• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • 3
    CommentGo Back
Download
 
1.0 PENGENALAN
Gejala keruntuhan akhlak dan sosial di kalangan masyarakat Malaysia terutama dikalangan remaja perempuan semakin menular terutamanya isu
 pengkid 
. Senario inimenggambarkan satu lagi punca keruntuhan institusi kekeluargaan. Suatu peristiwa yang berlaku pada bulan Oktober 1996 mengingatkan kita kepada kegemparan masyarakat diMalaysia apabila seseorang wanita cuba menikahi wanita lain dengan menyerupaidirinya sebagai lelaki bernama Rosdi Ahmad. Berikutkan daripada peristiwa tersebut, pelbagai usaha telah dilakukan pihak berkuasa dan kumpulan badan bukan kerajaan(NGO) dalam mengekang masalah ini namun usaha tersebut kelihatan gagal. Dalamkeadaan sebegini, seharusnya sejak dulu lagi kita harus kembali kepada hukum dansyariat Allah dengan merujuk kembali Al-Quran dan As-Sunnah sebagaimana sabdaRasulullah S.A.W dalam sebuah hadis yang bermaksud:"Dari Ibni Abbas r.huma ia berkata : Sabda Rasulullah S.A.W. : Sesungguhnyaaku telah meninggalkan pada kamu dua perkara yang kamu tiada akan samasekali sesat selama mana kamu berpegang kepada keduanya, Kitab Allahdan Sunnah Nabi-Nya".(Hadis riwayat Al-Imam Al-Hakim)Senario penyerupaan wanita kepada lelaki ini merupakan satu realiti krisiskehilangan identiti yang amat ketara. Gejala orientasi seksual yang lebih kepada kaumsejenis bukanlah sesuatu yang baru. Jika kita menyelusuri susur galur asal-usulnyahomoseksual, ia telah lama wujud semenjak sejarah awal tamadun manusia lagi sekitar tahun 625 hingga 750 sebelum masihi. Menurut sejarah, pada zaman Greek purba,sudah muncul watak seorang lesbian bernama Sappho, penyair wanita yang memuja-1
 
muja kaum sejenisnya melalui bait-bait puisi. Beliau telah dianggap sebagai pengasasfalsafah lesbian kerana telah menjalinkan hubungan dengan murid perempuannya.Tanggal 23 Oktober 2008, Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaanke-83 telah mengeluarkan fatwa yang mengharamkan perempuan muslim menampilkandiri seperti lelaki atau lebih dikenali sebagai
 pengkid 
. Hal ini berikutan gejala
 pengkid 
dikalangan wanita muslim semakin menjadi-jadi bukan sekadar dari segi tingkahlaku, pemakaian, percakapan bahkan kebanyakannya lebih berminat kepada kaum sejenis.Walau bagaimanapun pada 7 November 2008, sekumpulan remaja yang tergolong dalamkategori
pengkid 
ini telah mengadakan demonstrasi kecil-kecilan bagi membantah fatwayang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Majlis tersebut dianggotai oleh mufti-mufti seluruh negeri di mana mereka ini merupakan golongan ulama' yang mahir dalamilmu agama dan pakar dalam hukum-hakam dan syariat Allah. Setiap keputusan yangmereka hasilkan adalah berpandukan Al-Quran dan Hadis dan bukanlah mengikut hawanafsu tanpa tujuan tertentu. Golongan mufti ini telah berusaha mendalami ilmu agamauntuk menjunjung syariat Allah dan memandu masyarakat ke jalan yang diredhai Allah.Justeru itu kelantangan sekumpulan remaja terbabit membantah fatwa yang telahdikeluarkan jelas menunjukkan bahawa mereka cuba mencabar hukum agama demimelunaskan hasrat dan keinginan mereka. 2
 
2.0
ISTILAH DAN CIRI-CIRI PENGKID
Secara umumnya tiada kajian khusus oleh mana-mana pihak mengenai kewujudanistilah
 pengkid.
Menurut Profesor Madya Mohd Maksan Musa, pensyarah di JabatanPsikologi dan Kaunseling, Universiti Utara Malaysia, istilah
 pengkid 
merujuk kepada bahasa slanga yang digunakan oleh golongan lesbian di negara ini. Berbeza daripadalesbian,
 pengkid 
adalah seorang wanita yang yang beridentitikan lelaki mencintai wanitasepertinya untuk dijadikan pasangan hidupnya. Menurutnya lagi, istilah
pengkid 
hanyadigunakan di negara ini dan tidak wujud di mana-mana negara lain.Menurut Profesor Datuk Dr. Zainal Kling, Dekan Fakulti Sastera dan SainsTeknologi, Universiti Malaya, golongan
 pengkid 
terdiri daripada kumpulan manusia yangmelepaskan diri daripada tanggungjawab agama dan bertunjang nafsu serakah semata-mata. Mereka terpengaruh dengan gerakan kebebasan hak manusia sedunia yangdipelopori oleh negara Eropah, Australia dan Singapura yang menggalakkan hubunganhomoseksual. Golongan ini mendakwa budaya homoseksual bukan merupakan kesalahan jenayah dan mereka bebas mengamalkan seks songsang tanpa sebarang sekatan.Golongan
 pengkid 
ini mempunyai beberapa ciri iaitu sesama mereka dipanggilnya
“Peng”
atau
“PLU”,
perwatakan seperti lelaki, tidak menerima hakikat bahawa dirimereka perempuan, membengkung payu dara sehingga leper, tertarik dengan wanita yangcantik, menjalankan hubungan dengan wanita sahaja (homoseksual), setia pada pasangan3
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...

sykick..i pun buat kajian ttg pengkid juga.i ade add u dlm YM...may b kite blh kongsi mklumat/pengalaman..so..do add me yaaa...;)

ops..sory2.. dr maksan musa..*

salam.. tumpang tnya.. dr kamsan musa ada buku sendiri ka?? act.. sy punya tesis berkaitan pengkid..

sykick..i pun buat kajian ttg pengkid juga.i ade add u dlm YM...may b kite blh kongsi mklumat/pengalaman..so..do add me yaaa...;)

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...