You are on page 1of 5

Pra3106Teknik Boneka Definisi bonekaBoneka merupakan sebarang benda atau objek yang digerak lakukan oleh pemainsamaada secara

sentuhan atau arahan yang bertujuan untuk menyampaikan mesej. Apa sahajaobjek boleh menjadi boneka selagi ia digerakkan oleh pemain. Pemain juga akan cubamenghidupkan watak menerusi dialog yang dpertuturkan atau aksi boneka tanpa sebarangdialog. Selain itu, boneka juga digunakan sebagai alat bantu untuk menyampaikan cerita dengan berkesan. Melalui penggunaan boneka, pendengar dapat menghayati di samping melibatkan dirisecara tidak langsung dalam aktiviti tersebut.

b)Kelebihan teknik boneka


Pendedahan komunikasi Melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita Merangsang daya imaginasi Memberi murid pengalaman belajar bekerjasama secara berkumpulan.C)Jenis boneka Boneka sarung tangan Boneka tongkat Boneka jari Wayang kulit Boneka mobai

C)Jenis boneka

Boneka sarung tangan Boneka tongkat Boneka jari Wayang kulit Boneka mobail

d)Penggunaan Seni Boneka dalam kurikulum

contoh aktiviti boneka

Judul : Ibu dan Aiman Nilai : Jauh perjalanan luas pengalaman

Objektif : kanak-kanak akan dapat Murid dapat belajar mengeja perkataan Menerapkan nilai-nilai murni dalam ji kanak-kanak Mendidik murid menuntut ilmu walau dimana mereka berada.Peralatan : boneka ular, replika kucing, gambar arnab, pokok, bunga, burungTeks : ibu dan Aiman BABAK 1 Ibu telah membawa anaknya Aiman untuk bersiar-siar ke taman. Sepenjang perjalanan untuk ketaman tersebut terdapat pelbagai haiwan dan tumbuhan yang mereka temui

Ibu : Aiman,mari kita pergi bersiar-siar ke taman. Aiman : boleh juga, mari ibu!

BABAK 2 Semasa mereka sedang dalam perjalanan ke taman.

Aiman : ibu, apakah itu? Atasnya berwarna hijau dan badanya berwarna coklat? Ibu : oohh, itu adalah pokok. Aiman tahu tak untuk eja pokok? Aiman : maaf ibu, saya tidak tahu. Bagaimana untuk mengeja pokok? Ibu : Mari kita eja sama-sama. P.O.K.O.K. pokok! Aiman : P.O.K.O.K. pokok! Ibu apa pula itu? Bulunya lembut, comel lah!Aiman suka! Ibu : itu adalah kucing. mari kata sama-sama mengeja kucing.K.U.C.I.N.G. kucing! Aiman : K.U.C.I.N.G kucing!Kucing : meaw, meaw!! Ibu : Aiman, cuba kamu buat bunyi kucing. Aiman : kawan-kawan mari ikut Aiman bunyikan bunyi kucing dengankuat. MEAW, MEAW! Ibu : Aiman, cuba kamu lihat di sebelah pokok tadi itu. Kamu tahu tak apa haiwan itu? Aiman : errmmm... tak pasti lah ibu. Apakah haiwan itu? Ibu : itu adalah arnab. Boleh kamu tolong ejakan arnab untuk ibu? Aiman : A.R...A.R...hmmm... Aiman tidak pastilah ibu bagaimana untuk mengeja arnab. Ibu : tidak mengapa. Mari mengeja arnab bersama ibu. A.R.N.A.B.arnab Aiman : A.R.N.A.B. arnab. Ibu, lihat itu. Aiman tahu apakah haiwan itu.Itu adalah burung. Betulkah ibu?

Ibu : betul, pandai anak ibu. Bagaimana untuk mengeja burung? Aiman : Aiman cuba ye ibu. B.U.R.U.N.G. burung! Ibu : betul! Wah, anak ibu sudah semakin pandai mengeja. Mari ibu belanja Aiman katak. Aiman : wah! Itu makanan kegemaran Aiman. Terima kasih ibu! Ibu : sama-sama. Mari kita balik!Aiman : mari!

e)Proses dan peralatan : 1.pemilihan cerita Contoh cerita berkenaan haiwan, kehidupan, keadaan semasa Terdapat dua pilihan dalam memilih cerita ; a) Memilih cerita terlebih dahulu sebelum membuat skrip kemudian membina boneka berdasarkan watak dalam cerita. b) Menggunakan sebarang boneka yang akan dijadikan dalam cerita Skrip - Tidak perlu menggunakan ayat yang panjang dan harus sesuai dengan kanak-kanak. Skrip hanya dijadikan garis panduan dan boleh diubahsuai ketika penyampaian cerita. Pencerita - Menggunakan teknik menggerak lakonkan bonek Dialog ditutur selaras dengan gerak laku Menggunakan pelbagai variasi suara Boleh mendapatkan khidmat pembantu dalam menggerak lakonkan boneka Membina boneka mudah Boleh diperbuat daripada pelbagai jenis bahan Benda-benda yang ada disekeliling kita boleh dijadikan boneka seperti stoking,sisa kain, tuala mandi dan kertas kotak.Bahan yang digunakan Stokin Sarung tangan Kertas warna Benang dan jarum Kad manila Kotak Tisu Getah Reben Gam

Cara membuat boneka ular: 1. Ratakan bahagian jahitan di hujung stoking dan ukur 6 cm. Tandakan dan gunting.

2. Bukakan bahagian yang digunting untuk mulut ular .3. Lipatkan kadbod nipis, bahagian atas diukur 1 cm lebih 4. Gunting kadbod 19 cm x 6 sm 5. Bulatkan bucunya. Letakkan atas sepan dan lipat. Jahit. 6. Gunting bulat bucu dan jahit kedua-dua hujungnya. 7. Lipat dua kadbod yang telah dibalut sepan, 8. Bahagian atas 1 cm lebih dari bahagian bawah. 9. Masukkan ke dalam stoking. 10. Bahagian atas di bahagian tumit / tapak kaki stoking. 11. Masukkan kapas / fiber di bahagian atas kepala iaitu dari hujung stoking (mulut) hingga ke bahagian lipatan kadbod sahaja. 12. Ukur kain flannelette merah 20 cm x 7 sm. Gunting dan tampal pada strawboard 19 cm x 6sm yang telah dibulatkan bahagian hujungnya 13. Gunting serong tepi dan gamkan ke dalam bahagian yang digunting 14. Cantumkan kadbod merah dengan kadbod mulut yang telah digamkan di stoking gamkan. 15. Gamkan mata di bahagian atas kepala ular.16. Hiaskan badan ular menggunakan reben yang telah digunting bulat-bulat. Pentas: 1.Menggunakan kotak. Kemudian memotong kotak dengan menggunakan kotak pada bahagian hadapan dan belakang kotak. 2.Membuat hiasan pada kotak bertemakan hutan

.Cara menggunakan; 1.Menyediakan pentas yang dibuat. 2.Menggunakan tangan untuk menggerakkan boneka stokin dan sarung tangan yang dibentuk merupai arnab dan kuda. 3.Memulakan cerita.

Kelebihan boneka yang dibuat; 1.Mempunyai unsur-unsur tauladan dan sesuai dengan kanak-kanak. 2.Dapat menerapkan nilai murni dalam diri kanak-kanak yang ditonjolkan dalam cerita. 3.Menarik perhatian kanak-kanak dengan boneka binatang dan warna-warna yang dihasilkan.

4.Mudah digunakan oleh kanak-kanak. 5.Boneka yang dihasilkan tahan lama.

Jangkaan kelemahan; 1.Boneka yang menarik menyebabkan kanak-kanak teruja untuk mengggunakan dan dikhuatiriakan dirosakkan.

You might also like