You are on page 1of 2

etika

Istilah etika berasal dari perkataaan Yunani kuno iaitu ethos yang membawa erti kebiasaan, adat, akhlak, keperibadian dan watak. Ethos juga membawa maksud adat kebiasaan.[1] Ia juga membawa maksud karakter. Perkataan ethos juga terdapat dalam kamus bahasa inggeris yang bermaksud sifat moral dalam sesuatu bangsa. Dalam bahasa Inggeris, ethic bermaksud akhlak, tatasusila, kesusilaan dan etika. Manakala ethics bermaksud prinsip akhlak, ketatasusilaan dan ilmu etika. Menurut kamus lain, ethic bermaksud system of moral and principal rules of conduct yang bermaksud sistem prinsip akhlak; peraturan-peraturan perilaku. Manakala ethics pula bermaksud sains yang menumpukan perhatian kepada akhlak. Dalam bahasa Melayu, etika bermaksud kepercayaan ataupun tanggapan terhadap sesuatu perkara sama ada ianya benar, salah, baik atau buruk.[2] Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga pula, etika bermaksud ilmu berkaitan prinsip akhlak atau moral yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Ia juga melibatkan tanggungjawab dan akibat tingkahlaku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Contohnya Etika Perkhidmatan Awam yang melibatkan kakitangan awam.[3]

1.4

Kod Etika Keguruan Kod etika ini ialah peraturan untuk membantu guru yang professional mematuhi prinsip-

prinsip yang termaktub demi menjaga imej profesion. Dalam kod etika perguruan Malaysia telah dinyatakan bahawa guru seharusnya menjaga kebajikan dan keselamatan para pelajarnya. Kod Etika Keguruan perlu dimiliki guru bagi memartabatkan profesion perguruan. Dalam Kod Etika Keguruan telah dinyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab seorang guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Di bawah Kod Etika Keguruan ini terdapat empat jenis tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh seorang guru. Ini termasuklah tanggungjawab terhadap pelajar, ibu bapa, masyarakat dan Negara serta rakan sejawat.. Namun begitu, walaupun guru telah melafazkan ikrar etika keguruan ini, masih terdapat segelintir guru yang berkelakuan negatif (Noriyati et al., 2010).

Bascom, J.(2007), Ethics or Science of Duty, USA: Kessinger Publishing.

Kamus Dewan (1995), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

NikkiLamagna (22Januari2009), Ethic, diperolehdaripadahttp://thezenofdesigning.com/2009/01/22/defining-ethics/.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah (2010), Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru, Oxford Fajar Sdn. Bhd

Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995) 2. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).

You might also like