuk mencabar idea asal sendiri dan juga idea rakan-rakan mereka. Adalah idpercayai idea baru yang dibina oleh murid sendiri biasanya lebih mudah diterima oleh mereka jika sekiranya idea ini mudah difahami dan berguna. Dalam fasa penggunaan idea, murid boleh menggunakan idea baru mereka untuk menyelesaikan masalah dan menerangkan fenomena yang berkaitan dengan idea-idea itu. Fasa renungan kembali merupakan fasa terakhir. Dalam fasa ini murid membandingkan idea asal renungan kembali merupakan fasa terakhir. Dalam fasa ini murid membandingkan idea asal mereka dengan idea baru dan merenung kembali proses pembelajaran yang telah mengakibatkan perubahan ke atas idea mereka. Fasa ini juga dapat memperkembangkan kemahiran meta kognitif.

Konstruktivisme adalah satu fahaman yang mencadangkan bahawa murid belajar sesuatu dengan cara membina sendiri pemahaman yang bermakna kepada diri mereka. Antara unsur penting dalam kontruktivisme adalah: Guru mengambil kira pengetahuan sedia ada murid. Pembelajaran adalah hasil usaha murid itu sendiri. Pembelajaran berlaku bila murid menghubungkan idea asal dengan idea baru bagi menstrukturkan semula idea mereka. Murid berpeluang bekerjasama, berkongsi idea dan pengalaman serta membuat refleksi Konstruktivisme ialah teori pembelajaran yang melihat pelajar sebagai pembina pengetahuan, bukan sebagai penerima pengetahuan. Pelajar membina pengetahuan tentang topik yang dipelajari dengan cara mengaitkannya dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada masing-masing. mereka tidak menerima bulat-bulat pengetahuan yang disampaikan. Teori ini mempunyai kaitan dengan asas teori kognitif dengan memberi penekanan pada bagaimana struktur kognitif membina dan mengkoordinasi pengetahuan.Teori konstruktivisme menyatakan bahawa pengetahuan dibina sendiri secara aktif oleh individu yang berfikir. individu ini tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya. Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid 10

sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka. Pembelajaran dari perspektif konstruktivisme dilihat sebagai suatu proses pelajar membina makna secara aktif daripada pengalaman yang dilaluinya. Juga makna yang dibina itu bersangkutan dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Justru bagi membolehkan pelajar memahami pengajaran guru, maka guru-guru perlu mencungkil pengetahuan sedia ada pelajar dan membina kefahaman berdasarkan pengetahuan sedia ada ini. oleh itu dapat dirumuskan bahawa pembelajaran secara konstruktivisme hanya berlaku dengan adanya penglibatan aktif pelajar dan tahap pemahaman pelajar bergantung kepada pengetahuan sedia ada mengenai konsep yang dipelajari ( Bodner, 1986 dalam Zuraida Ismail, Syarifah Norhaidah Syed Idros & Mohd Ali Samsudin, 2006 ). Ciri Pertama Guru menggalakan soalan atau idea yang dimulakan oleh pelajar dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran. Ini bermakna guru perlu hanya menyediakan garis kasar dalam menyediakan rancangan pengajaran mereka. Seterusnya pelaksanaan pengajaran mereka bergantung kepada respon pelajar mereka.SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak Ciri Kedua Guru perlu menggalakan pelajar supaya berdialog dengan sesama mereka mahupun dengan guru. Ini dapat dipupuk bila guru memberikan pelajar satu masalah yang perlu diselesaikan oleh pelajar. Guru akan meminta pelajar memberi respon kepada persoalan yang ditanya. Pelajar adalah digalakkan untuk berbincang sesama mereka dalam memberikan idea masing-masing. Ini menunjukkan bahawa dalam pendekatan konstruktivisme, penglibatan pelajar adalah secara aktif dan bukan sekadar menjadi pemerhati dalam sesuatu pelajaran yang dipelajari.

11

Ciri Ketiga Guru dan pelajar perlu menganggap proses pembelajaran adalah sama penting dengan hasil pembelajaran. Ciri ini bermaksud dalam pendekatan konstruktivisme, proses pengajaran dan pembelajaran itu senndiri amat penting kepada pelajar kerana pada waktu inilah pelajar akan berusaha untuk mencari penyelesaian kepada masalah serta membantu mereka berfikir secara kreatif dan kritis. Ciri Keempat Pendekatan konstruktivisme ini menyokong pembelajaran secara koperatif ( kumpulan ). Jika diperhatikan ciri-ciri dengan teliti, pendekatan konstruktivisme dan pembelajaran koperatif tidak mempunyai perbezaan ketara. Dalam pembelajaran secara koperatif, pelajar akan bekerjsama dalam kumpulan kecil dan menyelesaikan tugasan yang diberikan. pembelajaran secara berkumpulan akan membantu dirinya dan rakan-rakan kumpulan belajar bersama-sama untuk mencapai matlamat yang sama. Ciri Kelima Guru menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi pelajar. Guru tidak perlu memandang rendah kepada usaha pelajar mereka walaupun sekiranya apa yang dilakukan oleh pelajar tidak menepati kehendak mereka. Ini akan membuatkan pelajar merasakan usaha mereka dihargai dan akan sentiasa bersemangat untuk mencuba lagi di lain hari. Ciri Keenam Guru perlu memberi peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan pelajar dengan situasi dunia yang sebenar. Bagi membantu pelajar dalam menyelesaikan sesuatu masalah, guru perlu mendedahkan pelajar mereka dengan dunia sebenar di mana masalah berkaitan wujud. Ciri Ketujuh

12

Guru boleh menggalakkan proses inkuiri pelajar melalui kajian dan eksperimen kerana kaedah eksperimen adalah salah satu kaedah pengajaran yang berpusatkan pelajar. Ciri Kelapan Guru perlu mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea. Ciri ini adalah penting bagi seorang guru supaya mereka tahu setakat mana kebolehan pelajar mereka mentaksir sesuatu masalah berkaitan topik yang diajar. Maklumat ini penting untuk guru kerana konstruktivisme amat menegaskan kepentingan membina pengetahuan secara aktif melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru. Ciri Kesembilan Guru perlu mengambl kira kepercayaandan sikap yang dibawa oleh pelajar. Atan long ( 1980 ) dalam Nor Kamilah Khalil ( 2005 ) berpendapat pengalaman adalah kesan yang terhimpun di dalam ingatan seseorang hasil dari penerimaan rangsangan, pembelajaran dan tingkah laku. Ketiga-tiga saling berkaitan kerana guru perlu memastikan kesemuanya dalam keadaan yang terbaik bagi mendapatkan hasil pelajaran yang maksimum.

13

Fasa-fasa pengajaran berasaskan model konstruktivisme 5-fasa seperti berikut:Bil I Fasa Orientasi Tujuan/Kegunaan Menimbulkan minat dan menyediakan suasana Kaedah Amali penyelesaikan masalah tunjukcara guru, filem, II Pencetusan Idea video sebenar, oleh tayangan dan

keratan akhbar Supaya murid dan guru Amali, sedar tentang idea terdahulu perbincangan dalam kumpulan pemetaan dan laporan kecil, konset

III

Penstrukturan semula idea

Mewujudkan kesedaran tentang idea alternatif yang berbentuk saintifik. Menyedari bahawa ideaidea sedia ada perlu diubahsuai, diperkembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik. Perbincangan dalam kumpulan kecil dan buat laporan

i. Pernjelasan dan pertukaran Mengenalpasti idea-idea alternatif dan memeriksa secara kritis idea-idea sedia ada sendiri Perbincangan, pembacaan, input guru.

14

Amali, kerja projek, ii. Pendedahan kepada situasi konflik Menguji kesahan idea-idea sedia ada iii. Pembinaan idea baru iv. Penilaian Pengubahsuaian, pemgembangan atau penukaran idea Menguji kesahan untuk idea-idea baru yang dibina eksperimen, tunjukcara guru

IV

Penggunaan idea

Pengukuhan kepada idea Penulisan yang telah dibina dalam kerja projek situasi baru dan biasa Menyedari tentang Penulisan perubahan Murid refleksi idea berubah. idea dapat sejauh asal membuat kumpulan, telah lain.

sendiri

Renungan kembali

kendiri, catatan

murid. perbincangan manakah peribadi dan lain-

mereka

15

LEARNING CYCLE - 5E NEEDHAMS FIVE PHASES


ENGAGEMENT

EXPLORATION

EXPLANATION

ELABORATION

EVALUATION

Object, event or question used to engage students. Connection facilitated between what students know and can do Examples

Objects and phenomenon are explored. Hands on activities with guidance.

Examples

Students explain their understanding of concepts and processes. New concepts and skills are introduced as conceptual, clarity and cohesion are sought Examples

Activities allow students to apply concepts in contexts and build on or extend understanding and skills.

Student asses their knowledge, skills and abilities. Activities permit evaluation of student development and lesson effectiveness Examples

Examples

Demonstration, Open ended Reading from a question, make current media decision, solve release or problem, science journal, construct model free write and and experiment analyze a graphic ORIENTATION organizer

ELICITING IDEAS

Student analyzing and explanation, supporting ideas with evidence, reading and discussion. RESTRUCTURING

Problem solving, experimental inquiry, classifying, decision making, abstracting and error analysis

Tteacher and student generated scoring tools or rubrics

APPLICATION

REFLECTION

IDEAS

16

Getting the interest and attention of the pupils to motivate them.

Identifying the pupils ideas

To further develop or modify earliest ideas by comparing them with scientific ideas.

Application of ideas in new situation

Conscious of how prior ideas have changed

Show an event that bring conflicting ideas, put forward a problem to be thought about

Concept mapping, question and answer session to stimulate the pupils thinking

Hands on and minds on activities, activities involve sps, communicating in groups, getting new experience about the world and technology thru suitable learning sources

New problem solving, invention, project

Reflective questioning, helping student in self evaluation on the change ideas and process skills achieved

17

Sains menekankan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Dalam proses inkuiri dan penyelesaian masalah kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir perlu digunakan. Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik. Kemahiran Saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Kemahiran proses sains membolehkan murid mempersoalkan tentang sesuatu perkara dan mencari jawapan secara bersistem Kemahiran memerhati ialah kemahiran asas menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang objek dan fenomena. Mengelaskan pula Menggunakan pemerhatian untuk mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena berdasarkan ciri yang sama. Berkomunikasi pula Menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam bentuk tulisan, lisan, jadual, graf, rajah atau model. Berfikir adalah satu proses mental yang memerlukan individu

menggabungjalinkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ada pada dirinya bagi membolehkannya memahami dan mencorakkan alam sekelilingnya. Salah satu objektif sistem pendidikan negara adalah mempertingkatkan daya berfikir di kalangan murid. Objektif ini boleh dicapai melalui pembelajaran berfikrah. Pembelajaran berfikrah boleh dicapai jika murid dilibatkan secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam proses ini aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dengan teliti dapat mencungkil minda murid dan mendorongnya untuk berfikir agar mereka dapat mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Mencirikan merupakan kemahiran berfikir secara kritis iaitu mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu konsep atau objek.Membandingkan dan membezakan pula ialah mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa. Mengumpulkan dan

18

mengelaskan mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan criteria tertentu seperti ciri atau sifat sepunya. Penggunaan teknik kuiz dan gerak kerja berkumpulan juga bertujuan agar semua murid dapat dilibatkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu aktiviti sebegini juga dapat menimbulkan keseronokan di kalangan murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dari awal hingga akhirnya. Perkembangan teknologi maklumat serta penggunaan computer membawa implikasi yang besar ke atas kehidupan manusia termasuklah dalam bidang pendidikan. Ianya dapat membantu guru-guru dan pelajar-pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih menarik dan interaktif. Teknologi merupakan satu wadah yang berkesan untuk memperkukuhkan pembelajaran sains. Penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, komputer, internet perisian komputer, perisian kursus dan antara muka berkomputer menjadikan pengajaran dan pembelajaran sains lebih menarik dan berkesan. Animasi dan simulasi berkomputer merupakan satu wadah yang berkesan untuk mempelajari sesuatu konsep yang sukar dan abstrak dan boleh dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web.

19

BAHAN RUJUKAN Amir Awang.(1993).Teori- teori pembelajaran. Konsep teori pembelajaran.Penerbit Fajar Bakti. Kuala Lumpur. Mook Soon sang (2004), Psychology and Pedagogy,Penerbitan MultiMedia SDN BHD, Puchong Selangor. Omar Zakaria, Shaifol Bahari Sulaiman, Hassan Ahmad.( 2006). Teknologi Maklumat dalam Pendidikan, Open University Malaysia, Meteor Doc.SDN BHD. Selangor. WWW.abdwahab.kajiankes WWW.huzszaruddin WWW.scribd.com WWW.sitifatima.notakuliah

20

You might also like