You are on page 1of 8

)3( )2( )1( )5( )4(

Terjemahan [100: 1] Demi Kuda-kuda yang tangkas berlari dengan kedengaran nafasnya kencang.

[100: 2] Dan demi Kuda yang mencetuskan api dari hentakan kakinya.
[100: 3] Dan demi kuda-kuda perang yang meluru menyerbu musuh pada waktu pagi. [100: 4] Sehingga menerbangkan debu berkepul-kepul. [100: 5] Lalu dengan kepulan debu itu ia menggempur di tengah-tengah kumpulan musuh.

Istimewa Kuda Kerana Khidmatnya


Di dalam al-Qur`an kerap menyebut khidmat kuda dalam pelbagai lapangan dan kegiatan, sekaligus meletakkan haiwan itu pada tempat dan kedudukannya yang terpuji dan istimewa, berbanding haiwan-haiwan lain. Menerusi ayat ini Allah swt bersumpah dengan kuda-kuda perang kerana ketangkasannya apabila berperang, kencang lariannya apabila memburu musuh, tapak-tapak kakinya yang berlapikkan besi itu mengeluarkan bunga-bunga api dan menerbangkan kepulan debu ketika membuat lompatan kerana menyerbu musuh di awal pagi. Allah bersumpah dengan kuda-kuda perang. Dia bebas bersumpah dengan apa sahaja yang dikehendaki-Nya, Dia pernah bersumpah dengan waktu-waktu siang dan malam, pagi dan petang, dengan matahari, bulan dan bintang, dengan bukit bukau, negeri dan buah-buahan. Allah bebas bersumpah dengan bahan-bahan ciptaan-Nya kerana Dia jua mengetahui hakikatnya. Kebebasan seumpama itu tidak diberi kepada manusia, sebaliknya diperingatkan oleh Nabi saw agasr tidak bersumpah dengan selain-Nya, sabda Nabi saw:

[754]

Terjemahan: Sesiapa ingin bersumpah, bersumpahlah dengan nama Allah, jangan bersumpah dengan bapa-bapa kamu. (100: 1) Antara perkara yang tidak diketahui manusia ialah besarnya pengorbanan para Mujahidin dan peranan kuda-kuda perang kepunyaan mereka. Allah bersumpah dengan kuda-kuda ciptaan-Nya:

)1(

[100: 1] Demi Kuda-kuda yang tangkas berlari dengan kedengaran nafasnya kencang.

Perkataan

diambil

daripada

kata

dasarnya

sempadan. Musuh dalam bahasa Arab disebut Perkataan

ertinya permusuhan kerana wujud padanya unsur-unsur keterlaluan. Larian yang ertinya berlari-lari, padanya juga wujud unsur-unsur keterlaluan dan pantas dan cepat disebut melampaui batas kesederhanaan. Perkataan ertinya suara nafas kuda-kuda yang kencang
berlari dan penat dalam lariannya. Mufassirin berbeza pandangan pada menetukan mawsuf yang disifatkan dengan al-`Adiyat di sini sama ada kuda, unta atau awan yang berarak laju dari kawasan ke kawasan. Ibn `Abbas, `Ata`, Mujahid, `Ikrimah, al-Hasan, Qatadah dan lain-lain berpendapat, maksud al-`Adiyat di sini ialah kuda-kuda perang yang tangkas berlari sehingga mengeluarkan suara dengusan. Ibn `Abbas menyatakan, tiada haiwan berdengus kerana penat berlari kecuali kuda, anjing dan tha`lab [755]. Ali ibn Abu Talib, Ibn Mas`ud, Muhammad Ibn Ka`b dan al-Suddi berpendapat maksud al-`Adiyat di sini ialah unta yang membawa jemaah haji dari Arfah ke Muzdalifah dan seterusnya ke Mina. Mereka memperkukuhkan pendapat ini kerana surah ini diturunkan dalam perjalana haji pada tahun meletusnya peperangan Badr. Pendapat ini menolak al-`Aadiyat dengan erti kuda kerana dalam peperangan ini hanya dua ekor kuda sahja bersama mereka iaitu kepunyaan al-Zubayr dan seekor lagi kepunyaan alMiqdad ibn al-Aswad, sedangkan al-`Adiyat menunjukkan sekurang-kurangnya tiga ekor kuda[756]. `Amru al-Sha`ir, seorang penyelidik dan penggiat Tafsir al-Qur`an di Mesir berpendapat, Maksud al`Aadiyat ialah awan mendung yang membawa hujan dan berarak laju dari tempat ke tempat serta mengeluarka suara angin yang menderu[757]. Imam al-Razi dan kebanyakan Mufassirin mentarjihkan pendapat pertama dan serasi dengan nuzul surah ini di Madinah selepas keizinan berperang [758]. (100: 2) Kuda itu berlari pantas dengan suara dengusan yang menunjukkan tenaganya penat kerana lariannya kencang. Kuda-kuda ini berlari pada waktu malam yang gelap gelita, bunga-bunga api kelihata pada tapak-tapak kakinya tatkala membuat lompatan.

kerana kegiatannya yang melampaui batas.

ertinya

melampaui

)2(

[100: 2] Dan demi Kuda yang mencetuskan api dari hentakan kakinya.

Perkataan ism fa`il daripada kata dasarnya ira`, ertinya kuda-kuda yang mencetuskan bunga api yang keluar hasil pergeseran kuku-kukunya dengan batu semasa lariannya yang laju.
Peperangan yang berlaku pada waktu malam itu mungkin berlaku di kawasan berbatu, lompatan kuda yang kuat menjadikan batu-batu bergegar dan bergeser sesama sendiri sehingga mengeluarkan api atau kukunya yang bertampalkan besi itu mengelurkan bunga-bunga api tatkala membuat lompatan. Kuda-kuda dibayangkan dalam ayat ini meluru ke arah musuh pada waktu malam kerana membuat serangan mengejut dengan berani, sebagaimana digambarkan dalam sya`ir dalam analoginya:

***
Terjemahan: Kaum itu pantang melihat musuh-musuh menunjukkan dua tering. Serangan mengejut pasti dilancar tanpa mengira berkumpulan atau berseorangan, Bagi tafsiran al-`Aadiyat yang diertikan dengan awan, maksud bunga-bunga api ialah kilat dan petir yang berdentum bersama awan yang bergerak laju membawa hujan. (100: 3) Kuda-kuda perang ini menggempur musuh dengan serangan kilat pada waktu pagi.

)3(

[100: 3] Dan demi kuda-kuda perang yang meluru menyerbu musuh pada waktu Subuh. Serbuan yang berjaya dalam peperangan ialah yang dilakukan dengan mendadak di luar dugaan musuh seperti ketika mereka sedang nyenyak tidur pada waktu pagi. Berkata al-Alusi: Serbuan biasanya dilakukan pada waktu malam ketika musuh tidak menduga, manakala serangan dilakukan pada waktu pagi[759]. Berkata al-Qurtubi: Para sahabat apabila ingin menyerbu mereka bergerak pada waktu malam dan menyerang pada awal pagi[760]. (100: 4) Ketika serbuan dilancar, debu-debu berterbangan di udara. Peperangan menjadi hebat apabila debu-debu berterbangan.

)4(

[100: 4] Sehingga menerbangkan debu berkepul-kepul.

( dengannya) boleh dirujuk kepada kuda yang pantas berlari, atau kepada waktu ertinya berdebu. pagi dan boleh juga dirujuk kepada tempat serbuan dilakukan[761]. Perkataan
Ganti nama Asal maknanya ialah debu-debu tebal sebagaimana air takungan yang cetek dan berubah menjadi keruh apabila debu banyak jatuh ke dalamnya. Inilah gambaran kuda-kuda perang fi sabili`llah, pergerakannya pantas dan segera, lariannya laju dan menpati sasaran musuh, tidak seperti kuda lakunan dan hiburan yang biasanya manja. (100: 5) Debu-debu yang berkepul di udara membantu kuda untuk membuat serangan ke tengah-tengah kedudukan musuh.

)5(

[100: 5] Lalu dengan kepulan debu itu ia menggempur di tengah-tengah kumpulan musuh. Berkata Sayyid Qutb: Allah swt bersumpah dengan kuda-kuda perang dan memuji pergerakan jihadnya peringkat demi peringkat, dari lariannya yang pantas dengan suara nafasnya yang kencang dan dengan tapak kakinya yang menghentak bumi sehingga mengeluarkan bunga-bungan api, kemudian menggempur musuh dengan serangan mengejut pada waktu pagi, menyebabkan musuh tidak sempat berbuat apa-apa selain menyerah kalah[762]. Sumpah Allah dengan kuda-kuda perang ini membayangkan betapa kasihnya Allah kepada pergerakan dan kegiatan kuda-kuda perang dan kemuliaannya di sisi Allah kerana dengan peperangan itu nanti akan mengajar manusia yang sombong dan berasa dirinya lebih besar dari kuasa Allah dan akhirnya diharapkan kenal siapa sebenarnya mereka. Inilah juga matlamat utama dan kemuncak manfaat yang diperolehi daripada kuda, Nabi saw bersabda mengenai kuda dan keberkatan perkhidmatannya:

[763]

Terjemahan: kebajikan berupa pahala dan ghanimah itu berada di kepala (ubun -ubun) kuda sampai hari Kiamat Fa` pada ayat (4) dan (5) membawa makna `atifah. Ini bermakna, dua ayat ini termasuk dalam rangkaian sumpah. Oleh itu ia membawa ungkapan berikut:

* * * * *

Terjemahan: Demi Kuda-kuda yang tangkas berlari dengan kedengaran nafasnya kencang. Dan demi Kuda yang mencetuskan api dari hentakan kakinya. Dan demi kuda-kuda perang yang meluru menyerbu musuh pada waktu pagi. Dan demi kuda-kuda yang menerbangkan debu berkepul-kepul. Dan demi kuda-kuda yang menggempur di tengah-tengah kumpulan musuh. Sumpah dengan al-`Aadiyat di dalam surah ini yang diikuti empat ayat seterusnya dan yang menyatakan ketangkasannya sebagai kuda-kuda perang menarik dua isu penting: Pertama, Peperangan merupakan satu keperluan manusia yang ingin hidup bebas dan cintakan keamanan kerana perang satu-satunya jalan untuk menegakkan keadilan, terutama apabila manusia sombong dan tidak menghormati kewujudan orang lain. Islam membenarkan perang terhadap siapa jua yang zalim dengan tujuan mengembalikan kedudukan masing-masing pada tempatnya yang sebenar mengikut ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah. Kuda-kuda perang yang tangkas menyerang musuh mendapat pujian Allah kerana berada pada kedudukan ini. Kedua, kuda mempunyai nilainya tersendiri berbanding haiwan-haiwan lain, bukan sahaja dalam agama, bahkan juga dalam kesusasteraan Arab. Kebanyakan Qasidah Arab yang masyhur, kuda menjadi pilihan untuk mencipta ungkapan apabila membuat sesuatu kiasan, analogi atau tamsilan. Mungkin Abu al-Tayyib al-Mutanabbi seorang penya`ir agung Arab termasuk dalam kumpulan ini, antara Qasidah beliau:


Terjemahan: Kuda bagaikan teman, bilangannya kecil sekali, Anda melihatnya besar, itu pandangn tanpa pengalaman, kecantikan kuda jika tapong dan anggota anda maksudkan, Keindahan sebenar masih tersembunyi pada anda[764]. Al-Mutanabbi menjelaskan lagi gambaran ringkas kedudukan kuda dalam budaya Arab menerusi qasidahnya:

Terjemahan: Pelana kuda yang tangkas berlari, itulah sebaik-baik tempat di dunia.. Bertemankan buku yang dibaca lebih baik dari bertemankan manusia.

Kata Sayyid Qutb: Persumpahan Allah swt dengan kuda-kuda perang dalam bentuk itu membayangkan betapa kasihnya Allah kepada gerakan dan kegiatan kuda-kuda perang dan betapa tingginya nilai kegiatan jihad di sisi Allah[765]. Bagaimanapun kuda-kuda hanyalah alat, kelebihannya bergantung pada tujuan ia dipergunakan. Kuda boleh dipergunakan untuk lumba kuda, boleh digunakan untuk meronda dan mengejar penceroboh lain-lain. Justeru itu, kuda di dalam ayat di atas di sebut bersama peranannya yang tangkas di medan jihad.
Kemahiran Berkuda Dalam Islam Islam dibangkit ketika umat Arab terkenal sebagai bangsa yang mempunyai kemahiran berkuda, mereka berbangga dengan kuda-kuda mewah kepunyaan mereka dan dengan kepakaran mereka dalam bidang perkudaan. Islam mengiktiraf bidang ini sebagai bidang yang banyak membawa manfaatnya kepada manusia serta merangsang umat Arab meneruskannya kerana Islam menjadikan jihad sebagai kewajipan yang berterusan ke atas umat Islam hingga Qiyamat. Perkudaan merupakan saluran jihad pada ketika itu kerana menerusi saluran ini kekuatan para mujahidin teruji. Allah memerintah para mu`minin supaya melengkapkan diri mereka dengan kelengkapan perang dan dengan senjata untuk menghadapi tentangan musuh, firman Allah:


[766] Terjemahan: Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala apa sahaja kekuatan yang mampu disediakan kamu dan dari kuda-kuda tambatan perang untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu. Kuda tambatan perang meliputi perkakas dan keperluan makan minumnya, sehingga memungkinkannya dibawa keluar ke medan perang dan menjalani tugasnya dengan sempurna. Imam alBukhari meriwayatkan:

[767]

Terjemahan: Sesiapa menambat kuda di jalan Allah kerana iman kepada Allah dan percayakan janji-Nya, maka sesungguhnya kekenyangan dan kepuasan dahaganya, najisnya dan kencingnya berada dalam neraca kebajikan pada hari Qiyamat.

Islam mendidik manusia di bidang perkudaan dengan membetulkan arah tuju dan matlamat perkudaan supaya bidang ini merupakan satu kemudahan yang di guna untuk memberi khidmat kepada agama serta membersihkan kegitan perkudaan ini dari dicemari isu perkauman dan taksub dan supaya seluruh kegitan perkudaan yang berbagai-bagai ini menjadi jihad di jalan Allah. Umat Islam Arab telah mendapat latihan berkuda dengan sebaiknya kerana bidang ini diowarisi mereka sejak jahiliah lagi. Peluang mendapat kepakaran bertambah luas lagi apabila Islam membuka ruang khas mengizinkan mereka berlumba kuda tertakluk kepada kaedah dan prinsip-prnsip yang digariskan oleh syarak[768].

Walaupun Umat Islam teruma bangsa Arab menerajui bidang ini pada suatu ketika dahulu, namun kedudukan mereka tercabar dengan kelahiran kenderaan bermotor dan senjata moden dalam peperangan, meskipun khidmat kuda tetap diperlukan sehingga Qiyamat sebagaimana telah dinyatakan dalam sabda. Al-Shaykh al-Imam Muhammad Abduh melahirkan rasa kesalnya terhadap sikap sesetengah umat Islam yang diakui sebaik-baik umat dan sebagai umat yang berpedomankan kitab suci al-Qur`an kerana mengabaikan peranan kuda dan kemahiran berkuda, malah antara mereka ada yang mengejekejek penunggang kuda. Tidakkah eneh kerana ada orang yang berpegang kepada kitab al-Qur`an dan salah seorang bekas pelajar agama sangat takut menunggang kuda, keadaannya bagaikan orang kehilangan sifat-sifat kepahlawanan, sehingga salah seorang professor yang terkenal, apabila dinasihatkannya supaya menghidupkan semula pengajian sebahagian ilmu-ilmu agama. Dia menjawab: kalau semua perkara yang berfaedah itu harus kita ajarnya kepada pelajar-pelajar kita, maka seharusnya kita juga prlu belajar menunggang kuda. Dia seolah-olah memberi reaksi yang negatif kepada cadangan saya menghidup semula sebahagian pengajian silam yang ditinggalkan, kunonnya sama dengan mengajar mereka pelajaran berkuda yang menurutnya tidak sesuai lagi dengan ulama yang menjadi pewaris nabinabi[769]. Abd al-Karim al-Khatib menyatakan pendapatnya tentang bidang perkudaan katanya: Ketangkasan kuda yang disebutkan di dalam ayat-ayat ini satu isyarat jelas kepada taktik peperangan dan kepada penyusunan yang sepatutnya dilakukan dalam pentadbiran tentera Muslimin tatkala berhadapan tentera musuh. Ini adalah satu pelajaran yang sangat penting dalam peperangan, disampaikan secara tidak langsung supaya kesannya lebih mendalam berbanding pengajaran secara langsung. Pelajaran yang disampaikan di sini mengenai kuda, penunggang-penunggang kuda, gerak laku mereka dalam peperangan. Ayat-ayatnya diturunkan ketika umat Islam dikepong di Makkah oleh tentera Musyrikin, seharusnya pelajaran ini mesih segar dalam ingatan umat Islam. Kemungkinan pada suatu hari nanti mereka akan menjadi tentera berkuda dalam tentera Allah yang akan membuat serangan

tangkas dalam jihad untuk menegakkan agama Allah di bumi ini dan seterusnya mendirikan Negara Islam[770]. Pengajaran dan Saranan: 1: Menyanjung tinggi amalan jihad dan persediaan para mujahidin yang sedia berjihad kerana menyahut seruan Allah dan menegakkan agama-Nya. 2: Kelebihan kuda berbanding haiwan-hiwan lain kerana besar sumbangannya ketika berjihad di jalan Allah. 3: Kelebihan jihad dan memelihara kuda tambatan pertang, termasuk memelihara, melatih memberi makan dan melengkapkan persiapan perang adalah antara amalan jihad di dalam Islam. 4: Tingginya nilai kuda di sisi Allah. Lariannya yang tangkas dan pergerakan yang berani hendaklah dijadikan pengajaran dan iktibar.

You might also like