You are on page 1of 20

NOR BAHIYAH BT MD.

RAFIDI (710403-08-5982)
_____________________________________________________________________________________________________
_

1.0 PENGENALAN

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tentang bunyi sebutan dalam
sesuatu bahasa di kalangan kanak-kanak. Jangka masa kajian adalah selama
tiga minggu. Dalam kajian ini saya telah memilih seorang murid perempuan
yang berusia lapan tahun sebagai responden kajian. Bahasa merupakan satu
bidang penting dalam perkembangan kanak-kanak. Melalui bahasa, kanak-kanak
berkemahiran untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain secara
berkesan. Kebolehan bertutur dan menggunakan bahasa bukan sahaja dapat
merapatkan hubungan kanak-kanak dengan orang lain tetapi kanak-kanak boleh
membina konsep tentang alam dan manusia di sekelilingnya (Rice &
Woodsmall, 1988).

Bertutur merupakan satu cara berkomunikasi yang kompleks dan


melibatkan proses mental yang menggerakkan alat pertuturan untuk
mengeluarkan sesuatu bunyi bahasa yang bermakna dan difahami.Seorang
kanak-kanak yang ingin bertutur perlulah melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan
daripada alat-alat pertuturan yang disebut artikulator. Di dalam penguasaan
kemahiran bertutur ini seorang ibu bapa perlulah memastikan kanak-kanak itu
dapat bertutur dengan sebutan yang betul dari segi sebutan,intonasi serta
menggunakan perkataan dan ayat yang tepat. Ini bertujuan agar segala
perkataan dan ayat yang dilahirkan itu tidak disalah tafsirkan.

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kajian pendek.


Beberapa instrumen kajian telah digunakan seperti latihan penyebutan bunyi ,
kata dan ayat untuk mengenal pasti masalah yang timbul .Instrumen

_______________________________________________________________________
1
_
HBML 1203
PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982)
_____________________________________________________________________________________________________
_
pemerhatian juga digunakan untuk mengenal pasti minat kanak-kanak terhadap
kajian ini dan respon kanak-kanak ini terhadap pengujian ini.

1.1 Carta Vokal


Menurut Goay,T.C. (2008) , bunyi Vokal ialah bunyi bahasa yang bersuara, iaitu
ketika menghasilkan bunyi tersebut, pita suara digetarkan. Selain itu, semasa
mengeluarkan bunyi vokal udara dari paru-paru keluar secara berterusan melalui
rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan suara.
Dalam bahasa Melayu, terdapat enam vokal asli iaitu tiga vokal depan, satu
vokal tengah dan dua vokal belakang seperti diperlihatkan dalam carta vokal di
bawah:

1.2 Carta Konsonan

Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang apabila dikeluarkan bunyi-bunyi ini


menerima sekatan, sempitan, dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut,
tekak atau hidung.

Berikut merupakan carta bunyi konsonan Melayu yang dipetik daripada Abdullah
Hassan (1980)

_______________________________________________________________________
2
_
HBML 1203
PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982)
_____________________________________________________________________________________________________
_

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

2.1 Mengetahui tahap penguasaan bunyi kanak-kanak tersebut.


2.2 Meningkatkan minat kanak-kanak dalam bertutur dalam bahasa
melayu
2.3 Mengenal pasti masalah-masalah sebutan yang timbul
2.4 Membantu murid tersebut mengatasi masalah sebutan
tersebut

3.0 MASALAH YANG DIKAJI


3.1 Masalah yang dikaji.
Masalah yang sering hadapi murid tersebut ialah bila menyebut perkataan
yang mempunyai huruf /r/ dibunyikan /gh/, misalnya ‘geram’, ‘barang’ dan
‘orang’ disebut (gegham), (baghang) dan (oghang).

3.2 Kajian Literatur


3.2.1 2 orang tokoh barat
1) Kajian oleh Charles Read bertajuk Children’s Categorization of Speech
Sounds in English membuat kajian tentang Fonologi Bahasa Inggeris. (Artikel
penuh rujuk dalam CD)

_______________________________________________________________________
3
_
HBML 1203
PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982)
_____________________________________________________________________________________________________
_
2) Kajian oleh Ineke Mennen bertajuk “Phonetic and Phonological Influences in
Non-native Intonation” mengenai pengaruh fonetik dan fonologi dalam intonasi di
kalangan bukan penduduk tempatan (artikel penuh rujuk dalam CD)

3.2.2 2 orang tokoh tempatan


1) Kajian oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan bertajuk Kajian Pelaksanaan Bahasa
Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil (artikel penuh rujuk
dalam CD)
2) Kajian oleh Mohd Juraimi bin Ismail bertajuk” Masalah Dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Bahasa Melayu Yang Membawa Kepada Kegagalan
Penguasaan : (artikel penuh rujuk dalam CD)

3.2 Punca-punca Masalah


Kesimpulan dari kajian-kajian di atas masalah sebutan timbul kerana
beberapa punca. Antaranya ialah
3.2.1 Pengaruh bahasa ibunda
3.2.2 Bahasa Pasar/basahan
3.2.3 Bahasa Dialek /Daerah

4.0 Metodologi Kajian

4.1. Latar belakang


4.1.1Nama sekolah: SK Jalan Matang Buluh, Bagan Serai, Perak.
4.1.2 Darjah : 2
4.1.3 Jantina : Perempuan
4.1.4 Keluarga murid :
4.1.4.1 Bapa

_______________________________________________________________________
4
_
HBML 1203
PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982)
_____________________________________________________________________________________________________
_
Pekerjaan : Askar
Tempat Lahir : Alor Setar, Kedah
4.1.4.2 Ibu
Pekerjaan : Suri rumah tangga
Tempat Lahir : Sungai Bakap, Pulau Pinang.
4.1.5 Fizikal murid,
Ketinggian : 1.3 meter
Berat : 30 kg
4.1.6 Lain-lain yang menyokong kajian
Pernah mengikut bapa berpindah dari:
a) Alor Setar , Kedah - 1997 – 2003
b) Permatang Pauh – 2004 – 2005
c) Kuala Lumpur – 2006- 2007
d) Bagan Serai , Perak – 2008 hingga kini
Bilangan adik beradik : Anak Tunggal
Hobi : Membaca

4.2 Kaedah kajian


Temu bual

Rakaman 1
Tarikh : 22 September 2008
Masa : 3.00 petang
Tempat : Sekolah

Rakaman 2
Tarikh : 24 September 2008
Masa : 3.00 petang

_______________________________________________________________________
5
_
HBML 1203
PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982)
_____________________________________________________________________________________________________
_
Tempat : Sekolah

Rakaman 3
Tarikh : 4 Oktober 2008
Masa : 1.00 petang
Tempat : Rumah Responden

4.3 Batasan Kajian


Kajian ini hanya menyelidik perkara yang berkaitan dengan masalah penyebutan
atau pertuturan beberapa perkataan atau fonem terbatas kepada hanya seorang
responden di SK Jalan Matang Buluh, Bagan Serai. Perak. Maklumat kajian
diperoleh dari temu bual dengan murid (sampel) tersebut. Tempoh masa untuk
kajian ini terhad untuk tempoh kurang dari 2 bulan.

5.0 Hasil Kajian


5.1 Perkataan
Kata kerja
Bil. Ujaran Kategori Perkataan Ujaran Bahasa Trankripsi
Responden Melayu Fonetik
1. Ngaju nama khas raju
2. Ghohani Nama khas rohani
3. sempeghit Nama am semperit
4. oghang nama am orang
5. banghang Nama am barang
6. Ghumah Nama am rumah
_______________________________________________________________________
6
_
HBML 1203
PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982)
_____________________________________________________________________________________________________
_
7. kendughi Nama am kenduri
8. haghi Nama am hari
9. ghaya Nama am raya
10 Ghamai Nama am ramai
11. keghepek Nama am kerepek
12. gegham kata kerja geram
13. maghah kata kerja marah
14. sughuh Kata kerja suruh
15. cughi Kata kerja curi
16. benghitahu Kata kerja beritahu
17. heghan Kata kerja hairan
18. haghap Kata kerja herap
19 ghasa Kata kerja rasa
20. gogheng Kata kerja goreng
21. segegha Kata adjektif segera
22. Baghu Kata adjektif baru

5.3 Punca masalah


Bahasa itu terdiri daripada sekumpulan dialek bersalingfahaman antara satu
sama lain (Chambers dan Trudgill, 1980) Ciri kesalingfahaman ini merupakan
asas penting yang menentukan sama ada sesuatu ragam (variety) itu dialek
kepada satu bahasa yang sama ataupun terdiri sebagai satu bahasa tersendiri.

Newton (1972) pula menyatakan kewujudan pelbagai dialek dalam sesuatu


bahasa itu adalah akibat daripada perubahan yang berlaku dari segi sejarah ke
atas satu bahasa yang asalnya seragam. Faktor ruang geografi dan waktu
merupakan dua faktor utama yang menyebabkan terpecahnya bahasa asal
kepada beberapa dialek keturunannya.

Terdapat berbagai-bagai punca responden tersebut menyebut


perkataan begitu. Sebabnya:

5.3.1 Jenis kawasan kediaman murid

_______________________________________________________________________
7
_
HBML 1203
PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982)
_____________________________________________________________________________________________________
_

Murid yang tinggal di kawasan kediaman yang menyediakan mereka peluang


berbahasa Melayu dengan sebutan yang kurang tepat.

5.3.2 Peranan ibu bapa di rumah


Penggunaan bahasa Melayu di rumah membantu murid menguasai bahasa
Melayu yang tepat.. Walau bagaimanapun, majoriti ibu bapa murid tidak
menggunakan bahasa Melayu yang baku Mereka sering kali bertutur dengan
menggunakan dialek masing-masing.

5.3.3 Pengaruh Faktor Diri Murid ke Atas Sebutan Yang Betul Dalam Bahasa
Melayu
6.7.1 Faktor diri murid meliputi kekerapan berbahasa Melayu yang tepat , sikap
terhadap bahasa Melayu, minat berbahasa Melayu, pengaruh jiran, pergaulan
dengan rakan yang berbahasa Melayu, dan minat membaca bahan bacaan
dalam bahasa Melayu.

6.0 PEMBINAAN MODUL PENGAJARAN UNTUK MENGATASI


PERMASALAHAN SEBUTAN

6.1 Teori pembelajaran

Teori pembelajaran yang dipilih untuk mengajar permasalahan sebutan


yang dihadapi oleh responden ialah Teori Pembelajaran Behaviourisme.
Menurut ahli-ahli psikologi Behaviors , pembelajaran adalah berkaitan
dengan perubahan tingkah laku yang berlaku pada diri seseorang individu

_______________________________________________________________________
8
_
HBML 1203
PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982)
_____________________________________________________________________________________________________
_
yang disebabkan oleh pengalaman. Perubahan tingkah laku semasa
proses pembelajaran adalah kerana wujudnya perhubungan rangsangan
(stimuli) dengan tindak balas(respons) organisma.

Berasaskan pelaziman (conditioning), perkaitan rangsangan dan tindak


balas akan membentuk sesuatu perhubungan baru. Apabila tindak balas
terhadap sesuatu rangsangan wujud maka proses pembelajaran boleh
dimulakan. Proses pembelajaran ini akan diteruskan apabila unsur
motivasi diselitkan. Menurut Pavlov, setiap rangsangan akan
menimbulkan gerak balas. Teori ini dikenali sebagai Teori Pelaziman
Klasik Pavlov.

6.2 Perkaitan antara teori dan kaedah

Kaedah yang dipilih ialah kaedah latih tubi. Murid tersebut ditayangkan
slaid power point sebagai bahan rangsangan (stimuli) . Dalam slaid turut
disediakan ikon speaker. Ikon tersebut apabila diklik akan membunyikan
perkataan yang sedang dipaparkan. Murid tersebut akan mengikut
sebutan perkataan yang betul mengikut slaid tersebut. Murid mengikut
sebutan tersebut adalah sebagai tindak balas (respons) . Apabila diulang
berkali-kali, murid tersebut semakin faham dan fasih untuk menyebut
perkataan yang mengandungi fonem / r / . Ini disebut sebagai pelaziman .
Kaedah latih tubi ini bersesuaian dengan Teori Pelaziman Klasik Pavlov.

6.3 Alat Bantu Mengajar

_______________________________________________________________________
9
_
HBML 1203
PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982)
_____________________________________________________________________________________________________
_
Guru mengajar dengan menggunakan Perisian Power Point. Alat Bantu
Mengajar tersebut disimpan di dalam CD yang dilampirkan.

6.4 Rancangan pengajaran yang lengkap

Masa : 9.00-10.00 pagi


Tahun :2
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tema : Haiwan
Tajuk : Rama-rama Biru

Kemahiran ;

Fokus Utama (FU):

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul

dan memahami perkara yang dibaca.

Aras 1

i. Membaca ayat dalam teks yang mengandungi ayat tunggal dan ayat

majmuk dengan sebutan yang betul.

Fokus Sampingan (FS):


1.2 Membaca dan menjawab tentang sesuatu perkara dengan bertatasusila

Aras 1
_______________________________________________________________________
10
_
HBML 1203
PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982)
_____________________________________________________________________________________________________
_
iii. Menjawab secara bertatasusila dengan menggunakan ungkapan yang sesuai

Perkataan yang perlu ditegaskan: Perkataan yang mengandungi


fonem / r /

Objektif :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:
i) Menyebut sekurang-kurangnya 5 perkataan dengan fonem / r / dengan
tepat.
ii) Dapat menjawab sekurang-kurangnya 3 soalan berkaitan dengan cerita
yang diberi dengan betul.

Pengetahuan Sedia Ada Murid:


Murid-murid pernah melihat rama-rama di sekitar kawasan mereka .

Nilai-nilai Murni : Menghargai, bersungguh-sungguh.

Alat Bantu Mengajar : Perisian “Power Point”

KBKK : Menjana idea, menyesuaikan dan melabelkan.

Penggabungjalinan Mata Pelajaran : Pendidikan Seni dan Pendidikan Muzik

LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI P&P CATATAN


- Guru meminta murid -Menyanyi bersama murid
menyanyi mengikut slaid dan bersoal jawab tentang
“Power Point” yang rama-rama.
Set Induksi
dipaparkan
9.00 – 9.05 - Memperkenalkan tajuk - Memperkenalkan tajuk
_______________________________________________________________________
11
_
HBML 1203
PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982)
_____________________________________________________________________________________________________
_
pagi pada hari ini; pada hari ini iaitu “Rama-
“Rama-rama Biru” rama Biru”.
(5 minit)
- Murid diminta mengeja
dan menyebut tajuk yang
dipaparkan dalam perisian
“Power Point”

- Guru memaparkan - Guru membaca cerita Berdasarkan


“Power Point” yang sebaris demi sebaris dan Teori
disediakan. (Rujuk CD) murid mengikut bacaan Pembelajaran
guru. Behaviourisme,
Langkah 2
- Guru membetulkan guru
9.05- 9.15 sebutan murid. menggunakan
pagi
kaedah latih-tubi
(10 minit) untuk menyebut
perkataan dan
ayat dengan
fonem / r /
sehingga murid
boleh
menyebutnya
dengan tepat

Langkah 3 Latih-tubi perkataan -Guru meminta murid Kaedah


dengan fonem /r/. menyebut perkataan Latih- tubi.
9.15 – 9.30
pagi tersebut berulang kali
sehingga murid dapat
_______________________________________________________________________
12
_
HBML 1203
PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982)
_____________________________________________________________________________________________________
_
(15 minit) Dari Rindu menyebutnya dengan
Tidur Terbang betul dan tepat.
Rama- Mencari
rama Menari
Ruru Riang
Riri gembira

Langkah 4
- Bersoal jawab tentang - Guru bersoal jawab
9.30 – cerita yang dibaca. dengan murid tentang
9.45pagi
Soalan: cerita yang telah dibaca
(15 minit) i) Apakah warna Riri? untuk menguji ingatan dan
ii) Rama- ada berapa kefahaman murid.
kaki?
iii) Bagaimana rama-
rama bergerak?
iv) Siapakah yang Riri
rindu?
v) Apakah warna Ruru?
vi) Apakah yang sedang
Ruru lakukan?
vii)Mengapakah mereka
gembira?

- Melabelkan gambar - Guru mengedarkan


rama-rama. lembaran kerja yang
i) mata mengandungi gambar
ii) kaki rama-rama.
iii) kepak - Murid-murid dikehendaki
Langkah 4 iv) sesungut melabelkan bahagian
_______________________________________________________________________
13
_
HBML 1203
PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982)
_____________________________________________________________________________________________________
_
yang mempunyai petak
9.45 9.55pagi
kosong.
(10 minit) - Setelah siap melabelkan, Pengintegrasian:
murid-murid hendaklah Seni Visual
mewarnakan Rama-rama
Biru sesuai dengan tajuk
cerita.

-Guru meminta murid -. Guru meminta murid


menyanyi lagu dalam set menyanyi lagu dalam set
Penutup
induksi tadi sambil induksi tadi sambil
9.55 – 10.00
memastikan murid memastikan murid
pagi
menyebut perkataan menyebut perkataan
(5 minit)
dengan fonem / r / dengan fonem / r / dengan
dengan tepat tepat
- Guru memberi
penghargaan kepada
murid tersebut sambil
memberi galakan supaya
murid tersebut dapat
menuturkan fonem / r /
dengan tempat sepanjang
masa.

6.5 Proses Uji kaji atau Eksperimen mengikut Rancangan


Pengajaran
_______________________________________________________________________
14
_
HBML 1203
PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982)
_____________________________________________________________________________________________________
_

Rakaman dibuat untuk membuktikan murid tersebut dapat menuturkan perkataan


yang mempunyai fonem / r / dapat disebut dengan tepat. Ia turut dilampirkan
dalam CD.

6.6 Refleksi
Setelah pengajaran dan pembelajaran dijalankan ke atas responden yang dikaji,
jelas sekali responden tersebut mula menyedari yang dia selaku menuturkan
fonem / r / dengan sebutan yang salah. Setelah aktiviti latih tubi mengikut
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) di atas, responden dapat mengatasi
masalah sebutannya. Secara kesimpulan, !00% objektif yang disasarkan dalam
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) di atas berjaya malah keputusan yang
dicapai melebihi dari objektif kerana responden tersebut dapat menyebut semua
perkataan dengan fonem / r / dengan tepat.

7.0 CADANGAN LANGKAH-LANGKAH


Berdasarkan kepada dapatan utama kajian ini, berikut disenaraikan cadangan
untuk mengatasi masalah berkaitan dengan permasalahan sebutan fonem dan
perkaitan di kalangan murid:

7.1 Pihak sekolah dan guru bahasa Melayu perlu diberi kemahiran
mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran supaya pengajaran dan

_______________________________________________________________________
15
_
HBML 1203
PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982)
_____________________________________________________________________________________________________
_
pembelajaran bahasa Melayu lebih berkesan selain daripada kaedah latih tubi
yang digunakan secara meluas di sekolah

7.2 Latihan praperkhidmatan atau program latihan dalam perkhidmatan


perguruan perlu menitikberatkan pengajaran fonetik dan fonologi bahasa Melayu.
Manakala guru bahasa Melayu yang bukan beropsyen bahasa Melayu perlu
diberi latihan tentang pendekatan dan kaedah pengajaran fonetik dan fonologi
bahasa Melayu.

7.3 Pihak pengurusan sekolah perlu meningkatkan usaha untuk memberi


kesedaran kepada murid tentang kepentingan bahasa Melayu, iaitu bukan
sahaja terhad dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dan semasa
berinteraksi dengan guru Melayu, tetapi juga perlu digalakkan dalam
berkomunikasi dengan guru bukan Melayu, masyarakat luar dan mengeratkan
perpaduan antara kaum. Pihak pengurusan sekolah perlu memikirkan cara
meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti sokongan bagi menjayakan
pelaksanaan bahasa Melayu.

7.4 Pihak pengurusan sekolah perlu mewujudkan persekitaran yang


kondusif untuk murid menguasai bahasa Melayu seperti menyediakan
sudut bercerita bagi bahasa Melayu, dan bahan bacaan secara audio
bahasa Melayu yang menarik di perpustakaan atau pusat sumber. Bagi
guru bahasa Melayu di luar bandar, bahan bantu mengajar di sekolah
perlu disediakan dengan bahan yang terkini.

7.5 Pihak ibu bapa perlu diberi kesedaran tentang mengadakan tindakan
susulan di rumah bagi meningkatkan lagi penguasaan bahasa Melayu anak

_______________________________________________________________________
16
_
HBML 1203
PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982)
_____________________________________________________________________________________________________
_
mereka iaitu dengan menggalakkan anak mereka berbual dengan mengguna
bahasa Melayu baku.

7.6 Pihak pengurusan sekolah perlu memberi penekanan kepada peningkatan


penguasaan fonetik bahasa Melayu bagi meningkatkan minat dan penguasaan
mereka dalam bahasa Melayu.

8.0 PENUTUP

Kajian ini telah mengenal pasti faktor persekitaran , peranan ibu bapa dan faktor
murid sendiri yang mempengaruhi permasalahan sebutan bahasa Melayu di
sekolah. Faktor ini didapati berkait rapat di antara satu sama lain dalam
mempengaruhi permasalahan sebutan bahasa Melayu di sekolah . Sebahagian
daripada faktor ini dikenal pasti mempunyai pengaruh ke atas peningkatan
pelaksanaan bahasa Melayu dan sebahagiannya lagi menjadi penghalang
kepada permasalahan sebutan dalam bahasa Melayu .Sebahagian daripada
cadangan yang dikemukakan dalam laporan ini ialah untuk menangani faktor
yang menghalang kebolehan murid tersebut mengatasi permasalahan sebutan
dalam bahasa Melayu Oleh itu langkah yang berkesan dengan berpandukan
cadangan yang dikemukakan itu perlu diteliti dan diberi perhatian oleh semua

_______________________________________________________________________
17
_
HBML 1203
PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982)
_____________________________________________________________________________________________________
_
pihak yang bertanggungjawab sama ada di peringkat Kementerian Pelajaran
Malaysia , sekolah , ibu bapa mahupun masyarakat keseluruhan amnya.

7.0 BIBLIOGRAFI

Abdullllah Hassan,, (1980).. Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia..


K..L..::Fajar Bakttii..

Ashman, A. and Elkins, J. (eds.). (1994). Educating Children with Special Needs.
Sidney: Prentice Hall of Australia Pty Ltd

Ashman, A. and Elkins, J. (eds.). (1994). Educating Children with Special Needs.
Sidney: Prentice Hall of Australia Pty Ltd

Azman Wan Chiik, (1987).. Editted:Isu-Isu Dallam Pengukuran Dan Penilaian


Bahasa Malaysia.. Kuala Lumpur: DBP.

_______________________________________________________________________
18
_
HBML 1203
PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982)
_____________________________________________________________________________________________________
_

Chambers, J.k. dan P. Tungill (1980) Dialectologi.Cambridge. Cambridge


University Press

Chambers, J.k. dan P. Tungill 980 Dialectologi.Cambridge. Cambridge University


Press

Goay,T.C (2008) Teks Pra-U STPM Bahasa Melayu Kertas 1. Selangor.Longman

Koh Boh Boon..(1989).. Analisis Kadar Penguasaan Bakal Guru Bahasa


Malaysia dalam Penggunaan Kata Kerja,, Kata Sifat Adverba dan Kata Nama,,
Perspektif-Perspektif dalam Pengajaran Bahasa Malaysia''.. Kuala Lumpur:: DBP.

Newton, B. 1972. The Generative interpretation of dialect. A study of modern


Greek fonology. Cambridge . Cambridge University Press

Newton, B. 1972. The Generative interpretation of dialect. A study of modern


Greek fonology. Cambridge . Cambridge University Press

Ramiinah Sabran..(1983).. `Satu Analisis Kesilapan Nahu Penutur Jati Bahasa


Melayu Dii Kalangan Guru Pelatih,,'' M.Ed.. Thesiis,, Facullty of Educattiion,
Uniiversiitty of Mallaya..

Samarudin Rejab , Nazri Abdullah (1993), Panduan Menulis Tesis , Dewan


Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Samarudin Rejab , Nazri Abdullah (1993), Panduan Menulis Tesis , Dewan


Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

_______________________________________________________________________
19
_
HBML 1203
PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982)
_____________________________________________________________________________________________________
_

LAMPIRAN

_______________________________________________________________________
20
_
HBML 1203
PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

You might also like