You are on page 1of 2

Babak 4: Tidur secukupnya Larva merah: a2+ b2= c2, segi empat = panjang x lebar, tan, cos, sin

(dengan suara yang kecil, sedang menghafal formula matematik) (Tiba-tiba tidur sambil berdengkur) Larva kuning: (Mendekati Larva merah) Ooi! Ooi! Bangun! Bangun! Bangun! Larva merah: (Terkejut dari tidur) Larva kuning: Kenapa tidur di sini? Sini sejuk la. Larva merah: Saya belum habis ulang kaji lagi, awak tidur dulu. Larva kuning: Err Kan awak sudah ulang kaji awal-awal lagi, tidur la dulu. Nanti esok tidak dapat fokus. Larva merah: Tidak mahu! Awak pergi tidur dulu! Nanti saya tidak dapat markah tinggi!(dengan meninggikan suara) (Ring. Ring. Ring) (Bunyi alarm jam bordering) Larva merah terkejut dari tidur. Larva merah: Alamak, saya tidur balik, sekarang sudah lewat. Larva kuning: (Sedang bersiap sedia pergi ke sekolah) Suasana di sekolah Cikgu: Sekarang kita adakan ujian Matematik selama satu jam, jangan sesiapa yang meniru dalam ujian ini. Larva merah: (Selepas beberapa minit jatuh tidur dalam kelas) Larva kuning: Wah! Semua soalan saya dapat jawab. Cikgu: Larva merah telah gagal dalam ujian, Larva kuning mendapat markah yang baik dalam ujian. Larva kuning: Huray! Saya dapat 80 dalam ujian Matematik! Yeah!

Larva merah: Herm! Kurang ajar awak ini, tidak tahu saya sedih kerana gagal dalam ujian ini! Larva kuning: Itulah, kan saya sudah menasihati awak supaya tidur awal hari itu? Tidur itu penting untuk kesihatan kita. Apabila awak tidur secukupnya,awak dapat fokus dalam peperiksaan hari itu. Jika sentiasa tidur awal, nanti banyak masalah kesihatan timbul kelak pula. Jadi, jom hari ini kita tidur awal. Larva merah: (Ragu-ragu) Yakah? Tapi saya banyak kerja belum siap lagi. Larva kuning: Aiyah! Esok hari Sabtu, buatlah esok, jom tidur, tidur, tidur.

You might also like