You are on page 1of 34

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK (EDU3107)

Ahli kumpulan: Abdul Wafi bin Amin Nordin Ahmad Rafaie bin Abdullah Muhammad Zulhusni bin Zawawi Kelas : T4 MT1

Pensyarah : Puan Ratanamla A/P Kalimuthu

SOALAN TUGASAN (NO. 8)


Inventori minat kerjaya Self Directed Search (SDS) dikatakan amat berkesan dari segi membantu pelajar menentukan bidang kerjaya masa depan mereka. Terangkan kelebihan inventori tersebut mengikut 6 bidang RIASEK.

TEORI TIPOLOGI HOLLAND

KONSEP DAN ANDAIAN DISEBALIK TEORI HOLLAND


Personaliti memanifestasi pemilihan kerjaya Inventori minat adalah inventori personaliti.

KONSEP DAN ANDAIAN DISEBALIK TEORI HOLLAND


Mereka yang menceburi bidang yang sama, mempunyai personaliti dan latarbelakang perkembangan peribadi yang serupa. Mereka yang mempunyai personaliti yang sama akan memberi respon yang serupa terhadap situasi dan masalah yang timbul. Respon ini akan mewujudkan persekitaran interaksi yang mempunyai ciri-ciri tersendiri. Kepuasan kerja, stabiliti dan pencapaian bergantung kepada keserasian antara personaliti individu dan persekitaran di mana dia bertugas. (Keserasian Gaya Personaliti Modal)
Bidang yang sama

Perkembangan peribadi yang serupa.

Respon yang serupa Wujud persekitaran interaksi yang mempunyai ciri-ciri tersendiri. (Keserasian Gaya Personaliti Modal)

ENAM GAYA PERIBADI HOLLAND


(R) Realistik (I) Investigatif (A) Artistik (S) Sosial (E) Enterprising, Berdaya usaha (K) Konvensional

K
E

I A S

R,I,A,S,E,K
Setiap gaya peribadi adalah berpadanan dengan persekitaran yang sama. Semakin kuat gaya, semakin sesuai dengan persekitaran. Manusia mencari persekitaran dan kerjaya yang membolehkan mereka menggunakan kemahiran yang dipunyai dan menyatakan sikap serta nilai masing-masing.

Tingkahlaku seseorang adalah hasil interaksi personaliti dan persekitaran sejak kecil. Tingkah laku terhasil bukan saling eksklusif. Bermaksud seseorang boleh ada keenam-enam gaya peribadi. Ada gaya bersifat primer, sekunder dan tertiari.

INSTRUMEN MENTAKSIR KERJAYA DAN SDS

INSTRUMEN MENTAKSIR KERJAYA


Terdapat beberapa instrument dalam pasaran yang boleh dijadikan rujukan untuk
taksiran kerjaya memperoleh profil individu yang mantap dan komprehensif Merancang dan memilih kerjaya yang sempurna

Instrumen berbentuk psikologi, kita dapat menilai diri termasuk minat, nilai dan ciri-ciri personaliti berhubung dengan bidang kerjaya yang diminati dan akan diceburi kelak.

UJIAN SELF-DIRECTED SEARCH (SDS)


Salah satu instrument berbentuk inventori psikologi. Dicipta oleh Holland (1971) berasaskan Vocational Preference Inventory (VPI). Digunakan untuk mentaksir personaliti kerjaya. Dianggap satu pemangkin untuk meransang individu yang berkenaan untuk membuat penerokaan kerjaya secara aktif. Dua fungsi utama SDS,
Instrumen taksiran Instrumen kerjaya, juga dikenali sebagai simulasi kaunseling.

Satu inventori yang bersifat tadbir-kendiri. Boleh diambil secara online.


Pengguna hanya perlu menjawab soalan-soalan SDS berdasarkan minat, kecekapan, keyakinan, aktiviti serta cita-cita mereka. Teori SDS ini direkabentuk untuk membantu pelajar dan golongan dewasa mencari peluang pekerjaan, pembelajaran dan pengurusan kerjaya. SDS yang dikemukakan oleh beliau dikategorikan berdasarkan enam jenis personaliti .

Mempunyai format jawapan Suka dan Tidak Suka atau Ya dan Tidak Mengandungi 192 item Tiga bahagian utama:
Senarai nama Pekerjaan

Kecekapan

Kesukaan

6 BIDANG RIASEK

REALISTIK - R
Individu yang mempunyai kemahiran elektrik atau mekanikal. Suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuhan dan binatang. Cenderung bekerja di luar bangunan

CONTOH KERJAYA :
JURUTERA OPERATOR MESIN MEKANIK JURU TEKNIK JURU UKUR PENGIMPAL PENTERNAK ATLET / PROFESIONAL PEGAWAI PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG

INVESTIGATIF - I
Individu yang suka membuat pemerhatian, mempelajari, menyelidik, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah melalui penyelidikan. Mempunyai kemahiran saintifik dan matematik serta kerjaya bercorak teknikal.

CONTOH KERJAYA : AHLI KAJI CUACA / KAJI BINTANG AHLI SAINS DOKTOR / PAKAR BEDAH AHLI FARMASI JURUTEKNIK MAKMAL PERUBATAN PENGANALISIS SISTEM JURUTERBANG AHLI TEKNOLOGI KOMPUTER

ARTISTIK - A
Individu yang mempunyai kebolehan artistik dan inovatif. Mempunyai kebolehan intuisi dan suka bekerja dalam situasi yang tidak atau kurang berstruktur. Tidak selesa dengan kerja yang rutin atau berulang-ulang. Selalu menggunakan imaginasi dan kreativiti.

CONTOH KERJAYA :
PENYAIR PEMIMPIN ORKESTRA PENGARANG PELUKIS POTRET JURUGAMBAR ARKITEK / PEREKA DALAMAN GURU MUZIK JURUTEKNIK PELUKIS KOMPUTER

SOSIAL - S
Individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Berminat dalam memberitahu, menolong, melatih, mengubati dan membuat kebajikan kepada orang lain. Mempunyai kemahiran mengguna kata-kata serta mahir berkomunikasi dengan orang lain.

CONTOH KERJAYA : GURU PEGAWAI PERHUBUNGAN KAUNSELOR AHLI PSIKOLOGI DIPLOMAT PAKAR PERUNDING AHLI TERAPI PENYIASAT / PEGAWAI POLIS

ENTERPRISING - E
Individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Mempunyai minat dalam mempengaruhi, mengarah, memimpin, mengurus individu lain. Pandai dan mahir memanipulasi orang lain.

CONTOH KERJAYA :
EKSEKUTIF PENGIKLANAN / PERNIAGAAN PENGARAH PENYIARAN USAHAWAN PENTADBIR HOSPITAL HAKIM / PEGUAM WAKIL / PENJUAL KOMPUTER AHLI POLITIK

CONVENTIONAL - C
Individu yang suka bekerja dengan data dan nombor. Mempunyai kemahiran dalam bidang perkeranian serta mempunyai kebolehan dan kemahiran dalam menggunakan nombor. Melakukan sesuatu dengan terperinci, akur dan mengikut arahan.

CONTOH KERJAYA :
PENYIMPAN KIRA-KIRA AKAUNTAN / KERANI BANK PEGAWAI INSURAN PENGENDALI KOMPUTER PENILAI HARTA SETIAUSAHA GURU MATEMATIK / PERDAGANGAN

CARA PENILAIAN DALAM SDS

CARA PENILAIAN SDS


Setelah menyempurnakan segala pernyataan-pernyataan SDS yang diberikan, hasilnya akan menyatakan apa yang pengguna minat dan boleh lakukan. Tiga komponen RIASEC yang mempunyai jumlah markah yang tertinggi akan mewakili tiga kod Holland pengguna. Kod ini secara amnya menyatakan minat dan kecenderungan pengguna tersebut. Minat pengguna biasanya gabungan daripada tiga komponen Komponen yang tidak terdapat dalam tiga kod Holland pengguna merupakan jenis yang tidak hampir dengan minat dan kebolehan pengguna tersebut.

MODEL HEXAGON HOLLAND

Komponen yang bersebelahan di antara satu sama lain mempunyai persamaan yang ketara.

PROSES PENGAMBILAN UJIAN SELFDIRECTED SEARCH (SDS)

Laporan Tafsiran

Buku Tafsiran (Borang R)

Buku Carian Pekerjaan

BAHAN PENTING SDS

BUKU TAFSIRAN (BORANG R)

LAPORAN TAFSIRAN DAN BUKU CARIAN PEKERJAAN

BAGAIMANA LAPORAN TAFSIRAN DISEDIAKAN?


Jawapan dimasukkan dalam Helaian Kiraan Skor Skor akan dipindahkan dalam Kod Holland Skor Kod Holland akan dikira dan TIGA skor tertinggi akan dimasukkan dalam Kotak Rumusan Kod Merujuk kepada Buku Carian Pekerjaan, kod akan disemak dengan senarai 1309 jenis pekerjaan merentasi 750 bidang pekerjaan dan 700 aktiviti masa lapang yang terkandung.

Semakan tersebut bertujuan untuk menyedari tentang jenis-jenis pekerjaan berpotensi yang memuaskan.

TINDAKAN SUSULAN
Memperoleh maklumat tambahan yang penting dalam memantapkan perancangan pendidikan dan kerjaya

CARA ASAS MEMBANTU PERANCANGAN KERJAYA

Pemerhatian

Temubual

Percubaan

Bacaan

Lawatan sambil belajar

Penulisan

KELEBIHAN INVENTORI SDS


Mudah untuk ditadbir kerana bersifat tadbir-kendiri Mengenalpasti kerjaya yang sesuai mengikut personaliti Membantu untuk melihat perkembangan kecenderungan minat Menyelesaikan krisis kerjaya dalam diri Mencapai kepuasan dalam kerjaya Menambah keyakinan diri dalam memilih kerjaya Memberi panduan kepada ibubapa untuk memilih kerjaya anakanak.

KESIMPULAN
Individu Kerjaya
Mencapai kejayaan dan kepuasan diri

Jenis personaliti:
Realistik Investigatif Artistik Sosial Enterprising Conventional

Sesuai dengan

Realistik Investigatif Artistik Sosial Enterprising Conventional

Keserasian kerjaya:

BIBLIOGRAFI
Choong, L.W. (2010). Bimbingan dan kaunseling kanak-kanak, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Khoo, B.L. (2013). Bimbingan dan kaunseling kanak-kanak, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Lee, K.C. (2012). Bimbingan dan kaunseling kanak-kanak, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. http://www.careerkey.org/asp/your_personality/hollands-theory-ofcareer-choice.html http://www.psipsychologytutor.org/1113/holland-hexagon-apersonality-and-environmental-type-test-for-career-choices/

You might also like