You are on page 1of 14

ISU

: PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR

OLEH : NUR AZIRA FARHANA BINTI AHMAD SABRI

1.0 Pengenalan Semenjak berzaman lalu, manusia telah mula menggunakan kekayaan kepelbagaian flora dan fauna dengan cara yang harmoni pada kuantiti yang diperlukan. Menurut Kirby et al. (1995), situasi ini membolehkan kepelbagaian flora dan fauna terus berevolusi bagi mengurangkan risiko kepupusan akibat daripada ancaman penyakit dan spesis perosak. Namun, aktiviti jangka panjang seumpama ini telah

menyebabkan impak buruk iaitu menyumbang kepada peningkatan kadar kepupusan kepelbagaian flora dan fauna iaitu sehingga 1,000 kali ganda berbanding dengan kadar biasa. Mohd Nordin (1991) berpendapat setiap benda hidup yang terdapat di bumi ada gunanya, hanya manusia yang jahil tentang fungsinya itu. Fungsi dan peranan kepelbagaian flora dan fauna hanya boleh difahami melalui pemahaman tentang fungsi dan peranan ekosistem. Hasil daripada beberapa persidangan antarabangsa termasuk Persidangan Sedunia Mengenai Alam Sekitar di Stockholm, pada tahun 1972, kesedaran dunia terhadap isu-isu alam sekitar didapati kian meningkat. Di Malaysia sendiri pada tahun 1974, Akta Kualiti Alam Sekeliling yang komprehensif telah diluluskan oleh Parlimen. Hal ini telah menjadi titik permulaan penubuhan Jabatan Alam Sekitar iaitu pada tahun 1975. Seterusnya, akta ini

dimantapkan lagi pelaksanaanya dengan Rancangan Malaysia Ketiga (RMT). Pihak kerajaan telah mencadangkan agar kawasan seluas 915,170 hektar diperuntukkan sebagai tambahan kepada keluasan kawasan rezab hidupan liar yang sedia ada iaitu sebanyak 839,303 hektar. Antara kawasan yang dicadangkan termasuklah Taman Negara Negeri Johor dan Taman Negara Endau Rompin serta 21 buah kawasan rezab hidupan liar yang lain. Selain kawasan daratan, Malaysia juga telah mewartakan kawasan taman laut sebagai kawasan yang dilindungi. Pada tahun 1983, Pulau Redang telah diwartakan sebagai kawasan perlindungan laut pertama di negara ini. Seterusnya di antara tahun 1985 hingga 1994, sebanyak 62 pulau di negeri Kedah, Terengganu, Pahang, Johor dan Wilayah Persekutuan Labuan telah diwartakan kawasan yang dilindungi.

Dari segi sejarah, kewujudan kawasan perlindungan di Malaysia bukanlah suatu perkara yang baharu. Kawasan seumpama ini telah diwujudkan sejak

daripada tahun 1903 lagi dengan pengwartaan Kawasan Hidupan Liar Chior di Perak, iaitu dengan keluasan sebanyak 4,330 hektar. Pada tahun 1932 pula, satu

laporan oleh Suruhanjaya Hidupan Liar telah dilaksanakan bertujuan untuk membentuk garis panduan bagi pertumbuhan sistem kawalan perlindungan hidupan liar. Seterusnya pada tahun 1968, satu rancangan komprehensif berhubung dengan kawasan perlindungan hidupan liar telah dibentuk. Tindakan kerajaan

memperuntukkan kawasan hutan dan laut sebagai kawasan yang dilindungi bagi tujuan pemuliharaan kepelbagaian hidupan liar adalah merupakan langkah penting yang sejajar dengan kehendak pembangunan negara.

2.0 Kepupusan Kepelbagaian Spesis Hidupan Liar

Rajah 1 : Orang Utan

Rajah 2: Tapir

Rajah 3: Orkid Hutan

Berdasarkan rajah 1, 2 dan 3 di atas menunjukkan spesis hidupan liar yang hampir pupus di Malaysia(rujuk http://sabah-go-green.blogspot.com/2012/06/top-five-

endangered-animals-in-malaysia.html ). Kepupusan kepelbagaian hidupan liar bukanlah merupakan satu proses yang baharu. Menurut McNeely et al. (1990),

fenomena ini merupakan sebahagian daripada proses kehidupan semenjak daripada zaman lampau lagi. Penyataan ini turut disokong oleh Mohd Nordin (1991),

kepupusan adalah merupakan satu proses tabii yang dibuktikan dengan rekod fosil yang menunjukkan fenomena ini telah berlaku walaupun manusia masih belum wujud di muka bumi. Kepupusan telah mengakibatkan pengurangan kepelbagaian spesis flora dan fauna. Berdasarkan rekod oleh Raup (1986), dianggarkan secara purata

jangkamasa kewujudan sesuatu spesis bertulang belakang (vertebrate) di muka bumi ialah selama 5 juta tahun, dan bagi tempoh 200 juta tahun yang lepas kira-kira 900 ribu spesis telah mengalami kepupusan bagi setiap satu juta tahun atau kira-kira 90 spesis bagi setiap satu abad. Sementara Myers (1988), pula menganggarkan

bahawa di dalam jangkamasa 400 tahun yang lepas, kira-kira satu spesis pokok tinggi (higher plants) telah pupus bagi tempoh masa setiap 27 tahun. Namun, dunia hari ini memperlihatkan kepelbagaian flora dan fauna telah mengalami kadar kepupusan yang amat tinggi berbanding dengan sejarah bumi masa lampau . Mengikut Raven (1988), kesan daripada kemusnahan ekosistem yang pelbagai seperti pengurangan mendadak kawasan hutan tropika telah menyebabkan suku daripada jumlah kepelbagaian flora dan fauna di bumi telah diancam oleh risiko kepupusan pada kadar yang tinggi.

Sementara itu, Frankel dan Soule (1981) pula menyatakan, lebih kurang 75% daripada spesis mamalia dan burung yang pupus sejak akhir-akhir ini adalah merupakan spesis yang menetap di kawasan kepulauan. Manakala Collar dan

Andrew (1988), di dalam kajiannya terhadap dunia burung telah merumuskan bahawa daripada jumlah 9,000 spesis burung yang diketahui wujud di bumi, lebih daripada 1,000 spesis iaitu bersamaan 11% sedang menghadapi risiko kepupusan. Jumlah ini amat ketara berbanding dengan hanya 290 spesis pada tahun 1978. Jika kita merujuk kepada kenyataan oleh Mohd Nordin (1991), beliau melihat fenomena kepupusan ini berpandukan kepada sejarah iaitu kadar pemupusan ketara iaitu melebihi daripada kadar pemupusan tabii hanya berlaku selepas dari tahun 1600. Melalui kemajuan teknologi, kesan aktiviti manusia terhadap kepelbagaian spesis flora dan fauna telah berlaku pada magnitud yang luas dan dengan kadar yang lebih pantas. Kajian oleh Myers (1979), telah mendapati antara tahun 1600 hingga 1900, sebanyak satu spesis pupus dalam tempoh setiap empat tahun akibat daripada perbuatan manusia seperti pembalakan dan pemburuan haram.

Sementara data yang dikumpul pada tahun berikutnya telah menunjukkan angkanya meningkat kepada satu spesis bagi setiap satu tahun. McNeely et. al (1990), berdasarkan kepada kajian oleh beberapa pengkaji telah merumuskan bahawa sekurang-kurang terdapat enam faktor yang telah mengancam kewujudan kepelbagaian hidupan liar. Faktor tersebut ialah gangguan yang berlaku ke atas habitat, penuaian hasil yang berlebihan, pencemaran bahan kimia, perubahan iklim, spesis pendatang dan pertambahan penduduk bumi.

3.0 Pemuliharaan Hidupan Liar dari Perspektif Islam Islam merupakan agama yang lengkap. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam Dalam

sekitar merupakan satu aspek yang dititik beratkan oleh agama Islam.

pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, kehendak Islam seiring dengan kehendak dan cita rasa manusia. Bagaimana pun sifat tamak manusia

menyebabkan mereka tidak memperdulikan alam sekitar dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kehendak mereka tercapai. Pihak yang tidak bertanggungjawab ini juga menentang pihak yang melaksanakan undang-undang dan pihak yang mendedahkan kes-kes yang berkaitan dengan pencerobohan peraturan alam sekitar. Keadaan ini telah ditegaskan Allah di dalam Al -Quran.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Baqarah, ayat 11 dan 12 yang bermaksud: "Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya". Dalam Surah Hud, ayat 85, Allah s.w.t. berpesan lagi kepada manusia supaya jangan melakukan kerosakan di muka bumi, maksudnya: " dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi". Kebakaran hutan, cuaca berjerebu, pencemaran air, runtuhan tanah, bencana banjir dan sebagainya termasuk lapisan ozon menjadi semakin nipis yang menyebabkan peningkatan suhu global, semua ini terjadi akibat daripada tangan-tangan manusia itu sendiri yang tidak menghormati alam sekitar yang dijadikan untuk dinikmati, bukannya untuk dirosakkan atau untuk dimanipulasi bagi kemewahan sesetengah pihak. Allah s.w.t. berfirman dalam Surah al-Rum, ayat 41 yang bermaksud: "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." Jika kita menghayati suruhan Allah, kita dapat memahami bahawa Allah telah memberikan garis panduan bagaiman kita perlu mentadbir alam ini sebagai khalifah yang dilantik Allah. Dalam surah Al- Maidah ayat 1 Allah telah menggariskan, Wahai orang yang percaya! Tunaikanlah perjanjianmu. Dibenarkan (makan) ke atas kamu semua haiwan kecuali yang dimaklumkan kepada kamu; Jangan benarkan pemburuan bila kamu berada dalam tempoh larangan; sesungguhnya Allah memerintahkan apa yang dikehendakiNya Suruhan larangan itu adalah supaya kita mewujudkan sistem pemburuan bermusim sebagai mekanisma untuk melindungi kelestarian hidupan liar. Sistem pemburuan bermusim atau akta-akta anti kepupusan yang diamalkan oleh pihak berkuasa pemuliharaan hidupan liar sedunia hari ini adalah untuk memelihara kemandirian spesis hidupan liar apabila tiba musim membiak. Hal ini menjelaskan betapa Islam menjaga kebajikan setiap nyawa di bumi Allah. Asasnya telah disentuh dalam Al-Quran yang sama sekali menegah umat manusia melakukan sebarang kerosakan di atas muka bumi ini. Perkara ini

kemudiannya dilebarkan lagi perbincangan melalui hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang memerintahkan kepada umat manusia supaya bersikap baik dengan alam. Perkara ini juga akhirnya dibincangkan secara langsung oleh para ulama' dalam semua mazhab sunni berkaitan dengan pencemaran alam sekitar dalam penulisanpenulisan mereka. Jika dilihat keseluruhan perbincangan berkaitan dengan alam sekitar ini, sama ada dalam Al-Quran, hadis atau pendapat para ulama, kesemuanya melarang sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar demi menjaga kesejahteraan umat manusia dan secara langsungnya Islam menyokong penuh kesemua peruntukkan undang-undang pengawalan dan pencegahan sebarang bentuk pencemaran alam sekitar.

4.0 Pemuliharaan Kepelbagaian Spesis Hidupan Liar Kewujudan pelbagai bentuk ancaman terhadap kepelbagaian spesis hidupan liar telah mendapat perhatian daripada banyak pihak. Antaranya ialah pihak kerajaan, badan bukan kerajaan serta institusi-institusi pada peringkat antarabangsa. Pembinaan serta usaha mewartakan hutan simpan turut rancak dijalankan di seluruh negeri di Malaysia (rujuk rajah 4). Beberapa persidangan di peringkat antarabangsa telah diadakan bagi melindungi beberapa spesis tertentu daripada pupus, antaranya termasuklah International Convention for the Regulation of Whaling , pada tahun 1946, The Convention on International Trade in Endengered Species of Wild Fauna and Flora, (1973), The Convention on Migratory Species of Wild Animal (1979) dan The United Nations Convention on Biological Diversity (1992). Sementara itu, pada peringkat nasional pula kehidupan liar dilindungi oleh berbagai bentuk undang-undang seperti undang-undang perburuan, serta undangundang lain yang dilaksanakan oleh pentadbir kehidupan liar di sesebuah negara berkenaan. Namun, menurut McNeely, et al. (1990), langkah terbaik bagi

memulihara kehidupan kepelbagaian spesis ialah melalui program pemuliharaan. Program pemuliharaan boleh di bahagikan kepada dua kaedah, iaitu: i. ii. Kaedah in situ; Kaedah ex situ.

Rajah 4

5.0 Program Pemuliharaan In Situ Mengikut Munson (1995), merujuk kepada artikel 8 The United Nations Convention on Biological Diversity, program pemuliharaan in situ bererti untuk melindungi hidupan liar di dalam ekosistem dan habitat semulajadinya. Tiga fungsi utama program ini ialah: (i) Mewujudkan perlindungan terus, iaitu dengan mewujudkan kawasan perlindungan atau kawasan yang mana tindakan khusus boleh dilakukan bagi melindungi kepelbagaian kehidupan. (ii) Melindungi penduduk asli serta pengetahuan yang dimilikkinya. (iii) Melindungi spesis yang terancam daripada ancaman oleh hasil keluaran bioteknologi serta spesis asing.

Kawasan pemuliharaan di bawah program ini boleh dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut kategori dan objektif pentadbirannya (IUCN, 1985). Kawasan perlindungan bertujuan bagi kegunaan kajian sainstis atau khusus untuk tujuan perlindungan alam semula jadi iaitu; i. Taman Negara, ianya bertujuan untuk melindungi alam semulajadi dan keindahan sesuatu kawasan yang mempunyai nilai samada pada peringkat nasional atau antarabangsa dari segi pengetahuan, pendidikan dan rekreasi. Secara relatifnya ia adalah luas dan masih tidak terjejas oleh aktiviti manusia. ii. Kawasan peringatan semula jadi, tujuannya ialah untuk melindung dan memulihara kawasan alam semula jadi yang unik dan menjadi kebanggaan negara. Pada kebiasaannya ia mempunyai keluasan yang kecil serta fokus perlindungan hanya untuk tujuan yang telah ditetapkan. iii. Kawasan perlindungan hidupan liar atau alam semulajadi, tujuannya ialah bagi menentukan keadaan semulajadi yang sesuai bagi melindungi samada spesis-spesis tertentu atau sekumpulan spesis tertentu, atau bentuk fizikal sesuatu kawasan tersebut. iv. Perlindungan keindahan alam semulajadi, ianya bertujuan untuk melindungi keindahan alam semulajadi bagi sesuatu kawasan yang penting dengan cara mewujudkan peluang-peluang bagi aktiviti rekreasi dan pelancongan yang berasaskan kepada alam sekitar. v. Perlindungan simpanan sumber, bertujuan untuk melindungi sumber alam semulajadi bagi sesuatu kawasan dengan cara menghalang aktiviti

pembangunan dilakukan di kawasan berkenaan sehingga satu keputusan yang sesuai diambil terhadapnya. vi. Pelindungan kawasan penempatan penduduk asli, ianya bertujuan untuk meningkatkan tahap keharmonian antara cara hidup masyarakat setempat dengan alam semulajadi melalui penggunaan teknologi moden pada tahap yang minima. vii. Kawasan pengurusan sumber alam yang pelbagai, bertujuan untuk mencapai objektif pengeluaran mapan bagi sumber air, balak, hidupan liar, padang ragut, serta aktiviti rekreasi melalui program perlindungan alam semulajadi sebagai sokongan kepada aktiviti ekonomi.

6.0 Program Pemuliharaan Ex Situ Program ex situ ialah program bertujuan untuk melindungi kepelbagaian hidupan liar di luar daripada kawasan habitat asalnya. Menurut Prescott-Allen (1995),

perlindungan boleh di dalam bentuk organisma yang lengkap (tumbuh-tumbuhan atau haiwan) seperti di taman-taman botani, tanaman tumbuh-tumbuhan dan zoo atau dalam bentuk benih baka seperti biji benih, debunga, sperma, sel dan lain-lain McNeely, et al. (1990) menjelaskan, antara perkhidmatan yang diberikan di bawah program ex situ termasuklah menyediakan perkhidmatan penyimpanan untuk jangkamasa panjang, membuat ujikaji dan penganalisaan, serta menjalankan aktiviti pembiakan untuk spesisi tumbuh-tumbuhan dan juga haiwan. Program ini bertambah penting terutamanya bagi spesis yang sukar untuk ditemui. Pada masa yang sama program ex situ juga menyediakan peluang

pendidikan kepada masyarakat umum. Dari perspektif sejarah, perkembangan pesat program ini hanya bermula kira-kira 25 tahun yang lepas, iaitu dengan tertubuhnya The International Board on Plant Genetic Resources (IBPGR) pada tahun 1974. Plunkett et al (1983) berpendapat, melalui pembentukan IBPGR, institusi ini telah berjaya menggalakkan penubuhan lebih banyak institusi yang bertanggungjawab bagi menyediakan kemudahan penyimpanan baka benih di seluruh dunia, iaitu daripada 8 buah pada tahun 1975 kepada 33 buah pada tahun 1983. Mengikut McNeely et al., (1990), Consultative Group on International Agricultural Research (CGIAR), IBPGR, pusat penyelidikan pertanian dan bank genetik telah berjaya melindungi kira-kira 500 spesis tumbuh-tumbuhan tanaman pertanian (termasuk daripada spesis keluarga liar). Manakala taman botani, yang jumlahnya kira-kira 1,300 buah diseluruh dunia telah berjaya melindungi kira-kira 20,000 spesis tumbuh-tumbuhan terutamanya dari spesis asal.

7.0 Kekuatan dan Kelemahan Program In Situ dan Ex Situ Berdasarkan kepada fakta-fakta di atas, kedua-dua program pemuliharaan iaitu in situ dan ex situ telah berkembang dengan pesatnya bermula daripada tahun 1970 an. Keadaan ini merupakan petunjuk terhadap kesedaran daripada pelbagai pihak berhubung dengan masalah kepupusan yang dihadapi oleh kepelbagaian kehidupan liar di bumi. Mengikut Prescott-Allen (1995), kedua-dua program ini mempunyai

kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri di dalam melindungi kepelbagaian hidupan liar. Dari segi pelaksanaan, program ex situ seperti bank baka benih boleh ditempatkan dengan mudah di tempat yang mana ianya perlu digunakan. Kebanyakan daripada jenis tanaman yang menjadi tanaman utama oleh kebanyakan negara pada hari ini adalah berasal dari spesis asal dari benua yang lain. Sebagai contoh pisang yang spesis asalnya berasal daripada Asia Tenggara telah menjadi tanaman utama di negara-negara seperti Caribbean dan Amerika Tengah. Manakala getah yang menjadi tanaman utama dikebanyakan negara di Asia Tenggara memperoleh benih dari spesis asal di Brazil. Bagi faktor ancaman pula, Harris (1984), menyatakan walaupun di bawah program pemuliharaan in situ yang paling ketat, adalah sukar untuk menentukan bahawa samada kesemua atau sebahagian daripada spesis, atau sumber genetik, atau proses ekologi dapat dilindungi sepenuhnya. Mengikut Prescott-Allen (1995) pula, antara masalah yang selalu dikaitkan dengan program pemuliharaan in situ termasuklah masalah pemburuan haram atau pembalakkan haram, atau

pembagunan. Walaubagaimana pun keadaan berbeza berlaku bagi program pemuliharaan ex situ, kerana aktiviti pemuliharaan boleh dilakukan di bawah satu bumbung, dan segala ancaman yang telah dinyatakan mungkin tidak merupakan masalah kepada jenis program pemuliharaan ini. Seterusnya, program pemuliharaan ex situ mempunyai keterbatasan dari segi bilangan sampel untuk sesuatu spesis yang boleh ditampung pada sesuatu jangka masa. Mengikut McNeely, et. al,. (1990), adalah tidak ekonomik untuk menempatkan bilangan sampel pelbagaian genetik melebihi daripada jumlah yang mampu ditampung di dalam sesebuah zoo, bank baka benih atau taman botani. Manakala mengikut Conway (1988) pula, disebabkan oleh keluasan kawasan yang terhad dan jumlah bilangan sampel yang diperlukan bagi sesuatu spesis untuk populasinya terus kekal adalah banyak, maka adalah tidak praktikal bagi sesebuah zoo untuk memelihara melebihi 900 spesis haiwan vertabrate pada sesuatu masa. Manakala, Prescott-Allen (1995) menjelaskan, program in situ boleh dianggap sebagai sebuah bank sumber genetik kepada sektor-sektor pertanian, perhutanan dan juga pelbagaian hidupan liar. serentak, maka kesemuanya Disebabkan fungsi-fungsi ini berjalan secara dilindungi di dalam sebuah kawasan

boleh

perlindungan yang sama. Di samping itu juga, di bawah program in situ proses

evolusi genetik spesis asal boleh berlaku secara berterusan bersama-sama dengan proses evolusi parasit dan genetik perosak. Hal ini kerana, proses ini penting

terutamanya bagi meningkatkan daya ketahanan daripada serangan serangga dan juga penyakit kepada spesis tersebut. Kawasan yang kaya dengan kepelbagaian jenis serangga dan penyakit, pada masa yang sama juga kaya pula dengan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai daya ketahanan adalah merupakan satu kawasan yang paling baik dari segi pusat bank baka. Keadaan sebaliknya berlaku apabila evolusi genetik berlaku di bawah program ex situ, sifat-sifat ketahanan daripada serangan serangga dan penyakit akan hilang kerana populasi yang dipelihara tidak dapat bertindak balas secara dinamik dengan perubahan keadaan persekitarannya. Hal ini turut disokong oleh McNeely, et al., (1990), antara kelemahan lain program perlindungan ex situ termasuklah populasi di bawah program ini mempunyai asas genetik yang sempit, kerana adalah mustahil aktiviti pengumpulan dapat dilakukan pada kepelbagaian genetik yang besar dari segi jumlah bilangannya. Oleh itu, pada pandangan saya, ancaman terhadap kepelbagaian kehidupan adalah kompleks dan mempunyai pelbagai bentuk maka adalah jelas bahawa keduadua program pemuliharaan ex situ dan in situ penting kepada dasar pemuliharaan. Kedua-duanya saling lengkap melengkapi antara satu sama lain, dan kegagalan salah satu daripadanya akan memberi kesan kepada perlindungan kepelbagaian hidupan liar.

8.0 Kesan Pemuliharaan Terhadap Masyarakat Terdapat cadangan untuk menjadikan kawasan persekitaran laut di Tanjung Tuan sebagai taman laut. Jika cadangan ini diterima, kepelbagaian hidupan liar di kawasan tersebut dijangka akan bertambah baik dan seterusnya meningkatkan perkhidmatan persekitaran yang diberi oleh alam sekitar. Menafaat ini akan dinikmati oleh penduduk dunia antaranya melalui peningkatan penyerapan karbon melalui pembentukan karang dan tumbuhan laut serta pengekalan dan peningkatan kepelbagaian spesies fauna dan flora yang memberi faedah kepada seluruh masyarakat (termasuk nelayan di kawasan persekitaran) melalui penggunaan langsung dan tak langsung.

Pada masa yang sama nelayan pantai sedia ada yang sebahagiannya berpendapatan rendah dilarang daripada menuai hasil laut di kawasan yang dilindungi. Mereka terpaksa menuai hasil laut di kawasan lain yang lebih jauh.

Wujud situasi di mana ada di antara nelayan ini yang tidak mampu menanggung kos tambahan seperti membeli bot yang lebih besar untuk menangkap ikan di tengah laut atau terpaksa pergi lebih jauh ke kawasan menangkap ikan yang baru. Dalam kes ini jelas terdapat isu di mana pemuliharaan kepelbagaian hidupan liar memberi kesan positif kepada ahli masyarakat di luar kawasan yang dilindungi manakala kesan negatif kepada nelayan berpendapatan rendah. Selain itu, terdapat seruan negara maju seperti Brazil untuk negara lain yang memiliki hutan tropika yang luas untuk memulihara kawasan tersebut. Pemuliharaan membawa implikasi kepada potensi pendapatan masa depan di negara tersebut melalui penggunaan tanah yang lebih produktif selain daripada hutan. Contohnya, sektor pertanian, pembalakan dan penternakan tidak dapat dibangunkan melalui dasar pemuliharaan ini. Manfaat dasar pemuliharaan bukan sahaja diperoleh oleh Brazil tetapi juga seluruh dunia melalui fungsi pengumpulan karbon hutan tropika. Ini dikatakan dapat mengurangkan kesan rumah hijau dan perubahan iklim akibat dari pemanasan global. Namun, terdapat isu yang perlu ditangani kerana penduduk

Brazil memang diketahui mempunyai pendapatan per kapita yang jauh lebih rendah berbanding penduduk di negara maju. Adakah adil masyarakat yang miskin terpaksa menanggung beban untuk mengekalkan kesejahteraan kehidupan masyarakat kaya?

9.0 Kesimpulan Berdasarkan meningkatnya kepada risiko perbincangan pemupusan di atas, jelas menunjukkan terutama bahawa sejak

kepelbagaian

kehidupan

kebelakangan ini telah membawa kepada perlaksanaan Dasar Pemuliharaan oleh hampir kesemua negara di dunia termasuk Malaysia. Namun dari segi teori menunjukkan bahawa, perlaksanaan dasar ini walaupun akan meningkatkan tahap kebajikan masayarakat keseluruhannya tetapi ia telah menimbulkan isu ekuiti dan seterusnya telah menyebabkan berlakunya kecedaraan ekonomi kepada penduduk yang tinggal di tempat dimana dasar tersebut dilaksanakan. Situasi ini diburukkan lagi oleh keadaan masyarakat yang terlibat adalah merupakan masyarakat yang terpinggir dari arus pembangunan ekonomi perdana. Oleh itu adalah penting

sebelum dasar ini dilaksanakan satu kajian sosio-ekonomi perlu dilakukan terlebih dahulu. Maklumat daripada kajian ini penting untuk tujuan penilaian tahap kecederaan sosial, psikologi dan ekonomi yang mungkin akan berlaku serta merangka dasar dan strategi bagi mengatasinya.

RUJUKAN Al Quran Al Karim

Collar, N. J dan Andrew, J. (1988). Birds to Watch: The ICBP World Check-list of Threatened Birds. Technical Publication No. 8. U.K. Cambridge.

Conway, W. (1988). Can Technology aid Species Preservation?. Washington, D. C. National Academy Press.

Frankel, O. M dan Soule, M. E. (1981). Conservation and Evolution, New York. Cambridge University Press.

Harris, L. D. (1984). The Fragmented Forest: Island Biogeography Theory and the Preservation of Biotic Diversity. Chicago. University Press of Chicago.

IUCN. (1985). United Nation List of National Parks and Protected Areas. Gland, Switzerland. IUCN. Kirby, J; OKeefe, P dan Timberlake, L. (1995). Biodiversity. The Earthscan Reader in Sustainable Development. London. Earthscan Publication Ltd.

McNeely, J. A., Miller, K. R,. Reid, W. V., Mittermeier, R. A dan Werner, T. B. (1990). Conserving the World Biological Diversity. Gland. Switzerland: IUCN.

Mohd Nordin Hasan. (1991). Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaannya. Bangi. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Munson, A. (1995). The Earthscan Reader in Sustainable Development. London. Earthscan Publication Ltd. Myers, N. (1988). Threatened Biotas: Hotspots in Tropical Forests. Environmentalist.

Prescott-Allen, R. (1995). The Earthscan Reader in Sustainable Development. London. Earthscan Publication Ltd.

Raup, D. M. (1986). Biology Extinction in Earth History. Tokyo. University of Tokyo Prss.

Raven, P. H. (1988). Evolution and Coadaptation in Biotic Communities. Tokyo. University of Tokyo Prss.

You might also like