You are on page 1of 3

BAB 1: KOMPOS (PERTANIAN TING.

1) Pengenalan Kompos - baja organik yang didapati daripada bahan sisa tanaman, sisa makanan, dan najis ternakan. - merupakan sistem pertanian mesra alam yang tidak menggunakan baja kimia atau racun perosak. - dapat memelihara kesihatan dan alam sekitar yang sihat. Maksud kompos - baja organik hasil pereputan sisa tanaman, sisa makanan dan najis ternakan. Kepentingan kompos 1. Menambah kesuburan tanah membekalkan zat nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan untuk membesar. 2. Membaiki struktur dan pengudaraan tanah - Penambahan kompos pada tanah liat akan membaiki pengudaraan pada tanah tersebut. Tanah pasir dapat menyerap air dan berupaya menahan lebih banyak air apabila ditambah dengan kompos. 3. Menggantikan baja kimia Penggunaan kompos dalam penanaman menggantikan baja kimia. mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar. terutama sayur-sayuran dapat

4. Memperbaiki saliran tanah memperbaiki saliran tanah liat dan menahan lebih banyak air pada tanah liat. Bahan membuat kompos dan fungsinya Bil Bahan Contoh 1. Sisa tanaman Jerami padi, batang jagung, rumput, daun lalang 2. Sisa makanan Sisik ikan, kulit buah-buahan, kulit udang, kulit telur 3. Najis Tahi lembu, tahi ayam, tahi ternakan kambing 4. Kapur Kapur tohor, kapur mati, kapur dolomit Fungsi Bahan utama kompos Bahan penguraian Mengandungi mikroorganisma yang membantu mempercepat proses pereputan Meneutralkan keadaan berasid dan membantu pembiakan organisma bagi mempercepat proses penguraian

Pembinaan Kompos - menentukan saiz timbunan kompos, iaitu 1.5 m lebar tapak dan 1.2 m tinggi. - panjang timbunan batas bergantung kepada bahan tersedia dan keperluan. - Tapak timbunan di bahagian bawah haruslah lebih lebar daripada bahagian atas untuk memberi kestabilan yang sesuai kepada timbunan kompos.

Saiz timbunan kompos Langkah-langkah membina timbunan kompos 1. Potong sisa tanaman kecil-kecil. Ranting kayu dan batang pokok boleh dipotong dengan menggunakan mesin shredder atau chipper. 2. Bina satu lapisan setebal 10-15 cm bahan kasar seperti batang jagung, jerami padi atau ranting sebagai tapak asas. 3. Di atas tapak asas, letak satu lapisan bahan sisa tanaman setebal 10-15 cm. 4. Renjiskan sedikit kapur di atas lapisan bahan sisa tanaman. 5. Di atas kapur, letak sekali lagi sisa tanaman setebal 10-15 cm. 6. Kemudian, letakkan selapis najis ternakan setebal 2.5-5 cm. 7. Ulangi langkah 3-6 sehingga ketinggian mencapai 1.2 meter. 8. Siram timbunan sehingga lembap. 9. Tutup timbunan dengan lapisan kasar seperti rumput kering untuk mengelakkan sejatan dan air yang berlebihan. Pengurusan Kompos - bahan-bahan kompos diuraikan oleh mikroorganisma, haba akan dihasilkan. - Suhu sehingga 60-67 C dalam masa 4-5 had pertama. - Suhu yang tinggi membunuh semua serangga perosak dan biji benih rumpai. - Suhu akan beransur turun dalam masa 30 hari kepada suhu biasa. Menguji kejayaan kompos Ujian untuk menentukan kejayaan kompos boleh dilakukan selepas 4-5 hari. Langkahlangkah menguji timbunan kompos adalah seperti yang berikut: 1. Sediakan sebatang kayu yang kering dan licin kira-kira 1 m panjang. 2. Cucukkan batang kayu tersebut ke dalam timbunan kompos. Selepas 10-15 minit, tarik keluar batang kayu tersebut. 3. Rasa batang kayu dengan tangan. Buat kesimpulan berdasarkan Jadual di bawah. Keadaan batang kayu Keterangan Panas dan lembap Bahan kompos sedang diurai Kering dan sejuk Bahan kompos tidak diurai Panas dan kering Timbunan kompos memerlukan siraman air Tindakan Biarkan proses pereputan terus berlaku Timbunan kompos perlu dibina semula Timbunan kompos perlu dibina semula

Membalik-balikkan Timbunan Kompos Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah untuk: 1. memperbaik saliran dan pengudaraan. 2. menguraikan bahan kompos di sebelah luar dengan sekata. - Timbunan kompos yang telah digaul perlu dibina semula. Timbunan kompos diuji semula selepas 4-5 hari.

Kompos yang dibina sudah boleh digunakan setelah timbunan itu menjadi sejuk dan rendah, lebih kurang 1/3 daripada jumlah asal. - Kompos yang baik berwarna hitam, tidak berbau dan semua bahan telah reput dengan sempurna. Penggunaan kompos - kompos yang proses pereputannya tidak lengkap akan mengurangkan nitrogen yang dapat diperoleh
tumbuhan.

kompos boleh dijadikan sebagai baja asas. Kompos boleh dicampur terus kepada tanah dengan kadar 5 kg per meter persegi. kompos juga digunakan sebagai sungkupan. Kompos boleh diletakkan di sekeliling pokok atau batas sayuran untuk mengurangkan hakisan, menahan kelembapan dalam tanah dan mengekalkan kerendahan suhu tanah. kompos yang separuh reput boleh digunakan sebagai bahan timbunan kompos yang baru. Bahan ini diletakkan di antara lapisan-lapisan sisa tumbuhan.

You might also like