You are on page 1of 15

SINTAKSIS |1

1.0 PENGENALAN Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. (Tatabahasa Dewan 2008). Perlu sedari bahawa dalam penggunaan bahasa seharihari, kita tidak menggunakan ayat tunggal sahaja. Kita sering juga menggunakan ayat yang terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih yang dicantumkan. Malah kita menggunakan beberapa ayat tunggal dalam percakapan kita sehari-hari. Ayat yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal yang dicantumkan ini disebut ayat majmuk. 2.0 JENIS-JENIS AYAT MAJMUK 2.1 Ayat Majmuk Gabungan Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat2 tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya, Contoh : Murid-murid berlari dan bernyanyi. Ahmad kurus tetapi adiknya gemuk.

Namun begitu ayat-ayat ini boleh disambungkan tanpa kata hubung; apabila ini berlaku, nada suara berfungsi sebagai penanda, iaitu disuarakan sebagai deretan pernyataan. Contoh :

SINTAKSIS |2

Aisyah berdiri tegak, memerhatikan gerak-geri mereka. Penari-penari itu sungguh santun, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan.

2.2 Ayat Majmuk Pancangan Ayat majmuk yang terdiri daripada beberapa ayat yang kedudukan antara ayat itu tidak sama. Dalam ayat majmuk gabungan terdapat dua ayat atau lebih yang bersifat sama taraf, yakni masing-masing dapat berdiri sendiri. Sebaliknya, dalam ayat majmuk pancangan terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu. Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan dalam bahasa Melayu, yang ditentukan oleh cara pembentukan dan jenis ayat dipancangkan iaitu: Ayat relatif Ayat komplemen Ayat keterangan 2.2.1 Ayat Relatif Ayat relatif ialah ayat yang ditandai dengan penggunaan perkataan yang, seperti contoh yang berikut : Budak yang sedang membaca majalah itu anak saya

Sebenarnya ayat di atas terdiri daripada dua ayat iaitu : a) Budak itu anak saya.

SINTAKSIS |3

b) Budak itu sedang membaca majalah. Kedua-dua ayat itu dimajmukkan. Ayat Budak itu sedang membaca majalah dipancangkan ke dalam ayat Budak itu anak saya. Oleh sebab frasa budak itu diulang maka frasa nama kedua yang serupa digugurkan dan diganti dengan kata relatif yang. 2.2.2 Ayat Komplemen Pembentukan ayat majmuk komplemen biasanya disertai penggunaan beberapa perkataan tertentu yang digunakan sebagai komplemen dalam bahasa Melayu, iaitu untuk dan bahawa. Kata komplemen untuk hanya hadir dalam subjek seperti ayat berikut: Untuk Ali melakukannya sangat sukar. Untuk dia lulus ujian itu amatlah senang.

Kata komplemen bahawa pula hadir dalam subjek dan predikat seperti ayat berikut: Dia mengetahui bahawa Ahmad telah bersara. Penduduk kampung itu menyedari bahawa nasib mereka terancam.

2.2.2.1 Jenis Ayat Komplemen Terdapat tiga jenis ayat komplemen iaitu: a) Ayat komplemen frasa nama. b) Ayat komplemen frasa kerja. c) Ayat komplemen frasa adjektif.

SINTAKSIS |4

a) Ayat komplemen frasa nama Frasa nama boleh menduduki empat tempat dalam ayat, iaitu sebagai subjek, predikat, objek tepat, dan objek sipi. Tetapi ayat komplemen jenis frasa nama hanya dapat menduduki dua tempat, iaitu sebagai ayat komplemen frasa nama subjek dan ayat komplemen frasa nama objek tepat. Contoh:

Ayat komplemen frasa nama subjek

Bahawa Islam menjamin keadilan memanglah jelas. Amat mustahak untuk kerajaan mengadakan perjanjian jual beli. Polis melaporkan bahawa jalan itu sudah boleh dilalui kenderaan berat. Orang itu menafikan bahawa barangbarangnya telah hilang.

Ayat komplemen frasa nama objek tepat

b) Ayat komplemen frasa kerja Frasa kerja dalam ayat boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif, iaitu yang diikuti bukan oleh frasa nama objek tetapi oleh keterangan-keterangan lain yang bertujuan melengkapkan frasa tersebut. Ada ayat komplemen yang berfungsi sebagai pelengkap kepada kata kerja ini, yang bukan frasa nama. Sekali imbas ayat ini kelihatan seolaholah ayat komplemen frasa nama objek, tetapi terbukti tidak demikian oleh sebab ayatayat tersebut tidak mengalami proses pasif, iaitu satu ukuran bagi menentukan status

SINTAKSIS |5

frasa nama objek. Oleh itu, ayat demikian digolongkan ke dalam jenis ayat komplemen frasa kerja. Sebagai contoh: Saya berpendapat bahawa cadangan itu boleh di terima. Kerajaan bersetuju bahawa projek itu wajar dilaksanakan.

c) Ayat komplemen frasa adjektif Frasa adjektif boleh menjadi unsur predikat sesuatu ayat. Demikian juga ayat komplemen boleh terdiri daripada ayat komplemen adjektif, iaitu yang merupakan ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat induk. Tetapi jumlah ayat jenis ini dalam bahasa Melayu terhad; contohnya: Saya sangat yakin bahawa dia akan berjaya. Mereka sangat insaf bahawa mereka daif. Pelajar itu sedar benar bahawa mereka harus belajar bersungguh-sungguh.

2.2.3 Ayat Keterangan Ayat keterangan berfungsi memberikan huraian lanjut kepada kata kerja ayat induk. Terdapat berbagai-bagai-bagai keterangan yang disampaikan oleh ayat kecil jenis ini, bergantung pada kata hubung yang digunakan dan maksud yang terkandung di dalamnya. Terdapat sembilan jenis keterangan seperti berikut: Keterangan musabab Saya tidak dapat hadir kerana saya kurang sihat. Oleh sebab mereka datang lambat, mereka tidak dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan.

SINTAKSIS |6

Keterangan akibat

Keterangan syarat

Keterangan waktu

Keterangan pertentangan

Keterangan harapan

Keterangan cara Keterangan tujuan

Keterangan perbandingan

Ia bersorak terlalu kuat hingga serak suaranya. Pelajar itu berusaha bersungguh-sungguh sehingga ia berjaya. Sekiranya saya lulus peperiksaan ini, saya akan berpuasa sepuluh hari. Jika diizinkan Tuhan, kami akan datang lagi tahun hadapan. Polis segera tiba setelah mendapat maklumat tentang pergaduhan itu. Sementara menanti padi masak, petani itu menanam jagung. Meskipun hari sudah lewat, pemuda itu masih mahu meneruskan perjalanan. Sungguhpun badannya letih, Ali tetap menghadiri majlis perayaan itu. Kita mesti bertolak ansur agar semua pihak berpuas hati. Cuba bertanya pada orang itu, kalau-kalau dia mengetahuinya. Pemuda itu datang dengan menaiki kereta. Dia membunuh ular itu dengan menggunakan buluh. Demi menyatukan rakyat yang berbilang kaum, sesebuah jabatan khusus telah ditubuhkan. Para pemimpin menyusun rancangan ekonomi untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Dia kebingungan bagai rusa masuk kampung. Hatinya hancur seperti kaca terhempas ke batu.

2.3 Ayat Majmuk Campuran Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai-bagai jenis ayat majmuk. Contohnya : Ahmad sedang membaca buku tetapi kawan-kawannya yang sudah letih lesu telah lama tidur.

SINTAKSIS |7

Mereka mendaftarkan kanak-kanak yang lahir dalam tahun 2002, yang telah menerima suntikan tersebut.

2.4

Kereta yang sentiasa rosak itu dibaiki lalu dijual olehnya.

Ayat Majmuk Pasif Ayat majmuk pasif bermaksud adalah ayat-ayat yang mengandungi kata kerja transitif, boleh dijadikan ayat pasif. Contoh : Aktif Pasif Saya minum teh dan Aminah makan nasi. Teh saya minum dan nasi dimakan oleh Aminah.

Aktif Pasif

Mereka menonton wayang yang lucu itu. Wayang yang lucu itu ditonton oleh mereka.

3.0 ANALISIS AYAT-AYAT MAJMUK Berdasarkan keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 6 Mac 2013, Rabu, muka surat 14, terdapat beberapa jenis ayat majmuk seperti Ayat Majmuk Gabungan, Ayat Majmuk Pancangan, Ayat Majmuk Relatif dan Ayat Majmuk Campuran.Tajuk rencana yang dipilih ialah Kolej Universiti Al-Quran : Suatu Komitmen

SINTAKSIS |8

3.1 Ayat Majmuk Gabungan a). Ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang sama taraf iaitu masing-masing dapat berdiri sendiri. b). Ayat-ayat itu dijadikan satu dengan menggunakan kata hubung seperti dan , atau , tetapi, lalu , sambil dan lain-lain. c). Ayat-ayat itu mestilah ayat daripada jenis yang sama contohnya ayat penyata, ayat tanya dan sebagainya.

Contoh ayat : Program ini mengisi keperluan integrasi ilmu dalam kalangan generasi muda iaitu dengan menjadi huffaz, memberi perhatian kepada penguasaan bahasa Arab dan Inggeris membolehkan graduan ini meningkatkan ilmunya pada masa depan dalam bidang jurusannya. AMG

Program ini mengisi keperluan integrasi ilmu dalam kalangan generasi muda iaitu (unsur yang sama) Ayat 1 : unsur yang sama dengan (kata hubung) menjadi huffaz , (kata hubung) memberi perhatian kepada penguasaan bahasa Arab dan (kata hubung) memberi perhatian kepada penguasaan bahasa Arab membolehkan graduan ini meningkatkan ilmunya pada masa depan dalam bidang jurusannya.

SINTAKSIS |9

Ayat 2

Ayat 3

Ayat 4

Ayat 5

Keterangan : Ayat diatas merupakan ayat majmuk kerana Program ini mengisi keperluan integrasi ilmu dalam kalangan generasi muda iaitu ialah unsur yang sama bagi ayat-ayat kecil yang seterusnya. Ayat-ayat seterusnya mempunyai sifat yang setara dan dihubungkan dengan penggunaan tanda koma dan kata hubung dan. Tanda koma mengelakkan pengulangan kata hubung yang sama. Tanpa tanda koma, pengulangan kata hubung akan menyebabkan ayat menjadi janggal. Oleh itu, ayat ini mempunyai dua kata hubung iaitu penggunaan koma dan kata hubung dan. Gabungan dengan menggunakan tanda koma ini disebut sebagai parataksis.

Contoh ayat : Memang satu kecenderungan baru dalam kalangan ibu bapa menghantar anak-anak mereka di sekolah-sekolah tahfiz sama ada yang dikendalikan oleh pihak kerajaan, Jabatan Agama Negeri atau pihak persendirian.
AMG

Memang satu kecenderungan baru dalam kalangan ibu bapa menghantar anak-anak mereka di sekolah-sekolah tahfiz sama ada yang dikendalikan oleh

Ayat 1

S I N T A K S I S | 10

pihak kerajaan Ayat 2

, (kata hubung)

Jabatan Agama Negeri Ayat 3

atau (kata hubung)

pihak persendirian. Ayat 4

Keterangan : Ayat majmuk di atas digabungkan dengan menggunakan kata hubung atau dan koma. Kata hubung atau menunjukkan terdapat pilihan. Dalam penghasilan ayat majmuk gabungan, ayat yang digabungkan boleh dikekalkan keseluruhan unsur yang membina ayat tersebut atau digugurkan sebahagian unsurnya. Ayat di atas mempunyai unsur yang sama bersama tiga piilihan. Oleh itu, kata hubung atau digunakan.

3.2 Ayat Majmuk Pancangan 2.1) Ayat Majmuk Pancangan Keterangan Contoh ayat : Ia memberi makna yang besar kepada ibu bapa yang banyak menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat Tahfizul Quran di seluruh negara supaya saluran peningkatan pengajian mereka dalam disiplin ilmu yang lebih luas tercapai. Cerakin ayat:

S I N T A K S I S | 11

Ia memberi makna yang besar kepada ibu bapa yang banyak menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat Tahfizul Quran di seluruh negara (Ayat induk) supaya (kata keterangan)

saluran peningkatan pengajian mereka dalam disiplin ilmu yang lebih luas tercapai. (Ayat kecil) Keterangan : Ayat di atas merupakan ayat majmuk pancangan keterangan kerana terdiri daripada satu ayat induk Ia memberi makna yang besar kepada ibu bapa yang banyak menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat Tahfizul Quran di seluruh negara dan satu ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat induk. Ayat ini memberi keterangan supaya saluran peningkatan pengajian mereka dalam disiplin ilmu yang lebih luas tercapai. yang menggunakan kata hubung supaya yang merupakan jenis kata keterangan harapan. Contoh ayat: Amal Islami adalah sesuatu yang amat penting bagi diri orang Islam kerana ilmu tanpa amal, umat ketiadaan contoh dan teladan. Amal Islami adalah sesuatu yang amat penting bagi diri orang Islam ( Ayat induk ) kerana (kata keterangan musabab) ilmu tanpa amal, umat ketiadaan contoh dan teladan. (ayat kecil)

S I N T A K S I S | 12

Keterangan : kerana ilmu tanpa amal, merupakan ayat kecil yang tidak boleh berfungsi sendiri. Oleh itu ia merupakan ayat majmuk pancangan keterangan kerana terdiri daripada satu ayat induk yang mempunyai kata hubung kerana yang merupakan jenis keterangan musabab.

3.3 Ayat Majmuk Pancangan Relatif Contoh ayat : Kefahaman terhadap makna menerusi proses tafsir dan kefahaman terhadap isi yang sifatnya multidimensi. Pembentukan ayat pancangan ini: Ayat induk: Kefahaman terhadap makna menerusi proses tafsir dan kefahaman terhadap isi. Ayat kecil: Isi itu sifatnya multidimensi. Kefahaman terhadap makna menerusi proses tafsir dan kefahaman terhadap isi. Isi itu sifatnya multidimensi. Frasa isi itu ayat kecil digantikan dengan yang bagi menjelaskan isi itu ayat induk.

S I N T A K S I S | 13

Keterangan : Ini merupakan ayat majmuk pancangan relatif yang menggunakan kata hubung relatif yang apabila ayat kecil dipancangkan ke dalam ayat induk. Ayat induk ialah Kefahaman terhadap makna menerusi proses tafsir dan kefahaman terhadap isi dan ayat kecil ialah ia bersifat multidimensi.

3.4 Ayat Majmuk Campuran Contoh ayat : Ilmu dalam Al-Quran tidak hanya terbatas dalam bidang akidah, ibadah, syariah, feqah dan akhlak tetapi ia merentasi ilmu-ilmu sains dan teknologi dan mampu menghasilkan profesional dan teknokrat yang Islamik.

Keterangan : Ayat di atas terdiri daripada ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai ayat majmuk. Berdasarkan contoh ayat di atas, ayat di atas dibentuk dengan penggunaan beberapa kata hubung. Terdapat ayat majumuk gabungan dengan kata hubung dan serta tetapi. Contoh ayat : Ia adalah sesuatu yang bermakna bagi masyarakat Islam di Malaysia kerana universiti yang bakal lahir ini diharapkan dapat menjawab persoalan pendidikan Islam yang sebenarnya supaya para huffaz yang bakal lahir, dirinya bakal memiliki ilmu-ilmu berbanding dalam pelbagai

S I N T A K S I S | 14

bidang dan dalam masa yang sama sifatnya menyumbang ke arah pembangunan negara berasaskan acuan yang jauh lebih integratif dan Islamik. Ia adalah sesuatu yang bermakna bagi masyarakat Islam di Malaysia Klausa 1 adalah ayat induk kerana kata hubung

universiti yang bakal lahir ini diharapkan dapat menjawab persoalan pendidikan Islam yang sebenarnya supaya klausa 2 kata hubung para huffaz yang bakal lahir, dirinya bakal memiliki ilmu-ilmu klausa 3 dan dalam masa yang sama sifatnya menyumbang

berbanding dalam pelbagai bidang

kata hubung ke arah pembangunan negara berasaskan acuan yang jauh lebih integratif Ayat majmuk pancangan Islamik. Keterangan: Ayat di atas menggabungkan satu ayat induk dengan beberapa kata hubung seperti penggunaan dan , serta tetapi. Ayat ini juga mempunyai kata hubung kerana yang merupakan keterangan musabab dan kata hubung supaya yang merupakan keterangan harapan. dan kata hubung

4.0 RUMUSAN

S I N T A K S I S | 15

Setelah selesai membuat analisis petikan rencana bagi kerja kursus ini, kumpulan kami mendapati bahawa bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang unik kerana mempunyai unitunit bahasa yang pelbagai. Melalui analisis yang dibuat, kami lebih memahami jenis-jenis ayat majmuk yang digunakan dalam sesuatu penulisan. Hasil analisis jenis-jenis ayat majmuk dalam petikan ini, kami dapat mengesan beberapa jenis ayat majmuk yang digunakan iaitu Ayat Majmuk Gabungan, Ayat Majmuk Pancangan, Ayat Majmuk Relatif dan Ayat Majmuk Campuran. AyatTunggal kurang digunakan dalam penulisan petikan rencana ini. Penggunaan ayat majmuk dalam sesuatu rencana menjadikan ayat yang digunakan lebih gramatis. Kesimpulannya, kami dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang jenis jenis ayat majmuk dalam sesuatu petikan bahasa Melayu setelah menjalankan analisis petikan rencana ini. Penganalisisan ini juga mendedahkan kepada kami agar lebih memahami serta menguasai bidang sintaksis dalam bahasa Melayu.

You might also like