Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
3Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
KepintaranIQ

KepintaranIQ

Ratings: (0)|Views: 99|Likes:
Published by nurain_atiqa94
...
...

More info:

Published by: nurain_atiqa94 on Jun 30, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/20/2010

pdf

text

original

 
Kepintaran & IQ
Pengenalan
Apakah Kepintaran?
 Kepintaran bermakna seseorang boleh hidup dengan :
 
Menyesuaikan diri sewajarnya dengan persekitaran
 
Mempelajari konsep dan idea-idea baru
 
Menyelesaikan masalahKepintaran merangkumi kombinasi pelbagai kemahiran untuk hidup secara berkesan:
 
Kemahiran fizikal: Kemahiran pergerakan seperti kemahiran motor
 
Kemahiran mental: Kemahiran memori, pengetahuan, penyelesaian masalah danketangkasan memproses maklumat
 
Kemahiran tingkah laku seperti kemahiran berkomunikasi
 
Kemahiran akademik 
 
Kemahiran kehidupan seharian
Berapakah jenis kepintaran?
 Terdapat pelbagai teori yang cuba menjelaskan perbezaan kepintaran seseorang.Kajian awal oleh
Francis Galton
menunjukkan bahawa mereka yang berjaya dalam bidangintelek tertentu akan turut berjaya dalam bidang yang lain. Ini menunjukkan kepintaran jenisumum.
Charles Spearman
meneruskan usaha
Galton
dan kajian beliau merumuskan bahawa manusiamempunyai kedua-dua jenis kepintaran umum dan khusus.Sebaliknya
 Howard Gardner 
pula berdasarkan kajiannya mencadangkan bahawa manusiamempunyai pelbagai jenis kepintaran yang boleh dikategorikan kepada 7 kumpulan utama,iaitu:
 
Kepintaran Muzik 
 
o
 
Contoh: ahli muzik 
 
Kepintaran Kinestetik atau pergerakan badan
o
 
Contoh: ahli sukan atau penari
 
Kepintaran Logik Matematik 
o
 
Contoh: saintis, pencipta atau ahli matematik 
 
Kepintaran Bahasa
o
 
Contoh: penulis atau ahli bahasa
 
Kepintaran "
Spatial
"
o
 
Contoh: pelayar, arkitek, artis atau pemandu pelancong
 
Kepintaran
"Interpersonal"
 
o
 
Contoh; pakar sakit jiwa, pakar psikologi atau kaunselor
 
Kepintaran "
 Intrapersonal"
 
o
 
Contoh; ahli falsafah, pakar sakit jiwa atau pakar psikologi
 
Kepintaran Rohani
o
 
Contoh; imam, sami atau pendakwah
Dari manakah punca kepintaran?
 Kebanyakan kajian merumuskan bahawa kepintaran adalah kombinasi fakta keturunan danpersekitaran.
Kenapakah manusia mempunyai kepintaran yang berbeza?
 Tahap kepintaran seseorang individu berbeza dan ia ditentukan oleh:
 
Kemahiran berfikir dan membuat pertimbangan
 
Asuhan semasa kecil dan interaksi sosial
 
Faktor bakaOleh kerana setiap individu mengalami perbezaan dalam faktor-faktor di atas, maka tahapkepintaran setiap individu juga berbeza.
Adakah kepintaran berubah apabila seseorang membesar?
 Kepintaran kita biasanya stabil di antara umur 25 dan 60 tahun.
 
Biasanya pengetahuan kita kekal selepas 60 tahun, tetapi keupayaan untuk mendapatkemahiran baru mungkin mengambil masa lebih lama apabila kita semakin berusia.
Tanda dan Gejala
Bagaimanakah mengukur kepintaran?
 Kepintaran boleh diukur.Terdapat alat dan teknik tertentu untuk menentukan tahap kepintaran seseorang.Ianya digunakan oleh anggota profesional terlatih.Alat tersebut boleh dibuat dalam bentuk ujian aptitud atau ujian pencapaian.
Ujian Pencapaian
:
 
 
Mengukur tahap pengetahuan atau kompetensi seseorang dalam bidang tertentu
 
Menganggap kepintaran adalah kapasiti mental yang boleh diukur melalui analisapencapaian ujian mental (contoh; ujian IQ)
Ujian aptitud 
:
 
 
Mengukur potensi seseorang untuk mempelajari sesuatu tugasan khusus
 
Ia mengandaikan bahawa kemahiran semasa seseorang boleh meramal pencapaiansesuatu tugasan khusus pada masa hadapan
Apakah itu IQ?
 IQ adalah singkatan kepada "
 Intelligence Quotient 
".
"Quotient"
bermaksud suatu ukuran piawai. Oleh itu, IQ adalah suatu ukuran piawaikepintaran yang berasaskan teori-teori kepintaran.Ujian IQ adalah alat mengukur kepintaran yang biasa diguna pakai.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->