Soalan 1 : Rumusan
[ 30
markah
]
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang
langkah-langkahmencapai kejayaan negara yang cemerlang
dan
kepentingan memartabatkan bahasaMelayu sebagai bahasa kebangsaan
. Panjang rumusan hendaklah
tidak melebihi 120
patah perkataan.
Selepas 50 tahun mencapai kemerdekaan daripada penjajahan British, tempoh ini secararelatifnya masih muda berbanding dengan negara lain seperti Amerika Syarikat. Bagaimanapun,kemajuan yang dicapai oleh negara ini jauh ke hadapan melangkaui umurnya dan lebihmembanggakan melangkaui pembangunan negara lain yang mencapai kemerdekaan pada erayang sama. Dalam tempoh tersebut, cabaran utamanya adalah dalam aspek bahasa kebangsaanRakyat Malaysia perlu memberikan perhatian yang serius terhadap usaha memperkasakan bahasakebangsaan sebagai bahasa ilmu.Agenda memperkasakan bahasa kebangsaan sudah lama diperjuangkan, namunkepentingannya semakin dirasai ketika negara ini memasuki umur 50 tahun sebagai negaramerdeka yang
memerlukan pengukuhan jati diri
rakyatnya. Hal ini ditambah akibat kesan penjajahan Inggeris dan arus globalisasi yang melanda sekarang mampu memberikan impak negatif kepada kedaulatan bahasa Melayu. Rakyat negara ini tidak akan mencapai kemajuansebenar sebagai bangsa merdeka sekiranya bahasa ibunda tidak diletakkan di tempat yangsewajarnya. Matlamat ini tidak mampu dicapai dengan kadar segera kerana memerlukankesedaran dan pendidikan dalam tempoh yang panjang. Rakyat negara ini juga amat digalakkanmenguasai bahasa kedua seperti bahasa Inggeris kerana kedudukannya yang tinggi sebagai bahasa ilmu. Namun, hal ini tidak bermakna bahasa Inggeris lebih penting dan perlu diutamakan berbanding dengan bahasa kebangsaan.Peningkatan kualiti wacana nasional juga perlu dilestarikan. Minda kelas pertama didalam negara kelas pertama yang disarankan oleh Perdana Menteri itu memerlukan usaha seriusyang berterusan untuk direalisasikan. Dalam hal ini, ahli akademik disarankan tidak terlalu lekaduduk selesa di menara gading sahaja sehingga buah fikiran mereka tidak sampai kepadamasyarakat. Pihak media massa pula tidak harus mengutamakan bahan sensasi dan hiburanuntuk dihidangkan kepada orang ramai. Program realiti televisyen yang berleluasa sekarangdilihat membawa kesan negatif terhadap pembinaan bangsa yang maju. Di samping itu, mereka perlu berperanan lebih aktif membentuk minda kelas pertama dalam kalangan rakyat. Lebih jauhlagi, media perlu berperanan menentukan agenda masyarakat agar lebih berkesan. Sebagaiinstitusi budaya dan sosial, media turut mempunyai tanggungjawab sosial yang besar dalam pembinaan bangsa Malaysia. Media juga wajar menghebahkan wacana ilmiah yang tidak sampaikepada masyarakat. Berikutan itu, ahli akademik dan media mampu memberikan sumbanganyang besar terhadap pembinaan bangsa yang maju demi kemajuan dan kejayaan negara dalam pelbagai bidang.
SULIT1103/21103/2 ©
2009 Hak Cipta PPDJB
[Lihat sebelahSULIT
2
Leave a Comment
Bolehkah e-melkan skema jawapan bahasa Melayu K1 dan 2 ke cikgumazlina@yahoo.com Terima Kasih!