You are on page 1of 13

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Pandangan & Cadangan

Dikemukakan oleh

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)


November, 2012

Pendahuluan
Y.A.B. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 pada 11 Oktober 2012, dengan tujuan meningkatkan mutu dan prestasi pendidikan Negara secara menyeluruh. Seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, tranformasi sistem pendidikan akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun, dengan melaksanakan 11 anjakan strategik menerusi 3 gelombang. Transformasi sebegini merangkumi pelbagai aspek, termasuk mutu akademik, kemahiran bahasa, tahap penilaian, standard profesionalisme guru, struktur organisasi Kementerian Pelajaran dan isu-isu lain yang berkaitan. Pelan sedemikian merupakan hasil pembincangan yang berkualiti dan berwibawa dengan penglibatan lebih 50,000 pengawai Kementerian, pendidik, pengetua, ibu bapa, pelajar dan orang ramai. Kementerian juga mewujudkan sebuah panel penasihat yang disertai oleh 12 pakar tempatan yang dilantik daripada pelbagai bidang yang bersesuaian. Selain itu, bagi memperkukuhkan kerja-kerja penyediaan pelan tersebut, Kementerian turut melantik 4 pakar pendidikan bertaraf antarabangsa, iaitu Dr Andreas Schleicher (Ketua, Analisis dan Indikator, OECD), Dr Byong-man Ahn (Mantan Menteri Pendidikan Korea Selatan), Professor Michael Fullan (Penasihat Khas kepada Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Ontario, Kanada) dan Professor Sing Kong Lee (Pengarah, Institut Pendidikan Kebangsaan (NIE), Singapura). Pelan Pembangunan Pendidikan menekankan penguasaan murid dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, tanpa sebarang usul untuk mengubah sistem dan aliran pendidikan yang sedia ada. Selain itu, pelan tersebut juga tidak menafikan peranan dan sumbangan sekolah aliran lain dalam pembentukan modal insan generasi muda Negara yang berkualiti. Pelan Pembangunan Pendidikan mengutamakan pembangunan kualiti murid, di samping menjadikan peningkatkan mutu sistem pendidikan sebagai sasaran yang akan melengkapkan keseluruhan transformasi. Sistem pendidikan yang memberikan ruang pembangunan yang sesuai bagi pelbagai aliran pendidikan akan diteruskan, malahan akan mewujudkan lebih banyak perantara yang membolehkan penglibatan yang lebih daripada golongan ibu bapa dan pelajar dalam soal pendidikan.

Pelan yang Berpandangan Jauh


Transformasi pendidikan yang disarankan dalam pelan ini akan membolehkan unsurunsur baru dapat diserap dan diaplikasikan dalam pembangunan sistem pendidikan Negara. Terdapat banyak saranan baik yang wajar disokong dalam Pelan Pembangunan Pendidikan seperti yang berikut: (1) (2) Mengekalkan asas dan keistimewaan sistem pendidikan sedia ada, termasuk kedudukan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Tamil dan Sekolah Mubaligh. Meningkatkan mutu Bahasa Inggeris tanpa menjejaskan perkembangan bahasabahasa lain. Anjakan sedemikian adalah sejajar dengan kehendak masyarakat dalam membimbing generasi baru untuk berdepan dengan cabaran semasa. Perlanjutan tempoh pendidikan wajib daripada 6 tahun kepada 11 tahun sememangnya akan dapat menyumbang kepada tahap pembangunan taraf pendidikan Negara secara amnya. Dengan perlaksanaan saranan ini, setiap murid akan menghabiskan alam persekolahan dengan kelayakan minimum SPM atau kelayakan vokasional yang setara. Pendidikan awal kanak-kanak akan bermula pada umur 5 tahun manakala Tahun Satu pada umur 6 tahun. Memastikan setiap murid mendapat perhatian yang sewajarnya, termasuk murid cemerlang, murid lemah dan murid khas yang memerlukan penjagaan rapi. Pelaksanaan program pintar cerdas akan membolehkan murid berbakat dan pintar terus ke peringkat pembelajaran yang lebih tinggi, dan secara terusnya memendekkan tahun persekolahan. Memastikan murid menguasai sekurang-kurangnya 3 bahasa, di samping menambahkan tenaga pendidik yang mengajar Bahasa Cina dan bahasa lain. Memanfaatkan kecanggihan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran, yang mana akan menjadikan kandungan pembelajatan lebih luas, menarik dan bersifat interaktif. Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan dimansuhkan pada tahun 2014 dan diganti dengan penilaian berasakan sekolah, manakala Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) akan ditambah baik pada tahun 2016 dengan mengambil kira penilaian dalam sekolah. Transformasi sedemikian akan dapat mengubah sistem pendidikan Negara yang terlalu berorientasikan peperiksaan.

(3)

(4) (5) (6)

(7) (8)

(9)

(10) Penekanan kaunseling kerjaya untuk setiap murid akan bermula di peringkat sekolah menengah. Dengan ini, murid akan lebih jelas dengan hala tuju pendidikan mereka masing-masing.

(11) Mengetatkan syarat lantikan guru mulai tahun 2013 dengan meningkatkan standard kemasukan, iaitu daripada kohort graduan cemerlang 30% teratas, di samping terus menekankan pemilihan guru melalui penilaian personaliti. Cara sedemikian akan membolehkan guru yang dilatih lebih berkualiti dan lebih efektif dalam pengajaran. (12) Meningkatkan standard guru Bahasa Inggeris dengan memastikan kesemua 70,000 orang guru Bahasa Inggeris lulus Cambridge Placement Test (CPT) dalam tempoh dua tahun. Guru yang tidak mencapai standard yang ditetapkan dikehendaki mengikuti latihan intensif bagi meningkatkan kemahiran mereka. (13) Memastikan guru memberi tumpuan ke atas fungsi teras pengajian mulai tahun 2013 dengan mengurangkan beban tugas pentadbiran. Langkah sedemikian amat penting memandangkan purata masa bekerja untuk seseorang guru sekarang adalah 57 jam seminggu tetapi masa pengajaran hanya 15 jam sahaja. (14) Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi. Guru berprestasi tinggi akan dinaikkan gred dari DG41 ke DG54 dalam tempoh masa yang lebih pendek berbanding tempoh 25 tahun sekarang. (15) Memperluaskan laluan kerjaya guru berdasarkan peranan kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar bidang khusus berdasarkan prestasi, potensi dan minat mereka. (16) Memastikan tahap profesionalisme prasekolah, termasuk yang dikendalikan oleh pihak swasta. Majlis Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-kanak Malaysia (ECCE) yang ditubuhkan pada tahun 2011 akan diperkuatkan peranannya dalam usaha meningkatkan standard prasekolah. (17) Meningkatkan mutu pendidikan teknikal dan vokasional menerusi penglibatan yang lebih mendalam daripada sektor swasta. (18) Meningkatkan standard program Matrikulasi. (19) Memperkukuhkan peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan mana ibu bapa akan diberikan lebih ruang untuk bekerjasama dengan pihak sekolah dalam usaha meningkatkan pembelajaran murid di sekolah. (20) Memberi lebih banyak kuasa dan kebertanggungjawaban kepada pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

Pandangan dan Cadangan


Pelan Pembangunan Pendidikan merangkumi aspek yang amat menyeluruh. Kebanyakan input dan saranan adalah berdasarkan visi pembangunan sistem pendidikan dan pembentukan modal insan berkualiti yang dapat memenuhi keperluan Negara pada masa depan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapan saranan yang masih boleh diperbincangkan dengan lebih lanjut. Berikut adalah pandangan dan cadangan yang diutarakan untuk tinjauan bersama: (1)Perpaduan Rakyat Peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris adalah bersesuaian dengan trend perubahan semasa memandangkan tahap persaingan serantau yang begitu hebat. Maka, bagi menyediakan generasi muda yang lebih berkompetensi tahap penguasaan Bahasa Inggeris mesti ditingkatkan. Kementerian memahami kepentingan tersebut dan memberikan penekanan yang lebih dalam aspek penguasaan Bahasa Inggeris. Di samping itu, Pelan Pembangunan Pendidikan turut ingin meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia, terutama bagi murid di sekolah aliran jenis kebangsaan, dengan alasan untuk memperkuatkan perpaduan rakyat. Persoalannya, adakah tahap penguasaan sesuatu bahasa harus dijadikan garis pengukur terhadap tahap perpaduan? Dan, adakah penguasaan Bahasa Malaysia sekarang telah merosot sehingga menjejaskan perpaduan rakyat? Perpaduan rakyat sepatutnya dipupuk menerusi pelbagai aspek sosio-ekonomi dan sosio-politik yang lebih efektif. Antaranya termasuk menghalang ahli politik, individu, persatuan atau sekumpulan orang yang tidak bertanggungjawab yang cenderung memainkan isu sensitif sehingga melonggarkan ikatan perpaduan. Perpaduan rakyat bukan terhad kepada komunikasi berkesan menerusi bahasa, ianya juga meliputi kesefahaman, toleransi dan asimilasi pelbagai kaum. Unsurunsur yang membawa kebaikan kepada tahap perpaduan dapat diserapkan ke dalam kandungan pembelajaran, dalam apa jua bahasa. Yang manjadi kebimbangan ialah seandainya tahap Bahasa Malaysia dinaikkan ke tahap yang terlalu susah atau sukar difaham, murid akan cenderung kehilangan minat untuk mempelajari Bahasa Malaysia. Tahap Bahasa Malaysia dalam pembelajaran sekarang adalah tinggi berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Cadangan (i) Kementerian dan sekolah boleh menganjurkan lebih banyak aktiviti-aktiviti bersifatkan interaksi pelbagai kaum bagi memupuk semangat kekitaan dan kesefahaman yang lebih konkrit. Peningkatan perpaduan rakyat memerlukan penglibatan pelbagai pihak dan diusahakan dari pelbagai aspek, antaranya ialah menggalakkan muridmurid kaum Bumiputera mempelajari Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dengan harapan dapat memahami adat resam, budaya, pemikiran dan pandangan masing-masing.

(ii)

(2)Tahap Bahasa Malaysia SJKC Dan Bahasa Inggeris Di Sekolah Rendah Berbanding dengan beberapa dekad yang lalu, tahap Bahasa Malaysia di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina telah jauh meningkat. Kini, masalah yang wujud ialah susunan kandungan mata pelajaran Bahasa Malaysia di SJKC amat padat dan kurang teratur dari segi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Senario ini begitu ketara dalam pengajaran tatabahasa di mana murid akan diajar pelbagai jenis tatabahasa secara ringkas atau kurang mendalam pada satu-satu masa, walaupun murid masih tidak kukuh dari segi penguasaan perbendaharaan kata dan frasa. Keadaan ini menyebabkan murid hanya mampu menghafal secara segmen dan tidak mampu menghayati keindahan Bahasa Malaysia secara keseluruhannya. Masalah ini yang menyebabkan murid sukar menguasai Bahasa Malaysia, dan golongan yang tidak mempunyai asas yang kukuh akan hilang minat terhadap Bahasa tersebut. Dari aspek pengajian pula, disebabkan kandungan pengajian yang begitu padat, tidak tersusun dengan baik dan masa pengajian yang terhad, guru cenderung mengajar dengan cepat dengan memberikan pelbagai perbendaharaan kata dan tatabahasa agar dihafal oleh murid, tanpa membuka ruang yang lebih baik untuk murid menghayati keindahan bahasa. Keadaan ini menyebabkan Murid tidak dapat memahami asas kegunaan Bahasa Malaysia. Penyusunan silibus yang terlalu kompak, mengutamakan kuantiti berbanding kualiti telah mengakibatkan murid tidak dapat menguasainya. Selain itu, adalah tidak sesuai untuk memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang sama standard di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. Kelas pemulihan Bahasa Malaysia selama 5 jam seminggu selepas waktu sekolah adalah tidak sesuai kerana ia akan memberikan lebih tekanan kepada murid. Murid berkemungkinan besar berasa bimbang akan subjek Bahasa Malaysia dan berasa tertekan untuk ke sekolah. Tindakan ini hanya akan mengakibatkan lebih ramai murid tidak berminat mempelajari Bahasa Malaysia, dan akhirnya menjejaskan perkembangan Bahasa Malaysia dan sistem pendidikan Negara.
6

Jika dibanding dengan Bahasa Malaysia di sekolah rendah, tahap Bahasa Inggeris jauh lebih rendah dan terlalu mudah. Tahap Bahasa Inggeris yang tidak dinaikkan standardnya pasti akan menjejaskan kualiti murid pada masa depan, dan jurang pencapaian akademik dan kompetensi antara sistem pendidikan Malaysia dan negara lain akan semakin melebar. Cadangan (i) Perlaksanaan kurikulum Bahasa Malaysia yang standard di sekolah jenis kebangsaan adalah tidak sesuai. Kementerian patut mengkaji silibus Bahasa Malaysia di sekolah jenis kebangsaan agar pengajarannya berteraskan penguasaan dan penghayatan perbendaharaan dan tatabahasa secara teratur, peringkat demi peringkat. Keadaan ini pasti akan memudahkan pembelajaran dan seterusnya memupuk minat murid untuk mendalami keindahan Bahasa Malaysia menerusi pembelajaran kesusasteraan Melayu di peringkat yang lebih tinggi. Mengkaji semula standard Bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah, dan seterusnya memperkukuhkan tahap Bahasa Inggeris.

(ii)

(3)Penguasaan Bahasa Dan Pembentukan Ilmu Dari aspek murid, Pelan Pembangunan Pendidikan lebih mementingkan peningkatan penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Anjakan sedemikian pasti akan meningkatkan kefasihan bahasa tetapi bukannya keupayaan akademik dan ilmu. Melalui transformasi ini, Kementerian mungkin dapat melahirkan banyak pakar bahasa tetapi bukannya pakar yang diperlukan dalam bidang-bidang yang lain. Berdasarkan sistem pendidikan semasa, subjek sejarah merupakan subjek wajib. Namun begitu, ramai murid kurang berminat dalam subjek ini kerana proses penghafalan sejarah adalah susah, bosan dan kegunaannya pada masa depan adalah jarang berbanding dengan subjek lain. Selain itu, kecanggihan teknologi maklumat telah membolehkan murid mendapat informasi sejarah dengan lebih mudah, lebih komprehensif, lebih menarik, dan lebih senang dikuasai. Maka, penilaian semula terhadap subjek-subjek wajib harus dijalankan juga. Cadangan (i) Bagi maksud peningkatan kualiti modal insan masa depan, serentak dengan perkembangan industri dunia, Kementerian boleh menjadikan subjek Matematik, Sains dan Ekonomi sebagai subjek wajib, dan pada masa yang sama meningkatkan standard subjek tersebut.

(ii)

Dengan kemajuan teknologi semasa, Kementerian perlu memanfaatkan kebaikan teknologi dan memastikan alat bantu pengajaran dapat diaplikasikan secara meluas dalam proses pembelajaran agar sehaluan dengan generasi moden ini. Kementerian mesti memastikan ilmu pengetahuan yang disampaikan tidak ketinggalan zaman.

(4)Kelas Peralihan Sekolah Menengah Pelan Pembangunan Pendidikan mencadangkan pemansuhan kelas peralihan di sekolah menengah kebangsaan mulai tahun 2017. Tindakan sedemikian ini hanya akan memendekkan tempoh persekolahan tetapi tidak banyak membantu dalam peningkatan prestasi murid. Cadangan (i) Jika kelas peralihan dikekalkan, subjek Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris mesti dijadikan subjek utama dengan masa pengajaran yang lebih, manakala subjek lain sebagai pelengkap. Jika kelas peralihan dimansuhkan, murid yang kurang fasih dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris perlu menduduki kelas pemulihan selepas waktu sekolah. Maksudnya, kelas pemulihan yang dicadangkan bagi murid sekolah rendah Tahun 4 hingga Tahun 6 dilewatkan perlaksanaannya sehingga sampai di Tingkatan 1 hingga 3. Cadangan ini berasaskan kenyataan bahawa murid di peringkat sekolah menengah akan dapat menguruskan tekanan pembelajaran dengan baik berbanding dengan murid di peringkat sekolah rendah. Mereka juga lebih baik dalam menentukan langkah-langkah pengukuhan bahasa untuk dirinya.

(ii)

(5)Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) Dan Institusi Pengajian Swasta Kementerian telah mengakui peranan dan sumbangan institusi pengajian swasta dalam sejarah pembangunan pendidikan Negara. Pelbagai bimbingan dan bantuan telah disalurkan kepada institusi pengajian swasta, terutama dalam membantu usaha pengukuhan organisasi dan perkembangan institusi pengajian swasta. Perkembangan sedemikian adalah baik untuk semua pihak. Walau bagaimanapun, dalam usaha meningkatkan profesionalisme pendidikan Negara, Kementerian harus sentiasa mengamalkan sikap terbuka terhadap corak pendidikan swasta yang baik untuk pembangunan pendidikan Negara. Inisiatif Kementerian untuk mengeratkan kerjasama dengan institusi pengajian swasta
8

harus dipergiatkan lagi, antaranya termasuk mewujudkan kerjasama lebih konkrit dalam mengakes dan mengakreditasikan sijil-sijil berkualiti tinggi daripada institusi pengajian swasta seperti UEC dan sijil Vokasional dan Teknikal yang memang luas diterima oleh sektor swasta. Langkah ini penting dalam mempelbagaikan pilihan saluran pendidikan tinggi memandangkan setiap murid mempunyai minat, keupayaan, dan prospek kerjaya yang berlainan. Adalah tidak sesuai untuk Kementerian menerap pendirian terhadap penyatuan semua saluran kerana suatu saiz tidak akan sesuai untuk semua (a size does not fix all). Cadangan (i) Menubuhkan badan akreditasi kerjasama antara Kementerian dengan institusi pengajian swasta yang memohon pengiktirafan pengajian. Badan akreditasi kerjasama tersebut perlu menyatakan dengan jelas tentang syarat, prosedur dan perancangan masa untuk memastikan proses akreditasi dijalankan dengan lancar dan profesional. Tindakan ini juga membuka peluang kepada murid untuk memilih institusi pengajian swasta yang diakrediatasi, diiktiraf dan berprestij. Memperuntukkan kemudahan subsidi, kredit atau pinjaman tanpa faedah atau faedah rendah kepada institusi pengajian swasta yang berkelanyakan untuk tujuan peningkatan kemudahan pengajaran dan pembelajaran. Sokongan dan bantuan sedemikian akan dapat membantu perkembangan sistem pendidikan Negara dan seterusnya meningkatkan mutu modal insan masa depan.

(ii)

(6)

Pemikiran Murid Pendidikan masa kini masih kurang mendorong pemikiran secara kritikal dan terbuka akibat penekanan yang keterlaluan dalam penilaian dan pencapaian akademik. Adalah tidak hairan melihat terhadap ramai murid yang amat cemerlang dalam penilaian tetapi kurang peka terhadap hal ehwal semasa, dan sangat lemah dalam personaliti, pemikiran dan emosi. Kelakuan murid mudah dipengaruhi oleh persekitaran yang semakin kompleks. Masalah golongan muda semakin berlingkar, terutamanya kecenderungan murid yang kurang sopan terhadap orang tua dan guru, dan sikap acuh tak acuh terhadap sekelingling turut semakin serius. Murid mudah kehilangan pegangan hidup dan nilai murni yang baik. Pendidikan moral sekarang hanya menyentuh nilai-nilai murni secara ringkas tanpa praktikal yang mendalam, begitu juga kurang penghayatan yang menyeluruh. Pendidikan moral juga bukan subjek yang mempunyai nilai ekonomi kerjaya berbanding dengan subjek lain, maka murid berkecenderung untuk mengabaikan pendidikan moral.
9

Cadangan (i) Nilai-nilai murni dan moral mesti dipupuk sejak di peringkat sekolah rendah, terutamanya menekankan pengajaran dan pengamalan nilai-nilai keagamaam untuk menguatkan pedoman hidup murid sejak kecil lagi. Menggalakkan perkembangan kelab dan persatuan yang berasaskan ajaran agama, moral dan falsafah yang baik untuk perkembangan minda dan tingka laku murid. Program ini juga harus diserapkan ke dalam aktiviti gerko di sekolah dan mewajidkan penglibatan murid dalam mana-mana satu kelab dan persatuan yang bersesuaian dengan latar belakang keagamaan dan pegangan hidup masing-masing.

(ii)

(7)

Penyelidikan Bersifat Akademik Corak pendidikan dewasa kini ialah penekanan yang keterlaluan terhadap pencapaian cemerlang dalam akademik. Trend ini telah mengabaikan asas pendidikan yang mengutamakan penerokaan dan penghayatan ilmu pengetahuan. Jadual pengajian yang padat dan tugasan guru untuk melengkapkan semua silibus yang ditetapkan telah menyebabkan proses pengajian bersifat pantas sehingga kepentingan kegunaan ilmu pengetahuan dan objektif pendidikan menjadi semakin pudar. Cadangan (i) Semakan kandungan dan kualiti subjek mesti dijalankan dari semasa ke semasa. Kandungan subjek yang kurang penting harus dibuang, agar kualiti pengajian dijadikan keutamaan dan bukannya kuantiti subjek. Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang baik, dengan menggalakkan murid aktif memberikan pandangan yang kreatif dan kritikal tentang kandungan pembelajaran, serta menerap pandangan-pandangan yang munasabah dan membina. Mendirikan lebih banyak dana penyelidikan pendidikan dan membuka lebih banyak peluang kepada guru dan murid mengambil bahagian dalam aktiviti yang bersifat kajian dan penyelidikan akademik. Dana penyelidikan akademik harus dimanfaatkan sepenuhnya dengan menjadikan objektif kajian sebagai asas kelulusan permohonan, dan peruntukan sedemikian harus dibuka kepada semua aliran sekolah.

(ii)

(iii)

10

Kesimpulan
Pelan pembangunan pendidikan memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi dan pembangunan Negara. Anjakan-anjakan yang dikemukakan telah memaparkan keprihatinan dan kesungguhan Kementerian dalam membangunkan sistem pendidikan Negara ke tahap antarabangsa. Namun, masih terdapat banyak ruang yang boleh diperbaiki dan diperkukuhkan. Tuntasnya, pendirian dan cadangan yang disarankan oleh Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) adalah bersesuaian dengan keadaan Negara dan kehendak semasa. Beberapa perkara perlu diambil kira apabila melaksanakan pelan tersebut, seperti yang berikut: 1) Penubuhan Suruhanjaya Pengawalseliaan Pelan Pembangunan Pendidikan merupakan hala tuju sistem pendidikan Negara bagi 13 tahun yang akan datang, dan akan membentuk kualiti generasi muda yang bakal menghadapi cabaran pada abad yang akan datang. Maka, Kementerian perlu memastikan pelan ini dilancarkan dengan berkesan dan menyeluruh. Suruhanjaya Pengawalseliaan akan memastikan pelan ini dilaksanakan dengan penuh berkesan. Ahli-ahli suruhanjaya juga perlu dilantik daripada pakar-pakar akademik yang berkaliber termasuk wakil-wakil dari pihak swasta.

2)

Pelan Pembangunan Pendidikan (i) Memastikan cadangan-cadangan yang digariskan dalam anjakan yang dikemukakan dilaksanakan dengan sepenuhnya, seperti memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris, dan meningkatkan kualiti guru. (ii) Mengutamakan pendidikan berasaskan meritokrasi tanpa unsur-unsur perkauman yang sensitif. (iii) Perlaksanaan kurikulum Bahasa Malaysia yang standard di Sekolah Jenis Kebangsaan adalah tidak sesuai. Selain itu, penambahan masa pengajaran

11

Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris tidak boleh menjejaskan pengajaran Bahasa Cina. (iv) Perlaksanaan Pelan mesti memperlihatkan keunikan kepelbagaian aliran dalam sistem pendidikan Negara. (v) Perlaksanaan Pelan juga harus memperkukuhkan kedudukan institusi pengajian swasta seperti Sekolah Mubaligh dan Sekolah Menengah Swasta Chung Hua. Bantuan harus disalurkan dari semasa ke semasa, termasuk kerja-kerja akreditasi perlu dipergiatkan. (vi) Pembukaan prasekolah di setiap sekolah rendah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. (vii) Perlantikan pengawai yang berpengalaman di JPN dan PPD bagi mengendalikan hal-hal dan masalah-masalah yang berkaitan dengan subjek Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan bahasa-bahasa yang lain. (viii) Perlantikan profesion pendidik harus mengutamakan pencapaian akademik dan personaliti yang baik. (ix) Kelas peralihan dikekalkan dan keputusan UPSR dijadikan panduan kemasukan murid ke Tingkatan Satu atau Peralihan.

3)

Perkembangan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (i) (ii) Mengekalkan ciri-ciri Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Kementerian perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam menangani perihal akreditasi Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

12

(iii)

Berkenaan penubuhan Sekolah Menengah Chong Hwa di Kuantan, murid harus diwajibkan menduduki Peperiksaan Bersepadu (UEC), dan bebas membuat pilihan dalam pengambilan peperiksaan dan penilaian lain seperti SPM.

Semoga pandangan dan cadangan SUPP akan mendapat pertimbangan dan penerimaan yang sewajarnya daripada pihak Kementerian. Ketrampilan dan keungguhan pendidikan Negara, tanggungjawab kita semua. Sekian.

13

You might also like