You are on page 1of 35

KAUM BIDAYUH

Disediakan oleh: Azlan Shah bin Ibrahim Md. Hidayat bin Othman Siti Hajar binti Ahmad Sabari

SKOP PERBINCANGAN
PENGENALAN PANTANG LARANG
Perkahwinan Kelahiran Kematian

PENGENALAN
Bidayuh: inhabitant of land Kawasan: Sarawak, Barat Kalimantan
Sarawak: Lundu, Bau, Padawan, Penrissen, Serian

Agama: Animisme, Kristian (anglican & catolic) Penempatan: Kegiatan ekonomi: padi bukit Rumah panjang rumah sebuah Kumpulan etnik ke-2 terbesar di Sarawak Dialek utama: Bukar-sadong, Biatah, Bau-Jagoi

Adat Resam & Pantang Larang Kaum Bidayuh


1) Perkahwinan 2) Kelahiran 3) Kematian

Perkahwinan

1) Pengenalan 2) Merisik 3) Meminang 4) Bertunang 5) Majlis Perkahwinan

Kelahiran
1) Pengenalan 2) Sewaktu mengandung 3) Upacara Menawar Perut 4) Pantang Larang 5) Persediaan Menyambut Kelahiran 6) Semasa bersalin 7) Memotong tali pusat

8) Kenduri selepas bersalin 9) Menyimpan dan menanam uri 10) Menjaga tali pusat 11) Perlindungan daripada Kome 12) Menamakan anak

Kematian

1) Semasa Kematian 2) Pengebumian 3) Selepas Kematian

Adat Perkahwinan & Pantang Larang


Mengamalkan monogami. Perkahwinan semula selepas penceraian ialah

satu perkara biasa. Melarang perkahwinan antara sepupu

Merisik
Tidak ada upacara merisik.

Meminang
Cara perkahwinan dilakukan berbeza mengikut

kumpulan.
Dalam kumpulan seperti Selako, Jagoi dan Lara,

perkahwinan boleh didahului dengan pertunangan.

Pertunangan ditandai dengan pertukaran cincin

antara kedua-dua belah pihak. Andai kata pasangan itu merasakan mereka secocok, perkahwinan boleh dilangsungkan kemudian.

Bertunang
Terdapat perhubungan antara menuai padi dan

peristiwa perkahwinan. Lebih baik hasil yang diperolehi, lebih banyak perkahwinan dapat dilangsungkan.
majlis pertunangan dan perkahwinan melibatkan

majlis kenduri yang mewah terutama anak sulung lelaki atau anak tunggal. Sekiranya mereka gagal mengadakan kenduri pertunangan dan perkahwinan, orang ramai akan mencemuh pengantin lelaki.

Majlis Perkahwinan
Perkahwinan paksa:
melalui amalan yang dikenal sebagai 'batangkap'. apabila pasangan lelaki dan perempuan yang kerap

dilihat berdua-duaan boleh dihadapkan kepada para pemimpin kampung supaya tindakan dapat diambil. Mereka yang ditangkap bersetuju untuk berkahwin setelah dibicarakan oleh pemimpin serta penduduk kampung. mengadakan sedikit upacara setelah denda atas kesalahan rnereka telah dijelaskan.

perkahwinan 'nyagam:
bakal suami dihantar bersama-sama segala tikar

bantalnya ke kediaman bakal isteri setelah mendapat persetujuan daripada pihak perempuan. Biasanya lelaki yang memilih untuk berkahwin cara demikian ialah seorang duda atau balu.

Perkahwinan yang sempurna (mengikut

pandangan suku Selako, Jagoi dan Lara):


perkahwinan yang melibatkan pengetahuan, peranan

dan perancangan oleh ibu bapa kedua-dua belah pihak. mungkin melibatkan peranan orang perantaraan atau dikenal sebagai picara di kalangan masyarakat Selako untuk mewakili pihak lelaki.

Pilihan tempat tinggal selepas berkahwin bergantung kepada:


kedudukan ekonomi pasangan yang berkahwin.

Pihak suami yang berada dan berkedudukan tinggi ~ mempengaruhi isteri untuk tinggal bersama-sama keluarganya (amalan virilokal) dan begitulah sebaliknya (uksorilokal). Dalam keadaan perkahwinan suami isteri sudah stabil, mereka boleh duduk di rumah sendiri (amalan neolokal).

Adat & Pantang Larang Semasa Mengandung


Tujuan:
menjaga kesihatan ibu dan kandungan dan untuk mengelakkan daripada berlakunya

sebarang bencana.

Semasa Mengandung
Adat menawar perut. Berpantang. Persiapan menyambut kelahiran.

Upacara Menawar Perut


Apabila si isteri mengandung, satu upacara iaitu menawar

perut (birayang ite) diadakan ~ menggalakkan anak dalam dalam kandungannya membesar dengan sempurna. Bidan kampung yang berpengalaman menjalankan upacara ini. Selepas bidan membaca mentera tubuh perempuan mengandung itu dibalut dengan kain untuk menghalau segala keburukan dan kekotoran. Kemudian dia akan mengenakan pakaiannya yang bersih dan berbaring dengan mukanya memandang ke syiling. Pada ketika ini, bidan akan melakukan upacara menawar perut ~ Dia akan melumuri perut wanita tersebut dengan kunyit, minyak kelapa dan merenjis beras kunyit sambil mengoncangkan tongkat saktinya di atas perut perempuan berkenaan sambil membaca jampi serapah.

Berpantang
Semasa mengandung, si isteri serta suaminya

dikehendaki mengamalkan pantang larang berikut: Tidak boleh mencuri ~ anak yang bakal lahir itu akan menjadi pencuri. Tidak boleh memakan daging rusa ~ anak yang bakal lahir itu akan menjadi gila dan akan menyukarkan proses bersalin. Tidak dibenarkan bergaul dengan org yang berpenyakit kulit ~ akan menjangkiti anak dalam kandungan dan menyebabkannya lahir tidak cukup bulan.

Tidak dibenarkan membuat atau membersihkan parit

atau tali air ~ anak yang bakal lahir menjadi sumbing. Tidak dibenarkan memaku, mengikat dengan ketat atau menyumbat sebarang lubang ~ anak akan mati semasa dilahirkan. Tidak boleh keluar pada waktu senja ~ takut disampuk hantu (umot sanja) yang akan mengganggu anak dalam kandungan tersebut. Tidak dibenarkan mengeringkan kolam, perigi atau sungai ~ si isteri akan mengalami tumpah darah. Tidak boleh melipat balik tikar, lapisan lantai dan sebagainya ~ kedudukan anak di dalam perut songsang dan ini boleh menyulitkan kelahirannya.

Persediaan Menyambut Kelahiran


Apabila si isteri sudah mengandung 9 bulan ~ si

suami perlu:
memastikan kayu api yang kering ada secukupnya di

rumah untuk membuat unggun api bagi memanaskan badan si isteri semasa dan selepas melahirkan anak. mendapatkan halia merah atau halia biasa sekurangkurangnya 10 kati, dua botol arak beras dan satu botol minyak daripada sejenis buah untuk kegunaan isterinya semasa bersalin nanti. membuka semula semua ikatan balutan dan penutup yang telah dibuat untuk mengurangkan sakit semasa hendak bersalin dan mempercepatkan kelahiran.

Semasa Bersalin
Apabila si isteri sudah hampir tiba untuk

bersalin, dia akan dibantu oleh pembantunya (bidan/ibunya/suaminya) untuk membantunya memasang pemegang sekiranya perlu atau untuk memasukkan bara api ke dalam tempurung untuk mengasap wanita berkenaan.
Bertujuan untuk menghalau semangat jahat daripada

mengganggu proses kelahiran tersebut.

Bidan kampung akan membaca jampi serapah

dengan memegang semangkuk air sejuk dan semangkuk gaharu yang membara.

Pada penghujung setiap bacaan jampinya dia akan

mengetuk bawah mangkuk tersebut dengan hujung jari tengah tangan kanannya sebanyak tujuh kali. Kemudian dia akan meniup air di dalam mangkuk itu dengan mulutnya. Proses ini diulangi sebanyak tujuh kali. Selepas itu dia akan menyembur air itu dengan mulutnya ke atas badan si isteri tersebut dari muka hingga ke penghujung kaki, manakala si isteri tersebut berbaring. Selesai sahaja proses ini dilakukan, air tirusoh atau air selusuh diberikan kepada si isteri tersebut untuk diminum, seboleh-bolehnya dalam sekali teguk. Andainya tidak ada apa-apa reaksi dalam masa setengah jam selepas itu, maka sirih perlu disediakan dan jampi serapah yang sama dibaca mengikut peraturan yang sama. Selepas itu sirih tadi diberi kepada isteri tersebut untuk dikunyah, dan seterusnya menanti saat untuk bersalin.

Memotong Tali Pusat


Sebaik sahaja anak dilahirkan ~ bidan akan

menunggu urinya keluar sebelum tali pusat dipotong.


Jika uri itu tidak keluar dalam masa lima minit maka bidan

akan melakukan acara yang serupa seperti yang dilakukannya untuk mengeluarkan anak dari dalam perut ibu.

Anak yang baru lahir itu diletakkan di atas tikar

selepas badannya dibalut dengan kain bersih. Pada masa yang sama sebilah sembilu yang bersih dan tajam perlu disediakan untuk memotong tali pusat bayi tadi sebaik sahaja uri sudah keluar.

Seterusnya bidan akan mengikat dengan ketat tali pusat bayi tadi.
Ikatan yang pertama dibuat 8sm. jauhnya dari bahagian

perut dan ikatan kedua 2sm. dari ikatan pertama tadi dengan menggunakan benang kapas. Kemudian tali pusat itu dipotong di tengah-tengah ikatan dengan sembilu.

Bekas potongan itu kemudian disapu dengan

campuran hitam (minyak kelapa dan jelaga yang diambil daripada belakang periuk).
setiap kali selepas mandi, bekas potongan tali pusat bayi

itu dibersihkan dengan air suam dan dilap dengan kapas untuk mengeringkannya sebelum dilumur balik dengan campuran jelaga hitam tadi. Apabila sudah cukup kering, bekas tali pusat itu akan tanggal dengan sendirinya.

Kenduri Selepas Bersalin


Sebagai tanda penghargaan kepada bidan dan

pembantunya, keluarga berkenaan akan menyembelih dan memasak ayam untuk dimakan bersama bagi menandakan kelahiran anak tadi.
Selepas makan, bidan akan diberi pinggan tanah berisi

beras, sedikit kunyit dan kelapa kering serta wang tunai sekurang-kurangnya lima ringgit. Pembantunya juga diberi upah yang sama kecuali wang tunai yang hanya sebanyak tiga ringgit.

Selepas itu pantang pun dijalankan selama tujuh hari

tujuh malam. Sepanjang tempoh ini hanya bidan dan pembantunya tadi dibenarkan memasuki bilik untuk merawat si ibu dan anaknya.

Menyimpan dan Menanam Uri

Uri bayi tersebut dimasukkan ke dalam kendi tanah yang kecil dan ditutup dengan abu dapur

dan ditinggalkan di sudut tempat memasang api dalam bilik keluarga berkenaan sehingga bayi itu sudah boleh duduk dan berjalan sendiri. kendi tersebut akan dipecahkan apabila si anak sudah mula belajar berjalan.
Anak perempuan: kendi dipecahkan dengan kayu api anak lelaki: kapak akan digunakan.

Uri tadi juga akan ditanam ke dalam tanah masyarakat Bidayuh percaya perbuatan ini boleh menyebabkan si anak perempuan tadi pandai membuat kerja-kerja rumah dan anak lelaki pula pandai membuat kerja-kerja di sawah.

Menjaga Tali Pusat


Tali Pusat yang dipotong dan yang sudah tanggal dengan sendirinya itu disimpan di dalam bekas

buluh kecil yang disumbat mulutnya supaya tidak dimasuki angin. Ia kemudian digantung di atas tempat tidur bayi tadi. Tali pusat yang sudah kering pula hendaklah dijaga supaya tidak hilang kerana dikhuatiri anak tersebut akan menjadi penakut dan pelupa. Selepas upacara di atas selesai, maka bilik kediaman anak itu dikenakan pantang selama 7 hari 7 malam. Sepanjang masa itu, kerja-kerja berikut adalah dilarang:
Membawa rebung, paku, kulat, pekasam daging dan ikan

serta belacan ke dalam bilik ~ ibu dan anaknya jatuh sakit.

Naik ke siling atau memanjat pokok yang berdekatan

~ si anak akan jatuh sakit. Merokok ~ si anak mendapat batuk. Nasi untuk si ibu hendaklah dibungkus dengan daun manah dan dimakan dengan garam nipah sahaja. ibu tersebut juga hanya dibenarkan minum arak atau air halia yang sudah dijerang. Tuak tidak dibenarkan kerana perut akan menjadi kembung. Sesiapa yang melanggar pantang di atas terutamanya pantang pertama dan kedua akan dikenakan denda yang berat jika si ibu atau si anak jatuh sakit.

Perlindungan Daripada Kome


Sebaik sahaja sudah bersalin, bilah-bilah

buluh yang tajam yang diikat bersama digantung pada siling rumah di atas tempat bersalin. Ia berfungsi sebagai pelindung kepada si ibu dan anaknya daripada bahaya yang mungkin dilakukan oleh semangat jahat (kome) dan juga hantu yang dipanggil kokanak.

Menamakan Anak
kanak-kanak masyarakat Bidayuh ketika kecil dipanggil suwe .
Suwe untuk anak lelaki Sipira untuk anak perempuan. nama-nama ini digunakan untuk mengelirukan semangat-

semangat jahat.

Nama tetap hanya diberi apabila anak itu sudah berusia dua tahun. Bagaimanapun, jika anak itu jatuh sakit selepas diberi nama tetap tadi, ibu bapanya hendaklah menamakannya semula samada dengan nama timangan atau nama baru

Apabila kanak-kanak di dalam sesebuah keluarga itu mati selepas dinamakan dengan nama keluarga mereka, nama keluarga tersebut

hendaklah dibuang dan nama baru ditambah pada nama sebenar untuk mengelirukan semangat jahat.

Semasa Kematian
Apabila berlaku kematian, ahli keluarga dan sahabat

si mati akan segera menziarahinya. Kaum wanita segera menyanyikan lagu sedih (mpesan) iaitu katakata terakhir kepada si mati. Mayat dimandikan dan disapukan minyak serta dipakaikan pakaian yang indah dan dibalut dengan kain putih yang baru. Mayat seterusnya diletakkan di atas tikar pandan. Ketika ini seorang lelaki diarahkan menggali kubur dan ditugaskan mengusung mayat ke kubur. Pengebumian akan dijalankan apabila semua ahli keluarga dan saudara-mara si mati sudah berkumpul.

Pengebumian
Pengebumian atau pembakaran mayat dilakukan oleh seorang penduduk kampung yang memang ditugaskan itu menjalankan kerja-kerja tersebut. Segala makanan yang diletakkan berdekatan mayat tersebut akan dibuang, ini dilakukan semasa mayat dibawa ke tanah perkuburan. Tikar tempat mayat dibaringkan akan dikemas serta lantainya dicuci untuk menghilangkan bau mayat. Ia juga bertujuan untuk mengelak semangat si mati masuk ke dalam bilik tersebut. Mayat masyarakat Bidayuh akan dibakar atau ditanam dengan menjalankan beberapa adatadat tertentu.

Selepas kematian
Selepas pengebumian ~ upacara berkabung:
ahli keluarga si mati tidak dibenarkan

meninggalkan rumah si mati selama 4 hari. penduduk kampungnya pula tidak dibenarkan turun ke sawah selama 2 hari.

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like