You are on page 1of 16

BAHASA MELAYU-KERTAS 2

(012/022)
(BAHAGIAN PENULISAN) UPSR

Disediakan oleh Cikgu Stevinc Ooi


Semoga Berjaya Dalam UPSR 2013

PENGENALAN BM 2 UPSR ~ FORMAT KERTAS


PERKARA 1 2 Jenis Instrumen Jenis Item Ujian Subjektif Respons Terhad Respons Terbuka 5 Soalan Bahagian A- 1 soalan (wajib) Bahagian B- 3 soalan (pilih 1) Bahagian C-1 soalan (wajib) Bahagian A - Tiada had Bahagian B - Tidak kurang daripada 60/80 patah perkataan. Bahagian C - Tidak kurang daripada 40/50 patah perkataan. 60 markah Bahagian A 10 markah (15 Minit) Bahagian B 30 markah (40 Minit) Bahagian C 20 markah (20 Minit) 1 jam 15 minit Memindah maklumat Ujian Penulisan/Kemahiran Menulis/Membina Ulasan. Mencakupi semua bidang pembelajaran yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Tahun 1-6 Bahan grafik FORMAT

Bilangan Soalan

Bilangan perkataan

Jumlah Markah

6 7

Tempoh Konstruk yang ditaksir Cakupan Konteks Stimulus

8 9

PENGENALAN BAHAGIAN A KERTAS 012 / 022 BAHASA MELAYU (PEMINDAHAN MAKLUMAT)


Panduan Menjawab (Mentafsir Bahan Grafik) Pengenalan

1. Hanya satu soalan bergambar / ilustrasi dikemukakan. Bagi menjawab soalan ini,
dicadangkan langkah-langkah berikut: 1.1 Baca dan fahami kehendak atau arahan soalan - Baca soalan dan fahami arahannya. - Anda dikehendaki menulis lima ayat lengkap berdasarkan situasi atau keadaan / aktiviti dalam bahan ilustrasi yang diberi. 1.2 Memahami / meneliti situasi atau keadaan - Sama ada bahan ilustrasi itu gambar tunggal / bersiri, anda perlu melihat dan memastikan perkara / situasi / keadaan yang ada dalam gambar / ilustrasi. - Catat perkara itu berdasarkan yang tersurat / nyata atau dilihat. - Masa yang dicadangkan untuk memahami situasi gambar ialah 3 minit. 1.3 Menulis ayat yang lengkap - Ayat yang ditulis hendaklah lengkap. - Satu perkara / keadaan / aktiviti ditulis dalam satu ayat. - Masa yang dicadangkan untuk menulis ayat ialah 5 minit. 1.4 Menyemak - Semak, sama ada ayat yang ditulis benar-benar berdasarkan perkara / keadaan / aktiviti yang terdapat dalam gambar / ilustrasi. - Pastikan ayat yang ditulis mengikut struktur, selain ejaan, tanda baca dan pemilihan kata yang betul. Masa yang dicadangkan bagi menyemak ialah 2 minit.

2.0 Panduan Umum Menjawab Soalan


2.1 Teliti Bahan - Teliti gambar yang terdapat dalam soalan - Kenal pasti tema / tajuk yang diberi - Kesan aktiviti / perlakuan yang terdapat dalam soalan - Tulis aktiviti- aktiviti yang ada pada gambar 2.2 Membina Ayat - Bina lima ayat (nomborkan 1-5). - Bina ayat-ayat tentang maklumat tersurat. - Membina ayat-ayat tersirat sebagai pelengkap atau ayat utama. - Kelima-lima ayat anda berdasarkan kepada maklumat yang ada pada bahan grafik. - Boleh menamakan watak. - Susun ayat mengikut keutamaan isi. 2.3 Struktur Ayat - Ayat yang jelas menggambarkan maklumat yang hendak disampaikan. - Ayat yang dibina hendaklah ayat yang gramatis. - Membina ayat tunggal atau ayat majmuk. - Ayat anda berdasarkan kepada maklumat tersurat sahaja. - Ayat daripada isi tersirat mesti ada pertautan dengan bahan grafik 2.4 Menyemak Semula - Semak dengan membaca semula ayat. - Tulisan anda hendaklah jelas dan kemas. 2.5 Teknik Semasa Menjawab Bahan Grafik - Kenal pasti kata kerja & kata adjektif dalam gambar. - Tulis kata kerja & kata adjektif dalam gambar. (Kertas soalan). - Menulis sebanyak mungkin kata kerja & kata adjektif 2.6 Isi Tersurat dan Isi Tersirat - Perkara-perkara atau aktiviti yang terdapat atau yang dapat dilihat dengan jelas dalam

gambar dikenali sebagai maklumat tersurat. - Idea-idea yang berkaitan atau yang boleh dikaitkan dengan gambar dikenali sebagai maklumat tersirat.

FORMULAR AYAT:
SIAPA ~ subjek yang melakukan. APA ~ aktiviti/situasi cerita. DI MANA ~tempat aktiviti/situasi/cerita. BILA ~ waktu/masa/hari. KENAPA/MENGAPA ~sebab/kerana. BAGAIMANA ~ cara. Gambar berpusat Formular ayat: 1. ..boleh digunakan untuk menghasilkan ..bagi.. 2. ..boleh digunakan untuk menghasilkan ..yang . 3. ..boleh digunakan untuk dimasak.. 4. ..boleh digunakan untuk diperbuat. 5. ..boleh digunakan untuk dijadikan .

GAMBAR YANG DIBERIKAN DALAM BAHAGIAN A


1. 2. 3. 4. 5. Gambar Bersiri Gambar Tunggal / Berpusat Gambar Graf; Gambar Grafik / Rajah / Carta; Gambar Carta / Data.

Contoh Gambar Tunggal

Contoh Gambar Bersiri

BAHAGIAN B *3 SOALAN KARANGAN DIKEMUKAKAN. PILIH 1 SOALAN SAHAJA.

1. Baca dan fahami kehendak atau pertanyaan soalan. Gariskan maklumat penting daripada pernyataan soalan 2. Merangka atau mencatat isi-isi penting karangan- amalkan rangka karangan dalam 3 bahagian penting; a. Pengenalan/pendahuluan b. Isi (memadai 4 isi) c. Penutup 3. Menulis karangan lengkap berdasarkan kerangka yang dicatat.- panjang karangan tidak kurang daripada 80 patah perkataan. Tuliskan dalam 6 perenggan yang ditulis dengan penggunaan struktur ayat yang baik dan ada menggunakan penanda wacana yang sesuai. 4. Semakan- baca semula karangan yang telah siap. Sewaktu membaca, selain memastikan isi dan keterangan serta contoh diberi betul, semak kosa kata, ejaan, imbuhan dan tanda baca. Jika ada kesalahan, betulkan.

BAHAGIAN C
Nilai murni /pengajaran; satu soalan sahaja dikemukakan. Berikut langkah-langkah untuk menjawab Bahagian C: 1. Baca dan fahami kehendak arahan soalan - Arahan soalan meminta anda menulis beberapa nilai murni/pengajaran(ikut kehendak soalan) berdasarkan petikan yang diberi. Jawapan hendaklah ditulis dalam satu perenggan. 2. Mencatat nilai murni/pengajaran - Baca, gariskan seberapa banyak nilai murni/pengajaran yang terdapat dalam petikan. Kemudian, pilih 5 sahaja nilai murni/pengajaran. 3. Menulis ayat lengkap - Berdasarkan 5 nilai murni/pengajaran, tulis dalam satu perenggan dengan menyatakan tentang nilai murni/pengajaran,sebab dan contohnya. 4. Menyemak -baca semula dan pastikan ayat yang digunakan lengkap dan mengikut struktur ayat yang betul.

UPSR- BM (Bhg C) ~ Nilai-Nilai Murni


Bil. 1. 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 8.1 8.2 8.3 Nilai Murni Baik Hati Belas kasihan Bertimbang rasa Pemurah Saling memahami Saling bermaafan Berdikari Yakin pada diri sendiri Berhemah tinggi Bersopan-santun/ berbudi bahasa Mengakui kesilapan diri Ramah mesra Hormat- menghormati Hormat dan taat kepada ibu bapa Hormat kepada kerajaan dan Negara Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai kaum Patuh kepada undangundang Kasih sayang Sayang kepada alam sekitar Adil Penerangan/ Kata Kunci Membantu orang yang dalam kesusahan Bersimpati terhadap kesusahan orang lain Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain Memberi bantuan secara ikhlas kepada yang memerlukan (menderma, berkongsi, memberikan) Sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan orang lain. Sanggup meminta maaf dan memaafkan Sanngup dan boleh melakukan sesuatu tanpa bantuan orang lain Percaya kepada kebolehan diri dan sanggup mencuba Tidak sombong/ rendah diri Berbudi bahasa dan beradad dalam pergaulan (mengucapkan terima kasih, bertanya khabar) Sedia mengakui kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat Sedia bergaul mesra dengan semua orang Menunjukkan rasa hormat serta memberi layanan yang baik kepada mereka. Memulia dan patuh kepada mereka Menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang kebesaran negeri dan negara Menghormati kepercayaan dan adat resam semua kaum

9. 10. 11. 12.

Mematuhi undang-undang setiap masa Menyayangi diri sendiri, orang lain, nyawa binatang dengan ikhlas Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup Membuat pertimbangan dan keputusan secara positif, menyeluruh dan bersesuaian Tidak menyebelahi sesuatu pihak dalam membuat keputusan Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batasan peraturan dan undang-undang yang tersurat dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyarakat Negara dan agama Gagah dan berani Berani melakukan sesuatu perkara yang baru dan mencuba untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil kira risiko yang akan dihadapi Berani mempertahankan sesuatu yang diakui kebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata Kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk kehidupan yang sihat Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapid an bebas daripada kekotoran dan pencemaran Pertuturan dan perlakuan yang terpuji dan perlu diamalkan oleh

12.1 Saksama 13. Kebebasan di sisi undang-undang 14. Keberanian 14.1 Berani mencuba

14.2 Berani kerana benar 15. 16. 17. Menjaga kebersihan diri Menjaga kebersihan persekitaran Kebersihan mental

18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26.

Jujur Amanah Bercakap benar Ikhlas Rajin Dedikasi Bekerjasama

Toleransi Perpaduaan/ Bersatupadu 27. Kesederhanaan 27.1 Kesederhaan dan perlakuaan yang sederhana 27.2 Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan orang lain 28. Kesyukuran/ Bersyukur 29. Menghargai jasa/ mengenang budi/ membalas jasa 30. Rasional

seseorang dalam pergaulannya Tidak tamak/ tidak mengambil harat benda orang lain Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan Berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela (bergotong-royong) Bertolak-ansur serta dapat mengelakkan berlakunya perselisihan Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga, masyarakat, Negara dan antarabangsa Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya memuaskan diri sendiri dan orang lain

Patuh dan menerima nasib atau takdir Penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian

Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan 31. Semangat bermasyarakat Supaya hidup dalam keadaan yang harmoni Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan 31.1 Bermuafakat bagi kepentingan bersama Berbaik-baik, bertolak- ansur, tolong-menolong dan bekerjasama 31.2 Semangat kejiranan dengan jiran tetangga dan masyarakat Peka terhadap isu-isu 31.3 Peka/ memahami masalah masyarakat dan sedia berusaha sosial dalam masyarakat/ menyelesaikannya prihatin 32. Semangat patriotik Berbangga dan taat setia serta berusaha untuk memajukan negara 32.1 Cintakan negara 32.2 Berkorban untuk negara Sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan Negara daripada diceroboh

Analisis Soalan Ramalan 2013 - Soalan Bahagian A


BAHAGIAN A [Masa yang dicadangkan: 15 minit] [10 markah]

Tulis lima / empat ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar:

Ramalan 1 : Aktiviti Berkebun

- Catatkan kata kerja, kata nama dan kata adjektif berdasarkan gambar. - Nyatakan idea keseluruhan gambar tersebut. - Nyatakan 4 isi tersurat berdasarkan gambar berpandukan kata kerja,kata nama dan kata adjektif yang dicatatkan. - Nyatakan 2 atau 3 isi tersirat yang boleh gambarkan untuk dijadikan predikat (huraian) dalam ayat yang akan dibina. Format Jawapan : Aktiviti / Kata Kerja (Tersurat) - Mengutip - Mencangkul - Mencabut - Membuang - Menyorong (Tersirat) Punca Pendapatan / Rezeki menyara keluarga Mengisi masa lapang

Ramalan 2: Pentingnya Kesihatan Tangan

** Gambar ehsan Wikipedia.org Teknik: - Catatkan kata kerja, kata nama dan kata adjektif berdasarkan gambar. - Nyatakan idea keseluruhan gambar tersebut. - Nyatakan isi tersurat berdasarkan gambar berpandukan kata kerja atau nama dan kata adjektif yang dicatatkan. - Nyatakan isi tersirat yang boleh memperluas idea. - Membina lima ayat. Format Jawapan : Aktiviti / Kata Kerja (Tersurat) - Mengutip - Mencangkul - Mencabut - Membuang - Menyorong (Tersirat) Punca Pendapatan / Rezeki menyara keluarga Mengisi masa lapang

Analisis Soalan Ramalan 2013 - Soalan Bahagian B


BAHAGIAN B [Masa yang dicadangkan: 40 minit] [30 markah]

Contoh Surat Kiriman Tidak Rasmi : Anda diminta menulis surat kepada rakan anda untuk menceritakan tentang persediaan yang anda lakukan untuk menghadapi peperiksaan UPSR.
No. 74, Taman Seri Merapoh, 27210 Merapoh, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur. 26 Januari 2011

Assalamualaikum. Menemui sahabatku Amir yang kini berada di Pulau Pinang, semoga dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga. Saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja. Sahabatku, Apa khabar saudara sekarang? Bagaimana dengan persediaan saudara untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang akan kita hadapi pada bulan September nanti? Untuk pengetahuan saudara, saya telah membuat beberapa persediaan bagi menghadapi peperiksaan tersebut. Antara persediaan yang saya buat adalah dengan mengulang kaji pelajaran pada waktu malam. Saya belajar dari pukul 8.00 malam hingga pukul 11.00 malam setiap hari. Semasa belajar di kelas pula, saya akan menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pengajaran guru. Jika saya tidak faham akan sesuatu pelajaran semasa belajar di kelas, saya akan segera bertanya guru supaya saya dapat mengikuti pelajaran itu sebaik mungkin. Ibu bapa saya pula telah menghantar saya belajar ke kelas tambahan sebanyak dua kali seminggu untuk memastikan saya cemerlang dalam pelajaran. Saya amat berterima kasih atas usaha mereka itu. Saya berazam akan belajar bersungguh-sungguh untuk tidak menghampakan harapan kedua-dua ibu bapa saya. Di samping itu, saya juga pergi ke perpustakaan sekolah dan Perpustakaan Awam Merapoh untuk meminjam buku-buku rujukan. Biasanya saya pergi ke Perpustakaan Awam Merapoh pada hujung minggu sekiranya ada kelapangan masa. Di situ juga saya boleh berbincang dengan kawan-kawan tentang topik-topik yang agak sukar untuk difahami dan bertukar-tukar nota. Itulah antara persediaan saya untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Saya berharap kita akan dapat menjawab soalan dengan mudah dalam peperiksaan itu nanti. Sama-samalah kita berdoa agar mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut dan seterusnya berjaya melanjutkan pelajaran ke salah sebuah sekolah menengah yang terpilih. Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan buat tatapan saudara kali ini. Akhir sekali, sambutlah salam ingatan saya untuk saudara serta keluarga. Sahabatmu, ............................. (Khairi bin Zaideen )

Contoh Karangan Ucapan : Berikut contoh karangan ucapan sempena Hari Guru. Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar,Guru Penolong Kanan,guru-guru dan rakan sekalian.Saya sebagai wakil murid,ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini. Hadirin sekalian, Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru . Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru.Oleh itu marilah kita menghargai jasa guru. Rakan-rakan sekalian, Guru ialah insan yang mendidik,mengasuh dan membimbing kita hingga kita dapat mencapai kejayaan.Kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya dan wajar dikenang sepanjang hayat.Mereka tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat mengenal huruf ,membaca dan mengira. Guru juga adalah ibu bapa kita di sekolah.Oleh itu,kita mestilah menghormati guru.Segala nasihat guru mestilah kita dengar dan patuhi.Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat mereka. Rakan sekalian, Guru adalah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar.Mereka sedia mendengar segala masalah yang kita tidak fahami dalam pelajaran.Oleh itu guru adalah pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah. Sesungguhnya jasa guru tidak ternilai harganya.Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.Wahai para guru yang kami sayangi,jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar . Sekian , terima kasih.

Analisis Soalan Ramalan 2013 - Soalan Bahagian C


BAHAGIAN C [Masa yang dicadangkan: 20 minit] [20 markah]
Hassan : Salam sejahtera, Marwan. Marwan : Salam sejahtera. Hassan : Saya ucapkan tahniah kerana saudara telah dinobatkan sebagai Tokoh Murid. Marwan : Saya bersyukur kepada Allah dan terharu dengan anugerah tersebut. Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang mendidik saya. Hassan : Saya dimaklumkan bahawa kecemerlangan saudara di sekolah berterusan hingga ke peringkat UPSR. Siapakah yang mendorong saudara? Marwan : Ibu bapa dan keluarga saya yang menjadi pendorong utama atas kejayaan saya ini. Mereka sentiasa menggalakkan saya berusaha sehingga berjaya dengan cemerlang. Bapa saya mengharapkan saya meneruskan cita-cita sebagai seorang ahli kimia. Hassan : Bolehkah saudara beritahu mengapa saudara meminati bidang tersebut? Marwan : Saya bersyukur kerana semasa di sekolah, guru-guru yang mengajar saya telah mendorong saya sehingga saya tertarik hati dalam bidang tersebut. Mereka sering mengaitkan bidang ini dengan kehidupan manusia seharian. Saya juga banyak membaca buku-buku berkaitan sains yang dapat membantu kehidupan manusia. Hassan : Kebanyakan murid kurang berminat dengan bidang ini. Apakah yang akan saudara lakukan sehingga saudara berjaya dalam bidang ini? Marwan : Sebenarnya bidang ini tidak begitu sukar. Kita perlu berusaha untuk mengetahui teknik-teknik belajar yang betul untuk mempelajarinya. Latihan dan ulang kaji juga perlu dilakukan dengan cekal. Selain itu, kita perlu membaca bahan-bahan bacaan yang berkaitan. Contoh Jawapan Nilai-nilai Murni a) Berterima kasih / bersyukur b) Berjasa kepada manusia c) Bertekad untuk belajar d) Tahniah / Gembira atas kejayaan seseorang e) Dokongan / dorongan daripada ahli keluarga

You might also like