~Sifat-sifat wanita ahli syurga~
Siapakah wanita yang menjadi ahli Syurga? Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci bagi wanita memasuki syurga?Sebuah hadis Nabi menyatakan: Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan(Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurgamelalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)Menurut hadis di atas sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utamayang menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga, iaitu menunaikankewajipannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan keatasnya seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan.Sebuah hadis menyebutkan bahawa sembahyang adalah perkara pertama yang akan disoal di hariKiamat.Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda:"Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialahsembahyang; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dansekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut.Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain" (Hadis riwayat at-Tirmizi)Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita.Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allahkepadanya. Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas.Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialahmempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya danharta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulutdaripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar.Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa: "Sesungguhnya sopan santundan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akanhilang serentak." (Hadis Riwayat Baihaqi)Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diriseorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda: "Apabilasesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itumencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagiseorang beriman, apabila seseorang itu menyelewing setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah!"Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yangdipaparkan di awal makalah ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib disempurnakan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu AlaihiWasallam bersabda: "Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepadasuami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan