You are on page 1of 25

PPG FEB 2012

PENGENALAN PENDEBUNGAAN Proses pendebungaan atau pollination adalah satu proses dimana debunga daripada bunga jantan tumbuh-tumbuhan dipindahkan kepada bunga betina yang berlaku secara semulajadi atau berbantu bagi menghasilkan bunga dan buah sebagai satu proses persenyawaan.Telah beribu-ribu tahun berlaku proses pendebungaan pada tumbuhan untuk mempastikan tumbuhan menjalankan proses seksual dan proses ini digunakan oleh manusia secara saintifik untuk menjalankan pembiak bakaan tumbuhan (plant breeding). Pendebungaan ialah proses pemindahan butir-butir debunga yang matang dari anter ke stigma.Anter mengandungi gamet jantan.Apabila anter telah matang, ia akan pecah dan membebaskan butir debunga.Agen pendebungaan akan membantu memindahkan butir debunga dari anter ke stigma. Apabila butir debunga jatuh ke atas stigma (di bawa oleh agen pendebungaan),butir debunga akan menghasilkan tiub debunga.Tiub debunga memanjang melalui stil menuju kea rah ovul.Gamet jantan akan menuruni tiub debunga ini untuk bertemu dengan gamet betina di dalam ovul. Tiub debunga akan tumbuh memanjang dan menembusi dinding ovari untuk masuk ke dalam ovul bagi membolehkan persenyawaan berlaku.Ovul yang disenyawakan akan berkembang membentuk biji benih.Ovari pula akan berkembang membentuk buah.Sepal, ranggi, stamen, stigma dan stil akan layu dan gugur.

PPG FEB 2012

AGEN PENDEBUNGAAN Agen pendebungaan ialah agen yang membantu memindahkan butir-butir debunga dari anter ke stigma. Agen pendebungaan ialah: (a) Angin (b) Serangga (c) Haiwan (d) Air

CIRI-CIRI PENDEBUNGAAN OLEH ANGIN, SERANGGA, HAIWAN DAN AIR Angin Bunga yang didebungakan oleh angin mempunyai ciri-ciri berikut: (a) Stamen dan pistil yang panjang (b) Saiz bunga kecil (c) Warna bunga putih atau pudar (d) Butir debunga kecil dan ringan bagi memudahkan dibawa oleh angin dan stigma bunga betina bersifat melekit (e) Tiada berbau dan manisan kerana tiada nectar (f) Anter besar yangmenghasilkan banyak butir debunga (g) Stigma berbulu,panjang dan terkeluar dari ranggi (h) Tangkai panjang

PPG FEB 2012

Serangga Bunga yang didebungakan oleh serangga mempunyai ciri-ciri berikut: (a) Bersaiz besar (b) Ranggi berwarna cerah untuk menarik perhatian serangga (c) Mempunyai nectar untuk menghasilkan baud an manisan (d) Filamennya pendek supaya anter berada didalam ranggi (e) Anter kecil yang menghasilkan butir debunga yang sedikit (f) Stil pendek (g) Stigma melekit (h) Butir debunga melekit (i) Tangkai panjang

Haiwan Bunga yang didebungakan oleh haiwan mempunyai ciri-ciri berikut: (a) Bunganya boleh menarik perhatian haiwan (b) Mempunyai nectar(madu) sebagai makanan haiwan (c) Butir debunga mudah melekat pada badan atau kaki haiwan

Air Bunga yang didebungakan oleh air mempunyai ciri-ciri berikut: (a) Bunga boleh terapung/terampai dalam air (b) Bunga yang banyak,kecil,ringan dan mampu menahan tindakan air

PPG FEB 2012

PERBANDINGAN CIRI BUNGA YANG DIDEBUNGAKAN OLEH ANGIN DAN SERANGGA Ciri Bunga Ranggi Oleh Serangga Bewarna cerah untuk menarik perhatian serangga. Saiz Bunga Besar untuk menarik perhatian dan memudahkan serangga hinggap di atasnya. Filamen Pendek dank eras bagi memudahkan butir debunga melekat pada kaki atau badan serangga. Anter Kecil dan melekat dengan kuat pada filament supaya tidak gugur apabila disentuh oleh serangga. Kedudukan Stamen Stigma Pendek dan melekit bagi memudahkan butir debunga pada badan serangga melekat pada stigma. Di dalam bunga. Menjulur keluar dari bunga. Panjang, besar dan berbulu. Panjang dan lembut bagi memudahkan butir debunga ditiup angin. Besar dan bersendi Kecil Oleh Angin Bewarna putih atau pudar.

Stil

Pendek supaya stigma berada di dalam bunga.

Panjang untuk menjulurkan stigma keluar dari bunga

Kedudukan stil Di dalam bunga. dan stigma

Di luar bunga.

Ciri Bunga Butir debunga

Oleh Serangga Bersaiz besar, kasar, melekit dan

Oleh Angin Bersaiz kecil, ringan,


5

PPG FEB 2012

bilangannya sedikit kerana pendebungaan oleh serangga mudah berlaku.

mempunyai pundi-pundi udara dan bilangannya banyak supaya mudah diterbangkan oleh angin.

JENIS PENDEBUNGAAN Terdapat dua jenis pendebungaan iaitu:


6

PPG FEB 2012

(a) Pendebungaan sendiri (b) Pendebungaan kacuk Pendebungaan sendiri ialah pemindahan butir debunga dari anter ke stigma dalam bunga yang sama. Pendebungaan kacuk ialah pemindahan butir debunga dari anter ke stigma dalam bunga dari jenis yang sama pada induk yang sama atau induk yang berlainan. Pendebungaan kacuk lebih baik berbanding pendebungaan sendiri kerana: (a) Menghasilkan buah yang lebih bermutu sama ada dari segi saiz, rasa atau kelebatannya, (b) Menghasilkan biji benih yang bermutu iaitu cepat mencapai tempoh matang, (c) Pokok yang dihasilkan mempunyai daya tahan penyakit yang tinggi. Contoh hasil pendebungaan kacuk ialah: (a) Jagung Masmadu- lebih manis dan lebih besar dari induknya, (b) Padi MR103, MR106- berbuah lebih lebat, (c) Tenera- kacukan kelapa sawit Dura dan Pesifera- hasilkan minyak yang banyak dan lebih bermutu.

PENGENALAN PENCARAN

PPG FEB 2012

Bagi memastikan kemandirian spesies tumbuhan tersebut, anak pokok yang tumbuh perlulah jauh daripada induknya untuk mengurangkan persaingan terhadap air, garam mineral, cahaya dan ruang. Hal ini hanya boleh dilakukan sekiranya biji benih yang dihasilkan dibawa jauh daripada induknya dan jatuh ke tempat yang sesuai. Pencaran ialah satu cara untuk membawa biji benih yang dihasilkan jauh daripada induknya.Beberapa jenis tumbuhan boleh memencarkan sendiri biji benih tersebut melalui mekanisme letupan manakala tumbuh-tumbuhan lain memerlukan agen luar untuk membawa biji benih tersebut jauh daripada induknya.Agen ini dinamakan agen pencaran.

AGEN PENCARAN Agen pencaran ialah: (a) Air (b) Angin (c) Haiwan (d) Mekanisme letupan

Cara

Contoh-contoh

Ciri-ciri khas buah/biji benih


8

PPG FEB 2012

pencaran Air

tumbuhan Kelapa, teratai 1.Kulit buah kalis air supaya biji benih tidak rosak. 2.Buah mempunyai rongga udara supaya boleh terapung.

Angin

Meranti, angsana, kapas, lalang, keruing, kemboja, climatis, dandelion

1.Ringan -mudah ditiupkan angin. 2.Bersaya -boleh diterbangkan. 3.Berbulu boleh diterbangkan 1.Warna yang cerah menarik perhatian. 2.Bau yang wangi menarik perhatian 3.Rasa yang sedap menarik perhatian 4.Biji diselaputi lender mudah ditelan. 5.Testur yang keras tidak mudah dicernakan. 6.Biji yang besar tidak mudah ditelan. 7.Cangkuk dan duri melekat pada badan atau kai haiwan.

Haiwan

Durian, tomato, mangga, rambutan, kemuncup, semalu, pulut-pulut

Mekanisme letupan

Getah, keembung, semarak api, kacang pea

Kulit buah kering dank eras bila masak.Buah akan pecah akibat tegangan pada kulitnya.Oleh itu, biji benih akan dilontarkan jauh daripada induknya.

BUNGA YANG DIDEBUNGAKAN OLEH ANGIN

PPG FEB 2012

NAMA TUMBUHAN NAMA SAINTIFIK AGEN PENDEBUNGAAN CIRI-CIRI PENYESUAIAN BUNGA

POKOK LALANG IMPERATA CYLINDRICA ANGIN -SAIZ BUNGA KECIL -WARNA BUNGA PUTIH DAN PUDAR -BUTIR DEBUNGA MUDAH DIBAWA ANGIN DAN STIGMA BUNGA BETINA BERSIFAT MELEKIT -TANGKAI PANJANG

BUNGA YANG DIDEBUNGAKAN OLEH ANGIN

10

PPG FEB 2012

NAMA TUMBUHAN NAMA SAINTIFIK AGEN PENDEBUNGAAN CIRI-CIRI PENYESUAIAN BUNGA

POKOK PADI ORYZA SATIVA ANGIN -SAIZ BUNGA KECIL -WARNA BUNGA PUTIH DAN PUDAR -BUTIR DEBUNGA MUDAH DIBAWA ANGIN DAN STIGMA BUNGA BETINA BERSIFAT MELEKIT. -TIADA BERBAU DAN MANISAN KERANA TIADA NEKTAR

BUNGA YANG DIDEBUNGAKAN OLEH SERANGGA

11

PPG FEB 2012

NAMA TUMBUHAN NAMA SAINTIFIK AGEN PENDEBUNGAAN CIRI-CIRI PENYESUAIAN BUNGA

POKOK BUNGA RAYA HIBISCUS ROSASINENSIS SERANGGA -BERSAIZ BESAR -RANGGI BERWARNA CERAH UNTUK MENARIK SERANGGA -MEMPUNYAI NEKTAR UNTUK MENGHASILKAN BAU DAN MANISAN -BUTIR DEBUNGA MELEKIT -STIGMA MELEKIT

BUNGA YANG DIDEBUNGAKAN OLEH SERANGGA

12

PPG FEB 2012

NAMA TUMBUHAN NAMA SAINTIFIK AGEN PENDEBUNGAAN CIRI-CIRI PENYESUAIAN BUNGA

POKOK BUNGA JEJARUM IXORA JAWA SERANGGA -RANGGI BERWARNA CERAH UNTUK MENARIK SERANGGA -MEMPUNYAI NEKTAR UNTUK MENGHASILKAN BAU DAN MANISAN -BUTIR DEBUNGA MUDAH MELEKAT PADA BADAN ATAU KAKI SERANGGA

BUNGA YANG DIDEBUNGAKAN OLEH HAIWAN

13

PPG FEB 2012

NAMA TUMBUHAN NAMA SAINTIFIK AGEN PENDEBUNGAAN CIRI-CIRI PENYESUAIAN BUNGA

BUNGA POKOK DURIAN DURIO ZIBETHINUS MURR HAIWAN -BUNGANYA BOLEH MENARIK PERHATIAN HAIWAN -MEMPUNYAI NEKTAR(MADU) SEBAGAI MAKANAN HAIWAN -BUTIR DEBUNGA MUDAH MELEKAT PADA BADAN ATAU KAKI HAIWAN

BUNGA YANG DIDEBUNGAKAN OLEH HAIWAN

14

PPG FEB 2012

NAMA TUMBUHAN NAMA SAINTIFIK AGEN PENDEBUNGAAN CIRI-CIRI PENYESUAIAN BUNGA

BUNGA POKOK SALAK SALASA ADULIS HAIWAN -BUNGANYA BOLEH MENARIK PERHATIAN HAIWAN -BUTIR DEBUNGA MUDAH MELEKAT PADA BADAN ATAU KAKI HAIWAN -TANGKAI PANJANG

BUNGA YANG DIDEBUNGAKAN OLEH AIR

15

PPG FEB 2012

NAMA TUMBUHAN NAMA SAINTIFIK AGEN PENDEBUNGAAN CIRI-CIRI PENYESUAIAN BUNGA

POKOK BUNGA TERATAI NELUMBO NUCIFERA AIR -BUNGA BOLEH TERAPUNG/TRAMPAI DALAM AIR. -BUNGA YANG BANYAK, KECIL, RINGAN DAN MAMPU MENAHAN TINDAKAN AIR.

BUNGA YANG DIDEBUNGAKAN OLEH AIR

16

PPG FEB 2012

NAMA TUMBUHAN NAMA SAINTIFIK AGEN PENDEBUNGAAN CIRI-CIRI PENYESUAIAN BUNGA

POKOK BUNGA KELADI BUNTING EICHHORNIA CRASSIPES AIR -BUNGA BOLEH TERAPUNG/TRAMPAI DALAM AIR. -BUNGA YANG BANYAK, KECIL, RINGAN DAN MAMPU MENAHAN TINDAKAN AIR.

BIJI BENIH ATAU BUAH YANG DIPENCARKAN OLEH AIR

17

PPG FEB 2012

NAMA TUMBUHAN NAMA SAINTIFIK AGEN PENCARAN CIRI-CIRI PENYESUAIAN BIJI BENIH ATAU BUAH

POKOK/BUAH NIPAH HYPA FRUITICANS AIR -BUAH TIMBUL DI ATAS PERMUKAAN AIR. -MEMPUNYAI STRUKTUR BERONGGA UDARA/BERSABUT DAN KULIT KALIS AIR. -PUDUNG BERSPAN.

BIJI BENIH ATAU BUAH YANG DIPENCARKAN OLEH AIR

18

PPG FEB 2012

NAMA TUMBUHAN NAMA SAINTIFIK AGEN PENCARAN CIRI-CIRI PENYESUAIAN BIJI BENIH ATAU BUAH

POKOK/BUAH PONG-PONG@BENTAN CERBERA ODOLLAM AIR -KULIT KALIS AIR SUPAYA BIJI BENIH TIDAK ROSAK. -BUAH MEMPUNYAI RONGGA UDARA SUPAYA BOLEH TERAPUNG.

BIJI BENIH ATAU BUAH YANG DIPENCARKAN OLEH ANGIN

19

PPG FEB 2012

NAMA TUMBUHAN NAMA SAINTIFIK AGEN PENCARAN CIRI-CIRI PENYESUAIAN BIJI BENIH ATAU BUAH

POKOK/BUAH ANGSANA PTEROCARPUS INDICUS ANGIN -BUAH KECIL DAN RINGAN. -MEMPUNYAI STRUKTUR KEPAK ATAU BULU.

BIJI BENIH ATAU BUAH YANG DIPENCARKAN OLEH ANGIN

20

PPG FEB 2012

NAMA TUMBUHAN NAMA SAINTIFIK AGEN PENCARAN CIRI-CIRI PENYESUAIAN BIJI BENIH ATAU BUAH

POKOK/BUAH KEKABU CAIBA PENTANDRA ANGIN -BUAH KECIL DAN RINGAN. -MEMPUNYAI STRUKTUR KEPAK ATAU BULU.

BIJI BENIH ATAU BUAH YANG DIPENCARKAN OLEH HAIWAN

21

PPG FEB 2012

NAMA TUMBUHAN NAMA SAINTIFIK AGEN PENCARAN CIRI-CIRI PENYESUAIAN BIJI BENIH ATAU BUAH

POKOK/BUAH NONA ANNONA RETICULATA HAIWAN -BIJI BENIH KERAS SUPAYA TIDAK BOLEH DICERNAKAN OLEH HAIWAN. -BUAH MEMPUNYAI ISI UNTUK DIMAKAN. -MENGELUARKAN BAU UNTUK MENARIK PERHATIAN. -BOLEH DIMAKAN. -RASA YANG SEDAP.

BIJI BENIH ATAU BUAH YANG DIPENCARKAN OLEH HAIWAN

NAMA TUMBUHAN NAMA SAINTIFIK AGEN PENCARAN

POKOK/BUAH NANGKA ARTOCARPUS HETEROPHYUUS LAM HAIWAN


22

PPG FEB 2012

CIRI-CIRI PENYESUAIAN BIJI BENIH ATAU BUAH

-BIJI YANG BESAR TIDAK MUDAH DITELAN. -WARNA YANG MENARIK. BUAH MEMPUNYAI ISI UNTUK DIMAKAN. -MENGELUARKAN BAU UNTUK MENARIK PERHATIAN. -BOLEH DIMAKAN. -RASA YANG SEDAP.

BIJI BENIH ATAU BUAH YANG DIPENCARKAN OLEH MEKANISME LETUPAN

23

PPG FEB 2012

NAMA TUMBUHAN NAMA SAINTIFIK AGEN PENCARAN CIRI-CIRI PENYESUAIAN BIJI BENIH ATAU BUAH

POKOK/BUAH PETAI BELALANG LEUCAENA LEUCOCEPHALA MEKANISME LETUPAN -MEMPUNYAI KULIT BUAH YANG KERING APABILA MATANG DAN MEMECAH. -MELONTARKAN BIJI BENIH.

BIJI BENIH ATAU BUAH YANG DIPENCARKAN OLEH MEKANISME LETUPAN

NAMA TUMBUHAN NAMA SAINTIFIK AGEN PENCARAN

POKOK/BUAH PAYUNG INDONESIA HURA CREPITANS L MEKANISME LETUPAN


24

PPG FEB 2012

CIRI-CIRI PENYESUAIAN BIJI BENIH ATAU BUAH

-KULIT BUAH KERING DAN KERAS BILA MASAK. -BUAH AKAN PECAH AKIBAT TEGANGAN PADA KULITNYA. -BIJI BENIH AKAN DILONTARKAN JAUH DARIPADA INDUKNYA.

REFLEKSI Kursus Hidupan dan Proses Kehidupan (SCE3101) telah memberi banyak ilmu-ilmu serta pengetahuan baru yang berguna kepada Program Pensiswazahan Guru.Sebanyak 15 topik yang dipelajari adalah berkaitan dengan benda hidup dan prosesnya.Salah satu topiknya adalah berkaitan dengan kerja kursus ini iaitu mengenai pembiakan tumbuhan.Hasil daripada kerja kursus ini didapati banyak perkara-perkara baru yang dipelajari.Antaranya ialah mengenai pendebungaan, agen pendebungaan iaitu melalui angin,serangga,haiwan dan air.Ciri-ciri pendebungaan bagi setiap agen diketahui daripada kerja kursus ini berserta dengan contoh-contoh tumbuhan.Sebelum kerja kursus ini dibuat,kami tidak dapat membezakan tumbuh-tumbuhan mengikut agen pendebungaan tetapi setelah dibuat kerja kursus kami lebih yakin untuk mengelaskan tumbuh-tumbuhan mengikut agen pendebungaan malahan dapat menyatakan ciri-ciri setiap agen.

Mengenai dengan tajuk pencaran biji benih,hasil daripada kerja kursus kami dapat membuat kesimpulan iaitu biji benih dipencarkan melalui empat cara iaitu air, angin, haiwan dan mekanisme letupan.Ciri-ciri setiap pencaran juga dipelajari dan kami dapat mengelaskan tumbuh-tumbuhan mengikut pencarannya.

Dapatan daripada kerja kursus ini ialah dapat memupuk sikap ingin tahu, bekerjasama, menyayangi benda-benda hidup, mensyukuri nikmat yang Tuhan
25

PPG FEB 2012

berikan dan yang paling utama kami dapat mempelajari mengenai pendebungaan dan pencaran biji benih.

RUJUKAN

Modul PPG.SCE 3101 (2011). Hidupan dan Proses Hidupan. Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia.

Peter ling Chee Chong,Tan Kim Low (2012). Whizz Thru Biologi SPM. Selangor, Oxford Fajar Sdn.Bhd.

http://www.scribd.com/doc/53406741/Bio

http://www.scribd.com/doc/49933167/Pencaran-dan-Percambahan

http://www.scribd.com/doc/79950255/Lab-Report-CV-4

26

You might also like