You are on page 1of 13

BIOSFERA TANAH

BIOSFERA TANAH (Isu ketidaksuburan tanah) Oleh : Norhafieza binti Awang PISMP Sains Januari 2010

Ekosistem merupakan satu sistem yang melibatkan interaksi antara satu komuniti yang bernyawa iaitu manusia, haiwan dan tumbuhan dengan alam sekitarnya yang tidak bernyawa. Ekosistem mempunyai dua komponen yang utama iaitu komponen biotik dan komponen abiotik. Komponen biotik merangkumi bendabenda hidup yang terdapat di dalam sesebuah ekosistem iaitu merangkumi manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan mikroorganisma. Komponen ini boleh dipecahkan kepada tiga kumpulan utama iaitu pengeluar, pengguna dan pengurai. Namun, hanya kumpulan pengurai sahaja yang akan dibincangkan dalam artikel pada kali ini. Pengurai adalah merupakan agen saprofik iaitu terdiri daripada bakteria, kulat dan cacing. Ia berperanan untuk mengurai bahan-bahan organik seperti bangkai haiwan, manusia dan tumbuh-tumbuhan yang mana ia akan membebaskan nutriennutrien bukan organik seperti nitrogen, karbon dan lain-lain dan akan digunakan kembali oleh tumbuhan untuk pembesarannya Berikut adalah agen saprofit yang tinggal di dalam tanah iaitu :

(a) Cacing tanah

(b) Bakteria

(c) Kulat

BIOSFERA TANAH

Semua bahan organik yang telah mati seperti bangkai haiwan dan tumbuhan yang terdedah kepada panas dan dingin, serta proses kimia boleh mereput menjadi humus. Ini termasuklah tahi binatang dan daun serta batang kayu. Terdapat banyak bakteria dalam tanah yang akan menghancurkan bahan-bahan organik ini. Gambar dibawah menunjukkan beberapa contoh bahan yang boleh mereput :

a) Bangkai burung

b) Bangkai anjing

c) Sisa makanan

d) Batang kayu

Cacing juga merupakan salah satu pengurai yang baik. Cacing turut memberikan sumbangan besar kepada kesuburan tanah. Cacing tanah kebiasaanya bewarna merah, merah keperangan, ada yang bewarna pucat, dan kehijauan. Struktur cacing tanah berbentuk bulat dan bersegmen. Cacing tanah adalah haiwan pengurai paling utama dalam tanah berbanding spesis lain.
2

BIOSFERA TANAH

Tambahan itu juga, banyak kebaikkan yang diperolehi dengan kehadiran cacing tanah di dalam tanah dimana ia dapat membantu dalam menyuburkan tanah pertanian. Tanah pertanian yang di dalamnya banyak terdapat cacing tanah akan menjadi lebih subur. Hasil penelitian membuktikan bahawa kotoran cacing tanah yang bercampur dengan tanah atau bahan organik lainnya (disebut casting) merupakan hasil yang sangat baik.

Rajah 3 : Cacing Tanah

Selain

itu

juga,

kehadiran

cacing

tanah

ini

juga

membantu

dalam meningkatkan daya penyerapan air permukaan tanah. Cacing tanah mampu meningkatkan daya serap air pada permukaan tanah, adapun prosesnya sebagai berikut :

Cacing membuat lubang-lubang dalam tanah, lubang tersebut akan dipenuhi casting. Casting akan membantu akar mampu menembus tanah lebih dalam, kerana tanah yang awalnya padat telah diubah oleh cacing menjadi gembur.

Permukaan tanah yang gembur akan meningkatkan kemampuan tanah di dalam menyerap air pada musim hujan.

BIOSFERA TANAH

Penyerapan air yang baik pada tanah akan meningkatkan pertumbuhan tanaman menjadi subur. Tambahan itu juga, cacing tanah turut membantu dalam memperbaiki dan

mempertahankan struktur tanah. Lubang-lubang dalam tanah, dan humus secara langsung dapat menjadikan tanah menjadi gembur. Tanah yang gembur merupakan syarat penting untuk pertumbuhan tanaman. Kegemburan tanah akan menjamin kemasukan udara (oksigen) ke dalam tanah. Peredaran udara yang baik di dalam tanah memungkinkan pertumbuhan bakteria yang bersimbiosis dengan akar tanaman. Dengan demikian keadaan tanah yang rosak dapat diperbaiki dan struktur fizikal tanah dapat dipertahankan dengan baik. Ekosistem di dalam tanah seperti bakteria banyak membantu dalam menjalankan proses kitaran. Salah satu kitar yang berlaku dalam tanah adalah kitar nitrogen. Unsur nitrogen diperlukan untuk membentuk protein dalam haiwan dan tumbuhan dalam haiwan dan tumbuhan. Walaupun terdapat kira-kira 78% nitrogen di atmosfera, gas ini tidak dapat digunakan secara langsung oleh haiwan dan tumbuhan. Tumbuhan perlu memperolehi nitrogen daripada tanah dalam membentuk ion nitrat yang terlarut dalam air tanah. Kitar nitrogen adalah satu kitar yang mengalihkan unsur nitrogen dari atmosfera dan kemudian dikembalikan di atmosfera. Nitrogen di atmosfera boleh di kitar semula. Pengikatan nitrogen dari udara berlaku melalui 2 cara iaitu tindakan kilat dan aktiviti bakteria pengikat nitrogen. Kitar nitrogen akan berlaku apabila tumbuhan dan haiwan mati dan mengalami proses penguraian dan pereputan. Proses penguraian dan pereputan oleh mikroorganisma akan menghasilkan ammonium nitrat. Sebahagaian daripada nitrat ditukarkan kepada gas nitrogen oleh bakteria pendenitratan. Kemudian, gas nitrogen dibebaskan ke atmosfera dan akan digunakan kembali oleh tumbuhan.

BIOSFERA TANAH

Rajah 4 : Kitar nitrogen

Bakteria di dalam tanah adalah diperlukan bagi menjalankan kitar nitrogen. Antara kepentingan kitar nitrogen adalah untuk memastikan simpanan nitrogen dalam bentuk nitrat di dalam tanah mencukupi untuk mengekalkan kesuburan tanah. Selain itu, kitar ini membolehkan semua unsur biotik berterusan untuk terus hidup dan membantu keseimbangan ekosistem dengan memastikan unsur nitrogen yang diguna dikembalikan semula ke dalam ekosistem tersebut. Jika tiada kehadiran agen saprofit seperti cacing, kulat dan bakteria di dalam tanah, tanah di sesuatu kawasan akan menjadi tidak subur.
5

BIOSFERA TANAH

Oleh itu, isu yang ingin difokuskan pada kali ini adalah mengenai tanah yang tidak subur di Malaysia. Tanah yang tidak subur sudah tentu akan menjejaskan pengeluaran hasil tanaman pertanian. Pengetahuan asas mengenai tanah amatlah penting buat setiap pengusaha tani bagi menjamin hasil pertanian yang lumayan. Sekiranya hasil pertanian tidak memberangsangkan, sudah tentu pengusaha akan mengalami kerugian saban tahun.

Rajah 5 : Tanah yang kurang subur

Tanah yang tidak subur kebiasaannya terjadi di tanah-tanah terbiar seperti tanah bekas lombong, bendang, tanah paya dan tanah gambut. Selain itu, kawasan sekitar bandaraya dan di kawasan perindustrian juga boleh menyebabkan tanah menjadi kurang subur. Ini adalah berpunca oleh pembangunan yang kian pesat membangun. Dengan pembinaan rumah dan bangunan, tanah akan ditutupi dengan lapisan simen dan juga tar bagi pembinaan jalan raya. Ini akan menyebabkan ekosistem tanah akan terganggu. Oksigen akan terhalang untuk memasuki ke dalam tanah. Disamping itu, pencemaran tanah juga boleh menjadi punca yang menyebabkan tanah menjadi kurang subur. Pencemaran tanah ialah perbuatan yang
6

BIOSFERA TANAH
berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ianya disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk cecair atau pepejal. Bahan pencemar ini boleh terdiri daripada organik, kimia atau fizik. Keseriusan pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah. Pencemaran menunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang dan akan bertukar warna menjadi kehitaman serta tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut menjadi layu atau mati. Salah satu punca pencemaran tanah ialah pembuangan bahan-bahan daripada industri seperti minyak, sisa toksik dan sisa-sisa dari kilang. Bahan-bahan buangan ini menyebabkan tanah hilang kesuburan.

Rajah 6 : Pencemaran tanah yang dilakukan oleh manusia

Kesan buruk yang akan berlaku disebabkan kurangnya kesuburan tanah ialah tanah tidak sesuai lagi untuk menjalankan aktiviti pertanian kerana bahan kimia dari bahan buangan akan membunuh tumbuhan yang ditanam. Selain itu, senjata nuklear yang diuji oleh negara-negara barat turut mengancam kualiti tanah dunia. Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan tanah tidak subur malah, tanah turut menyimpan bahan radioaktif yang mampu membunuh manusia secara perlahan. Pelbagai tanda ketidakserasian tanah dengan tanaman akan terbentuk pada tumbuhan seperti terdapat tompokan kuning pada daun, pertumbuhan pokok menjadi lambat dan tidak mengeluarkan buah, pembentukan bunga terhalang,
7

BIOSFERA TANAH
tumbuhan pucuk dan pokok akan terbantut dan menjadi kecil atau pun tidak normal, buah menjadi lambat matang dan masak.

Rajah 7 : Pokok yang terbantut pembesaran dan juga tompokan kuning pada daun Disamping itu, pembuangan sampah di merata-rata tempat turut mengundang kedatangan serangga dan haiwan pembawa penyakit seperti tikus atau lalat. Secara tidak langsung, serangga dan haiwan pembawa penyakit boleh memudaratkan kesihatan manusia seperti penyakit taun. Banyak pokok yang akan mati apabila ditanam di tempat yang kurang kesuburan tanah. Oleh itu, manusia mungkin tidak akan berpeluang untuk melihat keindahan alam ini lagi jika masalah ini berlaku secara berterusan. Sampah sarap dan sisa-sisa makanan yang dibuang di atas tanah akan menyebabkan keadaan yang tidak selesa kepada penduduk. Oleh itu, salah satu cara untuk menyuburkan kembali tanah adalah dengan memberikan baja kepada tanah tersebut. Selain itu, baja kompos juga dapat dihasilkan daripada aktiviti yang dijalankan oleh cacing. Oleh itu, penghasilan baja kompos kini semakin mendapat tempat di hati para peladang. Baja kompos terhasil apabila bahan organik yang mereput dan memecah kepada bahan yang kaya dengan nutrien yang dipanggil sebagai humus melalui haba dan respirasi yang dilakukan oleh organisma dalam tanah iaitu cacing, semut, bakteria dan kulat. Sebarang bentuk bahan organik seperti daun, sisa makanan dan najis haiwan boleh menjadi baja kompos.
8

BIOSFERA TANAH

Pembuatan Baja Kompos Industri baja organik pada masa kini amat berkembang pesat adalah di sebabkan pihak kerajaan amat menggalakkan para usahawan menceburi sektor pertanian. Pihak kerajaan amat menggalakkan para peladang untuk menggunakan baja kompos bagi mengurangkan kos jika dibandingkan dengan penggunaan baja kimia.

Kerajaan Malaysia juga menggalakkan agar rakyat memulakan program kompos di rumah bagi mengurangkan sampah sarap yang dihasilkan dari rumah. Baja tersebut boleh ditaburkan kepada tanaman yang terdapat di sekitar kawasan rumah seperti pokok cili, sayuran hijau dan pokok buah buahan. Oleh itu, bagi masyarakat seperti penternak kecil-kecilan pula, mereka juga boleh menggunakan sisa ladang mereka seperti najis haiwan yang ada untuk di jadikan pendapatan sampingan dengan menjadikan sisa ladang sebagai baja kompos. Di samping itu, penternak juga dapat mengamalkan konsep sifar sisa dalam ladang mereka.

Sehubungan dengan itu, pembuatan baja kompos dapat membantu menyelesaikan banyak masalah alam sekitar jika dilakukan dalam sesebuah komuniti dan disertai oleh ramai individu. Hampir 40 peratus daripada sampah sarap di rumah kita setiap hari terdiri daripada sayur-sayuran dan sisa dapur yang lain. Cara yang biasa dilakukan untuk menghapuskan sampah ini ialah dengan melonggokkan bahan yang berguna ini di tempat pembuangan sampah. Pembuatan baja kompos menggunakan bahan organik ini adalah dengan mengitar semula
9

BIOSFERA TANAH

sampah kepada humus yang kaya dengan nutrient. Ini akan mengurangkan sampah sarap di negara kita.

Rajah 5 : Tanaman cili yang menggunakan baja kompos

Dengan penggunaan najis haiwan dan sisa-sisa terbuang yang dijadikan sebagai baja untuk tanaman, sememangnya isu halal haram sentiasa menjadi keutamaan masyarakat Muslim di negara ini. Apabila menyentuh soal halal dan haram, ia tidak sahaja merujuk kepada produk makanan semata-mata. Malah, ada yang lebih sensitif daripada itu sehingga menimbulkan kegusaran pengguna Islam termasuklah perkara penggunaan baja organik yang mempunyai bahan utama berasaskan najis babi. Rentetan laporan media tersebut, ternyata terkesan kepada masyarakat Muslim kerana menyentuh sensitiviti agama Islam. Oleh itu, merujuk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil 5/1427 pada 6 Zulhijjah 1427H bersamaan 27hb Disember 2006 menyatakan bahawa harus menjual dan memperdagangkan najis (tahi manusia atau haiwan) yang ada manfaat iaitu untuk dijadikan baja bagi tanaman.

10

BIOSFERA TANAH

Rajah 6 : Fatwa mengenai baja daripada najis manusia dan haiwan

Sehubungan itu, tokoh ilmuwan Islam dan juga pendakwah bebas, Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz berkata, pengguna Muslim tidak perlu gusar. "Bagaimanapun, sekiranya timbul syak wasangka atau waswas terhadap sayursayuran yang ingin dibeli maka pilihlah kepada yang lebih jelas dan terang sah halalnya. "Apa yang perlu difahami adalah, fatwa telah dikeluarkan oleh mereka yang ahli dan yang bertanggungjawab di dalam bidang tersebut. Namun, jika masih timbul keraguan maka tinggalkan, kerana pengguna di Malaysia masih mempunyai pilihan," katanya. Indah Water Melaka juga turut menggunakan najis haiwan dan manusia yang diproses untuk dijadikan baja. Namun, baja yang dihasilkan ini hanya digunakan untuk menyiram pokok-pokok bunga yang terdapat di sekitar kawasan Negeri Melaka. Baja ini tidak digunakan bagi tujuan pertanian bagi sayur sayuran dan buah buahan. Bagi pendapat saya, Ini merupakan satu langkah bijak yang dilakukan oleh
11

BIOSFERA TANAH
pihak Indah Water bagi menggunakan kembali bahan buangan daripada najis manusia dan sisa-sisa makanan.

Rajah 7 : Indah Water menghasilkan baja daripada najis manusia dan haiwan

Selain itu, pihak kerajaan juga telah mewujudkan Jabatan Pertanian bagi memberi perkhidmatan berkaitan dengan tanah. Pengusaha tani boleh memohon untuk menjalankan perkhidmatan penyiasatan tanah yang belum diterokai atau tanah ladang pertanian untuk mengenalpasti keadaan dan kesesuaian tanah sama ada tanah tersebut subur atau tidak. Perkhidmatan yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber Tanah Jabatan Pertanian ini juga menerima permohonan bagi menjalankan penyiasatan lain-lain kegunaan seperti pembinaan infrastruktur, perancangan Bandar dan desa selain untuk perkhidmatan bagi perancangan dan projek pembangunan pertanian dengan mengenakan bayaran tertentu.

12

BIOSFERA TANAH
Sebagai manusia yang prihatin terhadap alam sekitar, masyarakat perlu menghargai anugerah tanah yang diberikan oleh Allah S.W.T. Kita perlu menjaga alam sekitar dan kesuburan tanah bagi membantu pertumbuhan pokok. Tambahan itu juga, rakyat Malaysia khususnya yang berada di kawasan Bandar digalakkan untuk mengadakan aktiviti bergotong royong bagi menanam semula tumbuh tumbuhan di kawasan tempat tinggal mereka. Ini bagi memastikan tanah di kawasan mereka terus kekal subur di samping dapat menghijaukan kembali bumi kita. Selain itu, masyarakat juga perlu menjaga alam sekitar dengan tidak membuang sampah merata-rata untuk menjaga kesuburan tanah. Hanya sampah organik sahaja yang berguna untuk tujuan pereputan dan penguraian yang akan dilakukan oleh agen pengurai. Manakala bagi sampah lain seperti plastik hanya akan membuatkan alam sekitar menjadi kotor dan kurang kondusif. Kesimpulannya, kesuburan tanah amat perlu dititikberatkan oleh setiap individu yang hidup di atas muka bumi ini. Masalah ini sering berpunca daripada aktiviti manusia yang rakus terhadap alam sekitar. Jika masalah ini tidak dibendung, lambat laun semua tanah di bumi akan mengalami ketidaksuburan dan semua tumbuhan tidak dapat hidup.

13

You might also like