You are on page 1of 1

ABSTRAK MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENOLAKAN MENGGUNAKAN KAEDAH CINCIN JEMARI MATEMATIK (CJM3) Nama Pengkaji : Muhammad Taufiq bin

Sadun

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru dalam topik penolakan. Di samping itu untuk meningkatkan kemahiran dan minat murid menolak melibatkan Nombor Bulat Hingga 100 000 melalui Kaedah Cincin Jemari Matematik (CJM3). Seramai empat orang murid daripada Kelas Tahun 4 Shukoi, Sekolah Kebangsaan Jugra, Banting telah dipilih sebagai responden bagi kajian ini. Tinjauan awal berdasarkan analisis dokumen mendapati responden-responden mengalami masalah dalam operasi penolakan melibatkan tanpa pengumpulan semula dan dengan pengumpulan semula. Oleh yang demikian, pengkaji telah memperkenalkan Kaedah Cincin Jemari Matematik (CJM3) sebagai langkah untuk membantu meningkatkan kemahiran penolakan dalam kalangan responden-responden. Pengkaji telah menggunakan teknik Concrete-Representation-Abstract (CRA) yang menggalakkan Pembelajaran Masteri. Data kajian telah dikumpulkan secara kuantitatif dan kualitatif berdasarkan lima instrumen iaitu Ujian Awal dan Ujian Akhir, Analisis Dokumen, Soal Selidik, Pemerhatian dan Catatan Reflektif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Kaedah CJM3 telah berjaya membaiki amalan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru dan membantu meningkatkan kemahiran menolak dalam kalangan respondenresponden. Minat dan motivasi responden-responden juga dapat ditingkatkan hasil pendedahan Kaedah CJM3.

You might also like