You are on page 1of 5

6.2 Definisi Logo Perkataan logo ialah singkatan daripada Logogram.

Logo merupakan satu gubahan ringkas yang membawa makna dan mesej tertentu. Logo berfungsi sebagai satu simbol atau tanda pengenalan bagi pertubuhan, persatuan, kelab, barangan komersial, syarikat, perkhidmatan, kempen, pameran dan sebagainya. Logo biasanya dijumpai pada dinding bangunan, kenderaan, iklan, poster, bungkusan serta bahan-bahan bercetak seperti sampul surat, kertas surat, invois, kulit depan, faks, memo, resit dan sebagainya bagi sesuatu syarikat atau pertubuhan. Bagi sesetengah syarikat yang ternama, logo bukan sahaja wujud pada segala hasil pengeluaran, bahkan juga pada kad nama dan pakaian kakitangan serta pekerjanya.

Ciri- ciri logo ialah dalam sesuatu logo mesti mempunyai identiti sebuah syarikat atau university. Biarlah saya ambil contoh, ikon yang digunakan, perkataan yang digunakana seperti slogan dan nama syarikat dan sebagainya.

Dalam proses menghasilkan logo, logo bersaiz 800px x 800px dan resolution 100 adalah ukuran yang betul.

6.3 Definisi Kad Nama Fungsi kad perniagaan sebagai pengecam profesional sendiri. Kad perniagaan adalah satu alat jualan penting kerana ia berfungsi sebagai peringatan berguna kepada bakal pelanggan mesyuarat muka-ke-muka mereka dengan kita. Sekeping kad nama mengandungi logo syarikat, nama pemilik, cara menghubungi dan alamat. Dengan ini, pelanggan kita akan mencari kita apabila mereka memerlukan bantuan atau perkhidamatan kita. Saiz ukur bagi sekeping kad nama ialah 1000px x 550px dengan resolution 72.

6.4 Definisi Kepala Surat Kepala surat mempunyai beberapa tujuan. Perniagaan dan individu menggunakan kepala surat untuk menubuhkan atau mewujudkan imej serta profesionalisme. Kapala surat boleh juga merupakan salah satu jenis cara komunikasi. Kepala surat mempunyai nama syarikat, alamat, nombor telefon, e-mel dan laman web. Semua maklumat ini berfungsi sebagai maklumat kepada organisasi kenalan. Fungsi kepala surat ialah untuk menjenamaan organisasi dengan identiti tertentu. Jika logo disertakan, orang lain akan mula mengenali dan mengaitkan syarikat itu dengan logo. Kepala surat berfungsi untuk membezakan organisasi anda daripada semua organisasi lain. Ukuran saiz bagi kepala surat ialah saiz A4.

6.4 Definisi Sampul Surat Sampul surat berfungsi sebagai menyimpan dokumen dan mengirim surat kepada pihak lain dengan secara tidak rasmi. Pada sampul surat memerlukan logo syarikat, nama syarikat, alamat syarikat dan cara menghubungi. Jika mendapati kesilapan, dengan informasi-informasi yang telah dinyatakan akan memudahkan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pendapat. Ukuran saiz bagi sampul surat yang standard ialah saiz DL.

6.5 Definisi Kulit Buku Kulit buku berfungsi menyatakan tajuk buku dan melindungi muka-muka surat. Pada kulit buku mempunyai tajuk buku, penerbitan, pengarah dan sebagainya. Kulit buku mesti menarik dan perlu meletakkan gambar-gambar yang berkaitan dengan isi kandungan. Dengan ini, pembeli akan ditarik perhatian dan akan mendapat mesej yang disampaikan pada muka surat. Kebanyakan ukuran saiz kulit buku adalah dalam ukuran A4 dan juga mempunyai sebahagian dalam saiz yang lebih besar dan kecil.

You might also like