You are on page 1of 10

Kadar Nadi Latihan

KNL = KNR + I (KNM KNR) KNL = Kadar Nadi Latihan KNR = Kadar Nadi Rehat I = Kadar Intensiti Latihan KNM = Kadar Nadi Maksimum (220 umur) *CONTOH PENGIRAAN KADAR NADI LATIHAN (KNL)

Katakan umur pelajar adalah 17 tahun, KNR = 60 denyutan seminit KNM = 220 17 = 203 KNL pada kadar I = 70% 80%, KNL (70%) = KNR + I (KNM KNR) = 60 + 70% (203 60) = 60 + 70% (143) = 60 + 100.1

= 160.1 denyutan seminit KNL (80%) = KNR + I (KNM KNR) = 60 + 80% (20360) = 60 + 80% (143) = 60 + 114.4 = 174.4 denyutan seminit

Pengiraan Sasaran Kadar Nadi mengikut Formula Karvonen Butiran peribadi atlet Umur = 20 tahun Kadar Nadi Rehat (KNR) = 60 denyutan / minit Kadar Nadi Maksimum (KNM) = 220 - Umur Kadar Nadi Latihan (KNL) = KNR + x% (KNM - KNR) Contoh intensiti 60% Contoh intensiti 90% KNL = KNR + 60% (KNM KNR) = 60 + 60/100 (200 60) = 60 + 0.6 x 140 = 60 + 84 = 144 denyutan / minit

KNL = KNR + 90% (KNM KNR) = 60 + 90/100 (200 60) = 60 + 0.9 x 140 = 60 + 126 = 186 denyutan / minit

2.0 LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN PENGIRAAN KNL 2.1.1 Langkah 1 Mengira kadar nadi. Keupayaan otot jantung bekerja dapat diukur dengan cara mengira denyutan nadi. Ia dapat dirasa atau dipastikan dengan cara meletakkan 2 jari ke pergelangan tangan setentang dengan ibu jari atau dibahagian bawah telinga. Gerakkan jari hingga anda dapat merasakan denyutan nadi.

2.1.2 Langkah 2 Mengira Kadar Nadi Rehat (KNR)

Kadar nadi rehat (KNR) iaitu denyutan nadi pada masa tidak melakukan aktiviti. Untuk mencari KNR yang tepat, ambil denyutan nadi pada waktu pagi, bangun daripada tidur, sekurang-kurangnya dua hari berturut-turut selama 10 saat pada tiap-tiap bacaan. Pada waktu tersebut kita belum melakukan sebarang aktviti. Kemudian ambil purata daripada bacaan tadi yang telah dilakukan dan di darab dengan 6 untuk mendapatkan KNR untuk selama seminit. Contoh:12 denyutan selama 10 saat x 6 = 72 denyutan seminit. 2.1.3 Langkah 3 Mengira Kadar Nadi Maksimum (KNM)

Kadar nadi maksimun ialah dengan menolak umur daripada angka 220 dimana 220 telah ditetapkan oleh ahlialhi fisiologi senam sebagai satu angkatap formula. Contoh:Umur subjek ialah 16 tahun. KNM = 220 16(umur) = 204 denyutan seminit. 2.1.4 Langkah 4 Kadar Nadi Latihan (KNL) Setelah mendapat KNR, bolehlah ditentukan pula kadar nadi latihan (KNL) Contoh :KNM = 220 16(umur)

= 204 denyutan seminit KNR = 12(denyutan untuk sepuluh saat) x 6 = 72 denyutan seminit. KNL = KNM KNR = 204 72 = 132 denyutan seminit. 2.1.5 Langkah 5 Mengira Kadar Nadi Sasaran 70%(KNS) Untuk mendapatkan pengiran KNL yang ideal bagi 70% ialah dengan menggunakan formula ini. Contoh :(KNM KNR) x 0.7 + KNR

= (204 - 72) x 0.7 + 72 = (132) x 0.7 + 72 = 93 +72 = 164 denyutan seminit 2.1.6 Mengira Kadar Nadi Sasaran 80%(KNS) Untuk mendapatkan pengiran KNL yang ideal bagi 80% ialah dengan menggunakan formula ini. Contoh :(KNM KNR) x 0.8 + KNR = (204 - 72) x 0.8 + 72 = (132) x 0.8 + 72 = 106 +72 = 177 denyutan seminit

You might also like