You are on page 1of 3

BUMI MAHSYAR DIBANJIRI KERINGAT AHLI MAKSIAT

Apabila seluruh manusia serentak dibangkitkan dari alam kubur, dipadang


mahsyar yg luas, masing-masing dalam keadaan semulajadi, seperti bayi
yg baru lahir tanpa pakaian walau seurat benang. Apakah mereka tidak
merasa malu dalam keadaan tubuh dan juga kehormatan masing2 terdedah
kepada pandangan umum, lelaki dan wanita bercampur aduk bersesak-sesak.

Siti Saodah isteri Nabi ketika mendengar peristiwa dahsyat suasana


manusia dibangkitkan di bumi mahsyar, lantas beliau bertanya kpd Nabi
SAW : “Ya Rasullulah, tidakkah manusia merasa malu apabila mereka
dihimpunkan di bumi mahsyar dalam keadaan telanjang bulat tanpa
pakaian?” Jawap Rasullullah s.a.w : “Justeru dalam keadaan terlalu
gawat menghadapi hari mahsyar itu, manusia terlupa dirinya tidak
berpakaian kerana memikirkan bagaimana hendak menyelamatkan diri
masing-masing”. Lalu Rasulullah s.a.w. membacakan firman Allah didlm
surah ‘Abasa ayat 37 : Yang bermaksud :

“Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yg cukup
menyibukkannya”

Imam Al-Ghazali ketika mengulas mengenai suasana hari kebangkitan itu


menyatakan “Alangkah dahsyatnya apabila kita berdepan dgn hari yg
seluruh aurat kita terdedah, walaupun terdedah namun manusia tidak
ambil peduli lagi kerana manusia ketika itu dibangkitkan dibumi mahsyar
dgn berbagai cara, ada yg berjalan dgn perutnya dan ada pula yg berdiri
dgn mukanya terbalik kebawah dan kakinya diatas”. Abu Hurairah berkata
bahawa beliau telah mendengar suatu hari Rasulullah s.a.w perpidato
dihadapan para sahabat dengan sabdanya yg bermaksud: "“Bahawa manusia
di akhirat kelak akan dikumpul dalam tiga bentuk. Sekumpulan manusia
sebaik sahaja dibangkitkan dibumi mahsyar sudah tersedia kenderaan
untuk mereka sementara sekumpulan lagi dibangkitkan dengan berjalan
kaki, sementara yg satu kumpulan lagi manusia berjalan dengan mukanya
tertunggang ke tanah.

Seorang dari sahabat bertanya kepada Nabi s.a.w “Bagaimanakah caranya


manusia berjalan dengan menonggeng mukanya ketanah?” Maka Nabi s.a.w
menjawap :

“Allah SWT yg berkuasa mencipta hamba-Nya berjalan dengan kaki dan


Allah jua yg berkuasa menciptakan hamba-Nya berjalan dengan mukanya ke
tanah”.

Mereka yg mendapat naungan itu diantaranya ialah golongan Al-Muqarrabun


iaitu orang yg diperdekatkan dengan Allah SWT. Sifat-sifat golongan ini
tidak lain ialah mereka yg semasa hidup di dunia sentiasa mendampingi
Allah SWT. Damping dalam erti kata sentiasa patuh serta taat suruhan
Allah dengan melakukan apa-apa jua perintahNya yg disampaikan oleh para
rasul dizaman mereka serta menjauhkan dan meninggalkan setiap perkara
yg dibenci oleh Allah dari perkara maksiat yg keji dan mungkar sama ada
dalam soal aqidah dan juga syariah.

Seterusnya Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa ada golongan yg dijemput


oleh Allah SWT utk bernaung dibawah Arasy Allah sebaliknya ada pula
golongan manusia yg terus didera terdedah dgn kepanasan matahari di
atas ubun-ubun. Mereka yg didera dgn kepanasan itu hancur luluh oleh
panahan cahaya matahari yg amat dahsyat dan dileburkan pula oleh
kepanasan hati mereka sendiri yg mengutuk dirinya kerana menghadapi
hari malang disebabkan kelalaian mereka semasa hidup didunia dahulu.

Dalam kepanasan yg amat dahsyat itu manusia berhimpit-himpit dan


bertolak-tolak kerana mereka berada dalam satu padang yg luas tetapi
tetap sempit dan berhimpit-himpit. Dalam suasana demikian tiba-tiba
Allah SWT dedahkan segala buruk mereka yg telah dicatit dalam satu
rekod kejahatan dihimpun dalam system rakaman Allah yg tidak tercicir
walau sedikitpun, maka alangkah tebal muka mereka kerana menaggung malu
yg tidak terhingga.

Hancur luluh manusia dengan kepanasan matahari, kepuasan hati


menanggung malu yg tak terperi. Peluh mengalir dari tubuh manusia
sehingga bumi mahsyar dilanda banjir peluh yg berbau hanyir dan bumi
mahsyar menjadi lecah. Banjir peluh dan airmata menengelami manusia
tetapi menurut kadar dosa masing-masing. Ada yg sampai ke paras lutut,
paras pinggang, paras hidung dan tidak kurang juga yg karam di dalam
lautan peluh dan air mata.

Di dunia ini pun kita akan temui adanya makhluk yg diciptakan oleh
Allah berjalan dgn perut iaitu ular walaupun ular tidak memiliki kaki
tetapi ada kalanya ia berlari sangat pantas sehingga sukar hendak
ditangkap walaupun yg mengejar itu ialah manusia yg mempunyai kaki.
Kata Imam Al-Ghazali, sesungguhnya manusia sering mengingkari sesuatu
yg tidak pernah disaksikannya, oleh itu mereka akan mempersoal
bagaimana manusia berjalan dgn mukanya ke bumi. Sekiranya makhluk ular
itu tidak wujud didunia ini, tiba-tiba ada orang berkata bahawa
dikampungnya ada makhluk berjalan dgn perutnya, ketika itu tentulah
orang akan mencemuh dan mustahil mereka boleh menerima kebenaran berita
itu.

Wal hasil alam akhirat adalah suatu alam yg diluar jangkauan manusia,
sekalipun dia pernah mendengar tentang kehidupan di mahsyar, namun
setelah dia sendiri berada disana, kenyataan sebenarnya tidak dapat
diukur dengan logik akal. Betapa dahsyatnya alam mahsyar tidak
terbayang oleh manusia walaupun dengan ilmu yg dimiliki.

Bumi mahsyar yg keluasannya tidak terukur oleh jangkauan manusia,


walaupun luas dataran mahsyar tidak terhingga, namun tidak ada kawasan
yg kosong melainkan penuh sesak dengan manusia dan jin. Seseunguhnya
makhluk Allah terdiri dari manusia dan jin sejak Nabi Adam hingga
kiamat jumlahnya juga tidak terhitung, apatah lagi ia dibangkitkan
serentak.

Dalam suasana kelam-kabut dan hiruk-pikuk, tiba-tiba Allah SWT


menerbitkan semula matahari dengan kepanasan luarbiasa, berlipatganda
berbanding kepanasan matahari yg pernah dinikmati manusia di dunia.
Bukan sekadar kepanasan berlipatganda tetapi Allah SWT turunkan
matahari serendah-rendahnya di atas kepala manusia kira-kira ukuran dua
busar panah. Ketika itu tidak ada pohon untuk berlindung dari panas
matahari yg berada di atas kepala kecuali bayang Arasy. Arasy itu
disebut juga sebagai kursi atau singahsana. Sebesar manakah Arasy itu
maka sebesar itulah bayang redup yg bernaung dibawah naungan Arasy itu.

Di dunia, keringat mengalir adalah kesan bekerja kuat, malah dalam


melaksanakan ibadah seperti ibadah haji. Lihatlah ketika umat Islam
melakukan ibadah haji dalam cuaca panas dan bersesak-sesak di bumi
Makkah dan Arafah. Demi keimanan dan ketaatan terhadap perintah Allah,
maka orang-orang yg beriman sanggup menghabiskan wang ringgit bersusah
payah mengerjakan ibadat haji. Sudah pasti keringat yg mengalir dan
pengorbanannya itu tidak percuma disisi Allah.

Orang2 yg berjuang mendaulatkan agama islam di bumi ini sudah pasti


mengalirkan keringat disamping membelanjakan wang ringgit yg banyak.
Berjihad siang dan malam atas urusan jamaah Islam bagi memenangkan
cita-cita Islam yg suci agar hukum Allah tertegak dimuka bumi. Pasti
mereka mendapat penghargaan Allah.

Bagi mereka yg telah mengalirkan keringat melakukan ketaatan terhadap


perintah Allah SWT, maka di bumi mahsyar mereka tidak lagi mengalirkan
keringat seolah-olah mereka telah kekeringan keringat didunia diatas
usaha yg diredhai Allah. Segala kepayahan yg dilakukan atas nama
keimanan dan ketaatan kesemuanya akan jadi sebab mereka aman dari
bahaya tengelam dalam lautan peluh dan air mata di dataran mahsyar
kelak.

You might also like