1.0PENGENALAN
Sejak zaman dahulu lagi isu jerebu yang berpunca daripada pencemaran alamsekitar ini telah menjadi bahan wacana masyarakat. Hal ini disebabkan oleh impak pembangunan dari segi kualiti hidup dan ia sering dikaitkan dengan faktor pencemaran,contohnya kajian impak pembangunan terhadap kualiti kehidupan di bandar Kuala Lumpur.Hal ini kerana proses kehidupan di bandar lebih terdedah kepada risiko impak pembangunan yang negatif berbanding di kawasan luar bandar. Malah, bandar merupakan pusat tamadun manusia yang memerlukan pemantauan tahap kualiti hidup yang berterusankerana terdapat pelbagai masalah alam sekitar yang mengiringi setiap pembangunan, salahsatunya ialah masalah jerebu.Jerebu boleh didefinasikan sebagai kehadiran sebarang bahan asing di dalam udaraselain daripada kandungan udara tulen dan bersih yang boleh membawa kesan buruk kepada manusia dan juga tumbuhan termasuk berbagai jenis binatang.
Keadaan atmosferadikatakan berjerebu sekiranya terdapat partikulat terampai di dalamnya dalam kepekatanyang tinggi dan kandungan kelembapan yang rendah . Ini menyebabkan jarak penglihatanmenjadi kabur atau kurang jelas. Di kawasan tropika, kelajuan angin biasanya perlahan.Bagi tempoh-tempoh tertentu, keadaan atmosfera sangat stabil dan peredaran udara sangat berkurangan. Dalam keadaan ini, pembentukan awan tidak aktif dan menyebabkan cuacakering. Tempoh cuaca kering yang panjang, atmosfera yang stabil dan pelepasan bahan pencemaran ke udara sama ada daripada punca tempatan atau luar negara akanmenyumbang kepada pembentukan jerebu (Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia).1