• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
 
INSTITUT PERGURUAN BAHASA-BAHASA ANTARABANGSAInternational Languages Teacher Training Institute
KERTAS KERJA
CADANGAN
PROGRAM CITRA GURU-KHIDMAT MASYARAKAT
(SEKOLAH KEBANGSAAN RANAU)& PENGAPAIANGUNUNG KINABALU30 Mei – 4 Jun 2009.
Disediakan oleh:1
 
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR IPBA
1.0LATAR BELAKANGPembangunan Modal Insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usahamelahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dansahsiah yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guruMalaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta kekuatan peribadi dan sahsiah yangterpuji selaras dengan hasrat negara. Kursus Bina Insan Guru (BIG) merupakan satuwahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selarasdengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG).Program Ekspedisi Gunung Kinabalu ini merupakan program merupakan programekspedisi pertama yang dirancang di bawah program Bina Insan Guru dan dikendalikanoleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP). Selain ekspedisi, program ini turut mempunyai komponen terpenting dalam program Bina Insan Guru, iaitu Program Khidmat Masyarakat yang akan dijalankan diSekolah Kebangsaaan Ranau, Sabah. Peserta yang terlibat, akan mengadakan aktivitikemasyarakatan bersama-sama pihak sekolah. Program ini akan membawa seramai 38orang guru-guru pelatih akan menguji stamina dan daya tahan mental dan fizikal merekadan membina sahsiah diri yang unggul.Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampumengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan dirisebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guruyang memiliki kemantapan sahsiah dan tahap profesionalisme yang tinggi serta sentiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi. Secaratidak langsung ia akan memberi impak positif terhadap pembentukan citra guru yangkental jati dirinya dan mampu menghadapi pelbagai rintangan pada masa akan datangapabila mereka menjadi guru kelak.2.0 TUJUAN2.1Kertas kerja ini dikemukakan dengan tujuan untuk mendapatkan persetujuandaripada Pengarah IPBA, untuk mengadakan program Ekspedisi Gunung Kinabaludan Lawatan ke SK Ranau, pada 30 Mei – 4 Jun 2009.2.2Memohon sedikit peruntukan dari pihak pentadbiran IPBA untuk menampung kos bagi mengadakan program ini yang juga merupakan
Program Citra Guru
di bawah aktiviti
Program Bina Insan Guru (BIG).
2
 
3.0 ASAS-ASAS PERTIMBANGAN3.1 Program ini merupakan program yang dianjurkan di bawah Program Bina Insan Guru yangakan meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran para guru pelatih dalammembina keterampilan diri dan citra guru yang unggul dan seimbang.3.2 Butiran mengenai program yang akan dijalankan adalah seperti berikut:Tajuk Program : Program Ekspedisi Gunung Kinabalu dan Lawatan ke SK RanauTarikh Cadangan: 30 Mei – 4 Jun 2009Tempat: Kuala Lumpur Kota Kinabalu Kinabalu Park Gunung Kinabalu – Ranau.Hari: Sabtu - KhamisJumlah Peserta : 40 orang3.3 Bagi melancarkan program ini Ahli Jawatankuasa Induk dan Ahli Jawatankuasa Pelaksanatelah dibentuk (seperti dalam
Lampiran 1(a)
dan
1(b))
3.4 Pensyarah pengiring yang akan mengiringi pelajar terdiri daripada Ketua Jabatan HEP, Encik Mohamad Tahir bin Kamaruzzaman dan Pegawai Bina Insan Guru, Encik Mohd. Arus binAbdul Kudus.3.5 Bagi prosedur dan tentatif program, sila rujuk 
Lampiran 2
.4.0 OBJEKTIF PROGRAM4.1 Memberi pengalaman kepada guru-guru pelatih tentang cabaran yang bakal dihadapi apabilamereka mengajar di kawasan pedalaman dan cara hidup masyarakat di sana.4.2 Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman mendaki Gunung Kinabalu,yang merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara.4.3 Menggalakkan terjalinnya kerjasama yang lebih erat antara pihak IPBA dan komunitiSekolah Kebangsaan Ranau, Sabah.4.4 Dapat membawa dan mengharumkan nama Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa(IPBA), dengan mengibarkan bendera IPBA di puncak Gunung Kinabalu, seterusnyamengangkat nama IPBA dalam kalangan Institut Pendidikan Guru (IPG) yang terunggul.4.5 Meningkatkan kemahiran kognitif guru-guru pelatih terutamanya dalam aspek pengurusandan penyelenggaraan program.4.6 Meningkatkan daya tahan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial melalui program yangdiaturkan.3
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...