You are on page 1of 31

KBC 3013 : PINTAR CERDAS, BERBAKAT DAN KREATIF TAJUK KAJIAN KES

KUMPULAN KULIAH:A NAMA PENSYARAH : DR. NASIR BIN MASRAN NAMA PELAJAR: NORAZUWANA BINTI ISMAIL NOMBOR MATRIX: D20101037215 NAMA PROGRAM : AT 10 PENDIDIKAN KHAS FAKULTI: FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA.

Isi Kandungan 1.0 Pengenalan 1.1 Definisi pintar cerdas 1.2 Definisi Berbakat 1.3 Definisi Kreatif 2.0 Mengenal pintar cerdas 2.1 ciri-ciri pintar cerdas8-9 2.2 Perkembangan AsyachronousKanak kanak pintar cerdas. 3.0 Teori berdasarkan pintar cerdas 3.1 Teori Renzulli 3.2 Teori Sternberg 3.3 Teori pelbagai kecerdasan Haward Gardner. 4.0 Latar Belakang Responden 4.1 Profil Responden 4.2 Latar belakang keluarga responden 4.3 Latar belakang pendidikan responden. 4.4 Sejarah kelahiran responden 4.5 Ciri-ciri responden mengikut pendapat ibu bapanya. 4.6 Ciri-ciri responden mengikut pendapat daripada guru. 5.0 Faktor pemilihan responden 5.1 Perkembangan responden a. Kognitif b. Psikomotor c. Sosial d. Emosi. 6.0 Penilaian berdasarkan senarai semak a. General checklist for identifying Gifted and Talented Students 7.0 Ulasan 8.0 Cadangan 9. 0 Penutup

Muka surat 3 4-5 5-6 7

9-10 11 11-13 13-15 16 17-18 18 19 19-20 21

22 22 23 23 23-26 21-28 29 30

Bibiliografi

31

1.0 Pengenalan,

Individu yang tergolong dalam kalangan pintar cerdas merupakan mereka yang memiliki potensi dan kemampuan yang tinggi dalam sesuatu bidang. Mereka juga dapat memberi hasil kerja yang unik, kreatif dan mengagumkan. Walaupun mereka ini berkeupayaan tinggi,,mereka turut memerlukan pendidikan khas dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana mereka memerlukan orang yang dapat membimbing mereka supaya dapat mengembangkan bakat yang ada pada mereka. Selain itu, oleh sebab, mereka mempunyai keintelektual yang tinggi, mereka berbeza dengan pelajar pelajar lain. Oleh itu mereka memerlukan Rancangan Pengajaran Individu ( RPI ) yang khusus buat mereka. Hal ini bagi mengelakkan mereka bosan dengan pengajaran guru. Individu pintar cerdas ini sering disalah anggap sebagai pelajar yang yang nakal kerana tidak memberi tumpuan dalam kelas, Walhal mereka mampu memahami dan menguasai dengan cemerlang apa yang diajar oleh guru tersebut.

Menerusi kajian kes mengenali kanak-kanak pintar cerdas, berbakat dan kreatif ini, ia membolehkan kita kanak- kanak pintar pintar cerdas, berbakat dan kreatif ini dapat dikenali dengan lebih dekat. Kita dapat melihat bagaimana kanak-kanak yang dikaji boleh berada dalam kategori pintar cerdas, berbakat dan kreatif. Kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kebolehan yang yang mungkin tidak ada pada kanak-kanak biasa yang biasa. Mereka mengalami

perkembangan yang begitu cepat dalam beberapa perkara antaranya perkembangan dari ssegi bahasa dan komunikasi, perkembangan psikomotor, perkembangan kognitif, dan perkembangan dari segi pergaulan mereka dengan rakan rakan. Dalam kajian kes mengenai kanak kanak pintar cerdas berbakat dan kreatif ini, kita dapat meneroka tahap perkembangan kanak kanak pintar cerdas, berbakat dan kreatif seterusnya dapat menilai perkembangan mereka .Hasil daripada kajian yang dilakukan,kita dapat mengetahui kategori kanak-kanak tersebut sama ada berada dalam golongan pintar cerdas, berbakat, kreatif atau kanak-kanak normal seperti kanak-kanak yang biasa kita temui.

Definisi dan konsep pintar cerdas berbakat dan kreatif 1.1 Definisi Pintar cerdas Gifted ( pintar ) ditakrifkan sebagai memilih kebolehan yang umum melebihi daripada populasi. Individivi tersebut, mengikut Kamus Dewan edisi keempat mengistilahkan pintar cerdas sebagai cekap dan pandai.Manakala cerdas didefinisikan sebagai sempurna akal. Orang pertama yang telah menjalankan ujian pintar cerdas dikenali sebagai The Stanford- Binet Test. Mengikut Stanford Binet Test pintar cerdas didefinisikan sebagai keupayaan individu

memahami, membuat pertimbangan dan penaakulan dengan baik.

Lewis Terman ( 1916 ) memberi definisi pintar cerdas sebagai seseorang yang berkebolehan berfikir secara abstrak. Marland ( 1972 ) mendefinnisikan kanak-kanak berbakat itu sebagai berikut : Gifted and talented children are those identified by

professionally qualified persons who by virtue of outstanding abilities are capable og high performance. These are children who require differentiated educationtional programs and/or service beyond those normally provided by the regular school program in order to realize their contribution to self and society (Kanak-kanak berbakat adalah mereka yang dikenal pasti oleh ahli profesional sebagai memiliki kemampuan yang menonjol untuk mencapai untuk mencapai kemajuan yang tinggi . Kanak-kanak ini memerlukan program pendidikan atau servis yang berbeza, melebihi yang biasa disediakan oleh program sekolah biasa supaya supaya dapat merealisasikan penglibatannya terhadap dirinya sendiri atau berbakat).

Mengikut istilah Persekutuan Amerika Syarikat, maksud pintar yang ditujukan kepada kanak-kanak, murid, golongan muda adalah yang mempunyai potensi dan pencapaian yang tinggi dari segi bidang intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan dan juga
4

mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik yang mengagumkan serta mereka yang memerlukan aktiviti atau perkhidmatan yang lain dari yang lain atau istimewa yang tidak dapat diperoleh di sekolah biasa demi meningkatkan tahap kebolehan mereka.

Definisi bagi negara Kenada, pintar cerdas ditakrifkan sebagai suatu darjah keupayaan intelektual yang luar biasa yang memerlukan pengalaman pembelajaran yang berlainan daripada apa yang disediakan di sekolah biasa untuk memenuhi tahap keupayaan akademik dan potensi mereka.Di England, pintar merujuk kepada 5 peratus teratas daripada semua populassi sekolah dalam bidang akademik. Manakala cerdas pula adalah 5 peratus teratas daripada semua bidang lain. Pelajar pintar adalah mereka yang mempunyai kebolehan tinggi untuk satu atau lebih dalam subjek akademik. Mereka ini tidak perlu menjadi pintar semua subjek. Pelajar cerdas pula adalah mereka yang mempunyai kebolehan yang tinggi dari segi sukan, muzik, lukisan atau seni persembahan.

1.2 Definisi Berbakat

Talent (berbakat ) adalah kecenderungan atau kebolehan yang unggul. Berbakat bermaksud keadaan seseorang yang mempunyai potensi untuk menjadi cemerlang dalam bidangbidang tertentu sama ada dalam bidang akademik atau bukan akademik. Seseorang itu dianggap berbakat dalam bidang-bidang tertentu apabila dia menunjukkan potensinya dalam bidang tersebut. Kadang-kadang pencapaiannya dalam bidang itu belum terbukti cemerlang.

Menurut USOE ( united States Office of Education ), badan pendidikan Amerika Syarikat, menyatakan anak berbakat sebagai anak-anak yang dapat membuktikan kemampuan berprestasinya yang tinggi dalam bidang-bidang seperti intelektual, kreatif, artistik, kepimpinan atau akademik spesifik,dan mereka yang membolehkan layanan atau aktiviti yang berbeza

dengan aktiviti yang disediakan di sekolah sehubungan dengan penemuan kemampuankemampuannya ( Hawadi 2002 ).

Manakala Renzuli melengkapi definisi yang ditetapkan oleh USOE bahawa berbakat merupakan satu interaksi antara tiga kelompok dasar iaitu kemampuan umum atau kemampuan spesifik melebihi aras biasa, komitmen tugas yang tinggi (motivasi ) dan kreativiti yang tinggi. Menurut Renzulli kanak-kanak berbakat adalah mereka yang memiliki atau berkemampuan mengembangkan gabungan ketiga kelompok sifat tersebut dan mengaplikasikannya pada bidang kemanusiaan yang ternilai.

Pendapat lain mengenai anak berbakat oleh The School Council di Inggeris merujuk pada setiap anak yang luar biasa dalam kemampuan umum atau spesifik pada lapangan yang relatif luas atau simpel (2-6%).Definisi tersebut berusaha memberikan penjelasan secara tepat mengenai bakat. Namun ada beberapa perkara penting yang tidak disampaikan dan memjadi kelemahan definisi tersebut. Definisi oleh The School Council lebih berorientasi pada kemampuan luar biasa yang dimiliki oleh kanak-kanak tesebut. Namun, tidak menjelaskan kriteria khas dari bakat kanak-kanak serta belum menjelaskan bagaimana mereka secara psikologis memanfatkan kemampuan yang dimilikinya.

Renzulli berusaha mendefinisikan kanak-kanak berbakat secara kompehensif dengan berusaha mengungkapkan kriteria penting yang penting yang dimiliki kanak-kanak berbakat.Kriteria tersebut adalah yang pertama potensi unggul. Kedua, kemampuan bagaimana mereka menghadapi masalah dan yang ketiga kemampuan ( prestasi )yang dapat dicapai.

1.3 Definisi kreatif

Kreatif adalah ciri-ciri yang menunjukkan kebolehan seseorang menghasilkan kerja yang asliHal ini menunjukkan tidak ada unsur- unsur peniruan atau ciplak dalam sessuatu

penghasilan tetapi lahir daripada pemikirasn dan usaha individu sendiri.Definisi kedua seseorang yang kreatif yang mampu melihat sesuatu itu sama seperti orang lain tetapi memikirkan sesuatu yang berbeza. Hal ini menunjukkan individu yang kreatif mampu membuat penilaian sendiri dengan menggunakan fikiran tanpa hanya meniru orang lain. Daripada kedua-dua definisi definisi di atastumpuannya ialah ke arah menggunakan pemikiran dalam penghasilan untuk mewujudkan keasliannya. Dalam proses pembelajaran di sekolah, kreativiti sangat penting. Ia melibatkan penjanaan minda yang boleh mematangkan seseorang pelajar.Kreativiti juga adalah pendorong kepada inovasi iaitu penciptaan baru dalam memberi kemudahan dalam kehikdupan.

Mengikut Guilford, krativiti merupakan satu komponen penting dalam semua kegiatan intelektual dan ia merupakan suatu kebolehan melahirkan idea-idea atau kebolehan untuk melahirkan banyak idea berkaitan dengan penyelesaian atau penyelesaian sesuatu masalah . Mengikut Gowen ( 1972 ) Kreativiti juga merupakan teori-teori peribadi dan persekitaran yang relatif dengan amalan pengasuhan kanak-kanak. Individu yang kreatif adalah mereka yang mampu menjana pemikiran untuk mencipta barang atau perkhidmatan baru atau melaksanakan idea yang baru yang masih belum dicuba oleh orang lain.

Kreatif juga membawa maksud kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak atau gagasan.

2.0 Mengenal kanak-kanak Pintar Cerdas 2.1 Ciri pintar cerdas dari aspek fizikal,psikologi dan tingkah laku Bilangan komponen 1. Pengamatan tinggi Ciri-ciri -Menyedari sesuatu dengan lebih teliti

berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya yang mungkin terlepas pandang. 2. Keinginan untuk tahu -ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea keadaan, situasi atau sesuatu arca. 3. Ingatan yang tinggi -Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semua dengan tepat. 4. Mungkin dapat membaca lebih awal -Kebanyakkan dapat membaca sebelum umur 5 tahun. 5. Kerap membaca serta meluas -Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas. 6. Tatabahasa yang tinggi -Memiliki penggunaan tatabahasa yang betul dan banyak serta suka menggunakan perkataan yang baru dan unik. 7. Minat yang mendalam. -mungkin akan fokus sesuatu kepada sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau setahun serta menjadi terlampau dalam hal tersebut. 8. Menerima maklumat dengan pantas -sentiasa dapat menerima maklumat dengan cepat dan banyak serta dapat memproses maklumat tersebut dengan cepat. 9. Kebolehan menyelesaikan masalah -Kank-kanak pintar cerdas mampu

menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran yang tinggi 10. Mempunyai tahap tumpuan yang tinggi. -dapat memberi tumpuan yang lama dalam
8

sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran berbanding kanak kanak normal. 11. Keupayaan imaginasi yang tinggi -mampu membayangkan sesuatu dengan baik dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya. 12. Sangat sentitif dari segi emosi dan -Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang tinggi laku. 13. Sangat keadilan 14. Sangat teliti dan menitikberatkan kecil. hal-hal -Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri dan orang lain. memetingkan -Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna.

kesempurnaan.

2.2 Perkembangan Asynchronous Perkembangan fizikal intelektual, emosi dan sosial adalah yang tidak sekata sebagai contoh kanak-kanak berumur 6 tahun mungkin seperti kanak-kanak 10 tahun inteleknya, kanak-kanak berumur 8 tahun seperti sosialnya kanak-kanak 6 tahun dari segi emosinya.

Ciri-ciri negatif dan cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas permasalahan dari segi perkembangan asynhronous. Kanak-kanak pintar cerdas ini boleh memahami secara intelektual mengenai perkaraperkara abstrak tetapi tidak mampu menangani perkara-perkara yang melibatkan konsep emosi yang mana akan membawa mereka ke arah kebimbangan seperti kematian masa hadapan seksualiti dan isu-isu yang lain. Perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas mungkin akan membataskan perkara atau kerja yang mereka berupaya menyelesaikannya melalui gambaran intelek mereka. Sikap teliti dan mementingkan kesempurnaan boleh mendorong mereka ke arah
9

kekewaan. Mereka boleh terlibat dalam perbualan orang dewasa seperti isu-isu global untuk satu minit tetapi selepas itu mereka akan menangis kerana mainan kegemaran mereka diambil oleh orang lain.

Permasalahan dari segi pertuturan dan kebolehan memberi alasan. Kanak-kanak pintar cerdas ini biasanya bersikap tidak mahu mengalah dalam apa-apa jua perkara. Walaupun begitu mereka tetap kanak-kanak dan memerlukan disiplin yang betul sunggupun mereka itu bijak. Mereka mampu mempengaruhi orang lain. Ibu bapa dan orang dewasa perlu mengambil berat supaya mereka tidak menjadi orang yang mampu mempengaruhi orang lain ke arah keburukan. Mereka juga akan bersikap tunjuk pandai terhadap ibu bapa dan guru.

Permasalahan dari segi sikap teliti dan kesempurnaan emosi yang sensitif. Sikap kesempurnaan boleh membawa mereka kepada takut terhadap kegagalan sehingga mereka menjadi seorang yang putus asa . Mereka ini memerlukan data-data yang lengkap sebelum menjawab soalan-soalan yang diberikan. Mereka sebenarnya lebih suka mencari jawapan sendiri kerana mereka malas bersikap sosial. Sikap sensitiviti dan juga perkembangan minda mereka mampu untuk memikirkan hal-hal seperti peperangan, kebuluran pencemaran, ketidakadilan dan keganasan. Jika mereka terlampau memikirkan isu-isu ini mereka akan mengalami masalah introverted dan mungkin menjurus ke arah menjurus ke arah existential depression

10

3.0 Teori berdasarkan pintar cerdas

3.1 Teori Kecerdasan Renzulii

Pada

1970-an

Joseph

Renzulli

daripada

Universiti

Connecticut

mengajukan

pandangannya tentang bakat istimewa yang dalam teorinya sebagai

The Three Ring of

Giftedness. Berdasarkan teori Renzulli ini bakat istimewa baru akan muncul jika terdapat 3 sifat utama yang terdapat pada diri seseorang individu. Berikut merupakan sifat utamayang ada pada individu tersebut. 1. Potensi kognitif atau kemampuan intelek yang berada pada tahap yang tinggi (High Potential Ability ) 2. Dorongan atau motivasi yang kuat untuk meraih tujuan (Task Commitment ) 3. Kreativiti ( Creativity )

3.2 Teori Kecerdasan Sternberg ( Sternberg Triarchic Theory )

Sternberg ( 1984 ) menghuraikan kecerdasan sebagai hasil keupayaan memproses maklumat otak manusia sebagai hasil keupayaan memproses maklumat oleh otak manusia. Mengikut beliau, elemen yang terlibat dalam pemprosesan maklumat itu melibatkan 3 komponen utama iaitu Komponen Metakogonisi, Komponen perolehan maklumat dan komponen prestasi.Komponen Mekagonosis merupakan proses pemikiran aras yang tinggi untuk kawalan, ingatan,perancangan, analisis, interprestasi, penilaian serta membuat keputusan. Komponen pemerolehan maklumat pula merupakan pembelajaran melalui pengalaman sensori dan fizikal. Manakala komponen prestasi adalah keupayaan memgingati, membuat refleksi dan keputusan menjana idea dan menyelesaikan masalah.

11

Sternberg ( 1996, 2000 ) memperkenalkan sesuatu teori kecerdasan yang merangkumi 3 komponen iaitu komponen analitikal,kreatif dan praktikal.Mengikut beliau, Kecerdasan analitikal merujuk keupayaan menganalisis, membanding dan membeza, menghakimi, menginterprestasi dan menilai. Manakala Kecerdasan kreatif meliputi keupayaan menggunakan imaginasi, merekabentuk, mencipta dan mereka sesuatu yang asal. Kecerdasan pratikal pula, merangkumi keupayaan mengguna, melaksana, mengaplikasi dan mengamalkan hukum, teori, prinsip atau generalisasi.

Sternberg berpendapat bahawa sesetengah individu mempunyai darjah kecerdasan yang sama-sama tinggi daripada ketiga-tiga komponennya. Manakala individu-individu yang lain mempunyai salah satu atau dua komponen kecerdasan yang tinggi sahaja.

Biasanya, murid-murid yang mempunyai kecerdasan kreatif atau praktikal adalah tidak disambut baik oleh guru-guru yang mengutamakan kecerdasan analitiakal. Malah, prestasi murid-murid yang menunjukkan bakat kreatif atau amali lazimnya tidak dikira sebagai kriteria menentukan pencapaian pendidikan dalam kelas mereka.

Sternberg menegaskan bahawa adalah pentingnya agar guru menilai murid-murid mereka secara kesimbangan antara ketiga-tiga komponen kecerdasan tersebut, termasuk daya ingatan, dan bukan hanya menitikberatkan komponen kecerdasan analitikal sahaja. Dengan kata lain, muridmurid seharusnya diberi peluang untuk belajar dengan menggunakannya bukan sahaja keupayaan analitikal tetapi juga keupayaan berfikir secara kreatif, termasuk daya ingatan serta keupayaan amali.

12

Komponen Metakognisi: Proses pemikiran aras yang tinggi untuk kawalan ingatan, perancangan,interprestasi,penila ian serta membuat keputusan

Komponen prestasi: mengingati, membuat refleksi dan keputusan, menjana idea dan menyelesaikan masalah.

Komponen pemerolehan Maklumat: Pembelajaran melalui pengalaman sensori dan fizikal.

Rajah 1.1 Elemen-elemen komponen pemprosesan maklumat.

3.3 Teori Pelbagai Kecerdasan Howard Gardner

Howard Gardner (1943), seorang pensyarah kecerdasan di Universiti Harvard, Amerika, berpendapat bahawa setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Potensi dyang boleh dirujuk boleh diukur dengan darjah kecerdasan (IQ). Gardner (1991), menyatakan potensi manusia mempunyai lapan kecerdasan dalam diri iaitu,kecerdasan lingustik,logikalmatematik,ruang,muzik.tubuh naturalis. kinestetik,interpersonal (sosial), intrapersonal (kendiri)dan

13

1. Kecerdasan

lingustik

merangkumi

kecerdasan

membaca,

menggunakan

perbendaharaan kata,tulisan,puisi perbahasan berjenaka dan bercerita.

2. Kecerdasan logikal-matematikal merangkumi kecerdasan mengira dengan normbor serta menyelesaikan masalah matematik mudah dan kompleks, menaakuldan memikir secara kritis untuk membuat keputusan serta menyelesaikan masalah. 3. Kecerdasan visual-spatialmerujuk kepada kecerdasan menepati ruang, melukis, membentuk corak, mewarna, membentuk corak, mewarna, mencipta dan membina gambaran mental serta mengamati dunia visual. 4. Kecerdasan muzik merangkumi kecerdasan mengenal pasti bunyi,vokal,bunyianalam sekitar dan menyanyi serta mencipta lagu, kepekaan terhadap ritma dan melodi muzik. 5. Kecerdasan interpersonal merupakan kecerdasan interaksi soaial termasuk

berkerjasama, kepandaian memimpin serta berkomunikasi dengan berkesan. 6. Kecerdasan intrapersonal ialah ilmu pengetahuan dan kefahaman seseorang terhadap agama, refleksi,pemikiran kendiri dan mendisiplinkan diri serta kesedaran terhadap perasan diri. 7. Kecerdasan naturalis ialah potensi mengenal pasti pola atau bentuk dalam alam sekitar serta sensitif terhadap perubahan 8. Kecerdasan tubuh kinestetik ialah kecerdasan gerak badan, gimnastik,kawalan fizikal tubuh badan, kawalan anggota, sukan,permainan dan mereka cipta gaya menari.

14

Teori Pelbagai Kecerdasan Haward Gardner.

logikalmatematika kecerdasa l

lingustik

Visualspatial Teori Kecerdasan Howard Gardner

naturalis

muzik

intraperso nal

interpersonal

kinestetik

Rajah 1.2 Teori pelbagai kecerdasan Haward Gardner

15

4.0 Latar belakang responden 4.1 Profil Responden

Nama Umur Tarikh lahir

: Nur Najlaa Nasuha Binti Yuszi :6 tahun : 30 Mei 2005

Tempat Lahi : Hospital Kangar. Anak ke berapa: ke-1 daripada dua adik beradik Agama Jantina Bangsa Berat : Islam : perempuan : Melayu :26 kg

Makanan yang disukai:Nasi lauk ayam goreng. Minuman yabg disukai: Air tembikai. Sekolah : Tabika Kemas, Kangar Perlis Hobi : Menonton cerita kartun
16

4.2 Latar belakang keluarga responden Latar belakang bapa responden

Nama Umur Agama Bangsa

: Yuszi bin Abdullah : 32 tahun : Islam : Melayu

Bilangan anak : 2 orang Taraf pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia Perkerjaan : Bomba dan Penyelamat

Alamat semasa: Lot 137 5 B Jalan Uganda Kampung Jawa, 41000 Klang Selangor.

17

Latar Belakang ibu Responden

Nama Umur Agama Bangsa

:Zalbiyani Binti Saamah :30 tahun :Islam :Melayu

Taraf pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia Pekerjaan : Jururawat Masyarakat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Alamat semasa: Lot 137 5 B Jalan Uganda Kampung Jawa 41000 Klang Selangor.

4.3 Latar Belakang pendidikan responden

Responden mendapat pendidikan secara formal dan tidak formal.Responden mendapat pendidikan formal bermula umur 6 tahun di tadika Kemas Kangar Perlis. Responden tinggal berasingan dengan ibu bapanya kerana ketiadaan pengasuh memandangkan kedua-dua ibu bapanya berkerja.Responden tinggal bersama neneknya di di Kangar Perlis dan mendapat
18

pendidikan di sana.Pendidikan formal ini merupakan perdidikan pertama yang diterima oleh responden. Sebelum ini responden tidak dihantar ke mana mana institusi pendidikan.

Pendidikan tidak formal yang diterima oleh responden adalah di rumahnya. Sejak dari kecil responden sudah diajar bertutur dengan betul dan menepati bahasa. Responden diajar mengenai perbendaharaan kata. Responden mampu menguasai perbendaharaan kata. Responden mempunyai perbendaharaan kata yang banyak dan tepat. Selain itu reponden turut diberi Pergaulan responden dengan orang dewasa iaitu sepupu responden sendiri memberi banyak pendedahan awal kepada responden terutama dalam aspek berbahasa.

4.4 Sejarah kelahiran responden

Responden merupakan anak sulung daripada dua orang adik beradik.Bedasarkan perbualan dengan ibu responden mendapati semasa kelahiran, responden tidak mengalami apa apa komplikasi. Berat responden semasa lahir adalah 3 kilogram. Hal ini menunjukkan semasalahir responden sangat sihat. Hal ini kerana semasa mengandungkan responden, ibunya menjaga pemakanan. Ibu responden mengamalkan makanan yang berkhasiat seperti berkalsium tinggi.

4.5 Ciri-ciri responden ( mengikut pendapat ibu bapanya )

Ciri responden 1. Pertuturan yang baik

Keterangan ibu bapanya. Dapat betutur dengan baik sejak dari kecil lagi.dapat bertutur dengan jelas tidak seperti kanak-kanak yang sebaya dengannya. Ketika berusia 2 tahun responden dapat memberitahu keinginan dengan jelas papa nak air
19

2. Tatabahasa

Mempunyai perbendharaan yang tepat dan tepat. Umgkin keranaa pergaulan pergaula dengan orang dewasa

3. Sifat ingin tahu yang tinggi

Menurut bapa responden, responden mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Hal ini kerana sering bertanya tentang sesuatu. Apabila diberitahu responden akan terus menyoal dan menyoal.

4. Dapat

menginagati

sesuatu

dalam Responden mampu mengingati sesuatu dalam tempoh yang lama. Apabila bapa responden berjanji. Walaupun janji belum ditunaikan dalam tempoh yang lama. Responden masih mampu mengingatiya.

tempoh yang lama.

5. teliti dan mementingkan kesempurnaan.

Apabila melakukan aktiviti bersama dengan anaknya, bapa responden memerhati responden begitu teliti dan mahu setiap perkara dilakukan dengan betul dan memetingkan kesempurnaan. Jika tidak dapat lakukan dengan teliti responden tidak akan berpuas hati

6. psikomotor yang baik

Responden mempunyai psikomotor yang baik atau kuat. Ketika membesar perkembangan motor responden adalah cepat. Ketika berusia 4 tahun responden mempunyai berat 27 kg. Ketika ini responden mampu membawa beras berat 9 kg dalam jarak 10 kaki.Responden seorang yang rajin melakukan kerja rumah. Apabila melihat ibu bapanya memasak responden ingin juga .akan

melakukannya.

responden

melakukan

aktiviti yang dilakukan oleh orang lain. Sama ada menyapu sampah,melipat kain dan menjemur kain.

20

Perkembangan responden (mengikut pandangan guru tadika responden)

1. Cepat menerima maklumat

Dalam proses pengajaran,responden dapat menerima maklumat dengan cepat.

2. Interaksi sosial

Dapat menyesuaikan diri dengsan persekitaran dengan cepat. Semasa hari pertama persekolahan, responden juga peramah dan tidak takut untuk mesra dengan orang yang baru dikenalinya.Rsponden juga boleh berinteraksi dengan guru tadiaka dengan baik tanpa ada perasaan malu-malu. Hal ini berbeza dengan kanak-kanak lain yang mengambil masa yang lama untuk berinteraksi dengan orang yang baru dikenali.

3. Seorang yang rajin.

Responden rajin melakukan kerja sekolah yang diberikan. Responden sentiasaa menyiapkan kerja sekolah yang diberikan.

4. Sifat ingin tahu yang tinggi

Responden merupakan antara pelajar yang sering bertanya soalan . Soalan yang ditanya juga berterusan.

5. Perbendaharaan yang banyak

Responden bertutur dengan fasih.Peri orang kataan yang digunakan oleh responden juga seperti orang dewasa.

21

5.0 Faktor pemilihan responden

Pemilihan responden didasari oleh beberapa sebab. Pemilihan responden adalah berdasarkan perkembangan yang dialami oleh responden.Perkembangan yang dialami oleh responden hampir menyerupai perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak pintar cerdas.Aspek perkembangan kanak-kanak inidilihat dalam beberapa aspek seperti kognitif, psikomotor, sosial dan emosi.

5.1 perkembangan responden a. Perkembangan Kognitif Mengalami tahap perkembangan yang baik. Berdasarkan perkembangan kognitif responden ketika itu adalah perkembangan kognitif lebih cepat berbanding dengan usia responden ketika itu. Responden mampu mengingati sesuatu perkara dalam tempoh yang lama. Responden juga cepat menerima sesuatu maklumat yang diberikan.responden mempunyai daya pengamatan yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang diperhatikannya.Salah satu aspek penting yang dikuasai oleh responden dalam perkembangan kognitif ialah kebolehan responden menguasai perbendaharaan kata yang banyak.Cara responden bertutur hampir mengyerupai orang dewasa.

b. Perkembangan psikomotor Perkembangan motor halus dan kasar responden adalah cepat. Responden motor halus dan kasar bagi kanak kanak pintar cerdas adalah cepat.Mengikut Teori pintar cerdas Howard Gardner yang menyatakan 8 aspek kecerdasan. Salah satunya kecerdasan Kinestetik.Responden boleh dikatakan mempunyai kecerdasan kinestetik kerana responden rajin melakukan kerja rumah. Responden sering bergerak dan mengambil masa yang lama responden tidak cepat merasa letih. Hal ini berbeza dengan kanak kanak lain yang seusia dengan responden. Satu pristiwa penting yang membuktikan lagi responden mempunyai psikomotor yang baik adalah ketika berusia 4 tahun, responden mempunyai berat 27 kg dan mampu mengangkat beras seberat 9 kg dalam jarak 20 meter.
22

c. Perkembangan Sosial. Perkembangan sosial kanak kanak pintar cerdas juga berbeza dengan kanak-kanak normal yang lain. Mengikut teori pelbagai kecerdasan Howard Gardner kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kecerdasan interpersonal. Responden mempunyai interaksi sosial yang baik dengan orang sekeliling. Responden berupaya berinteraksi dengan orang dewasa dengan baik. Responden juga mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dengan cepat. Berdasarkan temubual saya dengan bapa responden saya mendapati responden seorang yang peramah.

d. Perkembangan emosi. Berdasarkan ciri-ciri pintar cerdas yang telah dipelajari, kanak kanak pintar cerdas mempunyai emosi yang sensitif. Kanak-kanak pintar cerdas ini suka mengikut emosinya . Memandangkan kanak kanak pintar cerdas ini mememtingkan kesempurnaan dalam kerjanya dan jika tidak mampu menyempurnakannya kanak kanak ini akan kecewa.Bagi perkembangan emosi responden pula seperti kanakkanak yang sebaya dengannya.Responden juga mudah marah apabila tidak berpuas hati dengan sesuatu kerja sama ada yang dilakukannya atau oleh orang lain.

6.0Penilaian berdasarkan senarai Semak a.General checklist for identifying Gifted and Talented Student tick ( Checklist 1Entered the kindergarten of fist grade only? 2.Has the student ever been given standarized tests at kindergarten? 3.Dose the student have adiagnosed learning or physical disability?. If yes, please explain and given diagnostik ) if yes and tick ( ) no yes no

23

information to determine the disability. 4.Has the student ever received special education services or been on medication?. If yes please explain 5.Excellent attendance? 6.Participation in school extracurricular activities i. ii. iii. Paticipate Does not participate Limited participation

7.motivation i. does not complete ii complete all the assignments iii complete certain assigments that are interest of him 8.Relationship with peers Ipoor interpersonal skills and no friend ii good interpersonal skills with all iiiprefer to be wth older and/ or adults rather than agemates. 9.Relationship with teacher I poor interpersonal relationship with teacher Iii very good interpersonal relationship with certain teacher iv excellent relationship with teacher.

10 Emotional development i Has a sensitive and realistic self concept abaout personal and academic abilities ii very sensitive to criticism or remarks iii self-concept as a student is poor 11 Behavior i Problem in classroom, home or community ii osccasional displine problems iii no history of discipline problems.
24

12.parent involment i parents uninterested and univolved in their child school progress ii parents interested and involved in their child progress iii parents overly involved in their child school progress and pressure the child 13. Grade placement of sibling i has no siblings ii sibling is one grade above or below current grade iii sibling is two or more grades above or below the students current grade. 15. Age i Youngest in present grade ii Oldest in the prsent grade

16. Physical size i Smaller than student in present grade ii same size as student in present grade iii larger than student in present grade.

Marks More than 130 (gifted ) 71-129 ( normal ) Below 70 ( mental retadation )

25

7.0 ulasan

Menurut Dr. Sternberg dalam bukunya Conception of giftednes pula berpendapat, kepintaran terdiri daripada tiga faktor iaitu 1) Kepintaran analitik atau kebolehan melakukan analisis 2) Kepintaran sintetik atau kebolehan kreatif 3) Kepintaran praktikal iaitu menggunakan kepintaran yang dimiliki menghasilkan sesuatu ataupun digunakan dalam kehidupan seharian

Menurut Dr. Gardner, individu yang pintar cerdas mungkin menguasai dan mempunyai kemahiran luar biasa, dalam salah satu daripada lapan kecerdasan pelbagai ( Multiple Intellingence ) dan mungkin sederhana dalam bidang-bidang yang lain.

Hassan Mohd Ali (2006 ) menjelaskan konsep pintar cerdas sebenarnya tidak tertakluk kepada kejayaan individu dalam bidang akademik semata-mata. Kebolehan berkreatif bereksperimen termasuk menghasilkan bahan ataupun teori. Kebolehan seni yang hebat juga adalah manifestasi kepintaran dan kecerdasan indiviu.

Saya menyatakan Nur Najla Nasuha adalah murid pintar cerdas kerana dia menunjukkan ciri-ciri yang terdapat pada murid pintar cerdas. Melalui kajian seperti temubual dan pemerhatian kami dapati Alimanur tergolong dalam pintar cerdas dalam golongan lingustif iaitu kecerdasan dari segi pertuturan ataupun perbendaharaan kata.Antara ciri-ciri pintar cerdas yang dimiliki oleh Nur Najla Nasuha ialah dia dapat bertutur dengan fasih dan mempunyai perbendaharaan kata yang banyak. Nur Najla juga boleh mengikut cara pertuturan orang dewasa.

26

Ulasan Soalan 1 Kebolehan bertutur Kanak pintar pintar dapat bertutur dalam bahasa dan ayat yang kompleks semasa baru berusia 3 tahun atau lebih kurang 4 tahun. Nur Najla pula dilihat sudah fasih bertutur ketika berusia awal 2 tahun. Kebolehan ini berbeza dengan kanak-kanak yang lain yang hanya mampu mengucap dan menggunakan beberapa patah perkataan serta rangkaian ayat mudah. Soalan 2 Boleh membaca atau tidak dalam umur 5 tahun? Jawapan Minat membaca sudah kelihatan Nur Najla suka membelek-belek buku atau majalah walaupun belum mampu membaca.Setiap kali melihat orang lain membaca, dia juga mengambil buku untuk membacanya. Soalan 3 adakah mempunyai peraasaan ingin yang tinggi ? jawapan ya. Menempakan semangat yang tinggi untuk mengetahui sesuatu perkara. Kanak-kanak pintar cerdas mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi. Keadaan ini menyebabkan mereka sentiasa berfikir dan ingin mengetahui tentang sesuatu perkara Mereka akan terus mencari sebab dan akibat bagi menjawab segala persoalan mereka.

27

Soalan 4 Adakah berupaya melakukan interaksi sosial Jawapan Ya Kanak-kanak pintar cerdas ini boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran baru . Kelebihan ini membolehkan mereka mudah berinteraksi dengan orang lain sama ada sebaya atau dengan orang yang lebih tua.Nur Najla berupaya berinteraksi dengan orang yang dewasa dengan baik.

Soalan 5 Adakah cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru Jawapan Ya. Ketika mula-mula belajar di tadika, Najla tidak menunjukkan sebarang masalah sosialisasi dengan rakan baru. Anur Najla mudah mesra dengan orang yang baru dikenalinya.

28

9.0

Cadangan

Berdasarkan daripada kajian kes yang dilakukan kepada Nur Najla Nasuha yang berpotensi pintar cerdas, saya telah melihat sendiri kebolehan yang ada pada Nur Najla. Kecenderungan kecerdasan yang ada pada Nur Najla Nasuha adalah kecerdasan lingustik. Nur Najla begitu petah bertutur serta mempunyai perbendaharaan kata yang banyak.

1. Melaksanakan Rancangan Pendidikan individu ( RPI ). Tempoh yang dicadangkan bagi melaksanakn RPI untuk Nur Najla adalah tiga bulan.Sepanjang tempoh ini aktiviti perlu disusun secara sistematik.Memandangkan Nur Najla cenderung dalam kecerdasan lingustik. Oleh itu aktiviti dalam RPI ini dengn melaksanakan aktiviti yang boleh meningkatkan lagi perbendaharan kata

1. Mengadakan pertandingan bercerita Pertandingan ini boleh mengasah minat membaca. Memandangkan tahap pembacaan belum lagi lancar. Aktiviti ini mendorong Nur Najla meningkatkan usaha untuk lancar membaca.Aktiviti juga boleh menambahperbendaharaan kata

2. Memberi motivasi Kanak-kanak pintar cerdas sangat memerlukan motivasi terutama dalam mengembangkan bakat yang ada pada mereka.Satu pendekatan melalui motivasi yang dilaksanakan boleh membantu meningkatkan tahap keyakinan kanak-kanak pintar cerdas .Hal ini kerana kanak kanak pintar cerdas mempunyai emosi yang sensitif.

29

8.0 Penutup Kanak kanak pintar cerdas merupakan satu aset yang sangat berharga kepada sesebuah negara. Kecerdasan yang ada pada mereka boleh digunakan untuk tujuan pembangunan negara pada masa hadapan. Namun begitu, bagi membolehkan kecerdasan yang ada pada mereka dapat dimanafaatkan untuk negara, mereka terlebih dahulu memerlukan program yang dapat memgembangkan potensi dan bakat mereka. Program yang bersesuaian

dengan kank-kanak pintar cerdas adalah sangat penting bagi membolehkan mereka tidak merasa bosan. Kegagalan dalam melaksanakan program bagi mengembangkan bakat mereka adalah satu kerugian yang sangat besar bukan sahaja kepada negara, masyarakat bahkan kepada diri kanak-kanak pintar cerdas itu sendiri.

Guru memainkan peranan penting kepada kanak-kanak pintar cerdas. Guru perli mengkapkan diri dengan kemahiran. Hal ini supaya guru berupaya mengesan kanakkanak yang berpotensi pintar cerdas seterusnya mengembang potensi dan bakat yang ada pada kanak-kanak pintar cerdas.Personaliti terutama watak,perangai,tingkah laku dan cara pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas perlu difahami oleh guru bagi merancang strategi pengajaran yang sesuai.

Selain guru, ibu bapa juga merupakan merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam mengembangkan potensi kanak-kanak pintar cerdas.Ibu bapa juga perlu melengkapkan diri dengan kemahiran dan keyakinan supaya mereka sama-sama dapat memgembangkan bakat yang ada pada kanak-kanak pintar cerdas.

30

9.0 Bibiliografi

1. FSKMP upsi. edu. my/pintar cerdas/images/assignment/case study. 2. Mok Soon Say (2010) Perkembangan kanak kanak penerbitan Multimedia 3. Open university ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas 4. www. Scribd/ teori kecerdasan.

31

You might also like