You are on page 1of 5

Kumpulan 5 CONTOH PERSEDIAAN MENGAJAR YANG MENGGUNAKAN MODEL PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH MATEMATIK TAHUN 2 Bidang : Nombor dan

Operasi Tajuk : Tolak dalam lingkungan 1000 Masa : 2 waktu (60 minit) Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk : 3.3 Menyelesaikan masalah tolak. Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk : (ii) Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan penolakan dua nombor.
FASA CADANGAN AKTIVITI CADANGAN KOMUNIKASI Soalan: Apakah nama alat tulis ini? Nyatakan kegunaan setiap peralatan ini? Apakah masalah yang selalu timbul semasa menggunakan alat tulis ini? Apakah tindakan anda untuk mengatasi masalah ini?

PERSEDIAAN Pemerhatian dan Analisis

Guru menunjukkan barang-barang maujud seperti:

Pensel Menjelaskan masalah Pemadam

Buku

Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan barang maujud di atas.

IMAGINASI Penjanaan Idea Sintesis Idea

Guru memberi satu penyataan masalah. Contoh: Kamu mempunyai 15 batang pensel warna. Ketika kamu mewarna, 5 batang daripada pensel warna anda telah patah. Berapa batang pensel warnakah yang masih tinggal?

Soalan :

Adakah bilangan pensel warna kamu yang elok akan bertambah atau berkurang?

Mencari penyelesaian

Apakah operasi yang sesuai digunakan untuk menyelesaikan penyataan masalah ini?

PERKEMBANGAN Guru memberi beberapa situasi Menilai

Soalan : Bincangkan dalam kumpulan bagaimana cara menyelesaikan masalah tersebut?

(Lampiran 1) dan meminta murid menyelesaikannya dalam kumpulan dengan menggunakan kreativiti masing-masing.

Melakukan operasi Menilai penyelesaian masalah

Murid menghubungkaitkan operasi tolak dalam masalah yang akan diselesaikan.

Contoh: Bentuk ayat matematik

Tunjukkan cara menyelesaikan penyataan masalah tersebut 1. Dalam bentuk ayat matematik. 2. Dalam bentuk lazim

Bentuk lazim

TINDAKAN Pelaksanaan Amalan Berterusan Membuat refleksi penyelesaian yang dibuat.

Murid membentangkan hasil dapatan setiap kumpulan. Murid membuat penilaian dan perbandingan hasil dapatan di antara kumpulan. Guru menyemak secara kelas hasil dapatan setiap kumpulan, setelah murid menilai hasil kerja kumpulan yang lain. Kumpulan yang dapat menjawab kesemua soalan dengan betul akan mendapat ganjaran daripada guru.

Soalan : Bagaimana cara kamu mendapat jawapan? Adakah kaedah yang kamu gunakan dapat menyelesaikan masalah yang diberi?

PENTAKSIRAN

Guru mengajukan soalan penyelesaian masalah yang mudah secara lisan kepada murid. Murid memberi jawapan terhadap soalan yang diajukan oleh guru.

Sebuah buku cerita mempunyai 350 muka surat. Ali telah membaca sebanyak 135 muka surat buku cerita itu. Berapakah bilangan muka surat yang belum dibaca oleh Ali?

NILAI DAN SIKAP

Bekerjasama ketika melakukan aktiviti dalam kumpulan. Sifat kepemimpinan semasa membuat pembentangan. Menghargai rakan-rakan

Lampiran1 Latihan Penyelesaian Masalah

1. Di atas pokok mangga ada dua puluh empat biji buah mangga. Lima belas biji masih hijau dan yang lainnya sudah masak. Berapa biji buah mangga yang sudah masak?

2. Abu dan Ali adalah adik beradik. Abu berumur lapan tahun manakala Ali berumur lima tahun. Berapakah beza umur di antara Abu dan Ali?

3. Dalam kotak telur ada tiga puluh biji telur.

Sembilan biji telur telah dimasak oleh nenek. Berapakah baki telur dalam kotak telur itu?

You might also like