Masalah Sosial Di Kalangan Pelajar1.0PENGENALANBanyak yang telah kita dengar tentang gejala sosial. Berbagai gejala sosialtelah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu pelbagaisekali baik yang dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa. Namun, oleh keranagolongan remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris negara, maka kegiatanmerekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada segenaplapisan masyarakat. Media massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan ceritatentang kenakalan remaja yang masih bersekolah dan pelbagai masalah sosial yangmelanda mereka ini. Melihat kepada masalah sosial dan perbuatan jenayahmembabitkan pelajar dan remaja benar-benar membimbangkan kita.Pada peringkat pelajar dan remaja, seseorang individu mengalami perubahan yangamat pesat sekali, sama ada dari segi fizikal, emosi mahupun sosial. Pada zamaninilah para remaja mula terdedah kepada alam luas di luar rumah, malahpersekitaran ini sudah merupakan rumah kedua kepada mereka. Remaja juga belajarbanyak perkara yang tidak semuanya datang dari ibu bapa tetapi kebanyakannyadaripada persekitaran sosial yang mana ia membesar. Pada tempoh-tempoh inilah pararemaja mula mengubah tingkah laku, sikap, dan nilai, malahan seluruh cara hidupdaripada alam kanak-kanak kepada alam yang lebih matang dan dewasa (Bettelheim,1950).Mereka bukan sekadar nakal dengan menghisap rokok, bergaduh sesama sendiri atauberkelakuan tidak senonoh malah gejala seperti membuang bayi, ponteng sekolah ,lari dari rumah , seks bebas serta serta lagi melepak tidak memeranjatkan kita..Mereka kini sudah berani melakukan perbuatan jenayah berat seperti menganggotaikumpulan samseng seperti kumpulan gengsterisme , membunuh, samun tanpa senjata apimahupun dengan senjata api, merogol, pelacuran, judi, vandalisme penyalahgunaandadah , minum minuman keras, terbabit video lucah dan sebagainya. Keadaan sepertiini bukan sahaja berlaku disekolah bandar dan di pinggiran bandar, malahdisekolah luar bandar.2.0REMAJA DARI SUDUT PSIKOLOGIPerubahan daripada alam remaja kepada alam dewasa merupakan satu masa yangamat penting, di mana perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru lebih-lebih lagidengan gejala sosial akan bermula. Memahami siapa remaja adalah penting bagimengetahui mengapa mereka terlibat dengan gejala sosial ini. Ini kerana faktorpersonaliti individu itu sendiri serta faktor perkembangannya mempengaruhitingkahlaku yang dilakukan olehnya. Perkataan remaja ataupun adolescene berasaldari perkataan Latin iaitu “adolscere” yang bermaksud “membesar” atau “membesarmenjadi matang” (Rogers, 1981). Menurut Kamus Dewan (Edisi Ketiga), remajamerupakan seorang yang mulai dewasa, sudah akil baligh, sudah cukup umur untukberkahwin dan sedang melalui proses inginkan cinta. Dari segi perspektif Islampula, remaja dianggap sebagai mereka yang sudah cukup umur atau diistilahkansebagai baligh. Pada peringkat ini, golongan remaja mengalami peralihan antarazaman kanak-kanak dengan zaman dewasa.Definisi remaja ini banyak diperkatakan oleh ahli psikologi dan ada diantaranya mendefinisikan remaja sebagai suatu tempoh perkembangan fizikal, satukonsep yang abstrak, satu fenomena sosiobudaya atau berdasarkan sikap remajaterhadap kehidupannya. Persoalan yang sering dikaitkan dengan pencarian identitiadalah merupakan persoalan utama bagi remaja. Persoalan seperti "Siapakah saya?","Apakah bidang kerjaya yang sesuai dengan saya?", dan sebagainya yang membawamaksud identiti apa yang membuatkan seseorang itu berbeza dengan orang lain.Mengikut seorang ahli psikologi Stanley Hall (1904), zaman remaja ialah jangkamasa seseorang itu mengalami berbagai cabaran dan tekanan ( storm and stress).Ini kerana pada peringkat ini remaja mengalami perubahan fizikal, intelek sertaemosi dan terpaksa berhadapan dengan berbagai konflik di dalam dirinya dan jugamasyarakat.Perkembangan fizikal remaja perlu diketahui bagi membantu memahami tentang
Add a Comment
Lucyana Araleft a comment
Bbc Ismaleft a comment
DaXx JiwaNgsleft a comment
Fiza Syerinyza Sienleft a comment
akak92left a comment