Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
PANDUAN DOA DI MAJLIS-MAJLIS RASMIKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA1
.
Tujuan
Panduan ini disediakan untuk membantu warga pendidikanmenggunakan doa di majlis-majlis rasmi Kementerian Pelajaran.
2.Objekti
 2.1Memberi peluang kepada warga pendidikan untuk berdoa danbermunajat menggunakan contoh-contoh doa yang disediakan.
2.2
Menyelaraskan pembacaan doa di majlis-majlis rasmiKementerian Pelajaran.2.3Membantu warga pendidikan berdoa mengikut peraturan dankesesuaian majlis.
3.Perihal doa dan berdoa3.1Kepentingan doa
3.1.1Setiap muslim perlu berdoa (memohon) kepada Allahs.w.t akan segala sesuatu yang dihajati. Doa bolehdilakukan secara individu atau kumpulan. Allahmenyatakan dalam firmanNya yang bermaksud
Berdoalah (memohonlah) kepada Aku (Allah) nescaya Aku (Allah) perkenankan
”. Berdoa mempunyai adab danperaturan yang tersendiri.3.1.2Doa amat disukai dan dituntut oleh Islam. Ia merupakanibadah apabila dilakukan mengikut adab dan peraturankerana ia merupakan hubungan terus antara hambadengan Allah. 
3.2Adab Berdoa
Doa boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam semua keadaankecuali sedang berhadas kecil (membuang air kecil dan air besar). Walau bagaimanapun terdapat beberapa adab danperaturan berdoa yang dihimpun oleh para ulama:3.2.1Menghadap kiblat (yang lebih afdal).3.2.2Hendaklah berwuduk.
1
 
3.2.3Beristighfar/ mohon keampunan kepada Allah sebelumberdoa.3.2.4Membaca basmalah.3.2.5Membaca al-hamdulillah (Tahmid).3.2.6Berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammads.a.w.3.2.7Membuka kedua tapak tangan dan menadah ke langit.3.2.8Berdoa penuh khusyuk, merendah diri serta yakinbahawa doanya diperkenankan oleh Allah.3.2.9Memohon dengan penuh perasaan dan bersungguh-sungguh tanpa putus asa.3.2.10Ucapkan dengan jelas dan mengulang tiga kali di tempat-tempat yang dianggap penting/dipohon.3.2.11Di akhiri dengan selawat ke atas Nabi dan pujian(Tahmid) kepada Allah s.w.t.3.2.12Sebaik-baiknya membaca basmalah, hamdalah danselawat hendaklah dalam bahasa Arab.
3.3Berdoa yang makbul
3.3.1Memohon dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan.3.3.2Memakan dan memakai barang yang halal.3.3.3Sentiasa mentaati ibu bapa.3.3.4Sentiasa menjauhi maksiat dan perkara-perkara syubhat.3.3.5Memelihara silaturrahim.
3.4Tempat dan masa berdoa
3.4.1Berdoa dibolehkan pada bila-bila masa dan dimana-mana tempat yang sesuai, yang tidak dicampur-adukkanantara perkara yang baik dengan perkara mungkar danmaksiat.
2
 
3.4.2Sesuatu perkara/peristiwa ada doa yang telah diajarkanoleh Rasulullah s.a.w. Doa-doa tersebut perlulahbersesuaian dengan situasi yang ada. 
3.5Berdoa yang sangat mustajab
3.5.1Di tengah malam ketika manusia lain sedang tidur.3.5.2Ketika hujan sedang turun dengan lebat.3.5.3Masa antara dua khutbah Jumaat.3.5.4Masa antara azan dan iqamah.3.5.5Orang yang dizalimi.3.5.6Pada bulan ramadan.3.5.7Ketika sahur.3.5.8Selepas menunaikan solat.3.5.9Dalam masjid terutama di Masjidil Haram dan MasjidilNabawi.3.5.10Di Padang Arafah
3.6Doa yang tertolak
3.6.1Terlibat dengan makanan yang haram atau syubhat(makanan dari sumber yang tidak jelas halal haramnya).3.6.2Di majlis yang bercampur-gaur dengan perkara yangdilarang oleh Allah seperti berdoa kemudian diiringidengan majlis tarian.3.6.3Sambil lewa.3.6.4Meragui rahmat dan kekuasaan Allah.3.6.5Mempercayai adanya Allah tetapi tidak laksanakanhukumNya.3.6.6Mendakwa cintakan Rasul tetapi kita tinggalkansunnahnya.3.6.7Mendakwa syaitan itu musuh tetapi kita mematuhi.
3
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more