You are on page 1of 4

2.

CIRI-CIRI MURID PEMULIHAN MATEMATIK Terdapat beberapa ciri yang boleh guru kenal pasti murid yang mempunyai masalah di dalam Matematik. Ciri-ciri ini selalunya sangat ketara ditunjukkan oleh murid pemulihan. Oleh itu, guru perlu bertindak dalam membantu murid-murid yang bermasalah ini agar tidak ketinggalan dalam pelajaran. Berikut adalah ciri-ciri murid pemulihan yang mempunyai masalah pembelajaran dalam matematik.

Diskalkulia

Tidak dapat menolak nombor bulat dalam lingkungan 1-10

Tidak tahu menyelesaikan masalah

Tidak faham konsep atau simbol

Tidak faham ayat matematik

Tidak faham nilai tempat

Masalah penguasaan nombor

Masalah menghafaz sifir darab

Tidak boleh mendarab nombor dua digit dengan dua digit

Masalah dalam operasi bahagi

Keupayaan yang terhad dalam pencapaian berbanding rakan sebaya

Masalah keupayaan visual-ruang

Masalah hitungan matematik sosial (wang)

Masalah hitungan matematik sosial (masa & waktu)

Masalah hitungan matematik sosial (ukuran & sukatan)

Masalah dalam pecahan

Sukar menyatakan nilai perpuluhan

Ciri-ciri masalah pembelajaran murid pemulihan matematik

Ciri pertama yang dapat dikenal pasti oleh guru terhadap murid pemulihan yang bermasalah dalam matematik adalah masalah diskalkulia. Diskalkulia adalah masalah kurang kebolehan mempelajari matematik disebabkan terdapat satu kawasan yang tertentu dalam otak yang tidak berfungsi dengan normal. Murid-murid yang menghadapi masalah diskalkulia sangat senang dikenal pasti. Ciri-ciri murid yang mempunyai masalah diskalkulia yang pertama adalah murid tersebut sukar untuk mempelajari dan mengingati nombor. Hal ini adalah kerana lemahnya otak untuk memproses maklumat yang diterima. Selain itu juga, murid juga akan sukar memahami konsep nombor. Murid tidak memahami konsep bagi nombor 1 dan bilangan yang mewakili nombor 1. Di samping aspek pengiraan, murid yang mempunyai masalah diskalkulia juga menghadapi masalah dalam membaca dan menulis nombor. Contohnya murid akan terkeliru dengan nombor 12 dengan 21. Mereka juga berpotensi untuk melakukan kesilapan dalam membaca nombor. Contohnya nombor 2007 dibaca sebagai dua ratus tujuh. Ciri kedua masalah pembelajaran matematik adalah murid tidak dapat menolak nombor bulat dalam lingkungan 1 sehingga 10. Hal ini adalah kerana murid tidak dapat memahami konsep nombor dan konsep penolakan. Faktor lain yang menjadi masalah kepada murid dalam memahami konsep penolakan nombor bulat 1 sehingga 10 adalah kerana tidak tahu nilai setiap nombor yang ditolak. Contohnya murid menganggap nilai 8 adalah lebih besar daripada 10. Oleh itu, apabila guru meminta murid membuat penolakan nombor bulat lingkungan 1 sehingga 10, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut. Ciri ketiga pula adalah tidak tahu menyelesaikan masalah matematik. Hal ini kerana murid tidak memahami soalan matematik yang dibaca. murid pemulihan mempunyai tahap kognitif yang rendah. Oleh itu, mereka tidak dapat

menginterprestasikan soalan yang dibaca dengan imaginasi mereka. Contohnya soalan mengenai penolakan yang meminta murid untuk melukis jumlah objek yang tinggal selepas ditolak. Soalan yang terlalu panjang juga membuatkan murid pemulihan tidak dapat menganalisis kehendak soalan.

Ciri keempat adalah murid tidak faham konsep atau simbol. Contoh konsep yang tidak difahami oleh murid adalah konsep penambahan dan penolakan. Mereka tidak faham bahawa konsep penambahan adalah penambahan berulang-ulang.. Murid

seharusnya diajar untuk memahami konsep sesuatu operasi bukan dengan menghafal sesuatu konsep. Bagi murid yang menghafal konsep, mereka akan melakukan kesilapan dalam mencari beza sesuatu nilai. Contohnya beza nilai 4 dan 7. Murid-murid yang menghafal berkemungkinan akan melakukan penolakan 4 - 7 sedangkan nilai kecil tidak dapat menolak nilai yang besar. bersamaaan dengan 2-5. Tidak faham ayat matematik juga menjadi satu ciri masalah pembelajaran matematik. Hal ini adalah kerana soalan matematik yang terlalu panjang untuk murid pemulihan. selain itu juga, murid sukar menganalisis kehendak soalan yang dikehendaki. Contohnya, soalan menghendaki murid mencari jumlah keseluruhan gulagula yang dikumpul oleh Ali. Murid tidak dapat memahami soalan sekaligus mencari jawapan kepada soalan tersebut. Murid pemulihan juga menghadapi masalah dalam memahami nilai tempat. Konsep nilai tempat merupakan suatu aspek penting dalam sistem penomboran kerana kedudukan digit dalam sesuatu nombor mempunyai nilai tertentu. Contohnya nilai sa dan puluh. Murid akan keliru dengan nilai setiap nombor dan menganggap nombor tersebut adalah sama. contohnya nombor 20 sama dengan 2. Masalah penguasaan nombor juga menjadi masalah kepada murid pemulihan di dalam subjek Matematik. Murid tersebut tidak boleh mengenal nombor yang seakanakan sama. contohnya adalah seperti nombor 6 dengan 9, 1 dengan 7 dan 2 dan 3. Bagi murid tersebut, nombor ini adalah sama. Murid tidak boleh menulis nombor-nombor yang seakan-akan sama dengan tepat. Selain itu, murid-murid ini juga tidak boleh menulis mengikut turutan. Mereka tidak tahu nombor yang mana satu lebih besar. Contohnya adalah nombor 6 atau 7. Selain konsep penambahan dan penolakan, murid juga tidak faham konsep tukar tertib. Contohnya 5 +2 = 2+5 dianggap 5-2 juga

Selain masalah penguasaan nombor, murid pemulihan menghadapi masalah dalam menghafaz sifir darab dengan tepat. Hal ini disebabkan mereka mempunyai tahap kognitif yang rendah. Oleh yang demikian, mereka menghadapi untuk mengingat perkara. Ini merupakan ketidakupayaan murid dalam menguruskan maklumat untuk penyimpanan. Kesukaran mengingat meghalang murid daripada menyimpan fakta dengan lama. Murid pemulihan juga tidak boleh mendarab nombor dua digit dengan dua digit. Mereka sangat lambat dalam mengira. Contohnya adalah 10 x 10. Disebabkan murid pemulihan ini mempunyai masalah di dalam pendaraban walaupun satu digit, dengan itu secara automatik mereka akan menghadapi masalah di dalam mendarab dua digit. Murid yang mempunyai masalah pembelajaran juga menunjukkan kesukaran dalam keupayaan visual-ruang. Mereka menghadapi masalah menulis dalam garis lurus, menggunakan garis nombor dan menentukan arah. Terdapat juga antara mereka yang menunjukkan kesukaran dalam penggunaan strategi kognitif dan metakognitif. Muridmurid ini menghadapi masalah matematik menentukan dan memilih strategi yang betul dalam menyelesaikan masalah. Mereka juga menghadapi masalah menguruskan maklumat, membuat perancangan, membuat pengesanan terhadap proses

penyelesaian masalah dan membuat generalisasi kepada situasi yang serupa.

You might also like