Professional Documents
Culture Documents
untuk menyelamat nyawa mengelakkan kecederaan dari bertambah buruk mengurangkan kesakitan. sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor
DANGER (BAHAYA)
Lihat sekeliling tempat kejadian. Adakah anda dan mangsa terdedah kepada bahaya? Jika ada bahaya bertindak dengan:
JAUHKAN BAHAYA DARI MANGSA ATAU JAUHKAN MANGSA DARI BAHAYA
RESPONS
Dapatkan tindak balas atau reaksi dari mangsa. JIKA SEDAR Tanya mangsa keadaannya Pastikan kecederaan atau kesan lain Berikan rawatan yang sewajarnya Dapatkan bantuan jika perlu
Tahap kesedaran mangsa boleh dibahagikan kepada 4 peringkat iaitu: A - Alert (sedar sepenuhnya) V - Verbal (respon terhadap suara) P - Pain (respon terhadap kesakitan/sentuhan) U - Unconcious (tiada apa-apa respon)
NADI RADIAL
NADI KAROTIS
NADI BRAKIAL
PEMERIKSAAN ABC
Terdapat 3 prinsip asas yang perlu dilakukan iaitu ABC sebelum melakukan CPR A Airway (saluran pernafasan) B Breathing (pernafasan)
A - AIRWAY
Saluran pernafasan.
Ini merupakan tindakan pertama yang perlu dilakukan dalam proses CPR.tujuan ia dilakukan adalah untuk memastikan saluran udara untuk pernafasan adalah terbuka. Anda boleh membuka saluran udara ini dengan mendongakkan kepala mangsa ke belakang dan angkat dagu mangsa. Kedudukan ini akan mengangkat lidah mangsa dari arah belakang tekak supaya ia tidak menghalang laluan udara. Anda juga perlu membuat pemeriksaan visual ke dalam mulut mangsa dan gunakan jari anda untuk membuang sebarang bahan asing dari mulut. Contohnya gigi palsu yang pecah.
B - BREATHING
Pernafasan.
Selepas saluran pernafasan dibuka, tindakan seterusnya yang perlu anda lakukan adalah memeriksa pernafasan mangsa. Dekatkan telinga anda disisi mulut dan hidung mangsa dengan keadaan muka menghadap ke dada mangsa. Keadaan tesebut membolehkan anda mendengar bunyi nafas, merasa hembusan nafas dan mata anda memandang tepat kearah dada untuk melihat pergerakan turun-naik dada. (Kaedah 3M=Mendengar, Merasa, Melihat). Jika tiada nafas anda perlu memberikan pernafasan bantuan. Contohnya mulut ke mulut.
C - CIRCULATION
Peredaran darah.
Langkah ke tiga adalah untuk mengekalkan peredaran darah. Langkah ini perlu dilakukan sekiranya jantung mangsa telah terhenti ataupun nadi mangsa telah tidak berdenyut. Sekiranya mangsa mempunyai denyutan nadi anda hanya perlu meneruskan langkah kedua iaitu bantuan pernafasan sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri. Langkah ketiga ini dilakukan dengan memberi tekanan atau mampatan di dada mangsa. Semasa tekanan dilakukan tangan anda hendaklah sentiasa lurus. Gunakan berat badan anda untuk melakukan tekanan. Pastikan kedudukan tekanan di tulang dada (sternum) dan sekitar dua jari dari atas hulu hati (cuaran xiphoid).
SEBAGAI INGATAN
KEDUDUKAN PEMULIHAN
Apabila mangsa yang diberi rawatan seperti CPR, terhenti pernafasan atau sebagainya mulai sedar dan hendaklah diletakkan dalam keadaan pemulihan. Kedudukan ini adalah bertujuan untuk menghalang lidah mangsa daripada menutupi tekak atau saluran pernafasan. Oleh kerana kedudukan kepala lebih rendah sedikit daripada badan, ia akan membenarkan cecair keluar mengalir dari mulut mangsa. Ini akan mengurangkan mangsa dari menyedut kandungan perut. Kepala, leher dan bahagian belakang badan hendaklah diletakkan dalam keadaan yang lurus, manakala anggota-anggota badan yang dibengkokkan seperti kaki akan mengekalkan badan dalam kedudukan yang teguh dan selesa.
PENDARAHAN KECIL
Pendarahan secara umumnya terbahagi kepada tiga iaitu: pendarahan eksternal (dibahagian luar)
luka terhiris -disebabkan benda tajam seperti pisau luka terkoyak -disebabkan cakaran binatang atau dawai luka berdarah -kena pukulan tepat benda tidak tajam luka tembus -seperti kena tikaman pisau, atau jarum
pendarahan internal (dibahagian dalam) perut muntah berdarah paru-paru / salur pernafasan batuk berdarah tali usus darah pada dubur rahim tumpah darah buah pinggang kencing berdarah tengkorak darah mengalir melalui telinga dan hidung pendarahan internal tanpa kesan limpa dan hati pecah pendarahan dalam otak
JENIS-JENIS LUKA
# bersihkann tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor. # cuci luka dari tempat luka kea rah ke luar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka. # keringkan perlahan-lahan dengan tisu atau tuala yang steril. # lekatkan plaster mengikut saiz luka. Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka. # gunakan pembalut untuk memegang plaster.
B) luka kecil yang ada benda asing. Sekiranya ada benda asing yang sukar untuk dikeluarkan dari luka seperti kaca yang terbenam atau objek-objek lain, anda hendaklah jangan keluarkan objek tersebut. Tindakan anda akan mengakibatkan lebih banyak kerosakan pada tisu dan pendarahan. Matlamat rawatan anda adalah untuk mencegah pendarahan tanpa menekan atau mencabut objek dan mendapatkan rawatan perubatan. Langkahlangkah rawatannya adalah seperti berikut: ~ bersihkan tangan anda dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor. ~ cuci lika dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka. ~ keringkan perlahan-lahan denga tisu atau tuala yang telah disteril. ~ kawal pendarahan dengan menggunakan tekanan yang teguh ke atas kedua-dua bahagian atau sekitar tepi objek. ~ tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman. Kemudian buat balutan sekeliling objek sehingga anda boleh membalut tanpa menekan objek. ~ bawa mangsa ke hospital.
b)
ikatan penjerut (tourniquet). Jangan biarkan ikatan penjerut lebih dari 15 minit. Komplikasi penggunaan cara ini ialah boleh menyebabkan kecederaan pada otot, saraf dan pembuluh darah jika terlalu ketat. Ikatan yang longgar memburukkan lagi pendarahan. Ikatan yang lupa dilonggarkan sehingga beberapa jam menyebabkan anggota mati dan terpaksa dipotong. Gunakan kaedah ini jika anda mahir dengan ikatan tersebut. c)
Bahagian putus hendaklah dibungkus dengan kain kasa yang basah, sebaik-baiknya dibasah dengan air garam isotonic yang suci kuman. Masukkan anggota putus dalam bekas plastik. Masukkan plastik tersebut ke dalam satu lagi bekas plastik yang mengandungi ketulan ais. Jangan rendam anggota putus secara langsung ke dalam ais. Hantar mangsa ke hospital.
JENIS-JENIS PATAH
Patah boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori : Patah bertutup. Kulit permukaan tidak luka. Patah terbuka. Terdapat luka yang mendedahkan keretakan tulang. Patah berkomplikasi (melarat). Kecederaan melibatkan tulang dan organ lain seperti otak, paru-paru dan lain-lain. Patah ranting muda. Terjadi dikalangan kanak-kanak. Patah penghancuran. Tulang patah lebih dari dua. Patah simple. Tulang patah dua sahaja.