You are on page 1of 4

LAPORAN LAWATAN ILMIAH KE LOJI RAWATAN AIR BERTAM (DAF) DAN EMPANGAN DURIAN TUNGGAL

Pada 10 September 2013 yang lalu, unit PISMP Sains ambilan Januari 2010 telah mengadakan lawatan ilmiah ke Loji Rawatan Air Bertam (DAF) dan Empangan Durian Tunggal, Melaka. Lawatan ini adalah merupakan kelolaan Puan Fatimah binti Yusof selaku pensyarah subjek serta Mathila binti Haji Mansor, Nur Azira Farhana binti Ahmad Sabri dan Nur Suraya Hani binti Sazali Zaki selaku ahli jawatankuasa tertinggi. Lawatan ini disertai oleh 21 orang guru pelatih dan 2 orang pensyarah pengiring. Tujuan lawatan ini dijalankan adalah bagi memenuhi sukatan pelajaran Sains Teknologi dan Masyarakat (SCE 3114). Selain itu, lawatan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada guru pelatih mengenai pemprosesan air serta pemuliharaan air. Sebelum lawatan ini dilaksanakan, kami terlebih dahulu telah merangka kertas kerja bagi memohon kebenaran pihak Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu, Melaka (IPG KPM). Di samping itu juga, kerta kerja ini dihantar kepada pihak loji dan empangan bagi mendapatkan persetujuan penerimaan lawatan ini. Setelah hampir tiga minggu berurusan, kami akhirnya berjaya mendapatkan tarikh lawatan serta tentatif program yang akan dilaksanakan. Selain itu, kami juga telah mengadakan taklimat ringkas kepada semua guru pelatih yang akan menyertai lawatan ini terutamanya dari aspek tentatif, keselamatan dan kod pakaian. Lawatan ini bermula pada pukul 7.30 pagi. Semua guru pelatih berkumpul di garaj bas IPG KPM. Guru pelatih dikehendaki memakai pakaian baju korporat dan seluar slack serta berkasut sukan. Kod pemakaian ini telah ditetapkan oleh pihak loji dan empangan. Sebelum kami memulakan perjalanan, kami bersama-sama

membaca doa agar perjalanan kami ke lokasi selamat. Perjalanan kami bermula pada pukul 8.00 pagi dan tiba pada pukul 9.00 pagi. Sebaik sahaja kami tiba di kawasann loji, kami telah disambut baik oleh Cik Maslina selaku wakil pihak loji dan beberapa pegawai lain. Kemudian, kami dijemput ke bilik mesyuarat untuk diberi taklimat keselamatan. Seterusnya, Cik Maslina

memberi penerangan mengenai profil syarikat, loji DAF dan proses-proses yang
1

dijalankan. Kami juga, dibekalkan dengan risalah syarikat sebagai maklumat tambahan. Loji DAF merupakan loji rawatan air yang tercanggih dan pertama menggunakan teknologi pengapungan secara udara terlarut (Dissolved Air Floatation) di Malaysia.Loji ini, dibina dibawah Projek Bekalan Air Melaka Peringkat 2 pada pertengahan 90-an dan siap dibina pada 1996. Kos projek yang terlibat ialah sebanyak RM 110 juta. Loji ini berkeupayaan untuk memproses sebanyak 24 MGD air mentah dari Empangan Durian Tunggal. Setelah tamat sesi taklimat, kami dijemput untuk menikmati sarapan pagi.Kemudian, kami dibawa oleh Cik Maslina untuk melawat kawasan operasi sekitar loji. Kami turut diberikan taklimat dari masa semasa. Guru pelatih juga Taklimat tersebut Secara

diberikan peluang untuk bertanya semasa lawatan dijalankan.

turut dilengkapi dengan penerangan pelan lantai seluruh kawasan loji.

langsung, kami dapat melihat pelan keseluruhan kawasan serta bahagian-bahagian operasi. Kami berasa amat bertuah kerana diberi kesempatan untuk melihat bagaimana operasi koagulasi, flokulasi, DAF dan penapisan dijalankan. Terdapat tiga jenis filter media digunakan di tangki flokulasi iaitu pasir kasar, pasir halus dan anthrazite. Proses ini memakan masa selama 30 minit yang melibatkan pengumpulan lumpur-lumpur dan keladak yang menjadi gumpalan yang akhirnya menjadi satu rantaian dan boleh disingkirkan daripada air. Proses ini merupakan salah satu proses yang penting. Antara kelebihan proses DAF ialah, proses ini

sesuai untuk air yang mempunyai kekeruhan yang rendah, menjimatkan ruang kerana tangki pemendapan dan tangki penapisan boleh digabungkan bersama menjadi tangki flokulasi. menjimatkan kos. Di samping itu, kami dibawa untuk melihat kawasan proses post-chemicals. Bahan kimia yang terlibat ialah gas klorin, sodium silikofluorida dan kapur terhidrat. Gas klorin ditambah kedalam air untuk pembasmian kuman. Manakala, sodium silikofluorida digunakan untuk mencegah kerosakan gigi. Kapur terhidrat pula Selain itu, proses ini tidak dipengaruhi oleh suhu dan

berfungsi untuk pembetulan pH. Standard ketiga-tiga bahan tersebut adalah mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan
2

Malaysia.Namun, kami tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut kerana kami tidak mempunyai pakaian serta peralatan keselamatan yang lengkap. Akhir sekali, sebelum bertolak ke empangan, kami bertukar cenderamata sebagai kenangkenangan dan tanda penghargaan. Seterusnya, kami dibawa ke Empangan Durian Tunggal selama 20 minit perjalanan daripada loji. Perjalanan kami diiringi oleh pengawai-pegawai empangan. Setelah tiba ke lokasi, kami dibawa untuk melihat secara dekat kawasan sekitar empangan serta melihat sendiri kebersihan serta kejernihan air di empangan tersebut. Panorama di kawasan tersebut sangat menarik dan masih mengekalkan eleman semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan dan batuan. Kami juga dapat melihat beberapa haiwan yang menambahkan keindahan tempat tersebut seperti ikan dan burung bangau. Keadaan ini membuktikan kebersihan air di empangan tersebut

masih terpelihara. Setelah itu, kami diberikan taklimat oleh pegawai empangan. Kami difahamkan sumber air empangan tersebut adalah daripada sungai Muar, Johor yang dibeli dan sumber air semulajadi iaitu air hujan. Empangan Durian Tunggal juga merupakan empangan terbesar di negeri Melaka. Kemudian, kami dibawa ke bilik kawalan air empangan. Bilik ini berfungsi apabila kapasiti air di

empangan berlebihan. Lebihan air tersebut akan mengalir ke sungai-sungai yang berdekatan. Selain itu, kawasan ini menjadi kawasan rekreasi terkawal bagi orang awam serta penduduk sekitar empangan. Terdapat tempat rehat yang disediakan bagi aktiviti riadah, kem motivasi, perkhemahan dan sebagainya. Namun, individu yang terlibat perlu membuat permohonan terlebih dahulu. Akhir sekali, kami mengadakan sesi penyampaian cenderahati kepada pihak empangan atas kesudian menerima lawatan daripada pihak kami. Kami bertolak balik ke IPG pada pukul 12.30 tengah hari. Setelah selesai lawatan, kami bekerjasama mengumpul semua gambargambar semasa lawatan, catatan maklumat serta risalah yang kami terima untuk dijadikan bahan bukti serta panduan penulisan laporan dokumentasi. Kami juga turut memuat naik laporan lawatan beserta gambar-gambar semasa lawatan

dilaksanakan.

Kami berharap dokumentasi lawatan ini dapat dijadikan garis

panduan kepada sesiapa sahaja yang berhasrat mengadakan lawatan ke loji dan empangan ini.
3

Kami berasa amat gembira kerana banyak ilmu pengetahuan baharu mengenai pemuliharaan air dapat kami perolehi sepanjang lawatan tersebut. Kami juga turut merasakan betapa pentingnya menghargai air kerana proses merawat air merupakan satu proses yang sukar dan menelan belanja yang besar. berharap lawatan seumpama ini dapat meningkatkan bukan sahaja Kami ilmu

pengetahuan namun nilai kemanusiaan dalam diri guru pelatih iaitu menggunakan air dengan berjimat cermat serta cintailah alam sekitar untuk generasi akan datang.

Laporan disediakan oleh, ....................................... ( NUR AZIRA FARHANA BINTI AHMAD SABRI )

19 SEPTEMBER 2013.

You might also like