You are on page 1of 16

BAHAN TAMBAH DALAM MAKANAN: PERISA OLEH: NUR SURAYA HANI BINTI SAZALI ZAKI

Pengenalan Bahan tambah makanan boleh didefinisikan sebagai bahan atau campuran bahan selain daripada yang asas dalam makanan. Ini tidak melibatkan bahan pencemar secara kebetulan. Bahan tambah ini mungkin berada dalam keadaan yang aktif, berzat atau tidak berzat tetapi ia tidak toksik dan berbahaya. Di Malaysia, kerajaan telah menentukan undang-undang terhadap penggunaan bahan tambah di bawah peraturan makanan 1985 berdasarkan kepada Akta Makanan 1983. Dalam Peraturan Makanan 1985, bahan tambah ini ditakrifkan seperti berikut: Bahan tambah bermakna sebarang juzuk yang secara langsung

dimasukkan ke dalam makanan dalam kuantiti yang kecil. Ia bertujuan memberi kesan kepada kualiti penyimpanan makanan, tekstur, konsistensi, penglihatan, bau, rasa, keasidan atau kealkalian. Di samping itu, bahan tambah juga bertujuan untuk memberikan sebarang fungsi teknologikal dalam penghasilan barang-barang, pemprosesan, penyediaan, perlakuan, pembungkusan, pengangkutan atau penyimpanan makanan. Dengan menggunakan bahan tambah ini adalah diharapkan hasil atau keputusan yang diberikan sama ada secara langsung atau tidak langsung akan memberikan kesan kepada makanan seperti berkesan ke atas ciri-ciri makanan termasuk sebagai pengawet, bahan pewarna, bahan perisa, antioksidan dan penstabil makanan. Tetapi ia tidak termasuk sebagai pembekal nutrien dan garam yang penting. Mengikut Peraturan-peraturan Makanan 1985, jenis-jenis bahan tambah dalam makanan yang dibenarkan adalah 1. Bahan pengawet 2. Bahan pewarna

3. Bahan perisa 4. Penambah perisa 5. Anti-pengoksida 6. Kondisioner makanan Melalui bahan-bahan ini, jangka hayat penyimpanan sesuatu

makanan akan menjadi lebih panjang dan makanan tersebut tidak mudah rosak. Contohnya, natrium nitrit dan natrium nitrat yang ditambah ke dalam sosej, daging dan daging dalam tin. Natrium nitrit dan natrium nitrat bertindak sebagai bahan pengawet di dalam ketiga-tiga makanan ini dimana ia menghalang atau melambatkan kerosakan makanan dengan menghentikan atau melambatkan pertumbuhan mikroorganisma dan seterusnya

meningkatkan jangka hayat makanan. Selain itu, bahan tambah makanan ini digunakan untuk mengekalkan nilai pemakanan. Penggunaan butylated hydroxyanisole (BHA) ditambah ke dalam susu atau marjerin kerana ia dapat mengawal kandungan vitamin A yang ditambah daripada hilang atau musnah. Di samping itu, bahan tambah makanan digunakan untuk

meningkatkan penerimaan di kalangan pengguna. Bahan tambah makanan seperti bahan-bahan pewarna atau pencelup, penambah perisa, bahan perisa dan pembentuk tekstur digunakan untuk memberi keseragaman kepada makanan dari segi rasa, tekstur atau warna pada setiap pengeluaran. Contohnya sebatian azo (tartrazina) dalam jus oren dan jem serta ester dalam kek, jem dan aiskrim. Bahan tambah makanan juga boleh dihuraikan sebagai bahan semula jadi atau bahan sintetik yang ditambahkan ke dalam makanan dalam kuantiti yang kecil untuk pelbagai tujuan dan fungsi. Jadual 1 menunjukkan bahan tambah makanan semula jadi yang biasa digunakan dalam masakan di rumah dan fungsinya.

Bahan tambah semula jadi Garam biasa, cuka, gula

Fungsi Sebagai pengawet dan agen perisa

Cili dan lada, halia dan bawang Daun pandan, kunyit Kanji

Sebagai agen perisa Sebagai agen perisa dan pewarna Sebagai agen pemekat

Walau bagaimanapun, bahan tambah makanan semula jadi adalah mahal dan sukar diekstrakkan daripada sumber semula jadinya. Dengan itu, kebanyakan bahan tambah makanan yang terdapat dalam makanan yang telah diproses masa sekarang adalah sintetik. Bahan Tambah dalam Makanan: Perisa Bahan ini ditambah ke dalam makanan untuk menambah perisa atau mengubahsuai perisa. Pada zaman dahulu, garam, gula, cuka herba, rempah, asap, madu dan buah beri ditambah ke dalam makanan untuk melazatkannya. Kini, sumber utama bahan perisa ialah minyak pati yang diperoleh daripada tumbuh-tumbuhan dan mempunyai ciri-ciri bau seperti sumbernya. Contohnya, jus oren banyak dihasilkan dan ini menyebabkan minyak pati oren juga boleh dihasilkan sebagai hasil sampingan. Ia adalah halal dari sudut Islam. Walau bagaimanapun perisa daripada ekstrak buah-buahan

memberikan perisa yang tidak begitu kuat rasanya jika dibandingkan dengan minyak pati dan oleoresin (ekstrak daripada rempah yang diperoleh dengan menggunakan bahan pelarut, seperti hidrokarbon yang kemudiannya dibuang dengan kaedah penyulingan). Oleh itu, bahan perisa yang lain biasanya ditambah ke dalam perisa ekstrak buah-buahan. Ini mendorong kepada penggunaan bahan perisa sintetik yang boleh dikeluarkan dengan banyak. Contoh bahan perisa sintetik ialah amil asetat (perisa pisang tiruan), benzaldehid (perisa ceri tiruan) dan etil kaproat (perisa nanas tiruan). Ia banyak digunakan di dalam gula-gula, hasil reroti, minuman ringan dan aiskrim.

Jadual 2 menunjukkan contoh bahan tambah makanan dan fungsinya.

Bahan tambah makanan Perisa Digunakan untuk memberi dan mengekalkan rasa yang unik bagi sesuatu makanan Semula jadi Cuka, garam, gula, pandan, pudina, cili, bawang, halia Sintetik Aspartam, sakarin Ester Digunakan dalam jus, minuman Untuk menghasilkan rasa buah dalam jem, aiskrim, kek, minuman ringan Penambah perisa Digunakan untuk menambah dan memperkuatkan rasa sesuatu makanan Sintetik Mononatrium glutamat (MSG) Digunakan dalam makanan berprotien seperti sup, daging yang dimasak Digunakan dalam pelbagai masakan Fungsi Contoh Makanan

Falsafah Tentang Bahan Tambah Makanan Komposisi makanan yang dimakan pada keseluruhannya boleh dinyatakan sebagai sebatian kimia. Pengetahuan manusia berhubung dengan komposisi makanan ini tidak begitu lengkap kerana ia sangat kompleks. Justeru itu, tafsiran perkataan kimia kerap kali tidak begitu tepat. Ini menyebabkan pengguna-pengguna berasa khuatir untuk membeli makanan yang diawet dengan bahan kimia yang tidak dikenalinya. Sebaliknya, pengguna-pengguna tidak khuatir dengan penggunaan garam dalam makanan walaupun garam juga merupakan bahan kimia. Ini kerana mereka telah biasa menggunakan bahan tersebut untuk melazatkan rasa makanan. Penggunaan garam, gula halus, rempah-rempah dan bahanbahan lain yang biasanya ditambah ke dalam makanan merupakan bahan kimia atau campuran bahan kimia yang penggunaannya tidak dipersoalkan. Ciri-ciri bahan yang digunakan oleh manusia dengan penuh kepercayaan ialah kerana faktor kebiasaan dan kekerapan menggunakannya. Manakala bahan kimia yang menimbulkan keraguan di kalangan pengguna disebabkan ia tidak biasa dan tidak kerap digunakan. Kebanyakan bahan tambah makanan merupakan komponen makanan asli dan tanpa bahan tambah tersebut, kualiti kebanyakan makanan akan kurang daripada biasa. Di samping itu, tempoh simpanan dan bekalan mendapatkan makanan akan terhad sekiranya semua bahan tambah makanan dibuang daripada makanan. Bahan Tambah dan Potensinya dari Sudut Halal dan Haram Makanan adalah unsur yang penting dan selalu diambil oleh setiap individu. Ia bukan setakat penting untuk tumbesaran dan kesihatan badan tetapi juga untuk pembangunan jiwa. Namun, pernahkah anda terfikir , adakah makanan yang kita ambil diperbuat daripada sumber yang halal atau haram? You are what you eat atau kita adalah apa yang kita makan merupakan satu ungkapan yang barangkali sudah sebati dengan masyarakat

namun sejauh mana kata-kata tersebut dinilai dan digarap dalam amalan seharian? Intipati daripada ungkapan tersebut ialah apa yang kita makan, itulah kelak akan membina kesihatan badan, akal dan kerohanian. Ia menunjukkan betapa makanan menjadi sebahagian daripada pembentukan diri kita. Firman Allah SWT dalam surah al Baqarah ayat 168 yang bermaksud: "Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu". Dalam Kitab Tafsir al-Jalalain menyebut bahawa perkataan toyyiba (baik) itu adalah sifat kepada halal itu sendiri. Maka dapatlah di fahami bahawa setiap makanan yang halal itu mestilah juga baik daripada pelbagai segi samada bahan campurannya, bersih dan selamat dalam proses penyediaan serta dapat memberi manfaat kepada tubuh badan

manusia.Yang menjadi persoalan kini, apakah makanan halal yang kita makan dikategorikan sebagai selamat dan baik untuk kesihatan? Pakej yang ditawarkan dalam al Quran cukup lengkap iaitu halalan toyyiba. Tetapi, adakah hakikat semasa memenuhi kehendak tersebut? Bahagian ini akan membincangkan beberapa bahan perisa dalam makanan dan potensi mereka dari sudut halal dan haram. 1. Alkohol Polihidrik (POLIOL) Alkohol polihidrik (POLIOL) digunakan untuk memperbaiki tekstur dan daya kandung air kerana daya tarikannya terhadap air. Poliol banyak wujud secara semula jadi dalam makanan dan yang paling utama ialah gliserin. Walau bagaimanapun, hanya empat poliol sahaja yang boleh digunakan sebagai bahan tambah makanan. Antaranya ialah gliserin, sorbitol, manitol dan propilin glikol. Semua bahan ini mempunyai rasa manis kecuali propilin glikol yang mempunyai rasa pahit. Sorbitol memberikan rasa berangin manakala gliserin memberi rasa panas. Biasanya poliol digunakan dalam pengeluaran minuman diet, gula-gula dan aiskrim. Ia bertujuan untuk memberikan tekstur dan rasa manis.

Secara kimianya, ia dinamakan alkohol kerana terdapat kumpulan OH. Menurut pandangan Islam, secara umumnya ia adalah halal kecuali jika bahan ini ditulenkan dengan menggunakan etil akohol. Di samping itu, punca dari mana bahan ini diperoleh perlu diambil kira. Gliserol misalnya, mungkin boleh diperoleh daripada binatang yang tidak halal. Manakala sorbitol boleh didapati di dalam rumput air dan di dalam buah-buahan seperti epal, ceri, pic, pir dan prun. Biasanya ia digunakan dalam membuat sirap ubat batuk, pencuci mulut dan ubat gigi. Di samping itu, sorbitol juga boleh dihasilkan secara industri dengan menurunkan glukosa secara elektrokimia atau melalui penghidrogenan bermangkin. Seterusnya, manitol pula boleh didapati daripada beberapa jenis tumbuh-tumbuhan, alga dan kulat. Ia merupakan bahan pemanis asli. Perbezaannya dengan sorbitol ialah ia kurang larut tetapi kebanyakan ciri-ciri yang lain adalah sama. 2. Alkohol sebagai pelarut untuk bahan perisa Industri minuman banyak menggunakan bahan perisa dua pewarna. Alkohol digunakan sebagai pelarut untuk tujuan ini. Oleh itu, alkohol akan didapati dalam minuman yang diperbuat dengan perisa ini. Hukum meminumnya adalah haram menurut Islam. Selain daripada itu sekiranya dalam penghasilan bahan perisa, jika etil alkohol digunakan sebagai pelarut untuk proses mengekstrak, maka hasil akhir adalah juga haram walaupun pada hasil akhir tersebut tidak terdapat pada etil alkohol. Ini dijelaskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 16 Rejab 1431 bersamaan 29 Jun 2010. Hasi daripada mesyuarat tersebut ialah o Setiap minuman arak mengandungi alkohol etanol yang memabukkan tetapi bukan semua alkohol itu dari arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis. o Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak samada mengandungi sedikit alkohol atau alkohol yang disulingkan adalah haram diminum.

o Minuman ringan yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bukan yang memabukkan dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal. o Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan dan minuman tidak najis dan boleh dimakan. Kesimpulannya, kandungan etil alkohol yang terdapat di dalam makanan dan minuman yang dibenarkan adalah tidak lebih daripada 0.01%. Hal ini turut dijelaskan oleh Tokoh Islam kontemporari, Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi, di mana beliau mengeluarkan pandangan bahawa penggunaan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus adalah dibenarkan. Alkohol yang dimaksudkan adalah etanol yang mungkin digunakan sebagai pelarut atau pembawa kepada bahan seperti perisa atau pewarna makanan. 3. Cuka daripada Arak Arak boleh dijadikan cuka. Dalam hal ini, apabila arak menjadi cuka dengan sendirinya ia menjadi suci. Tetapi sekiranya ia menjadi cuka akibat daripada pertambahan komponen-komponen lain, maka ia tidak menjadi suci lagi. Ini adalah menurut pendapat Imam al-Syafii. Pendapat ini disokong oleh Imam Malik. Beliau berpendapat adalah makruh sekiranya ada usaha dilakukan supaya arak menjadi cuka. Tetapi sekiranya ia menjadi cuka dengan sendirinya ia adalah suci dan halal. Pendapat ini disokong oleh Abu Hanifah. Perkara ini turut disokong oleh keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-76 pada 4-6 April 2006 yang mengharamkan cuka wain. Keputusan Muzakarah adalah haram menggunakan cuka wain yang diproses dan dicampur dengan bahanbahan luar. Walau bagaimanapun, sekiranya perubahan daripada cuka wain kepada cuka berlaku dengan sendirinya, maka ia adalah halal.

Aditif Halal Jadual 3 menunjukkan senarai aditif halal yang digunakan dalam makanan atau minuman. Maklumat ini diperoleh daripada laman sesawang Halal Malaysia: Portal Rasmi Halal Malaysia.

Kod 420 579 620

Nama Aditif Sorbitol and Sorbitol Syrup Ferrous Gluconate L-Glutamic Acid Monosodium Glutamate/MSG Calcium Glutamate Disodium Guanylate Maltol Ethyl Maltol Acesulphame Potassium/Sunnet Saccharin and its Calcium and So Thaumatin Xylitol

Sumber Tumbuhan Tumbuhan/Natural Mikrob/Tumbuhan

Fungsi Bahan pemanis Bahan perisa Penambah perisa

621

Tumbuhan

Penambah perisa

623 627 636 637

Tumbuhan Mikrob Haiwan Bahan kimia Tumbuhan Bahan kimia Tumbuhan Bahan kimia Bahan kimia

Penambah perisa Penambah perisa Penambah perisa Penambah perisa

950

Pemanis sintetik

954

Bahan kimia

Pemanis sintetik

957 967

Tumbuhan Mikrob tumbuhan

Pemanis sintetik Bahan pemanis

Pemanis Tiruan Kepelbagaian disebabkan pertambahan risiko oleh jumlah penyakit gula kalori yang dan dalam

tubuh menjadi antara faktor utama sesetengah penggunaan orang beralih kepada Jika

pemanis

tiruan.

pengambilan gula secara berlebihan dianggap tidak sihat, adakah

penggunaan pemanis tiruan pula satu pilihan bijak? Menurut Pakar Kesihatan Umum, Unit Diabetes dan Penyakit Kardiovaskular, Jabatan Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr. Feisul Idzwan Mustapha, penggunaan gula alternatif atau pemanis tiruan sesungguhnya tidak digalakkan oleh KKM. Pemanis tiruan atau turut digelar sebagai pengganti gula itu lazimnya digemari oleh golongan perancang diet ekoran jumlah kalorinya yang rendah. Sebab itulah pemanis tiruan biasa digunakan dalam melangsingkan tubuh badan dan mencegah pertambahan berat badan. Pakar diet dari Hospital Pantai Ampang, Kuala Lumpur, Nor Lizawati Che 'Lah berkata pada asasnya pemanis tiruan terbahagi kepada dua kategori iaitu bernutrisi dan tidak bernutrisi. Kumpulan yang bernutrisi

biasanya dikenali sebagai gula alkohol dan banyak terkandung dalam buahbuah beri seperti sorbitol, xylitol dan mannitol. Nutrisi pemanis tiruan ini hanya

setengah atau sepertiga daripada gula biasa tetapi kalau diambil secara berlebihan, ia masih boleh memudaratkan.

Golongan pesakit diabetes ada kalanya beralih kepada penggunaan pemanis tiruan bagi menyedapkan rasa makanan tanpa perlu bimbang akan kenaikan paras gula. Namun, pakar-pakar penyelidik antarabangsa juga berkali-kali mengingatkan bahawa sesetengah produk 'bebas gula' turut mengandungi pemanis tiruan seperti sorbitol dan mannitol. Biarpun dengan kadar kalori yang rendah, jenis pemanis ini masih berpotensi menjejaskan paras gula dalam darah pesakit diabetes. Kelompok pemanis tiruan yang tidak bernutrisi pula antaranya terdiri daripada nama-nama seperti aspartam, sakarin, sukralose dan asesulfame potasium (K). Tahap kemanisan bahan-bahan artifisial yang terhasil daripada bahan kimia ini lazimnya adalah 200 kali ganda daripada gula biasa. Aspartam ialah ialah sejenis bahan kimia yang disintesis dalam kilang terdiri dari gabungan tiga jenis bahan kimia iaitu 40 peratus asid aspartic, 50 peratus phenylalanine dan 10 peratus methanol. Tahap kemanisannya 180 kali ganda lebih manis dari gula biasa iaitu sukros. Generasi baru aspartam dikenali sebagai neotame yang baru mendapat kelulusan FDA memiliki kemanisan 13,000 kali ganda lebih tinggi dari gula biasa.

Aspartam boleh dijumpai dalam produk seperti Equal, diet Pepsi atau diet Coke. Soda diet biasanya bebas dari sejenis gula dikenali sebagai fruktos atau sirap jagung tetapi ia dikatakan mengandungi gula tiruan iaitu aspartam. Kebanyakan produk yang mengandungi aspartam biasanya mencatatkan perkataan aspartam atau bebas dari gula. Apabila aspartam dihadamkan di dalam badan, ia akan terurai kepada tiga sebatian asal yang digunakan dalam proses pensintesisannya iaitu methanol, phenylalanine dan asid aspartic. Aspartam akan terurai kepada methanol apabila bertindak balas dengan sejenis enzim dalam usus. Produk-produk yang terdedah kepada suhu tinggi membebaskan methanol pada kadar kelajuan yang tinggi dalam usus. Alkohol yang lebih beracun dari ethanol ini kemudian diserap ke dalam aliran darah pada kuantiti yang tinggi. Ia dinyahkan dari tubuh pada kadar yang rendah. Masalah keracunan methanol yang utama ialah berkaitan penglihatan termasuk penglihatan kabur, pengecutan dimensi penglihatan, kerosakan retina dan buta. Masalah-masalah lain ialah sakit kepala, telinga

berdengung, pitam, loya, gangguan sistem penghadaman, lesu, seram sejuk, gangguan memori, kebas pada jari-jari tangan dan kaki, gangguan perangai, sel-sel saraf membengkak dan fungsinya terganggu. Selain itu, methanol teroksida kepada asid formic dan formaldehyde. Dalam kehidupan seharian, asid formic ialah cuka getah digunakan untuk membekukan getah. Formaldehyde diletakkan dalam kategori sianida dan arsenik yang semuanya sangat beracun kepada sel-sel saraf dan sel-sel lain tubuh. Ia menyebabkan kerosakan retina, kecacatan pada bayi dalam kandungan dan pembentukan kanser kerana sifatnya yang karsinogen dan mampu mengganggu proses penyalinan (replikasi) DNA. Keracunan methanol pada manusia dikatakan memberi kesan berkali ganda lebih tinggi dari yang dialami oleh haiwan. Oleh itu keputusan kajian aspartam atau methanol yang dijalankan pada haiwan tidak menunjukkan tahap kebahayaan yang dialami manusia.

Seterusnya ialah phenylalanine. Phenylalanine (PA) ialah sejenis asid amino yang terdapat dalam otak. Individu yang mengalami

phenylketonuria kebiasaannya mengalami paras PA yang tinggi. Individu yang sering mengambil PA pada paras yang tinggi di samping makanan berkarbohidrat biasanya akan mengalami paras PA yang tinggi dalam darah walaupun mereka tidak mengalami phenylketonuria. Paras PA yang tinggi menyebabkan paras serotonin yang

berkurangan. Hasilnya seseorang akan mengalami kemurungan. PA yang berlebihan juga menjadi punca kepada keresahan, insomnia, tekanan darah tinggi, gila (schizophrenia), dan sawan. Sebuah laporan menunjukkan PA yang diambil pada kadar yang tinggi secara berpanjangan boleh menyebabkan perasaan seseorang naik turun, mudah marah, gangguan kepada fungsi otak dan kerosakan otak. Walau bagaimanapun, individu ini tidak mengalami phenylketonuria dan simptomsimptom tersebut akan hilang apabila individu tersebut berhenti daripada meminum minuman yang mengandungi PA. Seseorang yang mengalami kemurungan atau keresahan juga akan dinasihatkan oleh doktor untuk menggantikan gula dengan aspartam. Akhirnya, mereka bergantung hidup kepada ubat anti kemurungan. Sebatian seterusnya yang terurai daripada aspartam ialah asid aspartic. Asid aspartic ialah sejenis asid amino yang akan berubah menjadi aspartate apabila berada di dalam badan. Aspartate bertindak sebagai neurotransmitter dalam otak dengan memindahkan informasi dari satu sel otak (neuron) ke sel otak yang lain. Jumlah aspartate yang tinggi akan menyebabkan kalsium masuk ke dalam otak dengan banyak lalu menyebabkan penjananan radikal bebas pada kadar yang tinggi. Kesannya, sel-sel otak akan rosak dan mati. Otak kita mengandungi satu sistem yang dikenali sebagai halangan antara otak dan darah (blood brain barrier) yang berfungsi menghalang bahan-bahan kimia beracun termasuk aspartate dari memasuki otak. Walau bagaimanapun, jika paras aspartate tinggi di dalam darah, ia akan masuk ke

dalam otak. Apabila aspartate mula masuk ke dalam otak, sel-sel otak akan mula rosak secara perlahan-lahan. Petanda-petanda kerosakan ini hanya boleh dikesan setelah seseorang individu itu mengalami kerosakan lebih daripada 75 peratus pada sel-sel otaknya. Antara petanda-petanda tersebut ialah masalah memori atau pendengaran, paras gula menjadi rendah dan nyanyuk. Kesimpulannya, penggunaan gula alternatif atau pemanis tiruan ini sebenarnya merupakan silent killer kepada tubuh manusia. Jika diambil secara berlebihan, maka ia akan perlahan-lahan memberi kemudaratan kepada kita. Perlu diketahui, Malaysia menduduki tempat pertama di kalangan negara ASEAN dari segi paling ramai rakyatnya memiliki obesiti dan tempat keenam di kalangan negara Asia Pasifik. Oleh itu, sebagai seorang pengguna, kita perlu bijak membaca label dan mengurangkan pengambilan gula dalam makanan atau minuman. Adalah diingatkan kehidupan yang lebih manis dan bermakna pada hari esok tidak terletak pada amaun gula yang ditambah, tetapi pada jumlah sukatan gula yang anda kurangkan pada hari ini. Bak kata pepatah yang sering digempar gempurkan di media massa, kurangkan gula dalam makanan, lebihkan manis dalam senyuman.

BIBLIOGRAFI Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi. (2003). Konsep Kesihatan Melalui Pemakanan: Pendekatan Islam dan Sains. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Theng T. O. (2008). Compact Guide Chemistry SPM Bilingual. Selangor: Arah Pendidikan Sdn Bhd 5 Reasons Aspartame is Bad for You. Dimuat turun pada 16 September 2013 daripada http://www.fitday.com/fitness-articles/nutrition/healthyeating/5-reasons-aspartame-is-bad-for-you.html#b 200 Kali Lebih Manis. Dimuat turun pada 16 September 2013 daripada http://www.bharian.com.my/articles/KadarobesitidiMalaysiatertinggidikal angannegaraASEAN/Article/ Aditif Halal. Dimuat turun pada 16 September 2013 daripada Dimuat turun pada 16 September 2013 daripada

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/aditif-halal Aditif Makanan: Apa yang Perlu Anda Tahu?. Dimuat turun pada 16 September 2013 daripada

http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php?option=com_content&view=a rticle&id=2163&Itemid=7 Aditif Makanan: Halal atau Haram? Dimuat turun pada 16 September 2013 daripada http://jknkedah.moh.gov.my/v3/penerbitan/kkm/ADITIF%20MAKANAN, %20HALAL%20ATAU%20HARAM.pdf Aspartame: By Far the Most Dangerous Substance Added to Most Foods Today. Dimuat turun pada 16 September 2013 daripada

http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2011/11/06/aspartamemost-dangerous-substance-added-to-food.aspx Aspartame Side Effects. Dimuat turun pada 16 September 2013 daripada http://www.sweetpoison.com/aspartame-side-effects.html Bukan Semua Alkohol Haram. Dimuat turun pada 16 September 2013 daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0525&sec=Bica ra_Agama&pg=ba_03.htm Chemical Cuisine: Learn about Food Additives. Dimuat turun pada 16 September 2013 daripada

http://www.cspinet.org/reports/chemcuisine.htm#hfcs Etil Alkohol dalam Makanan. Dimuat turun pada 16 September 2013 daripada makanan http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/etil-alkohol-dalam-

You might also like